...

menara condong teluk intan

by zahier

on

Report

Category:

Documents

Download: 2

Comment: 0

1,748

views

Comments

Description

Download menara condong teluk intan

Transcript

banggunan bersejarah: menara condong teluk intan nama : MUhammad zahier Asyraf Bin Abdul Manan. Tingkatan : 3 Beta. Nama Guru : Cik Lim Swee Choon. Tarikh : P E N G H A R G A A N. . .. Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah ini dengan sempurna dan lancar. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Lim Swee Choon, selaku guru mata pelajaran Sejarah yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam menjayakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya iaitu Encik Abdul Manan Bin Yahya dan Puan Lai Lee Binti Atan yang banyak memberi dorongan dan bantuan dari segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima ksih juga kepada rakan-rakan saya, Razrin, Firdaus, Azizi, Farhana, Mastura dan Farhana Isha yang turut membantu dan berkongsi bahan rujukan kepada saya. Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah saya hargai. ObjektIf .. k a j I a n. . Saya dikehendaki menjalankan kajian tentang salah satu banggunan bersejarah di Negara kita. Saya telah memilih banggunan Menara Condong Teluk Intan sebagai tempat kajian saya. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut : kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Selain itu, Kajian ini dapat menambah pengatahuan saya tentang banggunan bersejarah yang ada di Malaysia serta dapat memupuk persaan bangga terhadap tanah air kita. kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya banggunan bersejarah di Negara kita kerana dapat menyedarkan kita untuk mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik banggunan bersejarah tersebut. Seterusnya, Kajian ini juga dapat menanam semangat patriotik bagi menghargai warisan tradisi budaya bangsa yang masih terpelihara. Disamping itu, Saya juga dapat mengetahui secara mendalam tentang banggunan bersejarah dari segi latar belakang, tujuan pembinaan , bahan yang digunakan serta cara pembinaan banggunan tersebut dibina. K ae a d a h .. 1.Lawatan dan pemerhatin kajIan.. Saya dan beberapa orang kawan saya telah pergi membuat lawatan ke tempat kajian iaitu di Menara Condong Teluk Intan untuk mendapatkan maklumat berkenaan menara condong tersebut yang menjadi mercu tanda bagi Bandar Teluk Intan. Saya juga telah membuat pemerhatian tentang menara tersebut 2) Internet Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya iaitu Menara Condong Teluk Intan. Antara laman web yang saya layari termasuklah http://mdhilirpk.perak.gov.my/bm/menarik.html. maklumt tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan. 3) Akhbar H as I l . Asal-usul nama Teluk Mak Intan k a j I a n. . . Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan Menara Jam Condong Teluk intan Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong , setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Kegunaan : Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut senibina menara-menara di China. Kini , menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Keistimewaan : Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara Condong. Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China. Tujuan asal pembinaan menara : Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba. Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik. Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus. Sejarah pembukaan Teluk Intan : Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya. Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat. Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting. Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki. Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. R u j u k a n. . . . 1) Internet http://mdhilirpk.perak.gov.my/bm/menarik.html http://www.cuti.com.my/Sub/Perak/guide_tilearntw.htm http://www.malaysiavacationguide.com/leaningtower.html http://en.wikipedia.org/wiki/Teluk_Intan http://travel.mapsofworld.com/malaysia/perak-tourist-attractions/teluk-intanleaningower.html http://pdttelukintan.perak.gov.my/index.php?bhg=pelancongan&isi=peta 2) Surat khabar Nama akhbar : News Straits Times Tarikh : 11 Febuari 2009 Nama akhbar : Harian Metro Tarikh : 9 November 2007 Nama akhbar : Berita Harian Tarikh : 12 Febuari 2001 Nama akhbar : Harian Metro Tarikh : 2 April 2006 3) Melawat tempat kajian Lawatan bersma rakan-rakan saya ke tempat kajian pada 18 April 2009. 4) Orang sumber R u m u s a n. . . . Saya amat bersyukur kerana telah mnyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengatahhuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Banggunan Menara Condong Teluk Intan adalah mercu tanda bagi penduduk Bandar Teluk Intan. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada banggunan tersebut mendapat pujiandan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun pelancong luar Negara. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang banggunan –banggunan yang bersejarah. P en e r a p a n m e…. unsur patrIotIs Dewasa ini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh Negara di tanah air kita. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintkan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia .sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Teluk intan ini dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang, bangunan ini masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah Negara. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Daripada bangunan bersejarah ini, kita akan lebih semangat, rajin dan gigih untuk meningkatkan diri sebagai rakyat Negara yang maju dan cinta akan agama, bangsa dan Negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Selain itu, aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia Negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat. Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin Negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Oleh itu, kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh Negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarh tersebut agar tidak hilang ditelan zaman.
Fly UP