Contoh Pengurusan Tingkah Laku

  • View
    24

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengurusan tingkah laku kepada murid di dalam bilik darjah

Transcript

CONTOH PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.0PENGENALAN

1.1Definisi Tingkah laku

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. MenurutLewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.Manakala,menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers(1999),menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. MenurutAl-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.Tingkah Laku Bermasalah Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

1.2 Definisi Pengurusan Tingkah LakuPengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008). Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya.Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.

3.0CARA MENGURUS TINGKAH LAKU Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKUTingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-teknik tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction measure).Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut.

5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKUMengurus TL memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.i. Prinsip PeneguhanPeneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.ii.Jenis-jenis PemerhatianPemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara open-ended iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat supaya mendapat dapatan yang b