Buletin Linus

• Published on
18-Dec-2014

• View
31

• Download
5

Embed Size (px)

Transcript

BILANGAN 14

e-buletin linusPEGAWAI FASILINUS NEGERI MELAKA

LINUS : LAKSANA IMPIAN NEGARA UNTUK SUKSES

MESYUARAT PEGAWAI MEJA JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA

Pada Khamis, 2 Ogos 2012 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Lesong Batu telah diadakan satu mesyuarat pegawai meja bersama pegawai FasiLINUS negeri Melaka. Mesyuarat tersebut telah dianjurkan oleh Unit Bahasa dan Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dengan dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Melaka iaitu Encik Ahmad Kamal Bin Ramtan. Diantara pegawai-pegawai dari JPN Melaka yang hadir termasuklah Encik Mat Hassan bin Abdullah (Penolong Pengarah Bahasa Melayu), Puan Rogayah binti Omar (Penolong Pengarah Pemulihan Khas), Encik Harun bin Mahbut (Pegawai Meja Literasi), Encik Salleh bin Sawabi (Pegawai Meja Numerasi) dan Pegawai Tadbir NKRA JPN. Selain itu, pegawai meja literasi dan numerasi dari setiap PPD turut hadir pada mesyuarat tersebut bersama-sama semua pegawai FasiLINUS daerah masing-masing. Sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah pelaporan murid LINUS dan LINUS Tegar Tahun 1 hingga Tahun 3, 2012 dari setiap daerah, pelaporan justifikasi murid LINUS dan LINUS Tegar Kohort 1 (Tahun 3) beserta tindakan pihak PPD dan sekolah serta perancangan pelan tindakan dari setiap daerah bagi menyelesaikan masalah murid LINUS dan LINUS Tegar terutamanya bagi murid Kohort 1 (Tahun 3) yang masih berbaki di daerah masing-masing.

BILANGAN 14

1

TAHUKAH ANDA?

Sumber : http://nkra.moe.gov.my (Slide Pembentangan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0)

TAKLIMAT PENYELARASAN MINGGUAN PRESTASI MURID LINUS PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI KOHORT 1, TAHUN 3 (SELEPAS SARINGAN 8)Pada Rabu, 29 Ogos 2012 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan PPD Alor Gajah satu taklimat penyelarasan laporan mingguan prestasi murid LINUS program literasi dan numerasi tahun 3 telah diadakan. Taklimat ini adalah kali kedua diadakan pada tahun ini sebagai kesinambungan kepada taklimat penyelarasan kali pertama yang telah diadakan pada 3 Julai 2012 yang lalu. Berbeza dengan taklimat kali pertama, taklimat pada kali ini turut melibatkan Guru Penolong Kanan HEM disamping Setiausaha/Penyelaras LINUS sekolah. Taklimat tersebut telah dianjurkan oleh Unit Akademik (LINUS) di bawah kelolaan Pegawai FasiLINUS. Berbanding 25 buah sekolah pada taklimat sebelumnya, taklimat pada kali ini hanya melibatkan 20 buah sekolah yang masih mempunyai murid LINUS dan/atau murid LINUS tegar Kohort 1 (Tahun 3). Semua penyelaras/setiausaha LINUS sekolah-sekolah yang terlibat bersama-sama GPK HEM masing-masing telah hadir pada taklimat tersebut. Pada taklimat tersebut mereka telah diminta untuk menyedia dan membawa bersama justifikasi pelajar LINUS Kohort 1 (Tahun 3) sekolah masing-masing untuk dibentangkan. Berdasarkan maklumbalas yang diterima dari pihak sekolah, diantara masalah utama murid-murid berkenaan ialah ketidakhadiran berpanjangan, masalah kesihatan dan masalah keciciran. tersebut serta dapat mengambil tindakan yang wajar untuk mengatasinya. GPK HEM sekolah turut dilibatkan dalam taklimat ini bagi memastikan pihak sekolah sentiasa peka terhadap masalah

BILANGAN 14

2

GAMBAR TAKLIMAT PENYELARASAN MINGGUAN PRESTASI MURID LINUS KALI KE-2/2012

I N F O L I N U S

Sumber : http://nkra.moe.gov.my (Slide Pembentangan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0)

PEGAWAI FASILINUSPejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah 78000 Alor Gajah Melaka

Tel : 06-5562994 / 2821 / 2871 Faks : 06-5563735 E-mel : ppdalorgajah@ppdalorgajah.edu.my Blog : linusmelaka.blogspot.com

BILANGAN 14

3