Kontrak Kerajaan | 102 Persoalan Kontrak Kerajaan

  • Published on
    09-Jul-2015

  • View
    339

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

http://www.perolehankerajaan.com Kami memberikan panduan dan berkongsi rahsia kepada usahawan dan kontraktor yang mahu menyertai kontrak kerajaan. Tips dan rahsia perolehan kerajaan yang dikongsikan tidak akan anda dapat dimana-mana seminar atau buku. Pastikan anda memiliki ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan sementara jualannya masih dibuka. Layari http://www.perolehankerajaan.com

Transcript

  • 2013 www.PerolehanKerajaan.com | Khairul Nizam Bakar

    2 102 ?ERSOALAN KONTRAK KERAJAAN

    PENAFIAN

    Penerbitan ebook ini mengandungi pandangan penulis. Ia bertujuan membantu dan menyediakan

    maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. Ebook ini diberikankan dengan memahami

    penulis dan penerbit tidak terlibat dengan khidmat professional yang terkandung di dalam buku

    ini. Pembaca perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya

    memerlukan bantuan.

    Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau

    risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada

    penggunaan mana-mana kandungan ebook ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

  • 2013 www.PerolehanKerajaan.com | Khairul Nizam Bakar

    3 102 ?ERSOALAN KONTRAK KERAJAAN

    PENGENALAN

    Terima kasih kerana mendapatkan ebook ini, saya pasti anda adalah seorang usahawan atau

    kontraktor yang bijak atau bakal menjadi seorang usahawan atau kontraktor yang berjaya dalam

    masa terdekat. Mengapa saya katakan begitu? Kerana hanya mereka yang bijak sahaja yang

    mengetahui nilai sebenar apa yang ditawarkan oleh ebook ini dan tidak semua orang dapat

    memilikinya.

    Bila bercakap mengenai perolehan kerajaan ini, anda mesti ingin mengetahui siapa saya dan

    mengapa saya menulis ebook ini. Nama saya Khairul Nizam Bakar, saya mempunyai kepakaran

    dan pengalaman selama lebih 10 tahun dalam proses menyediakan spesifikasi, mengeluarkan,

    menerima dan menilai beratus-ratus pembelian terus, sebut harga dan tender kerajaan.

    Mengapa ebook ini dihasilkan? Jawapannya amat mudah, kerana ingin berkongsi pengetahuan

    dan pengalaman serta memberikan jawapan kepada persoalan yang biasa ditanya oleh bakal

    pembekal atau kontraktor kerajaan. Menjawab persoalan anda tentang perolehan kerajaan secara

    pembelian terus, sebut harga dan tender kerajaan.

    Saya berharap anda akan mendapat manfaat dari ebook ini.

    Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda dalam apa juga yang anda lakukan!

  • 2013 www.PerolehanKerajaan.com | Khairul Nizam Bakar

    4 102 ?ERSOALAN KONTRAK KERAJAAN

    SOALAN-SOALAN UMUM

  • 2013 www.PerolehanKerajaan.com | Khairul Nizam Bakar

    5 102 ?ERSOALAN KONTRAK KERAJAAN

    1. Apakah prinsip-prinsip perolehan kerajaan?

    Prinsip-prinsip perolehan kerajaan adalah seperti berikut:

    (a) Akauntabiliti awam (public accountability)

    (b) Diuruskan secara telus (transparent)

    (c) Nilai faedah yang terbaik (best value for money)

    (d) Saingan terbuka (open competition)

    (e) Adil dan saksama (fair dealing)

    2. Apakah kaedah-kaedah perolehan kerajaan?

    (a) Perolehan melalui panjar wang runcit

    (b) Perolehan melalui Kontrak Pusat /Kontrak Panel

    (c) Pembelian terus

    (d) Perolehan melalui sebut harga

    (e) Perolehan melalui tender (terbuka/terhad)

    3. Apakah had nilai perolehan melalui panjar wang runcit dan syaratnya?

    Had nilai perolehan melalui panjar wang runcit adalah tidak melebihi RM500.00 bagi satu

    resit pembelian. Perolehan melalui panjar wang runcit adalah untuk kegunaan

    segera. Tiada dokumen pembelian diperlukan (memadai dengan resit sahaja).

    4. Bagaimanakah maklumat mengenai perolehan Kerajaan boleh diperolehi?

    Maklumat tawaran perolehan Kerajaan secara tender boleh diperolehi melalui akhbar

    utama tempatan. Walau bagaimanapun, bagi maklumat tawaran secara sebut harga atau

    pembelian terus, syarikat boleh berhubung terus dengan Agensi Kerajaan berkenaan atau

    melihat papan kenyataan/laman web Agensi tersebut. Maklumat juga boleh diperoleh

    daripada laman web MyGovernment Portal dan MyPROCUREMENT portal.

    5. Bagaimanakah sesuatu syarikat/kontraktor layak dan boleh menyertai tender/sebut

    harga yang ditawarkan oleh agensi Kerajaan?

    Syarikat perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi membolehkannya menyertai

    tender/sebut harga untuk membekalkan perkhidmatan/barangan di bawah bidang kod yang

    berkenaan. Bagi syarikat yang ingin menyertai tender/sebut harga yang melibatkan projek

    kerja, syarikat hendaklah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) / Pusat

    Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah

    (PUKONSA) / Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dan Lembaga

    Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kepala/kelas/gred yang

    berkaitan.

  • 2013 www.PerolehanKerajaan.com | Khairul Nizam Bakar

    6 102 ?ERSOALAN KONTRAK KERAJAAN

    6. Apakah undang-undang dan peraturan kewangan berkaitan perolehan Kerajaan?

    Undang-undang dan peraturan berkaitan dengan perolehan Kerajaan termasuklah:

    (a) Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972)

    (b) Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120)

    (c) Arahan Perbendaharaan

    (d) Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan

    (e) Pekeliling-pekeliling Kontrak Perbendaharaan

    (f) Surat-surat Arahan Perbendaharaan

    7. Apakah dasar-dasar perolehan kerajaan?

    (a) Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan/barangan

    tempatan dan penggunaan sektor perkhidmatan tempatan.

    (b) Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui pemindahan teknologi.

    (c) Menggalakan penglibatan usahawan Bumiputera, dan

    (d) Memelihara dan mempertahankan kepentingan dasar perolehan kerajaan bagi

    mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

    8. Apakah Arahan-arahan Perbendaharaan berkaitan perolehan Kerajaan?

    Arahan-arahan Perbendaharaan berkaitan perolehan Kerajaan adalah Arahan

    Perbendaharaan (AP) 166 hingga 206 dan 229 hingga 300. Selain dari AP-AP tersebut,

    Pekeliling-Pekeling Perbendaharaan (PP), Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP)

    dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa

    juga hendaklah dirujuk.

    9. Jika Arahan Perbendaharaan, SPP atau PKP tidak dapat dipatuhi oleh kerana

    sebab-sebab tertentu, apakah tindakan yang perlu diambil?

    Semua agensi hendaklah mematuhi peraturan kewangan berkaitan perolehan. Sekiranya

    agensi tidak dapat berbuat demikian kerana sebab-sebab tertentu, agensi hendaklah

    mendapatkan pengecualian daripada Kementerian Kewangan (perolehan Persekutuan) atau

    Pegawai Kewangan Negeri (perolehan Negeri) terlebih dahulu.

    10. Bagaimanakah Pekeliling, Surat Pekeliling dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan

    boleh diperolehi?

    Bagaimanakah Pekeliling, Surat Pekeliling dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan boleh

    diperolehi?

    Semua Pekeliling, Surat Pekeliling, Pekeliling Kontrak Perbendaharaan dan Surat Arahan

    Perbendaharaan boleh diperolehi melalui laman web Perbendaharaan di alamat

    www.treasury.gov.my.

  • 2013 www.PerolehanKerajaan.com | Khairul Nizam Bakar

    7 102 ?ERSOALAN KONTRAK KERAJAAN

    11. Apakah peraturan kewangan mengenai pelawaan kontraktor Kelas F bagi kerja-

    kerja di bawah RM200,000?

    Semua kerja di bawah RM200,000 hendaklah dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera

    Kelas F yang berdaftar dengan PKK dalam Kepala dan Sub Kepala yang berkaitan sahaja.

    Pendaftaran kontraktor kelas F adalah dilakukan mengikut daerah dan oleh itu hanya

    kontraktor dalam daerah berkenaan sahaja boleh ditawarkan kerja di bawah RM200,000.

    12. Apakah maksud setiap jenis item?

    Setiap jenis item merujuk kepada pembelian terus bekalan dan perkhidmatan sehingga

    RM50,000 setahun dari mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekalan berdaftar

    atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan sama ada pembekal bertaraf

    Bumiputera atau tidak. Maksud setiap jenis item boleh ditafsirkan berdasarkan kepada

    contoh-contoh berikut:

    (a) pelbagai alat ganti yang berbeza bagi kenderaan yang sama adalah ditafsirkan

    sebagai jenis item yang berbeza disebabkan fungsi itemnya yang berbeza. Walau

    bagaimanapun, alat ganti gunasama atau proprietary item dikira daripada jenis item

    yang sama walaupun digunakan pada kenderaan yang berlainan;

    (b) item pelbagai saiz hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item sahaja walaupun

    terdiri daripada saiz yang berlainan kerana ia diperolehi daripada punca bekalan yang

    sama. Contohnya, pembelian pelbagai saiz paku (1 inci atau 1 inci), cermin, kasut

    dan bendera; dan

    (c) set sofa model ABC adalah merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1

    tempat duduk atau 3 tempat duduk) yang mana terdiri daripada beberapa kerusi dan

    meja, ditafsirkan kepada satu jenis item. Namun, jika pembelian perabot tersebut

    terdiri daripada kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa dikira

    sebagai jenis item yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh

    dibeli daripada pembekal yang sama, agensi hendaklah memastikan kaedah

    pembelian hendaklah ditentukan berdasarkan nilai keseluruhan.

    13. Berapa lamakah dokumen tender/sebut harga perlu disimpan?

    Arkib Negara Malaysia (ANM) telah mengeluarkan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan

    dan Perakaunan (JPRKP). Buku tersebut boleh dibeli atau diperoleh daripada laman web

    ANM. Mengikut muka surat 52 dan 53 JPRKP surat-menyurat mengenai perolehan

    bekalan, perkhidmatan dan kerja termasuk iklan, dokumen tender, jadual tender dan

    laporan tender/se