83237558 PSV Peranan Guru PSV

  • Published on
    27-Oct-2015

  • View
    82

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 1PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.1 Sinopsis

Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

1.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV.

1.2.2 Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara, motivator dan inisiator.

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1.4 Kandungan

INISIATORMOTIVATORPEMUDAHCARAPEMBIMBINGPENGURUSPERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ?

1.5 Situasi

Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Lim mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas semasa mengajar di sekolah? Siapakah yang bersalah dalam situasi ini? Devikah yang bersalah? Sacikah yang bersalah? Atau Salah Cikgu Lim? Adakah Cikgu Lim seorang yang kurang berkesan kerana tidak berupaya menjadi pengurus yang baik? Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Cikgu Lim bagi memastikan situasi seperti itu tidak berlaku? Sila catatkan refleksi anda :-

Aktiviti 1

Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus?

Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:

Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran; Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabot, ruang dinding dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.

Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan intelektual.

Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat; Berunsurkan pengajaran. Merangkumi ciri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar; Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah, meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan sub-budaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).

Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.

Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah; Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti; Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut? Adakah wujud perbezaan dari segi jantina? Berpandukan maklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah; Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).

Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan amalan nilai.

Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yang berkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi, pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemikiran reflektif, dan sebagainya.

Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.

Rumusan:Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

2.5 Latihan A

(i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang.

(ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

(iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik.

Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing?

Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.

(iv) Analisis peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah:

Peranan GuruContoh berdasarkan pengalaman anda