20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

  • Published on
    05-Jan-2016

  • View
    24

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

oum

Transcript

  • PENGENALAN Bahagian pertama Topik 1 merumuskan maksud perniagaan antarabangsa, tujuan mempelajari perniagaan antarabangsa, jenis firma multinasional dan aktiviti yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa. Dalam bahagian seterusnya, kita akan melihat evolusi perniagaan antarabangsa yang merangkumi perkembangan perniagaan antarabangsa dari awal hingga ke akhir era. Pada akhir topik, kita akan membincangkan faktor yang menyumbang pada perkembangan perniagaan antarabangsa dan pengaruh luaran aktiviti perniagaan antarabangsa dan juga istilah yang sering digunakan dalam perniagaan antarabangsa.

    Topik

    1 Pengenalan

    kepada Perniagaan Antarabangsa

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan maksud perniagaan antarabangsa;

    2. Mendefinisikan peristilahan utama yang digunakan dalamperniagaan antarabangsa;

    3. Menyenaraikan jenis firma multinasional;

    4. Membincangkan evolusi perniagaan antarabangsa; dan

    5. Menerangkan aktiviti yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 2

    LATAR BELAKANG

    Mari kita memulakan pelajaran dengan melihat makna perniagaan antarabangsa.

    Sebagai contoh, perniagaan antarabangsa termasuklah membeli bahan mentah daripada sebuah negara dan kemudian membawanya ke negara lain untuk diproses, mengeksport produk ke negara lain untuk dijual dan membina kilang di negara asing untuk mendapatkan kos buruh yang murah. Pihak yang mengendalikan transaksi antarabangsa terdiri daripada individu, syarikat dan perbadanan swasta serta agensi kerajaan.

    Perniagaan domestik melibatkan transaksi komersial dalam negara sendiri manakala perniagaan antarabangsa berlaku menyeberangi sempadan sendiri. Biasanya ia adalah antara dua atau lebih negara.

    Perniagaan antarabangsa merangkumi semua transaksi antara sebuah negara dengan negara lain.

    1.1

    Namakan beberapa organisasi yang terlibat dalam perniagaanantarabangsa.

    AKTIVITI 1.1

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    3

    Perniagaan antarabangsa berbeza daripada perniagaan domestik dari segi beberapa aspek. Mari kita lihat setiap aspek (rujuk Jadual 1.1)

    Jadual 1.1: Perbezaan antara Perniagaan Domestik dengan Antarabangsa

    Aspek PPerniagaan Antarabangsa PPerniagaan Domestik

    Kegunaan mata wang

    Bagi pelanggan yang membeli barangan dan perkhidmatan dari negara asing, mereka perlu melakukan transaksi dalam mata wang yang telah dipersetujui dalam kontrak perdagangan, contohnya, Dolar Amerika (USD) atau Yen Jepun.

    Bagi perniagaan domestik, pelanggan perlu menggunakan mata wang tempatan rasmi negara itu. Sebagai contoh, jika seseorang yang tinggal di Malaysia ingin membeli sesuatu dalam negara, dia perlu menggunakan Ringgit Malaysia.

    Sistem perundangan

    Sistem perundangan adalah penting dalam transaksi perniagaan antarabangsa. Bagi firma yang mahu mengeksport atau mengimport sesuatu produk tertentu dari negara asing, mereka perlu mematuhi Akta Kastam dan Akta Perdagangan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah serta perundangan antarabangsa.

    Bagi perniagaan domestik, firma perlu mematuhi undang-undang domestik yang berkaitan dengan transaksi belian dan jualan.

    Budaya Budaya memainkan peranan amat penting dalam transaksi perniagaan antarabangsa. Jika firma tempatan mahu membuat pelaburan langsung di sebuah negara asing, ia harus memahami budaya negara tuan rumah. Ini kerana perbezaan budaya mempengaruhi kelakuan dalam penggunaan dan pembelian produk dan perkhidmatan dalam sesebuah pasaran asing.

    Bagi perniagaan domestik, firma hanya perlu memahami budaya tempatan dalam usaha menarik minat pelanggannya untuk membeli produk.

    Bahan mentah

    Setiap negara mempunyai sumber bahan mentah yang berbeza disebabkan oleh perbezaan keadaan cuaca dan tanah. Kebanyakan negara maju melabur di negara yang membangun untuk mendapatkan bahan mentah yang murah dan banyak yang tidak terdapat di negara sendiri.

    Bagi perniagaan domestik, pengeluaran sesuatu produk bergantung pada kesediaadaan bahan mentah yang boleh didapati dengan mudah dalam negara.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 4

    Pada asasnya, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan adalah sama bagi transaksi yang dilakukan sama ada secara domestik mahupun antarabangsa. Namun, pelbagai risiko dan ketidakpastian membuatkan perniagaan antarabangsa lebih sukar dijalankan dan diuruskan. Mereka yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa perlu memahami budaya, sistem perundangan, situasi politik dan latar belakang sosial yang berbeza di setiap negara. Mereka perlu mengambil kira pembelian bahan mentah dan keadaan pasaran supaya dapat memperoleh pulangan yang optimum.

    MENGAPA MEMPELAJARI PERNIAGAAN ANTARABANGSA?

    Setiap organisasi besar yang mempunyai operasi pada peringkat antarabangsa akan dipengaruhi oleh persekitaran global. Pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa boleh membantu kita untuk memperbaiki kerjaya serta membolehkan interaksi efektif berlaku antara pengurus dan majikan di seluruh dunia.

    Perniagaan kecil juga terlibat dalam perniagaan antarabangsa. Pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa adalah penting kerana kita mungkin bekerja dengan organisasi yang mempunyai ibu pejabat di luar negara. Kita perlu mempunyai pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa untuk bersaing dan mempelajari kaedah serta teknik yang digunakan oleh negara maju. Berbekal pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa, kita berupaya mempelajari dan memahami budaya negara lain.

    1.2

    Luangkan sedikit masa untuk memikirkan bagaimana pengetahuandalam perniagaan antarabangsa dapat membantu seseorang yangterlibat dalam perniagaan. Bincangkan dengan rakan-rakan anda.

    AKTIVITI 1.2

    Senaraikan empat perbezaan perniagaan antarabangsa dan perniagaandomestik. Mengapakah terdapat perbezaan seperti ini?

    SEMAK KENDIRI 1.1

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    5

    ISTILAH UTAMA DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    Mari kita lihat beberapa istilah yang sering digunakan dalam perniagaan antarabangsa. Antaranya ialah:

    (a) Syarikat Multinasional Sebuah syarikat dikategorikan sebagai syarikat multinasional apabila ia menggunakan pendekatan globalisasi dalam pasaran asing. Ia mempunyai pelaburan langsung asing dan operasi perniagaan merentasi berbilang pasaran. Saiz sebuah syarikat multinasional, sama ada kecil atau besar, akan menentukan keupayaannya bersaing dalam pasaran antarabangsa. Ibu pejabat syarikat multinasional berada di negara asal, sementara subsidiarinya terletak di negara tuan rumah, contoh seperti Motorola, Siemens, Dell, Toyota dan Petronas. Sebuah syarikat multinasional boleh beroperasi pada tiga tahap yang berbeza. Mari kita lihat Rajah 1.1.

    Rajah 1.1: Tiga tahap syarikat multinasional

    (b) Syarikat Multi domestik Pernahkah anda mendengar istilah multi domestik? Apakah perbezaan antara syarikat multi domestik, syarikat global dan syarikat transnasional?

    Setiap subsidiari fokus terhadap satu pasaran domestik. Subsidiari tersebut bbebas untuk merancang kempen pemasaran dan teknik pengeluarannya yang tersendiri untuk meningkatkan pengeluarannya. Sebagai contoh, sebuah syarikat multi domestik di Malaysia akan memberi perhatian pada usaha pemasaran untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik manakala subsidiarinya di London pula lebih fokus untuk merangka strategi pemasaran untuk pasaran tempatan.

    Syyarikat multidomestik adalah sebuah syarikat dengan banyak subsidiari yang beroperasi secara bebas tanpa campur tangan daripada ibu pejabatnya.

    1.3

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 6

    (c) Syarikat Global Satu lagi tahap syarikat multinasional yang kita perlu tahu ialah syarikat global. Bagi sebuah syarikat global, seluruh dunia ialah pasarannya. Ia akan cuba memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan global dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang standard. Ia juga membentuk strategi pengiklanan global merentasi negara lain untuk mencapai ekonomi skala melalui sistem pengeluaran produktif yang diintegrasikan.

    Syarikat global menggunakan ppendekatan terpusat untuk mengawal pengeluaran dan strategi pemasarannya di luar negara, tidak seperti syarikat multi domestik yang membenarkan setiap subsidiarinya memiliki autoriti dan membuat keputusan dengan sendiri.

    (d) Syarikat Transnasional Sekarang, mari kita lihat apa itu syarikat transnasional. Syarikat transnasional menggabungkan ciri syarikat global dan syarikat multi domestik. Mari kita lihat definisi yang diberikan oleh Barlett dan Ghoshal (1983).

    Setiap subsidiari mempunyai perancangan dan fokus terhadap keperluan pelanggannya yang tersendiri. Ini memerlukan syarikat mempergunakan strategi yang menggabungkan keberkesanan global dan keperluan tempatan. Sistem pengurusan syarikat transnasional adalah lebih kompleks dari segi cara koordinasi dan komunikasi dua hala antara ibu pejabat dan subsidiari dipraktikkan. Biasanya, syarikat jenis ini menggunakan proses ppembuatan keputusan terpusat terutamanya untuk pengeluaran dan perkembangan jabatan yang memerlukan keselarian dalam aktivitinya.

    Syarikat transnasional mengoperasikan perniagaan yang mengusahakan aktiviti mengikut keperluan pelanggan tempatan. Oleh itu, keputusan yang diambil tidak semestinya bergantung pada kehendak ibu pejabat tetapi lebih pada memenuhi keperluan tempatan.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    7

    EVOLUSI PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    Walaupun perniagaan antarabangsa baru sahaja mula maju beberapa tahun yang lalu, ia sebenarnya wujud beribu-ribu tahun yang lalu. Mari kita lihat evolusi perniagaan antarabangsa sejak kewujudannya sehingga kini. Evolusi perniagaan antarabangsa boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

    Rajah 1.2: Evolusi perniagaan antarabangsa

    1.4.1 Era Awal Perniagaan Antarabangsa

    Pada permulaannya, perniagaan antarabangsa terdiri daripada perdagangan antarabangsa. Perdagangan dalam masyarakat wujud semenjak 2000 tahun yang lalu, contohnya, masyarakat Afrika Utara telah mula berdagang buah kurma dan pakaian untuk ditukarkan dengan rempah ratus dan minyak zaitun dari Timur Tengah. Perdagangan seperti ini mula berkembang pada tahun-tahun berikutnya.

    1.4

    Berikan dua contoh organisasi di Malaysia yang mengimplementasikanpendekatan berikut:

    (a) Syarikat Multidomestik;

    (b) Syarikat Global; dan

    (c) Syarikat Transnasional.

    AKTIVITI 1.3

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 8

    1.4.2 Perkembangan Perniagaan Antarabangsa sejak Perang Dunia II

    Aktiviti perniagaan antarabangsa telah mula berkembang dengan pesat sejak lima abad yang lalu. Eksport dunia telah berkembang dengan amat pesat. Pada tahun 1992, eksport dunia telah mencapai lebih dari $3.6 trilion berbanding dengan $53 bilion pada tahun 1950. Semenjak itu, angka ini terus meningkat.

    Pelaburan langsung asing juga menunjukkan peningkatan arah aliran. Pada tahun 1967, syer keseluruhan pelaburan langsung asing yang diterima oleh negara lain adalah lebih kurang $105 bilion, tetapi angka ini meningkat dua kali ganda pada tahun 1973 dan juga pada tahun 1980. Perkembangan perdagangan dan pelaburan antarabangsa menggambarkan kuasa ekonomi, politik dan teknologi sebagai pendorong pasaran dan industri global.

    1.4.3 Era Kegemilangan Perniagaan Amerika: 1945 hingga 1960

    Pada akhir Perang Dunia II pada tahun 1945, peperangan yang dilancarkan di udara, laut dan darat telah memusnahkan kebanyakan infrastruktur di negara Eropah dan Jepun. Walau bagaimanapun, infrastruktur di Amerika tidak terjejas. Oleh itu, Amerika tidak perlu membina semula negara mereka dan menghadapi cabaran yang minimum dan mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pembinaan perniagaan industri di peringkat antarabangsa.

    Pada tahun 1950-an, American Motors (kini sebahagian daripada Chrysler), Chrysler, Ford dan General Motors berjaya menjual semua kereta mereka. Syarikat General Electric dan RCA menjadi pengeluar elektronik yang terkenal. Syarikat seperti US Steel dan Bethelem Steel pula tidak menghadapi sebarang persaingan. Boeing, McDonnel Douglas dan Lockheed telah mendominasi pasaran penerbangan komersial.

    Tentera Amerika juga mempengaruhi ekonomi asing dalam tempoh masa itu. Sebagai contoh, semasa konflik di Korea, pihak Amerika menaja kebanyakan bekalan operasi di Jepun. Ini membantu mewujudkan kemunculan modal, pekerjaan dan teknologi di Jepun. Kebanyakan negara industri seperti Perancis, Itali dan Jepun menerima sokongan penuh daripada Amerika sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada akhir 1950-an, proses membina semula infrastruktur di negara Eropah dan Jepun telah disiapkan.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

    9

    1.4.4 Kemunculan Eropah dan Jepun: 1960 hingga 1980

    Pada awal 1960-an, syarikat di Eropah dan Jepun sedang bersedia untuk memasuki pasaran antarabangsa. Syarikat-syarikat tersebut hendak mengambil kesempatan daripada potensi pasaran baru dan mengembangkan operasi mereka di luar negara.

    Sebagai contoh, pada tahun 1958, Nissan Motor mengeksport kereta ke Amerika menggunakan jenama Datsun. Nissan Motor diperbadankan di Los Angeles pada tahun 1960 dan sebuah kilang dibina di Mexico pada tahun 1961. Pada tahun yang sama, sebuah syarikat Kanada, Alcan Aluminium, membina kilang luar negara mereka yang pertama di Amerika. Pada tahun 1962, Fuji bekerjasama dengan Xerox untuk menghasilkan mesin fotokopi. Usaha oleh syarikat dari Eropah dan Asia merupakan asas pertumbuhan kini yang lebih sofistikated dan persaingan lebih sengit yang dihadapi oleh syarikat masa kini.

    Pada tahun 1970-an, beberapa peristiwa telah melemahkan kedudukan Amerika dalam ekonomi dunia. Antara peristiwa tersebut termasuklah persaingan yang lebih sengit dan ketidakpastian keadaan dunia. Jepun, yang menumpukan perhatian pada kualiti dan kos, lebih bersedia untuk bersaing berbanding Amerika.

    Satu lagi kejutan ekonomi yang berlaku pada tahun 1970-an ialah kenaikan harga minyak dan bahan mentah. Pada masa itu, negara pengeksport minyak membentuk kartel yang dikenali sebagai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum atau OPEC (Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak). OPEC yang mengawal pengeluaran minyak telah menaikkan harga dengan tinggi. Tindakan OPEC memberikan impak negatif kepada negara dan banyak syarikat di seluruh dunia. Ia telah memindahkan kekayaan daripada negara pengguna minyak kepada negara pengeluar minyak.

    Syarikat terpaksa mengubah cara perniagaan mereka untuk mengatasi kenaikan kos pengeluaran. Masalah menjadi lebih rumit akibat dasar buruh Amerika yang tidak konsisten. Situasi juga semakin rumit bagi industri yang bergantung pada sumber seperti elektrik dan gas asli. Industri-industri ini, contohnya, industri penerbangan dan pengeluaran menjadi mangsa perubahan dasar kerajaan Amerika. Selepas peperangan tamat, industri automobil mengalami kerugian besar akibat mutu produk mereka yang rendah dan tidak setanding dengan produk yang dihasil...

Recommended

View more >