Bahagian pandu puteri

  • View
    325

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

about pandu puteri

Transcript

Carta Aliran Pandu Puteri Di Sekolah Rendah & Menengah 2004-2009

Pandu Puteri Kelip-kelipObjektif Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti Pandu Puteri yang membolehkan warga pra sekolah:

Memupuk kemahiran melahirkan perasaan; Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita, melengkap dan mewarnakan gambar

Mengukuhkan kemahiran sosial.

Matlamat Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah memperkayakan lagi suasana pembelajarannya. Ikrar

serta untuk

Saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia dan menolong orang setiap masa.

PANDU PUTERI TUNASPandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik

sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna. T Tolong orang selalu U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara N Nilai hidup yang murni A Akhlak yang utuh S Selalu senyum tanda persahabatan P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas U Utamakan tanggungjawab sendiri T Tabah menghadapi cabaran E Erat dalam perpaduan R Rela berkhidmat untuk masyarakat I Indah budi bahasaAhli Pandu Puteri Tunas

Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri. Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undangundang yang telah ditetapkan.

Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.Kumpulan Pandu Puteri Tunas

Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga. Melur Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kami bernama Kenanga

Siantan

Teratai

Kesidang

Cempaka Kenanga

Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas

1. Kemeja hijau berlengan panjang 2. Seluar panjang biru tua 3. Skaf (berwarna coklat) 4. Lambang kumpulan 5. Lambang Negeri 6. Woggle 7. Lencana dunia 8. `Shoulder Flashes' 9. Stoking hitam 10. Kasut hitam 11. Tudung hitam

PANDU PUTERI REMAJA

Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. Pandu Puteri Remaja memakai pakaian seragam berwarna hujau

dan biru tua. Ahli-ahli yang telah berjaya memperoleh lencana kecekapan memakai selepang di atas baju kemeja. Cogan kata Pandu Puteri Remaja ialah SELALU SEDIA. Ini menunjukkan bahawa Pandu Puteri Remaja sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seseorang Pandu Puteri Remaja agar ia sedar akan tanggungjawabnya kepada diri dan negara khususnya. Kronologi Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1917. Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun 1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri dalam bahasa Melayu.Cogan Kata/Motto

"SELALU SEDIA"Keahlian

1. Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun. 2. Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian PraPersetiaan.Pasukan Pandu Puteri Remaja

1. Jumlah ahli yang maksimum bagi sesuatu Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36 orang dan jumlah minimum pula ialah 16 orang.

2. Tiap-tiap satu Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan. 3. Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah hendaklah didaftarkan disahkan dengan dahulu secepat oleh Pesuruhjaya Borang Daerah serta

mungkin.

Pendaftaran

hendaklah dipenuhi dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya. 4. Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.Persetiaan Pandu Puteri Remaja

"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undangundang Pandu Puteri Remaja"Undang-Undang Pandu Puteri

1. Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai. 2. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia. 3. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.

6. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.Hormat Pandu Puteri Remaja

Tiga jari tangan ditegakkan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi.Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja

1. Baju kemeja berwarna hijau 2. Skaf (berwarna kuning) 3. Jata Negeri 4. Woggle 5. `Shoulder Flashes' 6. Lambang Kumpulan 7. Lencana Dunia 8. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja 9. Seluar panjang biru tua 10. Stoking hitam 11. Kasut hitam 12. Tudung hitam

PANDU PUTERI RENJER

PENGENALAN Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady BadenPowell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya. AHLI PANDU PUTERI RENJER andu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer. UNIT PANDU PUTERI RENJER Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin

dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.COGAN KATA

Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.

PERSETIAAN PANDU PUTERI RENJER

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI RENJER

1. Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai. 2. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia. 3. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain. 4. Pandu P