Assignment Alam sekitar

• Published on
29-Jun-2015

• View
7.098

• Download
1

Embed Size (px)

Transcript

pengenalan,definisi,komponen,dan konsep pendidikan alam sekitar

Pendidikan Alam Sekitar : Kepentingannya dalam pembangunan Negara

Pengenalan

Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum. Definisi Pendidikan Alam Sekitar adalah dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil di atas kerumitan dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar. (MUTHOKA, 1985) Pendidikan Alam Sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang

bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih,sihat,produktif,seimbang dan

terjamin disamping (PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN WORLD WIDE FUND FOR MALAYSIA, 1998) Pendidikan adalah satu proses yang berpanjangan. Ia adalah cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk terhadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam (HUGHES, 1977)Pengenalan komponen alam sekitar Komponen alam sekitar terdiri daripada empat bahagian iaitu (a) Biosfera (Sistem ekologi) - flora dan fauna (b) Litosfera (Sistem geomorfologi) - mineral dan tanah (c) Hidrosfera (sistem hidrologi) - air dan marin (d) Atmosfera (sistem atmosfera) - udara dan angin Sumber-sumber dari alam sekitar fizikal digunakan untuk aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial.

A) Konsep Ekologi dan Ekosistem Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya. Mengkaji habitat organisma. Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.Keseimbangan Ekologi KESEIMBANGAN EKOLOGI Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Contoh ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau. Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah keseimbangan dinamik iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Contoh dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna. Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut. Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang. Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.

B) KONSEP GEOMORFOLOGI Ia berasal daripada bahasa Yunani:-

GEO = BUMI MORPHE = BENTUK LOGOS = ILMU / KAJIAN = KAJIAN BENTUK Geomorfologi merupakan bidang sains yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Ia berkait rapat dengan disiplin sains yang lain seperti fizik, kimia, biologi, kartografi, geologi, pedologi dan sebagainya. Proses Geomorfologi

Eksogenik

Endogenik

Luluhawa Hakisan Gerakan Jisim Pengangkutan Pemendapan

Gerakan tektonik Lipatan kerak bumi Gelinciran Gempa bumi Gunung berapi

Proses endogenik menghasilkan bentuk muka bumi manakala proses eksogenik mengukir dan mengubah bentuk muka bumi

http://www.classzone.com/

C) KONSEP SISTEM HIDROLOGI Kitaran hidrologi Fasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair,gas dan pepejal) dan melalui pelbagai ruang di bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan simpanan. Imbangan air Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Kerpasan Air Bawah Tanah

proses-proses dalam Imbangan air Sejatan Larian Permukaan

Sejatpeluhan

Lebihan air (air positif) Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima melebihi jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan. Kurangan air (air negatif) Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima kurang daripada jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan. D) KONSEP SISTEM ATMOSFERA Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi. STRUKTUR ATMOSFERA Struktur Atmosfera terbahagi kepada empat iaitu: i) ii) iii) iv) Termosfera Mesosfera Stratosfera Troposfera

Ciri Termosfera/ionosfera

Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000C.Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan elektron bercas negatif daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi. Ciri Mesosfera Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini

Ciri Stratosfera Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini. Ciri Troposfera Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5C bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca. PERANAN ATMOSFERA Perana Atmosfera terbahagi kepada lima bahagian iaitu; 1. Kepada Biologi Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi. 2. Mencorakkan kontur permukaan bumi Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat. 3. Kekayaan semula jadi

Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan. 4. Perdagangan / rekreasi Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin. 5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut.

KONSEP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Alam semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Keseimbangan ekosistem telah terganggu akibat degradasi alam yang menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan sepsis dan lain lain. Isu-isu ini telah mendorong pihak pemimpin untuk bertindak secara bersama bagi memperbaiki kualiti alam sekitar. Salah satu tindakan yang telah dipersetujui adalah perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang

berkesan

bagi

meningkatkan

kesedaran

orang

ramai

terhadap

kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Salah satu perancangan jangka panjang yang diambil ialah mendidik masyarakat terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar melalui pendidikan alam semulajadi. Melalui program ini, pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta sikap tanggungjawab terhadap alam semulajadi secara pro-aktif dan berperanan.

Kepentingan Pendidikan

Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan mapan.

Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan mapan dan untuk keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambil kira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik, pembangunan manusia, dan juga kerohanian. Semua elemen ini hendaklah digabungkan dalam semua disiplin dan menggunakan kaedah formal dan tidak formal dan cara berkomunikasi yang berkesan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan pembangunan di dalam semua sektor masyarakat di peringkat sedunia secepat mungkin.

Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar dan pembangunan di dalam semua program pendidikan, khasnya analisa ke atas punca isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan, berasaskan bukti saintifik yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai, dan memberi penekanan khas kepada latihan lanjutan untuk pembuat keputusan di semua peringkat.

Di samping itu kita juga menyedari bahawa terdapat kekurangan dalam kesedaran dalam aktiviti-aktiviti manusia dengan alam sekitar akibat maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat. Negara-negara membangun khasnya kurang mempunyai teknologi dan kepakaran. Adalah perlu untuk meningkatkan kepekaan awam terhadap masalah alam sekitar dan pembangunan dan melibatkan mereka dalam penyelesaian masalah dan menggalakkan sikap bertanggungjawab dan motivasi dan komitmen terhadap pembangunan mapan.

Selain daripada meningkatkan kesedaran, salah satu aspek lagi yang penting untuk dikemukakan kepada masyarakat ialah latihan. Latihan adalah salah satu alat penting untuk membangunkan sumber manusia dan memudahkan peralihan ke arah dunia yang lebih mapan. Ianya hendaklah menumpukan kepada usaha untuk mengisi dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu individu mendapatkan pekerjaan dan melibatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan. Dalam masa yang sama, program latihan hendaklah meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar dan pembangunan sebagai proses pembelajaran dua hala.

Kesimpulan

Sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak nafsu manusia sematamata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja.

WARGA ALAM SEKITAR

Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku sekolah lagi. Menurut Moroye (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelajar yang dididik dengan amalan-amalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam (Environmental Citizen) yang sentiasa sensitive terhadap isu-isu alam sekitar. Menurut Rosnani (2007), pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan seharusnya memulakan amalan-amalan murni alam sekitar kerana nasib alam sekitar yang akan didiami pada masa depan bergantung kepada mereka.

Maksud warga alam sekitar Seluruh manusia yang hidup di alam ini bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. Ini adalah kerana alam sekitar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kehidupan manusia. Menurut Hungerford et al. (1988), persekitaran yang baik bergantung kepada masyarakat atau warga dunia dan kita merupakan warga dunia yang menjadi sebahagian daripada alam sekitar. Segala aktiviti dan amalan harian manusia akan memberi kesan kepada alam sekitar. Setiap hari kita mendengar berita berkenaan kemusnahan alam sekitar seperti banjir lumpur di Lapindo, Indonesia, kebakaran hutan di Australia, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kejadian tsunami dan sebagainya. Menurut Grove (2002), akibat daripada kemusnahan ini ialah kematian ribuan manusia di seluruh dunia. Semua yang berlaku di atas adalah akibat kurangnya kesedaran manusia terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh itu, jalan terbaik ialah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengubah sikap dan amalan mereka terhadap alam sekitar. Pemikiran manusia harus diubah daripada sikap mementingkan diri (anthropocentric) kepada berfokuskan alam sekitar (ecocentric) (Callicott, 2000; Knapp, 1999).Ini adalah kerana sikap terhadap alam sekitar mempengaruhi tingkah laku seseorang terhadap alam sekitar. Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku sekolah lagi. Menurut Moroye (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelajar yang dididik dengan amalan-amalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam (Environmental Citizen) yang sentiasa sensitif terhadap isu-isu alam sekitar. Menurut Rosnani (2007), pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpi...