Buku Pengurusan Prasekolah

• Published on
10-Aug-2015

• View
308

• Download
55

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENGURUSAN SEKOLAH

Transcript

BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH 2012

PRASEKOLAH LESTARISEK. KEB. SAHABAT 2 PETI SURAT 61700,91125 LAHAD DATU, SABAH.

PENGENALANBuku pengurusan prasekolah disediakan adalah untuk memberi kepada semua tentang hal-hal pengurusan,pengendalian dan pengelolaan kelas prasekolah dari semua aspek.

Antara aspek-aspek yang dikemukakan adalah falsafah, matlamat,objektif pendidikan prasekolah,kurikulum prasekolah,hal-hal pengurusan kanak-kanak program pendidikan prasekolah, perancangan aktiviti sepanjang tahun, organisasi prasekolah, pemilihan kanak-kanak prasekolah, rekod dan penilaian kanak-kanak, urusan kewangan, organisasi prasekolah, gambaran fizikal kelas prasekolahdan lain-lain lagi.

Buku pengurusan prasekolah ini juga menjadi panduan kepada guru prasekolah dalam melaksana dan menjayakan program pendidikan prasekolah.

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izinNya, Buku pengurusan prasekolah untuk tahun 2012 telah dapat disiapkan dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Jawatankuasa Prasekolah di atas inisiatif merancang dan menyiapkan buku ini dalam masa yang ditetapkan. Buku Pengurusan Prasekolah adalah sebuah buku rujukan yang mengandungi maklumat prasekolah dan juga rangka program yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Adalah diharapkan Buku pengurusan ini dapat memberi pendedahan sepenuhnya kepada semua pihak tentang maklumat-maklumat Prasekolah yang ingin diperolehi dan diketahui. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan saya berharap agar buku ini dapat dimanafaatkan dalam memantapkan lagi proses pengurusan dan pendidikan Prasekolah di sekolah ini khususnya.

Sekian, terima kasih; SELAMAT MAJU JAYA . (Tn. Hj. Rajid B. Ab. Rashid) Guru Besar,

PRINSIP RUKUN NEGARABAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat Dikalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencapai satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dinikmati Bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi Kebudayaan yang kaya dan berbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan Menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI rakyat Malaysia, berikrar akan Menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi INTELEK, ROHANI, JASMANI, EMOSI dan SOSIAL. Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan bertanggungjawab, berakhlak mulia serta berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

KONSEP DAN MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAHKONSEPPendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal.

MATLAMATPendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk Sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

VISI PRASEKOLAHMENYEDIAKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA KEPADA SEMUA KANAK-KANAK SECARA ADIL DAN SAKSAMA DEMI MENYAHUT IDEA FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MISI PRASEKOLAHMENYEDIAKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA KEPADA KANAK-KANAK UNTUK MENYUBURKAN POTENSI DALAM SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS DAN MEMUPUK SIKAP POSITIF KANAK-KANAK SEBAGAI PERSEDIAAN KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERWAWASAN DALAM MEMENUHI ASPIRASI DAN KEHENDAK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH

Demi mengisi dan menjayakan Wawasan Pendidikan, kami dari Unit Prasekolah LESTARI SEK. KEB. SAHABAT 2 berikrar;

Melaksanakan amanah untuk mendidik, membimbing, membantu dan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua kanak-kanak. Meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan sosial Menepati waktu dalam semua aspek pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran. Berkerjasama dengan semua pihak untuk mempertingkatkan mutu pendidikan Mengamalkan sifat yang mulia dalam proses keceriaan diluar dan di dalam kelas prasekolah. Menjaga nama baik sekolah. Berdisiplin dan amanah teras kejayaan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

6 TERAS STRATEGIK

1.MEMBINA NEGARA BANGSA

2.MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

3.MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

4.MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

5.MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

6.MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH 1. Pendekatan belajar sambil bermain 2. Pendekatan bertema 3. Pendekatan bersepadu 4. Teknologi maklumat dan komunikasi PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH 1. Aktiviti kelas 2. Aktiviti kumpulan 3. Aktiviti individu ALIRAN AKTIVITI HARIAN PRASEKOLAH Rutin pagi 10 Minit Perbualan 10 Minit Permainan Luar 20 Minit Aktiviti kelas 30 Minit Aktiviti kelas 30 Minit Rehat 30 Minit Aktiviti kumpulan

60 Minit Aktiviti penamat 10 Minit

KURIKULUM PRASEKOLAHPendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan mengembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mngira latar belakang sosial,agama,lokasi,tempat tinggal,keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.Bagi kanak-kanak mereka diberi peluang khas untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang mulia, meningkatkan kecergasan dan kesihatan kearah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah member fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh seimbang dan bersepadu. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dalam suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria,menggalakan naluri ingin tahu,suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia,mempunyai keyakinan diri,cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang dan gigih berusaha, sihat dan cergas serta kreatif dan ekspresif. Asas yang dibina dalam diri ini akan menyumbang kepada kesejahteraan diri mereka sendiri, kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAHObjektif program pendidikan prasekolah ialah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang sangat berguna, bermunafaat, berfaedah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat berlandaskan hukum agama. Program pendidikan prasekolah adalah bertujuan membolehkan kanak-kanak

1. Membina sahsiah dan perwatakan yang sempurna untuk menjadi ahli keluarga dan warganegara yang baik dan bermanfaat serta berfaedah berlandaskan falsafah pendidikan Negara dan selaras dengan rukun Negara.

2. Mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang sensitif dalam kehidupan

seharian berlandaskan falsafah pendidikan negara.

3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

4. Mengamalkan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian khusus untuk kanak-kanak yang beragama Islam.

5. Membentuk keyakinan diri dan dapat mengawal serta menguasai keupayaannya dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang positif.

6. Membentuk konsep kendiri yang positif bergaul dan menghargai hak dan kebolehan orang lain serta dapat menunjukan semanagat faham memahami di dalam bekerja, hormat menghormati serta sikap toleransi.

7. Menyemaikan sikap ingin tahu dan kesediaan belajar semasa berinteraksi.

8. Mengembangkan penggunaan bahasa dan komunikasi.

9. Mengembangkan bakat serta potensi di dalam mengeluarkan idea-idea yang dapat melahirkan kanak-kanak yang aktif dan kreatif.

TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

TUNJANG BAHASA & KOMUNIKASI Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris

TUNJANG PENDIDIKAN ISLAM

TUNJANG KETRAMPILAN Sosioemosi

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA Kreativiti

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI Awal Sains dan Awal Matematik

TUNJANG KEMANUSIAAN

PERANCANGAN TEMA TAHUNAN

MINGGU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

TEMA Minggu orientasi Diri Saya (perihal Diri Saya) Diri Saya (Anggota Badan) Diri Saya (Keluarga saya) Diri Saya (Sekolah Saya) Diri Saya (Kawan Saya) Diri Saya (Jiran Saya) Diri Saya (Kebersihan Diri ) Diri Saya ( Keselamatan Diri) Diri Saya (Rumah Saya) Diri Saya (Emosi Saya) Alam Bahan (Makanan) Alam Bahan (Minuman) Alam Bahan (Air) Alam Bahan (Pasir) Alam Bahan (Pakaian) Alam Bahan (Alatulis) Alam Bahan (Alatan Dalam Kelas) Alam Bahan (Alatan Dapur) Alam Bahan (Alatan Sukan) Alam Hidupan (Haiwan Liar) Alam Hidupan (haiwan Peliharaan) Alam Bahan (serangga) Alam Hidupan (sayur-sayuran) Alam Hidupan (Pokok Berbunga) Alam Hidupan (Pokok Berbuah) Alam Sekitar (Sayangi ALam Sekitar) Alam Fizikal (Cuaca)

CATATAN

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PRASEKOLAH LESTARI SK SAHABAT 2

Kelas Prasekolah yang pertama iaitu kelas Bijak Sekolah Kebangsaan Sahabat 2 mula ditubuhkan dan beroperasi pada Januari 2006. Kemudian setelah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Perluasan kelas prasekolah di beberapa buah sekolah pada tahun 2007, kelas kedua dibuka pada Januari 2007 dan kelas ini dinamakan kelas Intelek. Antara tenaga pengajar dan pembantu pengurusan murid yang pernah berkhidmat di kelas prasekolah ini ialah: Kelas Bijak Tenaga pengajar di kelas ini ialah: 1. Pn. Kasni (01.01.2006 01.03.2006) 2. Pn. Suhartini (01.03.2006 31.12.2006) 3. En. Mazlan B Abdul Wahab (05.01.2007- 20.10.2007) 4. Pn. Shahrina Bt. Charo (04.01.2008 Jun 2009) 5. Pn. Nurazillah Bt Mohd Shafie ( 03. 01.2010 November 2011) 6. Pn. Rabiah Bt. Husen (02.01.2012 hingga sekarang) Manakala Pembantu pengurusan murid pula ialah : 1. Pn Sahlija Bt Jalilul (01.01.2006 hingga 01.01.2007) 2. Pn. Fatimah Bt Usman (02.01.2007 hingga 01.07.2011)

3. Pn. Maslihah Bt Abdul Rahman (02.07.2011 hingga sekarang)

Kelas Intelek 1. Pn. Juliayana Bt Joldi (01.01.2007 hingga 20.03.2007) 2. Pn. Tasaka Bt Ambotang (21.03.2007 hingga sekarang) Manakala pembantu pengurusan murid pula ialah: 1. Pn. Sahlija Bt Jalilul (01.01.2007- 01.01.2010)2. Pn. Salma Bt Abdul Salam (Januari 2010 hingga sekarang

MA TLA MA T DA N MOTTO PR A SEK OLA H MA TLA MA T PR A SEK OLA H Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah MOTTO PR A SEK OLA H

Prasekolah Lestari Melonjak Kanak-kanak Berdikari Merealisasikan Pendidikan Cemerlang Untuk Melahirkan Kanak-kanak Terbilang

2

VISI D A N M ISI PRA SE K O A H L LESTA RI (IN TELEK ) VISI PRA SE K O A H L EST A RI SK L SA H A BA T II

M nyu burka n potensi ka nak-ka nak dalam se m a asp ek e u JER IS, m nguasa i ke m hiran asa s dan m m puk si ka p e a e u posi tif se belum ka nak-ka nak m su k ke tahun 1 a

MISI PRA

SE K O A H L EST A RI SK L

SA H A BA T II

M nye diaka n peluang pem elajaran ya ng sa m rata e b a dengan pem elajaran ya ng teranca ng, tem at ya ng b p se lesa dan su asa na ya ng ce ria se jajar m nya hut se ruan e m si SK Sa habat II i

3

CARTA ORGANISASI PRASEKOLAH LESTARI

CA RTA O R GNI S A I A S P R S E L H LES T R I A KO A A S KS A B A 2 HA TPEN HAT ASI Tn . H j. R a jid B . A b . R a sh id

PE N USIKURIKULUM GER En. Abdul Mubarak Bin A b .dG h a n il

PEN USIHEM GER En. Ham di Bin S ahat i

PEN USIKO-KURIKULUM GER P n Fatim a B in M o h. Y unus . h ti d

GURU PRASEK LAH INTEL KDG41 O E Pn. Tasak a Binti Am b tang o

GURU PRASEK LAH BIJ AK DG41 O P n R a b iaB h ti u se n . in H

PE M BANTU PEN GURUSA MURID N17 N Pn. S alm aBinti Abdul S alam

PEM BANTU PEN GURUSA MURID N17 N P n M a slih B th b d Rahm a . aA ul n

PERATURAN UMUM DI KELAS PRASEKOLAH1.

Beratur di hadapan kelas sebelum belajar

2. Beratur di hadapan kelas sewaktu hendak pulang

3. Membaca doa sebelum memulakan pelajaran

4. Membaca doa sebelum dan selepas makan

5. Mematuhi arahan

6. Jangan membuat bising

7. Meminta izin untuk membuat sesuatu

8. Berkongsi alatan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIKELAS PRASEKOLAH

1. KESELAMATAN DI DALAM KELAS

1.1Kanak-kanak akan diberi taklimat / demontrasi pada minggu suaikenal tentang keselamatan di dalam kelas prasekolah.1.2 Guru

dan pembantu akan sentiasa mengawasi kanak-kanak membuat aktiviti yang menggunakan peralatan seperti gunting, lidi dan lain-lain alat yang tajam. permainan seperti bongkah, lego dan lain-lain. Begitu juga dengan penggunaan ruang dan pusat yang terdapat di prasekolah.

1.3 Kanak-kanak akan diberi penerangan cara penggunaan peralatan

1.4

Kanak-kanak tidak dibenarkan sama sekali membawa alatan/bahan/benda dari rumah kecuali dengan arahan guru.

2. KESELAMATAN DI LUAR KELAS

2.1Kanak-kanak akan sentiasa diawasi oleh guru dan pembantu semasa Menjalankan aktiviti luar kelas.2.2 Kanak-kanak akan dijelaskan tentang penggunaan setiap alat-alat

permainan luar dari masa ke semasa.

2.3Kanak-kanak dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap semasa menjalankan aktiviti permainan luar dan aktiviti perkembangan fizikal yang melibatkan luar kelas. 2.4Peralatan permainan luar yang rosak atau tidak boleh digunakan akan dimusnahkan.2.5 Guru Besar/ guru prasekolah akan memastikan kawasan permainan

luar berada dalam keadaan baik dan terurus. 2.6Semua kanak-kanak digalakkan menyertai skim perlindungan diri. 2.7Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan / permainan luar di tempat lapang semasa hujan. 2.8Sebarang kemalangan / kecederaan yang berlaku akan disiasat dan dilaporkan kepada guru besar dengan sege...