Apakah Itu SEGAK

  • Published on
    30-Oct-2015

  • View
    192

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

segak

Transcript

Apakah itu SEGAK ?

Pendidikan JasmaniPJK 2102 WTajuk: SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)

Pensyarah: Puan Kok Mong LinDisediakan oleh: Ngor Siew En

Apakah itu SEGAK ? Satu set ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.Siapakah yang terlibat?Semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5ObjektifPelaksanaandirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.Dilaksanakan mulai sesi persekolahan tahun 2008Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi komponen kecergasan kepada PBS dan direkod dalam Sistem Maklumat Murid.Dilakukan dua kali setahun (Mac & Ogos)Langkah-langkah PelaksanaanTaklimat kepada murid tentang SEGAK.Mengukur Indeks Jisim Badan.Aktiviti memanaskan badan.Pelaksanaan Bateri Ujian.Aktiviti menyejukkan badan.

Ujian-ujian SEGAK

Urutan perlu dipatuhi atas faktor fisiologi dan perlu dilaksanakan dalam hari yang sama.Tujuan: untuk menilai komposisi badan berdasarkan Indeks Jisim Badan =

merupakan satu indikator mudah untuk mengaitkan berat dan ketinggian dengan lemak tubuh dan risiko kesihatan.

Ujian 1: Pengukuran Indeks Jisim Badan

Ujian 2 - Naik Turun Bangku (3 Minit)

Tujuan : Mengukur Daya Tahan KardiovaskularProsedur: Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri di atas bangku.(30.5cm)Murid melakukan pergerakan naik dan turun bangku (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kaki kanan naik dan seterusnya) selama 3 minit.Selepas tamat murid duduk serta merta dan kadar denyutan nadi diambil selepas 5 saat.Kadar nadi diambil dalam jangka masa 1 minit.

Ujian 3- Tekan Tubi Suaian

Tujuan : menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu.Prosedur: 1.Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan. (Gambar A)2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm. (Gambar B).3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan lakuan. (Gambar C)4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit.

Gambar ABersediaGambar BLakuan Bengkok SikuGambar CLakuan Lurus Tangan

Ujian 4 - Ringkuk Tubi Separa

Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomenProsedur: Murid baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh badan.Buka kaki seluas bahu.Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh penanda pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menggelunsur hingga menyentuh penanda kedua. Bahagian bawah badan hendak rata dan jari tengah pada kedudukan asal. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronom dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit. Ulangan perlakuan dikirakan.

10

Ujian 5 - Jangkauan Melunjur

Tujuan : Mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan, paha dan sendi pinggul.Prosedur: Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletak di belakang penanda 23cm.Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.Dagu rapat ke dada.Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil sebagai skor.

11

Keputusan Keseluruhan12