artikel kesihatan

  • Published on
    19-Jun-2015

  • View
    552

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

Makan makanan yang berkhasiat dan pilihlah makanan yang bersih dan selamat. Pemakanan seimbang adalah rahsia kehidupan yang sihat.

Pengurusan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis Mellitus

Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkany y y y y y

Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau) Gula-gula, kuih manis, kek, coklat. is krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis. Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.

Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatanItem Makanan Bijirin dan hasil bijirin y Nasi y Pasta/ makaroni/ spageti y Capati / Roti Canai / Tosai Roti/ biskut/ kuih yang tidak manis Mee / Mee Hoon/ Kuew Teow / Laksa Ubi kentang/ ubi kayu/ keladi/ keledek

Kekacang y Kacang tanah, Kacang hijau, Kacang merah, Kacang soya, Dhal Susu dan hasil susu Susu segar Susu penuh krim Susu sejat Low Fat Yogurt Susu rendah lemak Keju Susu tanpa lemak

Buah-buahan y Epal / limau / lai/ pir Pisang Mangga / belimbing y Langsat / longan/ anggur Rambutan/ laici Betik / nenas / tembikai y Nangka / Cempedak

Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebasy

y y y

Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan. Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula. Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit. Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji / minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan darah seseorang jika diambil secara berlebihan.

Pengurusan Pemakanan Untuk HipoglisemiaJika anda dan orang yang anda sayangi mempunyai tanda-tanda hipoglisemiay

y y

Makan atau minum dengan segera salah satu makanan / minuman berikut o Gula-gula o 1/2 cawan jus buah-buahan o 1/2 cawan minuman ringan seperti cordial / sirap o 1 sudu besar gula atau madu Kemudian segera ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor anda. Sentiasa membawa gula- gula atau kismis sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan hipoglisemia.

Pemanis Tiruany y y

Sekiranya anda ingin memberikan rasa manis pada makanan atau minuman, gunakan pemanis tiruan. Kebanyakkan pemanis tiruan mengandungi Aspartame dan ini tidak sesuai bagi individu yang menghidapi penyakit phenylketonuria. Minuman yang mengandungi pemanis tiruan seperti Diet Coke, gula-gula dengan pemanis tiruan, diabetic chocolate dan diabetic jem boleh dambil selagi tidak meningkatkan aras glukos darah anda.

Panduan Untuk Pesakit Diabetisy y y y y y y y y y

Jangan tinggalkan atau melangkau waktu makan. Pastikan anda mengambil makanan mengikut waktu. Pelbagaikan jenis makanan anda. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian untuk mendapatkan serat, vitamin dan mineral. Pilih makanan tinggi serat seperti roti mil penuh, biskut mil penuh dan oat. Jangan mengambil buah semasa perut kosong. Jus buah tidak mengandungi serat. Sekiranya ingin mengambil jus buah, jangan tapis minuman anda dan jangan menambah gula dalam minuman anda. Kurangkan jumlah lemak dan lemak tepu dalam diet anda. Sekiranya anda mengambil suntikan insulin, ambil hidangan anda dalam masa 30 minit selepas suntikan. Snek (minum pagi, minum petang dan minum malam) disarankan terutamanya individu yang mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan hipoglisemia. Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik atau Pakar Pemakanan.

PENGURUSAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT

Pengenalany

Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah. Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

y

y

Pengurusan Pemakanan Pesakit GoutSekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :y y y

Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut

Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.KUMPULAN TINGGI PURIN MAKANAN (150-825mg purin/ 100g makanan) SEDERHANA RENDAH PURIN PURIN(0-50mg (50-150mg purin/ 100g purin/ 100g makanan makanan)

Makanan perlu dielak

Bijirin dan Produk Bijirin Buah-buahan Sayur-sayuran

-

-

Makanan yang diambil mengikut keperluan normal Roti bijirin penuh, oat, Roti, nasi, bihun, bran gandum : *Hadkan kueteow, biskut 2/3 cawan sehari Semua jenis buah dan jus buah Asparagus, kekacang, Kebanyakan cendawan, bayam, sayuran

Makanan diambil secara sederhana

kobis bunga :*Hadkan cawan sehari

Makanan Berprotein

Ikan bilis, sardin, hati, Ikan, ayam, daging, ginjal lembu, otak, makanan laut, ikan makeral kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas)

Susu dan produk tenusu, telur dan keju

Lemak dan Minyak Sup Lain-lain

*Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia Semua jenis (ambil secara sederhana) Ekstrak daging Sup daging Sup sayur Yis, minuman Minum 6-8 gelas beralkohol terutama sehari. bir (Hadkan 1 ELAKKAN minuman sebanyak 3 pengambilan gula, kali seminggu) sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastad.

Berlebihan Berat Badan Dan Kegemukan/ObesitiAdakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?

YA !!!y y y y

Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin. Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.

[Atas] Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan : Berat badan (kilogram)_____________________________

Indeks Jisim Tubuh (BMI) (Tinggi (meter) x Tinggi (meter) Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina.Untuk mengetahui samaada anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan. Contohnya : Jika anda adalah remaja lelaki berumur 14 tahun dan BMI anda adalah di antara 22.62 ke 27.63,anda adalah berlebihan berat badan.Jika BMI anda adalah lebih daripada 27.63,adalah adalah kegemukan. Lihat jadual BMI-untuk-umur seperti di bawahBagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Faktor risiko termasuk :y y y y y

Sejarah keluarga anda. Masalah perubatan. Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan. Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda). Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?y y y y y

Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini. Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan. Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain. Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya. Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur - Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.

Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :y y

Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam

Apakah komplikasi masalah ini?

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :y y y y y y

Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi. Penyakit Kencing Manis/Diabetes. Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri. Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur. Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul. Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Bagaimanakah cara untu