119449911 Labu Sayong Dua

  • Published on
    08-Apr-2016

  • View
    12

  • Download
    6

DESCRIPTION

lljlkuuhiku

Transcript

Sejarah dan Asal Usul Labu Sayong... Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 14 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.Teknik pembuatan labu sayongPerusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.* Pembuatan tradisional* Pembuatan modeno Throwing / Teknik lemparan alino Teknik acuano Teknik sepuhKEISTIMEWAAN LABU SAYONGKUALA KANGSAR 3 Jan. - Pernahkah anda minum air yang disimpan di dalam labu sayung? Jika pernah, pasti kenikmatan dan kesegaran air tersebut masih terasa.Itulah istimewanya labu sayung yang dibuat daripada tanah liat.Selain boleh dijadikan barangan perhiasan, labu sayung juga digunakan oleh masyarakat terutamanya pada zaman dahulu untuk menyimpan air minuman.Daripada warna biasa iaitu hitam (bekas simpan air), labu sayung kini mengalami transformasi dengan diberi sentuhan moden pada bentuk dan warnanya.Jika menyusuri sejarahnya, asal usul labu sayung dikatakan bermula di Kuala Kangsar, Perak dan telah diusahakan sejak ratusan tahun dahulu.Malah jika disebut sahaja Kuala Kangsar, perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran adalah labu sayung kerana sinonimnya daerah tersebut dengan tembikar itu.Kampung-kampung seperti Bukit Lada, Kepala Bendang dan Sayong Hilir di Mukim Sayong di daerah Kuala Kangsar, cukup dikenali sebagai tempat di mana kegiatan membuat labu ini berpusat. Maka, tidak hairanlah mengapa labu negeri Perak dikenali sebagai labu sayung.Menurut salah seorang pengusaha dari Kampung Sayong Tengah di sini, Redzuan Hamly, 43, proses membuat labu sayung pada zaman dahulu agak rumit dan memerlukan ketelitian kerana segalanya dilakukan dengan tangan.Jelasnya, proses awal membuat labu sayung ialah menjemur tanah liat sehingga kering dan kemudiannya dibancuh dengan air dalam mesin pengisar (seperti blender). Tanah tersebut, katanya, kemudian dikisar sehingga hancur dan sebati dengan air lalu diperam selama lebih kurang satu hari supaya betul-betul sebati untuk melembut dan memudahkan proses pembuatan agar senang dibentuk. Selepas dibentuk, katanya, labu sayung yang sudah terhasil dibiarkan selama satu hingga dua hari sebelum dibakar di dalam dapur yang dibina khas daripada batu-bata. "Labu sayung perlu dibakar selama satu hari dengan api dikawal supaya sama rata masak dan tidak pecah. Sekiranya api terlalu besar labu boleh pecah atau retak."Proses seterusnya adalah menghitamkan labu. Ini dilakukan dengan menanam labu yang masih panas dalam timbunan sekam padi dan dibiarkan beberapa ketika," katanya.Menurut Redzuan, proses membuat labu sayung kini semakin mudah dan mengalami perubahan iaitu daripada menggunakan tangan sepenuhnya kepada teknik moden iaitu penggunaan mesin menghancur dan membancuh tanah.Antara teknik moden yang digunakan katanya adalah teknik lemparan, acuan serta sepuh dan labu hanya dibakar dalam tempoh lapan jam.Selain perubahan teknik pembuatan, bentuk, warna dan ukiran labu sayung turut berubah.Bentuk asal labu sayung dihasilkan seperti bentuk buah gelugor digunakan sebagai bekas mengisi air minuman.Kini labu sayung dihasilkan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran seperti lampu perhiasan, cenderamata, pasu bunga dan sebagainya.Namun, ukirannya masih mengekalkan unsur-unsur tradisional seperti motif bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.Bagi peminat-peminat tembikar, berkunjunglah ke Wincraft Labu Sayong, Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar dan dapatkan koleksi labu sayung pada harga di antara RM1.50 hingga RM120 sebuah mengikut saiz. Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.Teknik pembuatan labu sayongPerusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden. Pembuatan tradisional Pembuatan moden Throwing / Teknik lemparan alin Teknik acuan Teknik sepuhLokasi perusahaan seramik labu sayongBerikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar: Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang RengasPengenalan Perusahaan Keluarga..Perusahaan membuat kraftangan Labu Sayong ini dijalankan oleh kami sekeluarga Zaleha Pandak Sidek. Perusahaan ini mula bertapak di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas pada bulan Julai 2001. Namun, kami mula mengusahakan perusahaan ini secara serius pada bulan Disember 2002 setelah Bengkel Labu yang dibina di hadapan kanan rumah telah siap dibangunkan.Pada mulanya dengan segala kekurangan peralatan dalam membuat Labu Sayong ini kami sekeluarga tetap gigih bagi menghasilkan produk kami yang ada sehingga sekarang. Kini, pihak kami dapat menyediakan khidmat penerangan dan demontrasi akan teknik-teknik serta proses dalam pembuatan moden Labu Sayong kepada pihak-pihak yang hendak membuat Lawatan Sambil Belajar ke Bengkel Labu Sayong kami di Kampung Paya Lintah ini.Atas bimbingan ayah, Pak Nor Pandak Bedin kepada Emak; kami usahakan secara peringkat demi peringkat sehinggalah seperti sekarang. Bermula dengan hanya membuat Labu Air semata-mata kami beralih kepada membuat kraf hiasan yang lain. Secara tepat perusahaan ini berasal dari Kampung Kepala Bendang, Sayong. Selain itu, pembuatan Labu Sayong telah lama dijalankan oleh keluarga sebelah opah kami iaitu Rofeah Binti Itam Mohamed yang sememangnya berasal dari Kampung Kepala Bendang. Malah pengusaha-pengusaha Labu Sayong yang ada hingga ke hari ini rata-rata kebanyakkannya merupakan kesinambungan keturunan yang sama khususnya dalam kawasan Mukim Sayong itu sendiri.Ibu kepada opah kami iaitu Ngah Halimah mempunyai 7 orang anak di mana opah kami anaknya yang ke dua daripada tujuh adik beradik. Namun, hingga ke hari ini hanya emak ( cucunya ) sahaja satu-satunya yang masih mewarisi bakat dan minat mengusahakan Kraftangan Labu Sayong. Jika masa dahulu, kedua-dua nyang kami mengusahakan Labu Sayong dan menjualkannya dengan menjaja dari kampung ke kampung sekitar Daerah Kuala Kangsar secara berjalan kaki serta berbasikal dengan menjunjung beberapa biji Labu Air. Setiap biji Labu Air yang dijual berharga 60-80 sen pada masa itu. Pendapatan yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga.Selain itu, kekeliruan timbul apabila pengunjung menyangka bahawa Bengkel Labu Sayong Paya Lintah ini terletak di mukim Sayong Kuala Kangsar. Tanggapan ini salah, sebenarnya Bengkel Labu Sayong Paya Lintah ini terletak di Kampung Paya Lintah iaitu dalam mukim Kg. Buaia di Padang Rengas. Padang Rengas merupakan sebuah pekan dalam daerah Kuala Kangsar yang bersempadan ke daerah Bukit Berapit Taiping. Justeru, kedudukan Bengkel ini kira-kira 6km dari persimpangan ( Simpang Empat ) di Pekan Padang Rengas menghala ke Lubuk Merbau, sebuah pekan 'mati'; juga dalam daerah Kuala Kangsar. Manakala 4km dari persimpangan ( Simpang Tiga ) di Pekan Lubuk Merbau menghala ke Padang Rengas. Sila fahami dan amati dengan teliti jujukan panduan perjalanan dari arah anda datang. Ini akan memudahkan anda untuk sampai ke tempat kami iaitu Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Anda boleh menelefon kami untuk memandu arah. Selamat Datang..PRODUK LABU SAYONG BEKAS MINUMAN- TEKNIK PEMBAKARAN HITAM Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang RengasPEMBUATAN MODEN LABU SAYONG - TEKNIK PEMBAKARAN MERAHProses Pembuatan Labu Sayong Teknik Pembakaran HitamSetiap maklumat dan juga penerangan yang kami paparkan adalah merupakan hasil pengetahuan, pengalaman dan pengamatan kami sekeluarga tentang segala yang berkaitan laman web labu sayong. Istilah, nama mungkin berbeza daripada satu sama lain antara pengusaha kraftangan seramik di perak khususnya dalam Daerah Kuala Kangsar. Namun, semuanya membawa maksud yang sama mengikut kefahaman setiap individu yang mengusaha Labu Sayong. Setiap maklumat dan juga penerangan yang kami paparkan adalah merupakan hasil pengetahuan, pengalaman dan pengamatan kami sekeluarga tentang segala yang berkaitan laman web labu sayong. Istilah, nama mungkin berbeza daripada satu sama lain antara pengusaha kraftangan seramik di perak khususnya dalam Daerah Kuala Kangsar. Namun, semuanya membawa maksud yang sama mengikut kefahaman setiap individu yang mengusaha Labu Sayong. Hebahan dan PeringatanKefahaman Masyarakat Tentang Labu SayongLabu Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh digunakan untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Ia terbahagi kepada saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan atau tujuan minuman. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa 'Labu Sayong' semata-mata untuk tujuan minuman. Anggapan ini adalah salah dan tidak lagi relevan dengan zaman semasa.Kini Labu Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan minuman. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita-rasa pengguna. Antaranya Lampu Tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi. Justeru, perlu diingat mana-mana 'Labu Sayong Untuk Tujuan Hiasan' bukannya boleh dibuat bekas menyimpan air minuman.Hal ini, sering terjadi apabila pengguna tersalah beli produk kegunaan perhiasan yang disangkakan sebagai produk kegunaan minuman. Telah timbul runggutan para pembeli bahawa Labu Sayong airnya berasa pahit dan payau tau lebih buruk lagi airnya berbau cat. Dalam kes ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Penjual?Jawapannya ya!, kebanyakkan kes tersebut terjadi apabila pekerja yang bekerja di kedai-kedai menjual barangan kraf Labu Sayong tidak arif tentang perbezaan kegunaan perhiasan dengan kegunaan bekas minuman. Kebanyakan Labu Sayong untuk perhiasan telah disembur cat, atau teknik brownsing. Manakala kegunaan bekas minuman tidak dicat sama sekali hanya perwarna khas dipermukaan sahaja Labu Sayong dihiaskan.Untuk Kegunaan Bekas MinumanBakar Merah pula bermaksud sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan dibakar sampai masak dan dibiarkan sejuk dalam dapur pembakaran tanpa dimasukkan ke dalam sekam padi. Maka sekam padi tidak diperlukan bagi teknik Bakar Merah.Pengguna boleh dapatkannya dalam bentuk 'merah kosong' atau ditambah nilai dengan pelbagai perwarna yang dibenarkan yang dihias pada permukaan Labu Sayong. Lihat jujukan proses pembakaran tanpa sekam padi iaitu teknik Bakar Merah di sebelah. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar merah. Warna merah tanah seperti kelihatan di atas ini adalah warna semulajadi. Ini perlu diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham para pengguna bahawa warna merah tersebut disangkakan cat. TIDAK!! Anda boleh membezakannya dengan sendiri samada ia bercat atau sebaliknya. Namun, terdapat juga Labu air bagi tujuan bekas minuman dihias perwarna di permukaan Labu.Perhiasan Semata-mata Dalam hal ini, Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa pengguna dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun, jumlah yang dikategorikan sebagai produk perhiasan adalah terhad. Antaranya, Labu Kecil Perhiasan dan sebarang bentuk Labu Sayong yang ditambah warna cat dipermukaannya.SEJARAH LABU SAYUNGMenurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram Thursday, March 22, 2007JENIS-JENIS LABU SAYONG LABU PANAILABU TELALABU TANAHLABU PUCONG LABU LEPAPLABU AIRLABU GELUKLABU GELUGUR