ALAM SEKITAR - Pembangunan Lestari

• Published on
01-Jul-2015

• View
897

• Download
1

Embed Size (px)

Transcript

Pembangunan LestariCikguPA on Wed Aug 05, 2009 10:28 pm

Bincangkan Topik Pembangunan Lestari dalam usaha mengatasi/mencegah masalah alam sekitar. Konsep Pembangunan Lestari. Akta-akta yang berkaitan.

Re: Pembangunan LestariCikguPA on Sat Aug 08, 2009 4:16 pm

Pembangunan Lestari - Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. -Pemuliharaan bermaksus membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. -Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk men gekalkan sumbersumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. -Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Re: Pembangunan LestariCikguPA on Sat Aug 08, 2009 6:23 pm

Akta-akta berkaitan 1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 -pencemaran udara (seksyen 20) -pencemaran bunyi bising (seksyen 23) -pencemaran tanah (seksyen 24)

-pencemaran perairan daratan (seksyen 25) -Pencemaran minyak (seksyen 29) 2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan. 3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar. 4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan 5. Akta Perikanan 1985

Re: Pembangunan LestariCikguPA on Sun Aug 16, 2009 7:55 am

Panilaian Impak Alam Sekitar (EIA) 1. EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar. Penilaian ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerugian besar khususnya terhadap alam sekitar akibat kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. 2. EIA satu pendekatan yang meyeluruh/holistik ke arah pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti. 3. Oleh itu, sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak dijalankan, maka pemaju mestilah menyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan oleh pihak berkuasa (Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar). Pihak berkuasa boleh menangguh atau membatalkan sesuatu projek jika tidak menepati kehendak dan syarat yang ditetapkan dalam EIA.

Re: Pembangunan LestariCikguPA on Sat Aug 29, 2009 10:08 pm

Contoh projek yang perlukan kelulusan EIA Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

1. Pertanian i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga iii. Pembangunan estet pertanian 2. Lapangan terbang i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara 3. Saliran dan pengairan i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih 4. Tebus guna tanah i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar 5. Perikanan i. Pembinaan pelabuhan perikanan ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih 6. Perhutanan i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih 7. Perumahan i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar 8. Industri i. Kimia keluaran melebihi 100 tan metrik/hari ii. Petrokimia semua saiz 9. Infrastruktur i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital 10. Pelabuhan i. Pembinaan pelabuhan

Re: Pembangunan LestariCikguPA on Fri Sep 04, 2009 7:18 pm

Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. Dengan kata lain, kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif. Walau bagaimanapun, untuk mencapai hidup yang lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan komponen alam sekitar tetapi juga komponen politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan, penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konflik yang mempunyai kepentingan persekitaran.

Lebih dari satu billion manusia di muka bumi pada hari ini hidup dalam kemiskinan dan mempunyai harapan yang tipis untuk menghadapi hari akan datang. Berjuta -juta manusia di bandar besar hidup tersisih di kawasan yang sesak, persekitaran yang tidak bersih, tanpa air minum dan sistem pelupusan sisa pepejal yang tidak selamat. Sementara di luar bandar pula, ada orang-orang kampung di negaranegara sedang membangun yang kehidupan mereka terkacau ganggu akibat dari konfl ik bersenjata yang bertujuan untuk mengawal sumber berharga seperti minyak, berlian dan balak. Konflik di negara sedang membangun mengenai sumber asli melimpah ruah membawa kepada kerosakan alam sekitar yang sangat ketara. Keuntungan yang didapati hasil daripada aktiviti eksploitasi hasil bumi ini kadangkadang dinikmati hanya oleh segolongan penduduk elit dan ini membebankan kebanyakan penduduk dengan masalah sosial dan penurunan kualiti alam sekitar.

Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif untuk menangani masalah global alam sekitar di kedua-dua negara sudah membangun dan sedang membangun dengan memberi penekanan kepada penyelesaian konfl ik di antara isu ekonomi dan isu alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara mempunyai jurang sangat besar di antara penduduk miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang lalu. Akibat dari itu keselamatan politik, sosial dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebiha mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah. Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan lestari pada musim panas 2002 di Johannesburg, AfrikaSelatan memberi satu pandangan yang optimistik terhadap penyelesaian masalah yang disebutkan di atas. Persidangan itu mempunyai objektif untuk terus berusaha ke arah keadilan sosial dan persekitaran untuk semua golongan manusia di dunia. Semua orang di dunia berhak menikmati pembanguan lestari tanpa mengira mereka lelaki atau perempuan, tua atau muda, miskin atau kaya, berada di Timur ataudi Barat dan di Utara atau Selatan. Persidangan itu juga bertujuan memperteguhkan usaha -usaha pembangunan secara lestari

dengan meminimumkan pemusnahan atau penurunan kualiti alam sekitar secara tempatan, wilayah atau global akibat daripada penduduk yang berlebihan, pembasmian hutan, perlombongan, pertanian serta pencemaran tanah, air dan udara. Tujuan lain persidangan ini adalah untuk membangun dan menyokong persetujuan -persetujuan antarabangsa untuk mengawal pemanasan global dan bahan cemar. Selepas melihat isu dan masalah yang dihadapi serta memahami usaha-usaha yang dijalankan untuk mencapai pembangunan lestari di peringkat dunia, apakah yang boleh anda lakukan sebagai seorang pelajar dan pemimpin masa hadapan? Sanggupkah anda melihat alam sekitar terus diterokai tanpa batasan dan sempadan? Tahukah anda jika alam sekitar musnah kita turut akan musnah bersama-samanya. Oleh itu kita mesti belajar dan mengamalkan cara hidup lestari. Bertindaklah secara lokal dan berfikir secara global. Paling kurang yang boleh kita lakukan untuk hidup lebih lestari adalah dengan lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

Re: Pembangunan LestariCikguPA on Tue Sep 08, 2009 2:54 pm

Konsep geopark peraga pembangunan lestari di China Oleh Dr Ibrahim Komoo Malaysia wajar pelajari pengalaman negara Tembok Besar dalam usaha pemuliharaan warisan tabii, tingkat sektor pelancongan BARU-BARU ini saya menjalankan misi penilaian semula dua geopark global di China. Geopark pertama ialah Hexingten geopark, terletak di barat Inner Mongolia dan kedua, Yandangshan geopark di wilayah Zhejiang. Misi ini dianjurkan oleh Biro Unesco Global Geoparks Network untuk menilai kemajuan dicapai selama empat tahun selepas geopark ini diisytiharkan sebagai geopark global. Hexingten geopark terletak di daerah pedalaman yang dicirikan oleh kawasan padang rumput dan pergunungan. Perjalanan dengan kenderaan mengambil masa hampir tiga jam dari lapangan terbang terdekat, iaitu bandar Chifeng. Penduduk di sini adalah golongan masyarakat Mongolia yang masih mengamalkan kehidupan berpindah-randah. Pada musim sejuk, mereka tinggal di pekan kecil yang mempunyai kemudahan asas, terutama sistem pemanas rumah. Pada musim panas pula mereka mendirikan khemah di kawasan padang rumput untuk mengembala ternakan seperti kambing dan lembu.

Keistimewaan Hexingten sebagai geopark terletak pada keindahan alam semula jadinya padang rumput yang terbentang luas, puncak bukit dan gun ung yang mempamerkan penara batuan luar biasa bentuknya serta tinggi nilai saintifiknya, kehadiran tasik besar terbentuk oleh proses letupan gunung berapi dan penurunan muka bumi, serta kepelbagaian fauna dan floranya. Yandangshan geopark pula terletak di daerah luar bandar iaitu dua jam perjalanan dari bandar terdekat, Wenzhou. Geopark ini terkenal dengan landskap geologi luar biasa, pergunungan yang terbentuk daripada batuan gunung berapi membentuk pelbagai rupa penara batuan yang berketinggian mencapai 300 meter. Sebahagian daripada pergunungan ini sudah di kuari sejak lebih 1,000 tahun lampau meninggalkan gua buatan manusia yang luas lagi menakjubkan. Bagi masyarakat tempatan dan pengunjung ke sini, bentuk penara yang boleh dikaitkan dengan pelbagai rupa bentuk seperti imej manusia dan haiwan adalah cerita paling menarik yang terserlah daripada geopark ini. Hexingten dan Yandangshan geopark adalah dua daripada 22 geopark yang diisytiharkan Unesco sebagai geopark global di China. Pada masa ini, di ra ntau Asia Pasifik, hanya ada enam geopark global berada di luar China, iaitu tiga di Jepun dan masing -masing satu di Iran, Malaysia dan Australia. Negara China juga mempunyai 138 geopark bertaraf kebangsaan dan semuanya sedang menunggu giliran untuk dian gkat menjadi geopark global. Bagaimanapun, Unesco hanya membenarkan dua geopark dari sesebuah negara diterima sebagai geopark global dalam setahun. Mengapa negara China sangat ghairah untuk mewujudkan geopark? China mempunyai visi untuk membangunkan kawasan luar bandar secara lestari. Pada 2000, apabila Unesco memperkenalkan konsep geopark yang memberikan penekanan kepada pembangunan wilayah yang cuba mengimbangi keperluan pemuliharaan sumber warisan, pembangunan pelancongan dan meningkatkan peluang ekono mi komuniti tempatan, China dapat melihat bahawa konsep ini sangat sesuai untuk pembangunan wilayah pedalaman dengan kebanyakan penduduknya masih berada di bawah tahap kemiskinan. Sejak 2002, China mempunyai program pada peringkat kebangsaan untuk membangunkan wilayah pedalaman yang memiliki warisan geologi istimewa sebagai geopark. Ketika membuat penilaian semula terhadap geopark Hexingten dan Yandangshan, saya dapat berasakan wujud tiga ramuan penting membolehkan program geopark di negara itu memperoleh kejayaan cemerlang dan kini dilihat sebagai peneraju pembangunan geopark pada peringkat global. Pertama, kerajaan pada peringkat kebangsaan, iaitu Kementerian Sumber Mineral dan Tanah sudah memberi perhatian serius untuk pembangunan geopark. Kerajaan Pe rsekutuan menyalurkan dana yang besar untuk pembangunan infrastruktur penting seperti lebuh raya, muzium geopark dan infrastruktur asas untuk pelancong melawat dan menikmati keindahan

tapak istimewa di dalam sesebuah geopark. Di tempat yang agak terpencil, sebuah bandar baru dibina di pinggir geopark untuk menampung keperluan pelancong dan aktiviti ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Kedua, pemerintah tempatan, terutama datuk bandar dan pegawai kanannya mempunyai komitmen yang sangat tinggi untuk membangun geopark. Mereka memberi tumpuan istimewa untuk memastikan projek geopark mereka dikenali pada peringkat kebangsaan dan jika boleh pada peringkat global. Perbualan dengan beberapa pegawai kanan tempatan menunjukkan mereka sangat berbangga dengan pencapaian mereka membangunkan geopark dan percaya konsep geopark dapat meningkatkan kekayaan wilayah terbabit. Ketiga, kebanyakan penduduk setempat mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai bahawa pentingnya warisan tabii dan budaya yang ada di daerah mereka. Mereka menghargai dan sanggup mengekalkan warisan ini seolah-olah ia menjadi kepunyaan bersama yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Mereka juga percaya sumber warisan dapat membawa tuah dan keuntungan kepada komuniti mereka. Oleh itu, apabila konsep pemuliharaan dan pelancongan lestari diperkenalkan, mereka bersedia menerimanya dan sanggup melaksanakan dengan sebaik mungkin. Di China, pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark seolah -olah sudah lama dinantikan. Apabila Kerajaan China memperkenalkan kepada pemerintah tempatan, ia terus mendapat sambutan luar dugaan. Kerajaan dan penduduk tempatan sudah bersedia menerimanya dan mampu menggerakkan ke hadapan dengan pantas. Demam geopark dapat dirasakan di seluruh pelosok desa dan pekan yang berada di dalam kawasan geopark. Komuniti setempat mampu menjalankan kegiatan ekonomi dan meningkatkan sumber pendapatan berasaskan idea geopark. Pelancong pula datang beramairamai untuk berkunjung dan mengenali keistimewaan geopark. Geopark adalah peraga pembangunan lestari wilayah, khususnya di daerah pedalaman yang sukar dimajukan. Komponen pemuliharaan warisan tabii dan budaya membolehkan masyarakat setempat dan pelancong menghormati serta mengekalkan khazanah bangsa. Peningkatan pelancong membolehkan sumber warisan tempatan digunakan secara tanpa musnah. Pada masa sama, komuniti setempat dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka menerusi peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan ketika membangun geopark dan pelbagai aktiviti yang kreatif untuk mengambil manfaat daripada kedatangan pelancong ke geopark mereka.

Malaysia boleh belajar daripada pengalaman ini - negara yang mempunyai visi jelas perlu disusuli komitmen tinggi oleh agensi persekutuan, keupayaan untuk melaks anakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan dan kesediaan untuk diterima dengan hati terbuka oleh komuniti setempat. Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) UKM, yang juga Ahli Biro dan Kumpulan P akar, Jaringan Geopark Global Unesco.

Re: Pembangunan LestariCikguPA on Fri Sep 11, 2009 4:20 pm

Kejirana...