Contoh Rph Sains Tahun 4

  • Published on
    21-Oct-2015

  • View
    53

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

word

Transcript

CONTOH RPH SAINS TAHUN 4

Rancangan Pengajaran Harian 1Mata pelajaran:SainsKelas: 4 Ibnu Qaiyyim

Tarikh: 22 Mac 2011

Masa: 10:30 pagi 11:30 pagi ( 60 minit)

Bilangan murid: 37 0rang

Bidang pelajaran: i) Subtopik 1: Memahami haiwan mempunyai ciri-ciri khas bagi melindungi diri daripada musuh

Objektif pembelajaran: 1) Memahami ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh 2) Memahami pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh

3) Menerangkan bagaimanakah ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A Menguasai pengetahuan mengenalpasti ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh

B Menguasai kemahirana. (Kognitif) murid-murid dapat berfikir tentang ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh

b. (Psikomotor) murid-murid dapat menyentuh siput dan ulat gonggok di Taman Sains Sekolah.

c. (Afektif) Murid-murid berasa berminat untuk belajar tentang ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh

C Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatifa. murid-murid menjanakan idea untuk mengetahui tentang alam sekeliling ( minat dan ingin tahu)

b. murid-murid dapat mengumpulkan dan mengelaskan ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan berfikir secara rasional.

c.murid-murid dapat membanding dan membeza untuk bekerjasama mencari maklumat berkaitan dengan ciri-ciri khas yang ada pada haiwan

d. murid-murid dapat mencirikan dan membuat kesimpulan dengan berfikir secara rasionalBahan, peralatan dan bahan sumber:

1.Siput dan ulat gonggok2.Cakera padat mata pelajaran Sains Kementerian Pendidikan Malaysia3.Gambar-gambar haiwan yang dibawa oleh murid4.Kad manila5.Pen Marker6.Jadual ciri-ciri khas haiwan7.Lirik lagu Bangau oh bangau

Pengetahuan sedia ada:1.Murid telah mengetahui tentang keperluan asas haiwan dan tumbuhan di pembelajaran yang lepas

Langkah/MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Permulaan/Mencungkil idea(5 min)Memerhati ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada bahaya1) Guru membawa murid-murid ke Taman Sains Sekolah.

2) Guru meminta murid-murid menangkap siput dan ulat gonggok di Taman Sains Sekolah

3) Guru meminta murid-murid menyentuh siput dan ulat gonggok

4) Guru menanya murid soalan:

i) Apakah yang kamu perhatikan?

ii) Mengapakah siput dan ulat gonggok berpelakuan sedemikian?

5) Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini. - memerhatikan ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan melidungi diri daripada musuh.1) Murid-murid mengikuti guru ke Taman Sains Sekolah.

2) Murid-murid menangkap siput dan ulat gonggok

3) Murid-murid menyentuh siput dan ulat gonggok

4) murid-murid menjawab soalan guru: i) Siput menyembunyi-kan badan ke dalam cengkerang. Ulat gonggok menggulungkan badannya.

ii) Siput dan ulat gonggok berpelakuan sedemikian adalah untuk melidungi diri daripada bahaya dan musuh.Strategi/Teknik:Hand-onSoal-jawab

Sumber :Siput dan ulat gonggok

Langkah 1(15min)Memaparkan peta minda

1) Guru memaparkan peta minda untuk memperkenalkandan menerangkan ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan bagi melidungi diri daripada musuh1) Murid-murid memberi perhatian yang sepenuhnya untuk mendengar penerangan guru.Strategi:Penerangan

SumberLampiran 1 ( peta minda)(dibawah)

Langkah 2(5 min)Mengenalpasti cara haiwan melindungi diri daripada musuh

1) Guru menanya soalan :

i) Adakah murid-murid membawa gambar-gambar haiwan yag diminta?

ii) Guru meminta murid-murid meletakkan gambar-gambar haiwan yang dibawa di atas meja.

iii) Daripada pengetahuan kamu, kelaskan haiwan yang mempunyai cirri-ciri khas dan pelakuan untuk melidungi diri daripada musuh.1) Murid-murid menjawab soalan guru. i) Ya, ada cikgu.

ii) Murid-murid meletakkan gambar-gambar haiwan yang dibawa di atas meja.

iii) Murid-murid mengelaskan haiwan yang mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada musuhStrategi:Soal-jawabMengelas

Sumber:Gambar-gambar haiwan yang dibawa oleh murid

Gambar-gambar haiwan:Harimau, kambing, kumbang, kucing, sotong, landak, badak, rama-rama, belalang, gajah dan kura-kura

1) rujuk Lampiran 2 (dibawah)

Langkah3(8 min)Menyatakan ciri-ciri khas haiwan melidungi diri daripada musuh.1) Guru meminta murid-murid menyatakan ciri khas haiwan dan merekodkan perhatian.1) Murid-murid melihat gambar dan mencari ciri-ciri khas yang ada pada haiwan.

2) Murid-murid merekodkan pemerhatian dalam jadual yang disediakan mengikut kumpulan.Strategi:Memerhatimengelas

Sumber :Gambar-gambar haiwan, kad manila dan pen marker

Langkah4(15min )

Pembentangan Laporan hasil dapatan murid1) Guru minta wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan murid-murid.

2) Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan ( ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan yang paling tepat)1) Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan masing-masing.

2) Murid-murid membuat perbandingan jawapan di antara kumpulan.Strategi:komunikasi

Sumber :-1) rujuk Lampiran 4 (dibawah)

Aplikasi Idea(8min)Lembaran kerja1)Guru menanya murid-murid apa yang dipelajari tadi untuk mengaitkan idea murid?

2)Gurumengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid-murid

3) Guru minta murid-murid menjawab soalan.

3) Guru membincangkan jawapan bersama dengan murid-murid.1)Murid-murid menjawab soalan guru. - Ciri-ciri khas dan pelakuan haiwan bagi melidungi diri daripada bahaya.

2)Murid-murid mengambil kertas lembaran kerja yang guru bagi.

3) Murid-murid menjawab soalan.

3) Murid-murid membincangkan jawapan bersama dengan guru.Strategi:Menjawab soalan

Sumber:Kertas lembaran kerja

1) Rujuk Lampiran 5 (dibawah)

Refleksi/Penutup(4min)Peneguhan(nyanyian)1) Guru memaparkan lirik lagu Bangau oh Bangau

1) Murid-murid menyanyi Bangau oh BangauStrategi:Nyanyian

Sumber:Lirik lagu Bangau oh Bangau

1) rujukLampiran 6(dibawah)

Lampiran 2Haiwan yang mempunyai ciri-ciri khas dan ciri-ciri pelakuan .Mempunyai ciri-ciri khasMempunyai ciri-ciri pelakuan

Harimau, kambing kucing landak, badak, gajah dan kura-kuraKumbang, sotong, rama-rama dan belalang

Lampiran3Hasil dapatan murid-muridHaiwanCiri-ciri khas dan pelakuan haiwan

SingaKuku, taring

KerbauTanduk

BeruangKuku, taring

LandakBadan berduri

Badak SumbuTanduk keras dan tajam

GajahKulit tebal, gading

Kura-kuraCengkerang keras

TenggilingPura-pura mati

SotongPenyembur pewarna hitam

Lampiran4Lembaran kerja1)Haiwan apakah yang mempunyai tanduk keras dan tajam untuk menlidungi diri daripada bahaya?= badak sumbu, seladang2)Haiwan apakah yang mempuyai cangkerang untuk menlidungi diri daripada bahaya?= kura-kura, siput3)Haiwan apakah yang mempuyai kuku tajam untuk menlidungi diri daripada bahaya?= burung hering, musang4) Haiwan apakah yang mempuyai bau busuk untuk menlidungi diri daripada bahaya? = skunk5) Haiwan apakah yang hidup dalam kumpulan untuk menlidungi diri daripada bahaya?= lebah, kuda belang6)Haiwan apakah boleh menyembur perwarna hitam untuk menlidungi diri daripada bahaya?=sotong

Lampiran5Lirik Bangau oh BangauOh Bangau oh BangauKenapa engkau kurusMacam mana aku tak kurusIkan tidak timbulOh ikan oh ikanKenapa engkau tidak timbulMacam mana aku nak timbulRumput panjang sangat 2xOh rumput oh rumputKenapa panjang sangatMacam mana aku tak panjangKerbau tak makan aku2xOh kerbau oh kerbauKenapa engkau tak makan rumputMacam mana aku nak makanPerut aku sakit2xOk perut oh perutKenapa engkau sakitMacam mana aku tak sakitMakan nasi mentah2xOh nasi oh nasiKenapa engkau mentahMacam mana aku tak mentahKayu api basah2xOk kayu oh kayuKenapa engkau basahMacam mana aku tak basahHujan timpa aku2xHujan oh hujanKenapa engkau timpa kayuMacam mana aku tak timpa kayuKatak panggil aku2xKatak oh katakKenapa engkau panggil hujanMacam mana aku tak panggilUlar nak makan aku2xUlar oh ularKenapa engkau kau nak makan katakMacam mana aku tak makan katakMemang makanan aku2x

Rancangan Pengajaran Harian 2:

Mata pelajaran: SainsKelas: 4 Ibnu QaiyyimTarikh: 23 Mac 2011Masa: 9.10pg 10.10pg ( 60 minit )Bilangan murid: 37 orangBidang pelajaran: Haiwan dan tumbuhan melindungi diriObjektif pembelajaran:Memahami haiwan mempunyai ciri khas bagi penyesuaian diri dengan iklim dan perubahan musim

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A Menguasai pengetahuana.Haiwan perlu menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim untuk meneruskan hidupb.Bonggol, berkubang, badak sumbu, cuaca melampau, ciri khas

B Menguasai kemahirana.Murid dapat mengenal pasti ciri khas haiwan tertentu bagi penyesuaian diri dengan iklim dan perubahan musimb.Murid dapat mengunting dan menampal gambar haiwan yang tinggal di tempat yang beriklimc.Murid bersyukur kerana hidup di kawasan yang beriklim sederhana

C Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatifa. Murid menerangkan sebab haiwan memerlukan ciri-ciri khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim yang melampaub. Murid melahirkan perasaan bersyukur kerana dapat hidup di kawasan yang beriklim sederhana.c. Murid dapat membanding dan membeza ciri-ciri khas yang terdapat pada haiwan yang tinggal di kawasan panas dan sejukBahan, peralatan dan bahan sumber:1.Gambar haiwan( Lampiran 1 )2.Gunting3.Kertas mahjung4.Video5.Projektor6.Buku teks mata pelajaran Sains7.Pen maker

Pengetahuan sedia ada:1. Murid telah mengetahui tentang haiwan yang tinggal di tempat sejuk dan panas

Langkah/MasaIsi Kandungan