Buku Log Pandu Puteri Tunas oleh Aina

  • View
    497

  • Download
    37

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buku Log ini mengandungi serba ringkas keperluan untuk ahli Tunas Pandu Puteri menghasilkan sebuah buku log.

Transcript

  • BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS

  • BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS

  • Pengenalan:

    Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas.

    Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.

    (1) Jenis-jenis Buku Log

    (a) Buku Log Peribadi

    Buku Log ini mengandungi:

    Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan

    Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat)

    Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)

    (b) Buku Log Kemajuan

    Buku Log ini mengandungi:

    (i) Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas

    (ii)Laporan Lencana kecekapan

    (c) Buku Log Acara

    Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai

    Contoh acara adalah seperti:

    (i) Perkhemahan/ Cuti pasukan

    (ii) Khidmat

    (iii) Lain-lain projek

    (2) Ciri-Ciri Buku Log

    Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman

    yang dilalui. Pastikan:

    (a) Bahan-bahan disusun kemas (b) Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat (c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan (d) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan (e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan (f) Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI

    biodata / profil diri

  • gambar

    (3) Kandungan Buku Log ( setiap buku log) (a) Biodata/ Profil Diri

    Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui siapa penulisnya.

    Nama

    No. Mykad / No Mykid / No surat beranak

    Tarikh lahir

    Alamat rumah

    No tel rumah / No tel bimbit

    Alamat e-mail

    Nama & alamat sekolah

    No tel sekolah

    Nama pasukan

    Nama Kumpulan Berenam

    (b) Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri

    Jawatan yang dipegang

    Pencapaian dalam Pandu Puteri

    Senarai acara Pandu Puteri yang disertai

    (4) Kandungan laporan aktiviti

    Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri

    Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan

    Renungan ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh semasa menyertai acara

    Sertakan lampiran seperti: (i) Bahan asal atau salinan bercetak (ii)gambar-gambar acara (iii)salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan

    Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu

    Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log tersebut

    Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas

    1. Biodata / Profil diri 2. Lencana Dunia 3. Lencana Pandu Puteri Tunas 4. Lambang Kumpulan Berenam sendiri 5. Peringkat Pra Persetiaan 6. Peringkat Calit Emas 7. Peringkat Tangga Emas

    8. Peringkat Tangan Emas

    9. Skim Lencana Kecekapan

  • Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

    1

    PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

    DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG

    BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS

    TOLONG ORANG SELALU

    1. PANDU PUTERI TUNAS

    2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

    3. ORGANISASI PANDU PUTERI TUNAS

    4. POW WOW

    5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

    6. KETUA KUMPULAN BERENAM KETUA BERENAM

    7. PENOLONG KETUA KUMPULAN PENOLONG KETUA BERENAM

    8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

    9. PELANTIKAN AHLI BAHARU

    10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, HORMAT SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

  • Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

    2

    PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

    DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG

    BAHAGIAN PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

    TOLONG ORANG SELALU

    1. PANDU PUTERI TUNAS

    Dasar program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan menguasai

    asas Pandu Puteri.

    Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan hingga dua belas tahun. Seorang kanak-kanak

    perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga berumur dua

    belas tahun. Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian Pra Persetiaan.

    2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

    2.1 Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang.

    2.2 Satu (1) pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada melebihi daripada 36 orang ahli.

    2.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas mempunyai seorang Pemimpin yang dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Siti Setia.

    2.4 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan berserta dengan yuran pendaftarannya.

    2.5 Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali . Sijil Pendaftaran ialah hak milik Pasukan di sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti

  • Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

    3

    2.6 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dikehendaki membaharui pendaftaran dan mengemaskinikan bilangan pemimpin dan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pembaharuan pendaftaran berserta bayaran yuran ahli (kuota) dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan tidak lewat daripada 30 April setiap tahun.

    2.7 Pasukan Pandu Puteri Tunas didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah dan nama sekolah. Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Kuala Kangsar,

    SJK ( C ) Tsung Wah, Kuala Kangsar, Perak.

    2.8 Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua (2) minggu sekali.

    2.9 Jawatankuasa Pandu Puteri Tunas terdiri daripada:

    2.9.1 Ketua Pasukan 2.9.2 Ketua Berenam 2.9.3 Penolong Ketua Berenam

    2.10 Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong pengerusi dalam Pow- Wow.

    2.11 Pasukan memilih secara undi sulit seorang Ketua Pasukan dalam kalangan ahlinya.

    2.12 Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri manakala Penolong Ketua Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya.

    3. ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

    3.1 Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam (6) orang ahli termasuk seorang Ketua Berenam dan seorang Penolong Ketua Berenam.

    3.2 Setiap kumpulan dikenali dengan nama bunga yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia seperti berikut :

  • Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

    4

    3.2.1 Bunga Cempaka

    3.2.2 Bunga Kenanga

    3.2.3 Bunga Kesidang

    3.2.4 Bunga Melur

    3.2.5 Bunga Siantan

    3.2.6 Bunga Teratai

    3.3 Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan semasa aktiviti sudut kumpulan.

    4. POW-WOW Mesyuarat Pasukan

    4.1 Pow-Wow adalah mesyuarat pasukan sekiranya perlu untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas seperti memberi keterangan, menyampaikan berita dan rancangan akan datang

    4.2 Kakak Setia menjadi Pengerusi Pow-Wow. Jika Kakak Setia tidak ada, Siti Setia boleh menggantikannya.

    4.3 Lingkungan Pow-Wow dilaksanakan khas untuk ahli pasukan sahaja dan pembentukan lingkungan adalah bebas

    5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

    5.1 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas dipilih secara undi sulit untuk membantu Kakak Setia dan Siti Setia.

    5.2 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas mesti mempunyai kelulusan Calit Emas.

    5.3 Pasukan yang baharu ditubuhkan, Kakak Setia boleh melantik ahlinya yang berkebolehan sebagai Ketua Pasukan walaupun dia belum mempunyai kelulusan Calit Emas.

    5.4 Kakak Setia boleh mengundang seorang Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang telah lulus Kelas Dua untuk menjadi Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas.

  • Persidangan Kejurulatihan, 21-23 November 2010 di Seri Cempaka Services & Suites

    5

    6. KETUA BERENAM

    6.1 Ketua Kumpulan Berenam dikenali sebagai Ketua Berenam. Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri.

    6.2 Ketua Berenam membantu Kakak Setia dan Siti Setia serta ditugaskan untuk menjaga ahli kumpulannya.

    7. PENOLONG KETUA BERENAM

    7.1 Penolong Ketua Berenam dipilih oleh Ketua Berenamnya.

    7.2 Tugas Penolong Ketua Berenam membantu Ketua Berenam dan mewakilinya apabila Ketua Berenam tidak hadir.

    8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

    Pakaian seragam Pandu Puteri Tunas ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu

    Puteri Malaysia. Merujuk kepada Girl Guides Act 1953, Revised 19