Aliran Yaman Dan Madinah

• Published on
09-Jul-2016

• View
35

• Download
13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k

Transcript

PEMBENTANG: SITI NURIZZATY BINTI SALLEH NO.MATRIK: AEL140019SOALAN: Bandingkan bentuk dan corak pensejarahan Islam yang berkembang di Yaman dan Madinah.

PengenalanPenulisan pensejarahan Islam adalah pembentukan semula peristiwa yang terjadi dimasa silam dan ditulis setelah penelitian dilakukan. Hal ini kerana penulisan tanpa penelitian akan menjadi rekonstruksi sahaja. Perkembangan bentuk dan corak pensejarahan di Yaman dan Madinah didorong oleh dengan bertapaknya Islam di bumi Arab. Perkembangan di Yaman dan Madinah ini juga telah membawa kepada dua aliran terpenting didalam penulisan pensejarahan awal Islam, iaitu Aliran Yaman dan Aliran Madinah.Bentuk dan Corak Pensejarahan Islam di Yaman dan Madinah Aliran Yaman Yaman sering disebut sebagai Arab Selatan kerana ianya merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian selatan Jazirah Arab.

Tulisan mengenai keruntuhan empangan Maarib, kerajaan Saba dan Ratu Balqis, serbuan Yaman ke Mekah, kisah tentera bergajah 571 Masihi, dan sebagainya menjadi bukti bahawa peradaban Yaman telah lama mempunyai tulisan sejarah dimana penulisan-penulisan ini tersimpan di tempat-tempat ibadat mereka sebelum Islam.

Bentuk riwayat-riwayat dalam aliran ini kebanyakannya berunsurkan mitos dan lagenda.

Tokoh-tokoh Yaman mempunyai ilmu dalam sejarah Yaman dan sejarah bangsa lain, selain turut mempunyai kebolehan membaca inskripsi tulisan-tulisan kuno dan salasilah.

Corak pensejarahan Islam pada ketika ini memfokuskan kepada:

a. Kepahlawanan dan strategi peperanganb. Kesenian

c. Bahasa dan filologid. Seni bina

Antara sejarahwan awal Yaman ialah:i)Tamim al-Dari Seorang Nasrani dan telah memeluk Islam pada tahun 9 Hijrah. Zaman Umar: beliau akan bercerita pada hari Jumaat dihadapan kumpulan orang Islam. Zaman Uthman: beliau menjadi pencerita kisah sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu kisah Jassasa dan Dajjal sebanyak 2 kali seminggu. Zaman Ali: beliau melarang tradisi penceritaan kecuali Hasan al-Basri di Masjid Basra.

ii)Kaab al-Ahbar Seorang Yahudi dan telah memeluk Islam. Mengagumi kisah Nabi Muhammad S.A.W melalui penceritaan Ali yang mempunyai banyak persamaan dengan kisah kitab mereka. Banyak meriwayatkan berita-berita dan kisah para Nabi menggunakan sumber kitab agama Yahudi selain banyak memasukkan unsur mitos dalam karyanya. Hal ini menjadikan sejarawan perlu berhati-hati dalam meneliti kesahihan riwayatnya.

iii)Abid B. Syarya al-Jurhami Hidup di zaman pra Islam dan selepas Islam dimana beliau merupakan pakar bahasa, pakar sejarah dunia dan geografi. Memasukkan sastera Yaman dan kisah-kisah Yahudi dan Kristian dalam penulisan. Karya-karyanya termasuklah al-Tijan min Muluk Himyarwa al-Yaman, Kitab al-Amtsal, Kitab al-Mulukk wa Akhbar al-Madhi.iv)Wahb Ibn Munabbih Merupakan seorang penetap Yaman berketurunan Parsi yang terkenal sebagai pencerita asal-asal Yaman yang diperoleh daripada orang Yaman. Mempunyai kebolehan membawa tulisan kuno, termasuklah tulisan Greek. Memperkenalkan kandungan kitab suci Yahudi dan asal mula Talmud dalam sejarah Islam selain turut menjadi penyusun al-Maghazi. Karya-karyanya termasuklah Ahadis al-Anbiya wa al-Ibad wa Ahadis Bani Israil (Berita Tentang Nabi-Nabi, Orang-Orang Shalih, dan Bani Israil), al-Mubtada, Qashash al-Anbiya (Kisah Para Nabi),danKitab al-Muluk al-Mutawajjah min Himyar wa Akhbaruhum wa Ghair Dzalik (Tulisan Tentang Raja-Raja Bermahkota dari Himyar, Sejarah Mereka dan lain-lain). Isinya tentang syair arab seperti al-Ayyam untuk memuliakan bangsa Yaman

Aliran Madinah Perkembangan ilmu agama di Madinah mula pesat dizaman Khulafa ar-Rasyidin dan Bani Umayyah dimana pengajaran ketika itu berbentuk halaqah ilmiah. Cakupan ilmu termasuklah tema sejarah seperti al-Maghazi, al-Sirah, al-Nabawiyyah. Antara tokoh sejarawan terkenal yang menyumbang kepada perkembangan aliran Madinah ialah:i)Urwah Ibn Zubayr (22 94 Hijrah) Seorang tabiin (orang Islam yang hidup selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W) dan merupakan anak Zubayr al-Awwam dan Asma Abu Bakar. Karya-karyanya termasuklah karya al-Maghazi, sejarah Nabi Muhammad S.A.W (penurunan wahyu, hijrah, peperangan, hingga kewafatan), biografi (Khalifah Abu Bakar dan Umar al-Khattab). Karya-karya Urwah menekankan penulisan secara kronologi. Matlamat penulisannya adalah untuk menimbulkan kesedaran diri, melaksanakan cita-cita Rasulullah yang amat pentingkan kronologi selain untuk membantu memahami al-Quran, hadis, dan ilmu lain. Kaedah penyelidikannya merangkumi sumber daripada:a)Isnaad (rangkaan pembawa hadis) daripada Aishah, al-Zubayr, Asma, Usamah Zayd, Abu Hurairah, dan sebagainya.b)al-Quran dan hadis sebagai sumber pertama dan kedua.c)Cerita lisan syair Waraqah bin Naufal dan syair Abu Bakar.d)Surat-surat peribadi Nabie)Pengamatan dan pengalaman. Contohnya, beliau telah mengikut serta dalam perang ar-Riddah (serangan ke atas Nabi palsu, orang murtad, dan yang tak membayar zakat), perang Qadisiyya, dan perang Yarmuk.

Jika tidak yakin, beliau akan menggunakan perkataan Yurmaan (diceritakan), zaamun (mereka mendakwa), dan lain-lain lagi. Anaknya Hisham dan Yahya telah meneruskan usaha penulisan Maghazinya selain turut mencatatkan salasilah dan pengetahuan tentang Akhbar dan Ayyam orang Arab.

ii)al-Zuhri (50/51/56/58 Hijrah) Nama penuh: Abu Bakr Muhammad b. Muslim b. Ubaidullah b. Abdullah b. Shihab al-Zuhri. Merupakan pengasas aliran sejarah di Madinah selain turut menjadi pengasas kepada perkataan sirah. Karya utama: al-Maghazi. Beliau mengunakan kaedah kronologi, iaitu tarikh dan peristiwa. Kaedah penyelidikannya merangkumi sumber daripada:a)Sumber bertulis daripada perpustakaan Bani Umayyah, catatan Urwah, Said al-Musayyab, dan lain-lain, al-Quran, hadis-hadis, kisah Nabi terdahulu (Qisas al-Anbiya), dan cerita rakyat dan syair.b)Menemubual mereka yang terlibat dalam perang.c)Pengalaman Perbandingan Aliran Yaman dan MadinahYamanMadinah

Fokusa. Kepahlawanan b. Kesenianc. Bahasa dan Filologid. Seni Bina

a. al-Maghazi (kisah peperangan)b. al-Sirahc. al-Nabawiyah

Bentuk RiwayatMitos dan LagendaHalaqah ilmiah dan mementingkan kronologi

SejarawanKebanyakan bukan berasal daripada agama Islam tetapi kemudiannya memeluk Islam.Kebanyakannya memang orang Islam.

KesimpulanDapat disimpulkan yang tempat tinggal sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada perkembangan pensejarahan awal Islam. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat dengan bagaimana penulisan pensejarahan Islam oleh mereka yang berada di Madinah lebih cenderung kepada sejarah hidup Nabi Muhammad SAW dan al-Maghazi manakala karya daripada Yaman pula lebih menekankan hikayat yang tidak diteliti dan dipengaruhi mitos lagenda. Namun begitu, walaupun terdapat perbezaan yang ketara antara kedua aliran ini, namun perkembangan dan arus penulisan sejarawan dua aliran inilah yang seterusnya telah membentuk batu asas pensejarahan Islam dan membawa kepada kemunculan aliran lain seperti aliran Irak.