Bab2.Teori Teori Pembelajaran

  • Published on
    10-Oct-2015

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori-teori pembelajaran

Transcript

  • 5/20/2018 Bab2.Teori Teori Pembelajaran

    1/37

    Bab 2: Teori Pembelajaran

    1

    BBBaaabbb222::: TTTEEEOOORRRIIIPPPEEEMMMBBBEEELLLAAAJJJAAARRRAAANNN

    2. 1 Mukadimah.

    2 .1 Apakah teori pembelajaran?

    2.3 Perbezaan antara teori

    pembelajaran teori pengajaran

    & reka bentuk instruksional

    2.4 Pendekatan behavioris

    2.5 Pelaziman operan

    2.6 Aplikasi pengajaran

    2.7 Pendekatan kognitif

    2.8 Model Pemprosesan Maklumat

    2.9 Aplikasi instruksional

    2.10 Konstruktivisme

    2.11 Aplikasi instruksional

    2.12 Pandangan konstruktivisme

    Perkataan Penting

    Ringkasan

    Rujukan

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    Beri definisi pembelajaran

    Terangkan ciri-ciri behaviorisme Terangkan ciri-ciri kognitivisme

    Huraikan konstruktivisme

    Bandingkan perbezaan di antara tiga pendekatan

    Senaraikan aplikasi pengajaran setiap perspektif

    KANDUNGANBab 1: Pengenalan

    Bab 2: Teori Pembelajaran

    Bab 3: Reka bentuk dan Teori Instruksional

    Bab 4: Kerangka e-Pembelajaran

    Bab 5: Reka Bentuk Teknologi

    Bab 6: Reka Bentuk Kandungan

    Bab 7: Reka Bentuk Pembelajaran

    Bab 8: Teknologi Audio-Visual & Digital dalam Bilik Darjah

    Bab 9: Integrasi Teknologi di SekolahBab 10: Teknologi di Sekolah Malaysia

  • 5/20/2018 Bab2.Teori Teori Pembelajaran

    2/37

    Bab 2: Teori Pembelajaran

    2

    2.1 MUKADIMAH

    Bab ini mengkaji makna pembelajaran dan pandangan dari tiga perspektif atausekolah pemikiran yang menjelaskan bagaimana manusia belajar. Turut dibincangkan

    adalah perbezaan antara teori pembelajaran, teori-teori pengajaran dan model reka

    bentuk pengajaran.

    2.2 APAKAH PEMBELAJARAN?

    Jika anda bertanya kepada seseorang apa itu pembelajaran, anda pasti akan mendapat

    jawapan yang berbeza. Saljo (1979 bertanya beberapa orang pelajar apa yang mereka

    fahami tentang pembelajaran. Mereka memeberi beberapa jawapan yang

    diklasifikasikan kepada lima kategori berikut:

    1. Pembelajaran sebagai peningkatan kuantitatif dalam pengetahuan

    mengetahui banyak pengetahuan

    2. Pembelajaran adalah menghafal; menyimpan maklumat yang boleh

    diterbitkan semula.

    3. Pembelajaran adalah memperoleh fakta, kemahiran dan kaedah yang

    disimpan dan digunakan apabila perlu.

    4. Pembelajaran adalah membuat sesuatu yang bermakna atau mengekstrak

    makna, melibatkan bahagian yang berkaitan antara satu sama lain dan dunia

    sebenar.

    5.

    Pembelajaran adalah mentafsir, memahami dan mentafsirkan semulapengetahuan.

    Anda akan mendapati bahawa kenyataan 1, 2 dan 3 membayangkan bahawa

    pembelajaran adalah pemerolehan pengetahuan atau kandungan. Ia ibarat seperti

    pergi ke pasar raya, membeli sesuatu barangan dan ia menjadi hak anda. Kenyataan

    pembelajaran di sini merujuk sebagai produk pembelajaran. Kenyataan 4 dan 5

    mentakrifkan pembelajaran sebagai sesuatu yang pelajar lakukan terhadap

    pengetahuan atau maklumat. Ini telah dirujuk sebagai proses pembelajaran.

    a) PEMBELAJARAN sebagai PRODUK atau HASILPembelajaran dilihat sebagai hasil atau produk akhir beberapa proses yang boleh

    diperhatikan. Pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan dalam tingkah laku.

    Sebelum pembelajaran, seseorang itu tidak mampu untuk melaksanakan tugas yang

    tertentu, tetapi selepas pembelajaran ia mampu untuk melaksanakan tugas berkenaan.

    Dalam erti kata lain, pembelajaran telah berlaku dan terdapat perubahan dalam

    tingkah laku. Sebagai contoh, pelajaran tentang pembentukan Tsunami. Sebelum

    pelajaran bermula, pelajar tidak tahu tentang pembentukan Tsunami, tetapi selepas

    diajar, pelajar tahu tentang pembentukan Tsunami. Perubahan secara terang dalam

    tingkah laku pelajar dapat diperhatikan apabila pelajar menyatakan pemahaman

    mereka tentang pembentukan tsunami sama ada secara lisan atau dalam esei.

  • 5/20/2018 Bab2.Teori Teori Pembelajaran

    3/37

    Bab 2: Teori Pembelajaran

    3

    Rajah 2.1 Pembelajaran sebagai Produk dan Proses

    b) PEMBELAJARAN sebagai PROSES

    Apabila pembelajaran dilihat sebagai satu proses, tumpuan adalah kepada apa yangberlaku kepada pembelajaran. Adakah manusia sedar apa yang sedang berlaku apabila

    mereka belajar sesuatu? Adakah mereka sedar bahawa mereka terlibat dalam

    pembelajaran? Dapatkah mereka mengenal pasti proses yang terlibat apabila belajar

    sesuatu?

    Sebagai contoh, untuk memahami fakta yang berkaitan dengan dasar Tunku Abdul

    Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein, pelajar boleh menggunakan kemahiran

    proses perbandingan untuk mendalami pemahaman mereka tentang sesuatu perkara

    itu. Kebanyakan disiplin atau bidang pengetahuan mempunyai kemahiran proses

    mereka sendiri dan apabila sesuai digunakan oleh pelajar, meningkatkan pemerolehan

    fakta, konsep dan prinsip kandungan masing-masing.

    c) DEFINISI PEMBELAJARAN OLEH PAKARBerikut adalah beberapa definisi pembelajaran oleh pakar pendidikan:

    Jerome Bruner: Pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar

    membina idea-idea baru atau konsep berdasarkan pengetahuan semasa

    dan masa lalu.

    B.F Skinner: Pembelajaran adalah fungsi perubahan dalam tingkah lakuyang secara terang-terangan. Kebarangkalian proses pembelajaran akan

    berulang apabila terdapat pengukuhan.

    Albert Bandura: Pembelajaran berlaku apabila individu memerhati dan

    meniru tingkah laku orang lain

    Lev Vygotsky: Pembelajaran ditentukan oleh interaksi dengan budaya

    sekitar dan orang-orang seperti ibu bapa, rakan-rakan dan orang-orang

    penting.

    PEMBELAJARAN

    Produk

    Proses

  • 5/20/2018 Bab2.Teori Teori Pembelajaran

    4/37

    Bab 2: Teori Pembelajaran

    4

    Howard Gardner: Manusia belajar dan memahami dunia melalui

    sekurang-kurangnya tujuh cara: verbal-linguistik, visual-ruang, logik-

    matematik, badan-kinestetik, muzik berirama, interpersonal dan

    intrapersonal.

    Jean Piaget: Pembelajaran berlaku melalui proses asimilasi dan akomodasi

    pada satu skema mental dan sentiasa mencari keseimbangan antara

    proses-proses ini.

    David Ausubel: Pembelajaran dapat dipertingkatkan jika bahan baru itu

    berkaitan atau tergolong dalam satu struktur kognitif sedia ada.

    F. Craik dan R.Lockhart: Maklumat diproses pada pelbagai peringkat.Lebih mendalam pemprosesan itu maka lebih banyak maklumat dapat

    dingati kerana terdapat banyak kaitan dengan pengetahuan yang sedia

    ada.

    W. Kohler:Penyelesaian masalah dipermudahkan apabila seorang individu

    mendapat ilham (insight) ke dalam struktur keseluruhan masalah.

    2.3 PERBEZAAN DI ANTARA TEORI PEMBELAJARAN, TEORIINSTRUKSIONAL & REKA BENTUK INSTRUKSIONAL

    Sering kali, pelajar keliru dengan teori pembelajaran, teori pengajaran dan reka

    bentuk pengajaran. Rujuk Rajah 2.2 oleh Barbara Bichelmeyer (2003) dalam

    artikelnya Instructional Theory and Instructional Design Theory: What's the

    difference and why should we care? di mana dia cuba untuk menunjukkan saling-

    hubungan antara tiga konsep yang terdiri daripada tiga lapisan berturut-turut. Setiap

    lapisan berasal dan merujuk kepada lapisan sebelumnya.

  • 5/20/2018 Bab2.Teori Teori Pembelajaran

    5/37

    Bab 2: Teori Pembelajaran

    5

    Rajah 2.2 Hubungan antara Teori Pembelajaran, Teori Instruskioonal

    dan Reka Bentuk Instruksional

    TEORI PEMBELAJARAN adalah penjelasan dan penerangan bagaimana

    organisma belajar. Teori pembelajaran boleh diklasifikasikan mengikut persepsi

    sekolah pemikiran berikut: Behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme dan

    humanisma. Sebagai contoh Teori Pembelajaran Bermaknadicadangkan oleh David

    Ausubel (1968) menyatakan bahawaPembelajaran dapat dipertingkatkan jika bahanbaru itu berkaitan atau tergolong dalam satu struktur kognitif sedia ada.

    TEORI INSTRUKSIONAL menggambarkan peristiwa tertentu (iaitu strategi

    pengajaran) di luar minda pelajar yang memudahkan pembelajaran, bukannya

    menerangkan apa yang berlaku di dalam minda pelajar semasa pembelajaran berlaku.

    Merujuk kepada Teori Pembelajaran Bermakna, pengajar boleh membangunkan satu

    strategi pengajaran yang memudahkan pembelajaran. Satu maklumat awal

    (Advanced organiser) (dalam bentuk cerita atau maklumat grafik) boleh digunakan

    untuk mewujudkan hubungan antara maklumat baru dengan maklumat lama dan jika

    ini berhasil ia menjadi satu teori instruksional.

    REKABENTUK INSTRUKSIONAL merujuk kepada proses sistematik dan

    reflektif (renongan) untuk menterjemah prinsip atau teori pembelajaran dan teori

    instruksional ke dalam rancangan pengajaran (Smith & Ragan, 2002). Ia adalah

    penerangan langkah-langkah yang terlibat dalam mereka bentuk dan membangunkan

    instruksi. Pereka pengajaran adalah seperti seorang jurutera. Kedua-dua merancang

    pelan kerja berdasarkan prinsip-prinsip yang telah berjaya pada masa lalu - jurutera

    mengenai undang-undang fizik, dan pereka pengajaran tentang prinsip pengajaran dan

    pembelajaran. Kedua-dua cuba mereka bentuk penyelesaian yang bukan berfungsi

    tetapi dapat menarik pengguna. [Reka bentuk pengajaran akan dibincangkan

    dengan lebih terperinci dalam Bab 3]

    REKA BENTUK

    INSTRUKSIONAL

    TEORI

    INSTRUKSIONAL

    TEORI

    PEMBELAJARAN

    Setiap lapisan berasal dan merujuk

    kepada lapisan sebelumnya.

  • 5/20/2018 Bab2.Teori Teori Pembelajaran

    6/37

    Bab 2: Teori Pembelajaran

    6

    Instruksi dan reka bentuk instruksiional adalah dua perkara yang berlainan. Walaupun

    ke