Apakah itu sekularisme

  • Published on
    18-Jul-2015

  • View
    426

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui SEKULARISME DAN KESANNYA KEATAS ISLAM opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop NAMA PENSYARAH : asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas ABDULLAH BIN SULONG dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf NARASIMHA RAU A/L ENGITTAIYAH SX080929HRJ04 ghjklzxcvbnmqwertyuiopas AZRY BIN AHMAD SX065306HRD04AHLI KUMPULAN :

Dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop

1.0 PENGENALANSekularisme adalah di antara istilah yang paling popular dan yang paling banyak digunakan di zaman moden ini oleh semua golongan bangsa di dunia, kerana ia adalah bersifat relevan. Ramai yang menyebut tentang fahaman sekular, pemikiran sekular, amalan sekular, kerajaan sekular dan pelbagai sekular. Apakah itu sekularisme? Dari mana datangnya istilah Sekular? Bagaimana sekular menjadi relevan dengan kehidupan manusia? Apakah kesannya kepada kita? Pada masa kini, Sekularisme menjadi satu konsep, satu pegangan atau satu fahaman, Bagi sesetengah orang, ia merupakan satu prinsip dan amalan kehidupan dan juga dianggap sebagai satu ideologi atau ajaran. Umumnya, orang memahami sekularisme sebagai pemisahan antara agama dengan kehidupan dan dunia dengan Akhirat. Fahaman sekularisme tidak mengambil kira tentang kepercayaan tuhan dan Akhirat. Sekularisme tidak menghubungkaitkan soal kehidupan di dunia dan di Akhirat. Perkataan sekular berasal daripada bahasa latin iaitu Saeculum yang bermaksud satu generasi atau zaman mengikut konotasi waktu dan lokasi. Konotasi waktu merujuk kepada masa kini dan lokasi pula merujuk kepada dunia atau duniawi. Menurut golongan kristian khususnya di barat, sekular diertikan dunia yang bertentangan dengan gereja dan tidak ada hubungan dengan ajaran agama atau sebarang urusan mengenai agama. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sekularisme berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Ensiklopedia Britanica, menegaskan bahawa sekularisme merujuk kepada suatu gerakan sosial yang bertujuan memalingkan manusia daripada kepentingan persoalan akhirat daripada kehidupan duniawi semata-matanya. Ini dapat dibuktikan apabila munculnya golongan yang menentang golongan paderi. Kamus Dwibahasa, menerangkan sekularisme bahawa pendidikan dan kesusilaan tidak seharusnya berdasarkan kepada agama. Dalam bahasa Arab, sekularisme adalah bahasa Inggeris yang diterjemahkan dari perkataan Arab ( ) atau secularit dalam bahasa Perancis. Terjemahan ini menunjukkan seolah-olah, perkataan ini berasal daripada perkataan terbitan ( ) tetapi ia bukan merupakan satu terjemahan yang tepat dan tidak betul sama sekali. Perkara ini juga telah ditegaskan oleh Doktor Yusuf Al Qardawi dalam kitabnya dan telah dikuatkan oleh Sifir Ibnu Abdul Rahman Al Hawali ketika membahaskan perkara ini dalam tesis Masternya di universiti Kaherah.1

Menurut masyarakat Barat, mereka sangat bertentangan terhadap agama atau religion. Apabila munculnya revelusi Perancis, para paderi dipaksa untuk menurut pemerintahan mereka, dimana sebelum ini mereka memartabatkan golongan paderi. Perkara ini jelas dilihat apabila berlakunya pemberontakkan terhadap golongan agamawan mereka sendiri. Kebanyakan ulama menyatakan sekularisme dengan pengertian yang lebih tepat iaitu, pemisahan agama daripada kehidupan atau lebih tepat disebut ( .) Menurut ahli sejarah, sebahagian besar orang Eropah pada permulaan abad yang keenam belas adalah penganut agama Kristian. Sebahagian besar kehidupan mereka dipandu dengan ajaran paderi dan golongan pemerintah. Kedua-dua institusi ini amat kukuh, menyebabkan mereka mudah untuk merapatkan diri mereka dengan semua lapisan golongan masyarakat. Benua Eropah terbahagi kepada dua Negara kristian. Bahagian pertama ialah Negara Kristian Timur seperti Balkan dan Rusia yang mematuhi apa yang dinamakan kegerejaan Ortodoks dan banyak terpengaruh dengan pemerintahan kuku besi dan menindas. Bahagian kedua ialah Negara Kristian Barat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Kesemuanya menumpukan kepada ketaatan kepada agama katholik. Gereja ini berasaskan dengan cara pemerintahan tradisi keduniaan tanpa mementingkan ajaran agama mereka walaupun ini daripada gereja mereka sendiri. Namun apabila lahirnya para cendiakawan daripada golongan ini, mereka melihat ketidaksamaan dengan apa yang mereka pegang selama ini. Bahkan mereka mendapati golongan gereja ini cuba mengambil peluang untuk meggunakan pangkat dan kedudukan mereka untuk memuaskan keinginan mereka. Tersebarnya surat pengampunan yang memberi suatu protesan daripada pengikut mereka. Ada juga mengatakan penemuan sains seperti, penemuan seorang ahli astronomi Poland yang dapat menyanggah kewibawaan teori Aristotle dan Ptolemy yang menjadi pegangan gereja selama ini. Kemuncak kepada penolakan mereka terhadap institusi gereja ini apabila revelusi Perancis memperkenalkan satu undang-undang yang dinamakan Perlembagaan Awam Paderi di gubal memaksa golongan paderi berada di bawah pemerintah mereka dan golongan paderi tidak lagi menjadi penasihat dalam pemerintah sama sekali seperti sebelumnya.

2

Dalam pengertian Islam, sekularisme mempunyai fahaman yang khusus dan pengertian tersendiri. Menurut Islam, sekularisme dikatakan telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Dalam ajaran agama Islam terdapat banyak perkara yang tersirat. Disebabkan sekular merupakan istilah Barat dan mula dicetuskan di Barat oleh orang Barat, maka kita terdorong untuk memahami sekularisme itu dari segi pandangan orang Barat sahaja. Oleh itu, fahaman tentang sekularisme ini menjadi sempit kepada orang islam. Bagi orang Barat, sekularisme ini hanya semata-mata berkaitan dengan hal dunia. Sekularime bukan merupakan satu fenomena yang begitu penting dan tidak diberi tumpuan atau pandangan yang serius terhadapnya. Tetapi bagi Islam, Sekularisme dikaitkan dengan soal ketuhanan, keagamaan dan juga akhirat. Sekularisme dianggap berbahaya dan mampu merosakkan kebebasan dan kehidupan dunia islam yang harus ditentang sepenuh hati. Dari sudut bahasa, Islam berasal daripada perkataan arab, iaitu salima yang bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Mengikut istilah atau syara, Islam harus dipatuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga diistilahkan menurut peraturan hidup yang mengatur kehidupan manusia. Secara khususnya, pengertian Islam adalah mentauhidkan Allah, tunduk dan patuh kepadaNya serta menunaikan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad S.A.W. Menurut Prof. Dr. Sayyid Muhammad Naquib Al-Attas, beliau menganggap bahawa sekularisme adalah fahaman terkini, iaitu penumpuan kepada zaman sekarang dan ruang kehidupan duniawi. Bagi manusia sekularisme Islam tiada mempunyai hari akhirat dan kehidupan ukhrawi atau sekurang-kurangnya tidak mempedulikannya. Mereka yang wujud hanya dalam alam fizikal dengan menolak realiti-realiti metafizik. Pandangan Dunia atau World-View seperti itu jelasnya bersifat sempit dan terbatas serta sekadar nazrah atau pandangan Inderawi terhadap Al-Kawn atau alam fizikal. Ianya bertentangan dengan world-view Islami yang meliputi segala kewujudan alam syahadah dan alam ghaib, alam bii dan alam metafizik yang dapat dilihat dengan mata inderawi dan tampak pada pandangan akli-nurani.

3

2.0 SEJARAH SEKULARISMEPada masa Dahulu, agama Kristian berasakan melalui gereja yang telah menguasai negara. Menguasai gereja diertikan kepada penguasaan negara pada masa itu. Pada abad pertengahan, agama Kristian tidak dipisahkan daripada kuasa negara. Sampai masanya para penguasa dan paderi-paderi gereja telah menentang penemuan ilmu terutama dalam teori-teori ilmu sains. Ada ilmuwan yang mengatakan bahawa bumi ini bulat. Ada juga penemuan yang mengatakan bumi ini beredar mengelilingi matahari. Gereja tidak dapat menerima penemuanpenemuan ini lantas menghukum ilmuwan-ilmuwan tersebut murtad lalu mereka dibunuh. Mereka percaya bahawa penemuaan ini adalah sesuatu yang karut. Ini membuatkan rakyat berasa tidak senang dengan keadaan seperti ini. Akhirnya, dengan kuasa dan kebangkitan rakyat, gereja dipisahkan dari negara. Gereja diserahkan kepada pope dan negara diserahkan kepada kaisar. Dari sinilah bermulanya fikiran sekular iaitu pemisahan gereja (agama) daripada pemerintahan negara. Negara tidak lagi ditadbir oleh orang agama dan tidak lagi berpandukan doktrin agama. Konsep sekularisme sudah lama telah diamalkan tetapi hanya ianya tidak disebut sebagai sekularisme. Tujuh atau lapan ratus tahun yang lalu, penjajah Barat yang beragama Kristian mula menguasai umat Islam. Pada masa itu, umat Islam agak lemah diri. Pada masa itu umat Islam tidak mempunyai Taqwa dan tiada mempunyai ketahanan diri. Umat Islam hanya memiliki benteng yang sudah pecah dan tumbang. Islam hanya tinggal nama sahaja. Umat Islam yang sudah tidak bersatu pada waktu itu menjadi mudah kepada musuh menakluk dan mempengaruhi mereka. Keadaan ini menjadikan umat Islam menjadi lebih lemah dalam mempertahankan diri mereka daripada musuh. Walaupun penjajah barat menguasai negara-negara umat Islam, Tetapi mereka tidak membuang kekuasaan raja-raja Islam malah mereka menjaga institusi raja-raja Islam dengan baik. Ini adalah kerana ada diantara mereka yang menyokong kedaulatan Islam dan ada yang sebaliknya. Keadaan ini boleh menimbulkan perpisahan antara raja dan rakyat. Oleh itu, raja berasa mereka dihormati oleh penjajah barat. Jikalau ada rakyat yang bangkit menentang penjajah, penjajah berhelah dan mengadu kepada raja. Sebahagian rakyat merupakan penyokong kepada kuasa raja dan juga yang menentang rakyat yang memberontak. Keadaan ini menunjukkan strategik kepada penjajah dalam memperbodohkan atau mempermainkan rakyat dan kuasa raja seperti konsep 'divide and rule' yang diamalkan oleh penjajah.4

Tambahan lagi, Raja-raja tela