Bicara Hati

• Published on
07-Jun-2015

• View
339.887

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

Bicara HatiDamya Hanna

SINOPSIS

D

alam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu.Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya. Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah.Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah

ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku Syahran telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

SayangkuB

UKAN aku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya. Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini? Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN.Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar. Tetapi,mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan? Jadi janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu

membeliakkan biji mata.

Bab 1

A

wak dah gila ke? Awak ingat perempuan Zahlia murahan? sambil

saya ni marah

Tengku Syahran berasa gerun melihat wajah bengis gadis yang bertudung di hadapannya itu.Nampak lembut tapi garang. Tengku Syahran masih ingat lagi peristiwa seminggu yang lalu.Kereta Honda Preludenya telah dilanggar oleh kereta gadis itu.Tengku Syahran sungguh geram.Ingin sahaja ditengking gadis itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Alia. Dahlah hatiku tengah panas dengan karenah mak yang suka-suka nak kahwinkan aku dengan Linda.Ini pulak, kereta kesayanganku kena balun, bisiknya. Tolonglah Cik Alia! Cik Alia ajelah yang dapat tolong saya sekarang ni! rayu Tengku Syahran. Tapi Zahlia jadi serba salah.Memang Zahlia terhutang budi dengan Tengku Syahran kerana tidak meminta wang ketika keretanya dilanggar.Tapi takkanlah kerana ingin membalas budi, dia perlu

mengorbankan hidupnya? Menjadi isteri buat lelaki yang baru dikenalinya seminggu yang lalu. Tolonglah Cik Alia, jadi isteri saya.Itu aje permintaan saya! Ayat itu masih terngiangngiang di telinganya. Arrrghhh!!! Zahlia menjerit sambil menumbuk-numbuk meja yang ada di hadapannya.Biar satu dunia tahu dan dengar kebuntuannya ketika itu. Bagaimana? Setuju? Kita kahwin, bukan buat apa.Saya cuma nak minta tolong Cik Alia berlakon depan mak saya aje.Saya janji takkan ganggu Cik Alia selepas segala-galanya selesai. Amboi-amboi senangnya awak cakap! Awak tu lelaki, bolehlah cakap macam tu.Im a woman.kalau ada apa-apa berlaku, lelaki mana yang nakkan saya lagi? petah Zahlia menghuraikan hujah. Tengku Syahran terdiam seketika.Dia terlupa untuk memikirkan hal itu.Selama ini fikirannya kacau memikirkan paksaan emaknya yang mahu dia berkahwin dengan Linda.Tengku Syahran tidak mahu menurut kerana Linda tidak pernah dicintai. Mak mahu kamu berkahwin dengan Linda! Mak dah bincang dengan Datin Rohana dan dia setuju! permintaan emaknya kedengaran lagi. Tengku Syahran memicitmicitkan kepalanya.Tiba-tiba sahaja dia terasa pening.Otaknya berserabut lagi dan dia perlukan seseorang untuk meringankan beban itu. Encik Syah! Kalau awak nak buat keputusan, fikir dulu masalah yang akan timbul.Ini tak, main rempuh aje.SorrylahI cant accept your offer. Zahlia bingkas berdiri.Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu.Suka-suka hati dia nak ajak aku kahwin guna cara tu!Gila dia ingat aku ni perempuan yang senang ditolak dan ditarik sesuka hati.Boleh blahlah!!! Cik Alia! Saya betul-betul perlukan bantuan Cik Alia.Cik Alia mintalah berapa banyak

wang yang Cik Alia mahu, saya sanggup bayar dengan syarat Cik Alia terima tawaran jadi isteri saya. Zahlia terlopong mendengarnya.Ini dah kes berat.Nahas, kalau mak aku tahu! Hatinya berdetik. Boleh? Encik Syah, please! Jangan paksa saya.Lelaki jenis apa awak ni? Awak ingat kahwin tu perkara main-main ke? Kalau ini caranya nak mencipta ikatan, baik tak usah.Saya tak mahu jadi seorang hamba yang dibenci Allah.Menganggap perkahwinan sesuatu yang boleh ditolak tepi. Panjang lebar Zahlia berkata seterusnya membuatkan Tengku Syahran terdiam. Saya tahu tapi saya bingung.Saya tak mahu berkahwin dengan gadis pilihan mak saya.Saya dah masak dengan perangai dia! Tengku Syahran bersuara lemah. Zahlia membisu.Tidak sangka di zaman berteknologi maklumat masih ada kes pasangan disatukan dengan pilihan keluarga.Kalau aku bantu, aku telah menyelamatkan dia dari keadaan.Tapi, aku pulak yang terjerat.Siapa yang mahu membantuku? Jerit hatinya. Tolonglah Cik Alia.Kita bernikah seperti biasa.Saya takkan ganggu hak privasi Cik Alia.Perjanjian kita lakukan secara peribadi. Dan saya terjebak dalam keluarga awak? Tak ada pilihan lain.Itu aje yang mampu saya minta dari awak, please! Tengku Syahran masih merayu. Zahlia mengalihkan pandangan ke luar restoran.Berharap ada seseorang yang lalu dan dapat membantunya ketika itu.Terbayang wajah Puan Azizah di ruang mata.Teringat Razif yang masih terlantar sakit di hospital dan wajah lembut Fatimah bagaikan menggamit dirinya dengan perasaan berdebar. Cik Alia, tolonglah Saya takut nak ambil risiko ini.Bagaimana saya nak tahu yang awak ni jujur? Sedangkan

kita baru kenal seminggu.Lagipun saya tak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat ni. Tapi Cik Alia Tolonglah Encik Syah, jangan ganggu saya lagi.Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak tak mahu terima wang saya.Tapi saya tak mampu nak tolongmaafkan saya, ujar Zahlia sambil mula hendak melangkah pergi. Kalau saya tawarkan Cik Alia wang, Cik Alia sudi terima tak? Tengku Syahran masih tidak berputus asa. Langkah Zahlia terhenti sertamerta. Jangan ingat dengan tawaran awak tu, saya akan terima! Perkahwinan apa kalau berdasarkan wang tetapi kasih sayang tak ada? Baik awak cari perempuan lain.Saya bukan perempuan jenis tu.Saya takut Hari Akhirat, ujar Zahlia tenang. Tengku Syahran mengetap bibir.Dia tahu tentang itu.Bukan dia tidak belajar agama.Malah sejak kecil lagi dia telah diajar tentang hukumhakam ALLAH sehingga guru agama dipanggil datang ke rumah untuk mengajarnya. Tapi hari ini, Tengku Syahran buntu.Dia terpaksa memikirkan sesuatu untuk menjaga perasaannya.Dia tidak mahu Linda bertamu di hatinya.Dia lebih rela tidak berkahwin daripada menjadi suami kepada perempuan yang gemar bertukar pasangan ketika di England dahulu. Masih jelas di ingatan, Linda bermesra dengan seorang lelaki Inggeris di hadapan sebuah hotel sebelum kedua-duanya melangkah masuk ke dalam hotel itu.Malam esoknya, Linda kelihatan bersama lelaki lain pula. Apabila perkara itu disuarakan kepada Tengku Badariah, sedaya upaya emaknya mahu menyangkal.Tengku Badariah tidak percaya anak sahabatnya, Datin Rohana sanggup berbuat begitu.Malah yang paling mengejutkan apabila Tengku Syahran dipaksa

berkahwin dengan Linda.Inilah yang merunsingkan fikiran Tengku Syahran sehinggakan dia terpaksa membuat keputusan yang drastik dengan mencari perempuan lain yang sudi menjadi isterinya. Kebetulan ketika dia sedang melarikan diri dari kekalutan itu, kemalangan kecil berlaku dan Tengku Syahran telah diketemukan dengan Zahlia.Gadis yang dirasakan sesuai untuk membantunya. Namun, Tengku Syahran kecewa apabila Zahlia menolak tawarannya.Serta-merta Tengku Syahran terjelepok di atas lantai restoran itu.Zahlia terkejut dengan tindakannya.Beberapa pelanggan yang berada di situ juga turut memandang. Encik Syah! Apa awak buat ni? Hei, bangunlah! serentak itu, Zahlia terus menarik tangan Tengku Syahran dan menuju ke meja yang ditinggalkan tadi. Zahlia melabuhkan punggungnya di hadapan lelaki itu semula.Wajahnya sudah mula nampak resah.Raut wajah itu telah membuatkan hati wanitanya sedikit terusik. Saya pernah nampak Linda masuk ke dalam hotel.Setiap malam, dia bertukar pasangan.Saya tak mahu terikat dengan Linda.Dia perempuan yang tak pernah puas dengan hidup!Hambar sungguh suara Tengku Syahran ketika itu. Zahlia memasang telinga.Berkerut dahinya mendengar cerita yang baru diucap oleh Tengku Syahran. Kalau saya tak tunjukkan perempuan lain kepada mak saya dalam waktu terdekat ini, saya tak ada pilihan lain lagi selain dengan apa yang saya beritahu.Dia hanya pentingkan persahabatan! Zahlia mengetap bibir.Suara Tengku Syahran yang mendatar membuatkan dia terharu. Bantulah sayasaya sanggup menawarkan wang jika itu yang Cik Alia pinta sebagai balasan, ujar Tengku Syahran berharap pujukannya kali ini diterima.

Zahlia menelan air liur.Fikirannya bercelaru sama ada mahu menerima atau tidak! Tiba-tiba ingatan Zahlia melayang jauh. Alia,aku sayangkan kau! Aku hanya inginkan cinta dari kau, salahkah? Razif menyuarakan rahsia hatinya pada Zahlia. Tak salah Razif.Tapi hatiku tak dapat terima kau.Aku tak boleh paksa.Aku dah anggap kau seperti sahabat, beritahu Zahlia.Ada riak kekeruhan di wajah Razif. Tapi, aku terlalu cintakan kau,Alia.Sejak dari kecil,sejak kita mula mengenali erti kehidupan lagi. Razif masih tidak berputus asa. Razif,jangan kau salah anggap dengan kasih sayang yang ku tunjukkan.Aku ada had dan batas tertentu di dalam tempat ni.Kita sama-sama yatim piatu dan bertanggungjawab di tempat ni.Maafkan aku. Zahlia masih tidak berganjak dengan keputusannya.Tidak mahu mengalah. Razif terdiam.Nafasnya turun naik menahan sebak.Memang dia mencintai Zahlia sejak kecil.Walaupun perpisahan berlaku seketika tetapi cinta berputik di hati Razif tidak pernah padam.Kemunculan semula Zahlia berpuluh tahun lamanya menyemarakkan kembali perasaan yang kian terkubur. Tapi Alia Kita teruskan hubungan sebagai sahabat aje, ujar Zahlia tenang. Razif berasa pilu.Cintanya ditolak mentah-mentah.Mengapa? Rintih hatinya. Pandangannya mula dirasakan berpinar-pinar.Dan tiba-tiba dia rebah di padang itu.Zahlia tersentak.Lantas dia meluru ke arah Razif yang tidak bergerak itu.Tubuh Razif digoyang beberapa kali sebelum dia menjerit meminta tolong. Di hospital,segala-galanya terbongkar.Razif didapati menghidap kanser perut.Zahlia menangis tersedu-sedan di samping Fatimah,rakannya.Wajah Razif ditatap sayu.Masih lemah.Kenapalah Razif merahsiakan penyakitnya?

TIBA-TIBA Zahlia mengeluh.Lamunannya terhenti.Mula mengingati situasinya ketika itu.Zahlia memerlukan wang untuk rawatan Razif. Baiklah, Encik Syah! Saya terima tawaran awak itu.Tapi saya ada syarat yang perlu awak turuti. Akhirnya Zahlia memberikan persetujuan. Tengku Syahran mengangkat wajah dan terus merenung gadis bertudung putih itu.Anak mata gadis itu yang berwarna hazel ditatapnya lama.Cuba mencari cahaya keikhlasan dan akhirnya bibir Tengku Syahran menguntum senyuman lega. Syarat pertama; saya tak mahu tinggal dengan famili awak lepas kahwin.Kita pindah dan cari rumah lain.Saya tak mahu pergerakan saya terbatas. Syarat kedua; saya nak terus bekerja tanpa ada sekatan memandangkan kita hidup dengan duit masing-masing. S yarat ketiga; tidur di bilik masingmasing demi menjaga kelakuan dan tindakan kita daripada hilang pertimbangan dan menjadi rapat.Awak tak dibenarkan menyentuh tubuh saya, walaupun perkahwinan kita sah.Setuju? Begitu panjang lebar Zahlia menyuarakan syaratnya. Tengku Syahran termenung seketika.Sekejap duduk.Sekejap berdiri.Memikirkan syaratsyarat yang dikenakan oleh Zahlia.Akhirnya dia bersuara. Kenapa banyak sangat syarat? Awak nak terima atau saya batalkan hasrat saya? Saya dah terima tawaran awak ni dah kira bagus.Atau Okeyokeysaya setuju! Kan senang.Hah! satu lagi. Ada lagi? Tentang duit yang awak tawarkan tadi.Saya rasa elok awak tentukan sendiri jumlahnya.Pasti awak dah dapat agak berapa jumlah nilai pengorbanan saya ni kan?Saya tak mahu cakap banyak.Kalau boleh saya nak depositnya secepat mungkin!

Tengku Syahran masih memikirkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Syarat kedua tu, tak kisah la.Tapi, syarat yang lain tu, macam mana aku nak ikut.Senang-senang nak suruh pindah.Ingat mak aku setuju? Dah la kahwin pun atas pilihan sendiri, mengamuk pulak orang tua tu nanti! Hatinya berkata-kata. Bagaimana Encik Syah? Setuju atau tak? soal Zahlia lagi. Tengku Syahran mengetap bibir dan perlahan-lahan mengangguk lemah. Saya setuju.Tapi saya pun ada syarat yang perlu Cik Alia ikut. Kini giliran Tengku Syahran pula mengenakan syarat. Awak pun ada syarat? soal Zahlia separuh menjerit. Mestilah.Cik Alia kenakan saya tiga syarat dan saya hanya kenakan Cik Alia satu syarat aje. Apa dia? Saya nak Cik Alia panggil saya dengan panggilan yang sesuai.Saya mahu watak yang bakal Cik Alia lakonkan berkesan,okey? Panggil awak dengan panggilan yang sesuai?Nak panggil apa? Panggilan seorang isteri untuk seorang suami, ujar Tengku Syahran. Apa? Abang! Zahlia tertelan air liur.Dia nak suruh aku panggil dia dengan panggilan tu? Hisy bagaimana aku nak sebut perkataan tu? Tak pernah aku terfikir nak sebut sampai macam tu sekali.Jiwanya meronta. Cik Alia setuju? Lama Za hlia terdiam tetapi akhirnya Zahlia mengangguk. Kalau begitu, esok saya akan siapkan dokumen tentang syarat tu, tambah Tengku Syahran. Zahlia mengangguk dan terus bangun.Kemudian, dia melangkah pergi dan meninggalkan

Tengku Syahran setelah masing-masing mancapai kata sepakat. Aduh! Bagaimana ni? Apa aku nak cakap dengan mak kalau dia tanya kenapa nak pindah? Takkan nak beri alasan nak hidup berdikari.Mak mesti tak bagi punya! Takut jadi macam alonglahduduk jauh cepat bercerai.Itulah,inilah.Tengku Syahran seolah-olah mengajuk percakapan emaknya. Tengku Syahran menggeleng.Membisu sambil jari-jemarinya mengetukngetuk permukaan meja.Lama dia terdiam dan akhirnya tersenyum.Ah, pandai-pandailah elakkan diri dari syarat tu.Gunakan ayah sebagai orang tengah.Mesti perempuan tu akan kalah kalau ayah pujuk.Aku takkan pindah! Muktamad kata-kata Tengku Syahran. Yes! Tengku Syahran tersenyum kecil.

Bab 2M

AJLIS perkahwinan Tengku Syahran dan Zahlia telah diadakan secara besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru di Villa Sakura.Wal...