Alam Sekitar Dan Kesihatan

• Published on
07-Dec-2015

• View
13

• Download
0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penerokaan alam sekitar semulajadi untuk aktiviti perbandaran telah menyumbang kepada merebaknya pelbagai jenis penyakit .

Transcript

ANEA 3306

ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN

Tajuk: Aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya pelbagai jenis

penyakit.Bincangkan.

Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS)

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar

Universiti Malaya

Kuala lumpur,Malaysia

Sesi 2011/2012

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2

ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN

SESI 2011/2012

1. SOALAN TUGASAN 1

Bincangkan bagaimana aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya

pelbagai jenis penyakit.

Arahan:

1. 2000 2500 patah perkataan

2. Sertakan gambar atau carta aliran yang sesuai

3. Masukkan contoh-contoh kes (HINI, Bird flu, denggi dan sebagainya)

4. Pastikan penulisan ditulis mengikut aturan penulisan yang betul perlu ada

rujukan penulisan

5. Tulis rujukan di bahagian akhir.

6. TARIKH SERAHAN : MINGGU 9

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 3

2. PENGENALAN

Sistem alam sekitar semula jadi terdiri daripada empat komponen utama iaitu

komponen atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera, setiap komponen alam

sekitar ini saling bertindak balas antara satu sama lain dan mewujudkan satu sistem

alam sekitar yang seimbang dan memberi kesejahteraan kepada manusia ( merujuk

gambar rajah 1). Hal ini demikian kerana, alam sekitar amat penting kepada manusia

untuk hidup, manusia saling bergantung kepada alam sekitar bagi memenuhi

keperluan mereka dan keperluan manusia terbahagi kepada dua iaitu keperluan

biologi dan keperluan budaya. Keperluan biologi lebih merangkumi kepada satu

bentuk keperluan asas seperti makanan, minuman dan oksigen untuk bernafas, bagi

memenuhi keperluan biologi ini manusia tidak perlu melakukan perubahan terhadap

alam sekitar tetapi alam sekitar akan bertindak secara semula jadi. Bagi keperluan

budaya pula alam sekitar merupakan bukan satu keperluan asas tetapi lebih kepada

kepentingan dalam memenuhi keselesaan hidup, biasanya melibatkan pelbagai

aktiviti antaranya aktiviti yang berteraskan ekonomi, pendidikan dan pembangunan

infrastruktur. Alam sekitar pada masa ini akan mengalami perubahan kerana telah

diterokai oleh manusia.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 4

Gambar rajah 1: Menunjukkan perhubungan antara empat komponen alam

sekitar semula jadi.

Pada awalnya alam semula jadi ini merupakan satu kawasan yang asli dan masih

dara serta masih belum diteroka dan pada masa ini dikenali sebagai proses

determinism. Pada masa ini juga alam sekitar masih belum terjejas dan masih 100%

asli dan alam sekitar yang banyak mempengaruhi manusia. Banyak aktiviti manusia

pada masa ini adalah terhad kerana pengaruh faktor alam semula jadi, manusia

banyak menjalankan aktiviti yang hanya bagi memenuhi keperluan biologi mereka.

Namun, pada era manusia maju dan kaya dengan kemahiran teknologi maka

wujudnya konsep possibilisme di mana pada masa ini manusia yang banyak

mempengaruhi alam semula jadi. Manusia pada masa ini mula membangunkan alam

sekitar bagi memenuhi keperluan budaya mereka. Banyak kawasan alam semula jadi

sudah mula diteroka oleh manusia antaranya bertujuan bagi melakukan aktiviti

membangunkan kawasan bandar.

SISTEM LITOSFERA

SISTEM ATMOSFERA SISTEM HIDROSFERA

SISTEM BIOSFERA

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 5

2.1 DEFINISI BANDAR DAN PERBANDARAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun bagi menuju ke

arah negara yang maju, dalam mencapai taraf menjadi sebuah negara maju

Malaysia perlu mahir dan maju dalam pelbagai bidang bagi bersaing dengan negara

maju yang lain. Setiap negara yang menuju ke arah negara maju ini biasanya akan

mengalami proses perkembangan bandar yang pesat. Menurut seorang pengkaji

geografi bandar Khatimah Rostam (1988) telah mendefinisikan sesuatu bandar itu

dengan melihat dari segi aspek keadaan fizikal sesebuah bandar itu antaranya dari

segi jumlah penduduk, kepadatan penduduk bagi setiap 1 kilometer persegi dan

peratusan pekerja yang terlibat dalam pelbagai bidang dan sektor. Contoh situasi di

Malaysia yang telah menetapkan bagi setiap kawasan yang telah mencapai bilangan

penduduk seramai 10 000 orang maka kawasan ini boleh diiktiraf sebagai kawasan

bandar dan turut berlaku transformasi dari segi tahap sesebuah kawasan itu

daripada kawasan desa atau pekan berkembang dan berubah menjadi sebuah

kawasan bandar, proses ini boleh dikenali sebagai proses perbandaran.

Perbandaran adalah satu proses yang berlaku di sesuatu kawasan kerana

kawasan tersebut telah menjadi tumpuan penduduk, pembangunan dan juga

terdapat pelbagai keperluan dan juga kelengkapan kemudahan. Menurut Khatimah

Rostam (1988) dalam bukunya Pengantar Geografi Bandar telah mentakrifkan

perbandaran sebagai satu proses penumpuan penduduk yang mendiami sesuatu

kawasan yang dikenali sebagai bandar. Perbandaran juga merupakan proses yang

dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan penduduk, kadar migrasi penduduk desa ke

bandar, kawasan perniagaan. Perkhidmatan, industri dan juga keluasan bandar

tersebut menurut seorang pengkaji bandar T.G Mc Gee.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 6

Sulong Mohamad (1922) telah mendefinisikan bandar sebagai sebuah

kawasan penempatan yang mempunyai ciri ciri dari segi saiz kepadatan pekerjaan

dan juga fungsi fungsi dan nilai nilai masyarakat yang tertentu. Beliau juga turut

memberi beberapa kriteria tentang bandar iaitu:

Saiz minimum penduduk di sesebuah bandar. Contoh Malaysia saiz

minimum penduduk di sesebuah kawasan bandar adalah seramai 10 000

orang

Mempunyai kepadatan penduduk. Contoh di India kepadatan

penduduknya adalah 385 orang bagi setiap 1 km persegi.

Peratusan pekerjaan bukan dalam sektor pertanian. Contoh di Amerika

Syarikat di mana peratusan penduduk yang bekerja dalam sektor lain

daripada pertanian adalah tinggi iaitu sebanyak 75 % daripada

keseluruhan penduduk.

Letakkan dan fungsi bandar sebagai kawasan pusat dari segi pelbagai

aspek antaranya adalah aspek ekonomi, pentadbiran , dan budaya.

Masyarakat di bandar gaya hidup lebih kepada pentingkan diri sendiri

(individualistik), formal dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang

longgar

Kebanyakan kawasan yang asalnya dibangunkan sebagai kawasan

pertanian telah dibangunkan semula tapi bukan kegunaan untuk

pertanian.

Bandar menurut Melvin G. Marcus dan Thomas Detwyler adalah satu ciptaan

yang terdapat pengaruh manusia ke atas sumber alam semula jadi dan merupakan

tempat di mana manusia telah banyak melakukan perubahan terhadap pelbagai

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 7

sumber seperti air, organisma dan udara. Bandar juga merupakan satu ruang

manusia memulakan dan mengawal perubahan yang berlaku dalam habitatnya.

Proses pembandaran yang dilakukan oleh manusia telah membentuk dan

mewujudkan satu ekosistem baru di mana terdapat interaksi antara manusia,

pekerjaannya dan alam semula jadi, interaksi yang wujud adalah bersifat kompleks.

3. AKTIVITI PERBANDARAN MENYUMBANG KEPADA PEREBAKAN

PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Aktiviti perbandaran yang semakin pesat ini juga telah menyebabkan berlaku

perubahan terhadap keseimbangan alam sekitar. Perubahan yang berlaku ini juga

telah mendorong alam sekitar adaptasi perubahan yang dilakukan oleh manusia ini

yang bagi memenuhi keperluan biologi dan budaya manusia. Hal ini telah

menyebabkan pelbagai kesan yang akan timbul dan kesan tersebut sama ada kesan

positif, negatif mahupun kesan yang berskala kecil atau besar kepada manusia

kerana interaksi antara manusia dan alam sekitar. Pada kebiasaannya kesan negatif

adalah lebih banyak daripada kesan positif, antara kesan negatif seperti

menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit sehingga dapat menggugat

kesejahteraan kehidupan manusia.

Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen utama iaitu alam sekitar

sosial ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi (merujuk

gambar rajah 2). Komponen alam sekitar pembangunan merupakan komponen yang

paling besar dan yang mendominasi alam sekitar semula jadi di kawasan bandar.

Hal in telah menyebabkan komponen alam sekitar semula jadi yang terdiri daripada

empat komponen semakin mengecil dalam alam sekitar bandar. Aktiviti manusia di

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 8

kawasan bandar yang telah mendorong kepada semakin besar skala alam sekitar

pembangunan di kawasan bandar.

Gambar rajah 2: Komponen alam sekitar bandar

Antara aktiviti yang terlibat dalam perbandaran adalah aktiviti perindustrian,

perkhidmatan, pengangkutan, pembangunan, penempatan, kemudahan infrastruktur

dan pelbagai lagi. Setiap aktiviti ini memberi kesan atas empat komponen alam

sekitar semula jadi dan juga sehingga menyebabkan merebaknya pelbagai jenis

penyakit dan menjejaskan kesihatan manusia.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 9

3.1 KOMPONEN ATMOSFERA

Ruang atmosfera di bandar dalamnya banyak mengandungi komposisi gas

dan zarah debu, dan dikatakan terdapat antara 4 hingga 1000 kali ganda lebih

banyak debu dalam ruang udara di bandar berbanding dengan kawasan luar bandar.

Kebanyakan gas dan debu ini terhasil akibat daripada aktiviti perindustrian dan

sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan bandar. Antara bahan yang

terkandung dalam debu debu dan gas gas tercemar di kawasan bandar ini

adalah plumbum dan kebanyakan penduduk bandar mempunyai kandungan

plumbum yang tinggi dalam darah berbanding penduduk luar bandar dan komposisi

udara di bandar juga mempunyai 10 kali ganda lebih banyak micro-organisma

berbanding dengan komposisi udara di luar bandar. (Reid A. Bryson dan John E.

Ross 1985: Iklim Di Bandar).Ini menyebabkan udara yang kita sedut setiap hari

untuk bernafas mengandungi pelbagai bentuk bahan pencemar dan kebanyakan

dalam bentuk debu yang halus yang tidak lihat oleh penglihatan manusia sendiri.

Aktiviti perindustrian merupakan antara aktiviti yang banyak memberi kesan

ke atas komponen sistem alam sekitar semula jadi atmosfera. Kawasan industri

menyebarkan sehingga 4000 zarah mm-3 iaitu 1000 kali ganda lebih banyak debu

berbanding dengan jumlah debu yang terkandung dalam komposisi udara di luar

bandar. Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan dan setiap lapisan tersebut

mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti lapisan troposfera merupakan lapisan

zon hidupan dan lapisan stratosfera pula merupakan lapisan yang terdiri daripada

ozon yang bertindak sebagai menghalang sinaran UV yang berbahaya daripada

matahari dari sampai ke permukaan bumi, kerana sinaran ini berbahaya kepada

semua hidupan di muka bumi terutama sekali manusia. Komponen atmosfera ini

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 10

juga terdiri daripada komposisi - komposisi udara yang sentiasa beredar yang

sentiasa mengimbangi suhu bumi. Aktiviti perindustrian biasanya akan menghasilkan

bahan bahan tercemar terutama sekali aktiviti perindustrian yang melibatkan

pemprosesan seperti industri aerosol, industri foam dan pelbagai lagi dan aktiviti ini

dikatakan memberi kesan merebaknya pelbagai penyakit. Hal ini demikian kerana

aktiviti perindustrian akan menyalurkan bahan bahan tercemar seperti debu, asap

asap yang terdiri daripada gas- gas yang berbahaya seperti karbon monoksida,

sulfur dioksida dan pelbagai lagi melalui serombong asap. Gas gas ini akan

bergerak dalam ruang atmosfera terutama sekali apabila suhu panas di mana

keadaan udara yang kering dan ringan.

Gas gas berbahaya seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida akan di

bawa oleh angin ke kawasan yang lebih jauh dan semakin jauh gas tersebut ditiup

semakin berbahaya gas tersebut kerana sepanjang peredaran itu gas tersebut boleh

bertindak balas dengan komponen gas dan partikel lain yang terdapat dalam udara,

dan secara tidak langsung akan menyebabkan gas tersebut menjadi semakin

berbahaya. Antara kesan yang timbul akibat daripada perlepasan gas gas

berbahaya ini daripada aktiviti perindustrian adalah akan menyebabkan peningkatan

penyakit yang berkaitan masalah saluran pernafasan dalam kalangan manusia,

seperti penyakit pneumonia atau radang paru paru, asthma, kanser paru paru,

bronkitis dan pelbagai lagi. Contoh penyakit Asthma adalah sejenis penyakit

pengecutan saluran pernafasan yang berpunca daripada radang saluran, dan paru

paru juga akan berubah menjadi mengecut kerana saluran pernafasan yang sensitif

terhadap bahan bahan pencemar atau bahan alergi yang ada di sekeliling seperti

asap daripada aktiviti pembakaran terbuka, kilang yang melepaskan asap yang

mengandungi gas gas pencemar seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 11

dan pelbagai lagi. Pada kebiasaannya, manusia yang jauh daripada kawasan

perindustrian kan mendapat kesan yang lebih teruk lagi berbanding kesan yang

diperoleh manusia yang tinggal berhampiran dengan kawasan perindustrian.

3.2 KOMPONEN HIDROSFERA

Air merupakan antara komponen penting dalam keperluan hidup. Manusia

menggunakan air untuk melakukan aktiviti domestik seperti membasuh, memasak

dan juga merupakan sumber minuman. Sumber air boleh didapati daripada tiga

sumber utama iaitu air permukaan seperti sungai dan tasik, lautan dan sumber air

bawah tanah. Pembangunan di kawasan bandar menyebabkan kebanyakan

permukaan tanah telah bertukar menjadi permukaan yang tidak serap air kerana

telah diturap dengan tar atau bitumen dan juga ada yang telah disimen.

Perkembangan bandar yang berlaku secara berperingkat demi peringkat akan

memberi kesan ke atas sistem hidrologi kerana pembangunan tanah di kawasan

bandar telah banyak mengubah keadaan fizikal permukaan tanah dan laluan saliran.

Bandar merupakan antara kawasan yang kerap menerima hujan kerana nukleus

pemeluwapan yang banyak akibat daripada pelbagai aktiviti manusia yang

dijalankan di bandar. Apabila berlaku hujan lebat akan menyebabkan berlaku

lebihan air larian permukaan...