bahan kesihatan

• Published on
04-Nov-2015

• View
221

• Download
0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

unutk panduan

Transcript

1 Home Analytics Upload Papers Fatimah

Top of Form

Bottom of FormProgram Bersepadu Sekolah Selamat

Uploaded byUmmi 1410

top 0.1% 3,978 1 [Year] ____________________________________________________________________ TAJUK HALAMAN SENARAI KANDUNGAN 1 1.0) PENGENALAN YANG AKTIVITI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN. 2 2.0) LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) 5 3.0) KESIMPULAN 18 4.0) KANDUNGAN PERSEMBAHAN SLAIDBERKAITAN GOTONG ROYONG KAWASAN TERPILIH 19 5.0) LAMPIRAN 22 6.0)BAHAN RUJUKAN 35

2 [Year] _________________________________________ 1.0)Pengenalan yang aktiviti pemantauan dan penilaian yang dijalankan. Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesional kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan berkuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta. Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan komunikasi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.

3 [Year] Berdasarkan sumber akhbar Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011 yang lalu pernah dilaporkan seorang murid perempuan tahun satu pengsan manakala rakannya cedera di tangan setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertai aktiviti sukan di sebuah sekolah di negeri Selangor. Oleh itu, kemalangan yang berlaku ketika berada di kawasan sekolah perlu diambil berat begitu juga dari segi keceriaan dan kebersihan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Di dalam penilaian dan pemantau Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), terdapat enam teras utama yang telah digariskan oleh Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998. Bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor awam ,sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat. Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif dan prihatin terhadap aspekaspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu sentiasa dihayati. Rajah 1.0 (a) menunjukkan ke enam- enam aspek penilaian PBSS. Rajah 1.0 (a) : Keenam- enam penilaian dan pemantauan PBSS yang dikenalpasti.

4 [Year] Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti. Program ini antaranya bertujuan untuk memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Disamping membina persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat, program yang terancang dan bersepadu ini juga bertujuan untuk memupuk pengetahuan, sikap dan bertanggungjawab ke arah amalan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, sikap dan amalan membina sahsiah warga sekolah yang murni perlu dibentuk secara optimum oleh pihak sekolah. Amalan ini perlu agar dapat membawa kesejahteraan keseluruhan individu dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Perkhidmatan kesihatan yang terdapat di sekolah rendah meliputi aktiviti kesihatan seperti rawatan pergigian, ceramah yang melibatkan penyakit berjangkit dan banyak lagi. Di dalama perkhidmatan kesihatan sekolah, program pergigian murid-murid sekolah rendah adalah untuk meningkatkan taraf Kesihatan Pergigian melalui program perkhidmatan Incremental Dental Care. Program ini bukan sahaja untuk mencegah penyakit pergigian tetapi juga untuk mengekalkan keadaan bebas karies dan juga kesihatan periodontium. Program ini juga bertujuan meningkatkan jumlah bilangan orally fitserta meningkatkan tahap kesedaran kesihatan pergigian yang tinggi. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) bernaung di bawah Unit Hal Ehwal Murid yang mana unit ini menubuhkan Ahli Jawatankuasa Program Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) di peringkat Sekolah. Ahli jawatankuasa terdiri daripada pihak sekolah dengan agensi luar yang terlibat anataranya Pasukan Bomba dan Penyelamat , Polis Diraja Malaysia , pengusaha bas sekolah, Majlis Perbandaran , Pejabat Kesihatan Daerah, Persatuan Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat. Mereka akan mengadakan mesyuarat sekurang - kurangnya 2 kali setahun.

Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang dan dapur.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

1.0 PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH

Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu atau kumpulan individu dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru bagi empat tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan, kantin, dewan sekolah dan bilik komputer.Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah tempat memberi keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.

2.0STOR SUKAN Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.

2.1TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1Rekod Keluar Masuk

Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.

2.1.2Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.

2.1.3Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.

2.1.4Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan

Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

2.1.5Dilupuskan Mengikut Prosedur

Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.

2.2TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1Kebenaran Memasuki Stor Sukan

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.

2.2.2Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.

2.2.3Pengembalian Peralatan Sukan

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.

2.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan sukan yang digunakan.

2.3.2Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan

yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru

juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan

seperti sedia kala serta bersih.

2.3.3Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.

2.3.4Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan..3.5Guru Berkelayakan

Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

3.0KANTIN

Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada di sekolah. Kantin juga adalah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid-murid sewaktu rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman yang diingini untuk mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko yang akan berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.

3.1TATACARA PENGGUNAAN AM

3.1.1Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin Sekolah

Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat iaitu pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf sekolah, waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak menganggu jadual bertugas masing-masing.

3.1.2Kebersihan Kantin Sekolah

Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan kantin sekolah dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ).

3.1.3Keselamatan Di Kantin Sekolah

Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya apabila keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan turun.

3.1.4Makanan Terlarang

Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan murid bukan Islam juga dilarang membawa dan makan sebarang makanan TIDAK HALAL di dalam kantin.

3.1.5Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan

Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi sebarang kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.

3.2TATACARA PENGGUNAAN MURID

3.2.1Beratur Sewaktu Membeli Makanan

Murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran sewaktu hendak membeli makanan.

Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu membeli makanan, mendapatkan tempat duduk dan balik ke kelas masing-masing.

3.2.2Kebersihan Menjadi Keutamaan

Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan bersih.

Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat yang disediakan.

Dilarang membuang sampah di merata tempat.

Membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.