Abdullah Munsyi.pptx

• Published on
02-Oct-2015

• View
241

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

PowerPoint Presentation

KAJIAN TEKS BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERALIHANPENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM HIKAYAT ABDULLAH

Abdullah MunsyiAbdullah bin Abdul Kadir Munyhi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'.Dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 di Kampung Pali, Melaka dan meninggal dunia di Mekah pada 1854.

Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam komunikasi dan mempelajari pelbagai bahasa selain bahasa Melayu. Beliau menjadi jurutulis dan penterjemah kepada Raffles dan pembesar Inggeris.Karya beliau banyak mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.

Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu daripadanya atau sezaman dengannya seperti Thufatan-Nafis (1865) karangan Raja Ali Haji yang berkisar tentang raja-raja. Pendeta Zaba dalam karangannya Moden Development menyatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir ( Hassan, 1988:236).

Kenyataan ini didasarkan daripada karya-karya Abdullah yang tidak lagi menulis tentang dongeng, alam ghaib dan ajaib. Gagasan utama dalam karya-karyanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan pengetahuan. Dengan pemikiran yang kritis semuanya diolah hingga menjadi karya autobiografi yang penting. Karyanya dicipta sendiri untuk dinikmati oleh masyarakat. Ini adalah ciri sastera baru yang bersifat individualistik.KAJIAN BAHASA MELAYU DALAM HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI

Dalam karya autobiografinya memang terlihat ciri-ciri sastera moden seperti intelek, emosi, imaginasi, dan teknik. Sehubungan dengan itu Zuber Usman (1966:9) menyebut;Abdullah ialah pengarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang memelingkan penanya dari menceritakan kisah-kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke dunia kenyataan

Penulisan Hikayat Abdullah berpegang pada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ), ) nga ), ) ga ( ), )nya ( )dan ca ). ). Ini bererti tulisan tersebut mesih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. Penulisan Hikayat Abdullah juga tidak menggunakan tanda-tanda baris pada tulisannya.

Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang dimaksudkan.

Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu.

Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti maka, beberapa lamanya, maka adalah, akan dia dan maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.

Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam

Hikayat Abdullah (halaman 6)

Hikayat Abdullah (halaman 6)

Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. Hikayat Abdullah dilabelkan sebagai satu satu karya moden pada zaman kegemilangannya kerana terkeluar dari amalan biasa sehingga Abdullah Munsyi digelar sebagai bapa Kesusasteraan Melayu moden.

KAJIAN TEKS BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERALIHANPENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM HIKAYAT ABDULLAH

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR

DISEDIAKAN OLEH :HELNIMALA BT MOHD YUSOFBMM2