Assignment - HBEF1403 1

  • Published on
    29-Jun-2015

  • View
    1.567

  • Download
    1

Embed Size (px)

Transcript

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

PENGENALAN Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Pendidikan Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Pendidikan ini berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Terdapat dua belas teknik menggambar yang boleh dibuat dengan menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, lilin, krayon, kertas warna, gam gunting dan berus.

HBEF1403

1

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

TEKNIK MENGGAMBAR i. Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Ia dilakukan di atas permukaan yang rata. Lukisan juga boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna.

Contoh gambar.

ii.

Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan yang rata dengan menggunakan berus. Catan banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahan-bahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan.

Contoh gambar.

HBEF1403

2

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

iii.

Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai-bagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semula jadi secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Contoh gambar. iv. Montaj

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai-bagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan dan teknik susunan gambar digunakan bagi menghasilkan satu imej baru. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.

Contoh gambar.HBEF1403 3

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

v.

Cetakan

Cetakan merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semula jadi, alam benda dan bahan terbuang. Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan(cetakan jari, tumbuh tumbuhan, span), pertengahan (cetakan plastisin, kentang, tali, blok getah) dan tahap lanjutan(cetakan lino, skrin, blok kayu). Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambil kira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.

Contoh gambar. vi. Resis

Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna -warna basah dan contengan lilin. Lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran dan digunakan sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru . Sapuan warna boleh dimulakan dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Contoh gambar.HBEF1403 4

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

vii.

Gosokan

Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik.

Contoh gambar.

viii.

Stensilan

Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Contoh gambar.

HBEF1403

5

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

ix.

Percikan

Teknik percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan warna yang dipercik dari sesuatu alat iaitu berus dari berbagai jenis. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu

objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

Contoh gambar. x. Gurisan Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, sesuatu alat yang tajam digunakan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang tajam atau keras seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai-bagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai bagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Contoh gambar.

HBEF1403

6

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

xi.

Capan

Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster)dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Berbagai bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai bagai jenis bahan seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semula jadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai-bagai bahan itu akan memberi berbagai-bagai kesan jalinan pada hasil capan.

Contoh gambar.

xii.

Mozek

Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Contoh gambar.

HBEF1403

7

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN 12 TEKNIK MENGGAMBAR i. LUKISAN

Tajuk

: Pokok

Alat dan Bahan

: 1. Kertas 2. Pensel 3. Warna Oil Pastels

Langkah-langkah :

1. Lakarkan gambar dengan menggunakan pensel.

2. Mulakan pewarnaan dengan mewarna batang pokok.

3. Seterusnya warnakan bahagian daunnya.

4. Akhirnya, warnakan keseluruhan gambar.

HBEF1403

8