Definisi Tingkah Laku Bermasalah

• Published on
21-Jun-2015

• View
5.962

• Download
4

Embed Size (px)

Transcript

1.0

DEFINISI KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH Lewis M. Baker (2001) yang dipetik tingkah dari laku

Menurut

http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-no-1.html,

bermasalah bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku juga adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Dari sumber yang sama, Carl Rogers (1999) menekankan seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tingkah laku bermaksud gerak geri, kelakuan dan perbuatan. Manakala masalah pula membawa maksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan). Selain itu, tingkah laku bermasalah juga boleh membawa pengertian tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam Bahasa Inggeris dan terkeluar dari nilai dan norma sosial dalam masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Maka, jika mengikut definisi-definisi yang telah dinyatakan, pengertian tingkahlaku bermasalah ialah gerak geri atau kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran atau terkeluar dari norma sosial dalam masyarakat. Kesulitan atau kesukaran yang dinyatakan ialah apa yang berlaku di dalam bilik darjah apabila adanya murid yang melakukan tingkah laku yang boleh mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran.

2.0

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Selalunya, apabila disebut mengenai tingkahlaku bermasalah, ramai beranggapan bahawa ia merujuk kepada bermasalah disiplin sahaja. Sebenarnya, jenis-jenis tingkah laku bermasalah boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah positif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang(bergantung), tingkah laku yang mengganggu (disruptif) dan tingkah laku anti sosial (distruktif).

2.1

TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF

Seperti yang telah dinyatakan, tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada perlakuan murid yang ingin tahu yang keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Ramai yang beranggapan bahawa tingkah laku positif tidak begitu merumitkan. Malah, ramai beranggapan terutamanya ibu bapa menganggap perkara sebegini makin menyenangkan kerja dan mengurangkan tanggung jawab guru di bilik darjah. Apabila difikirkan, memang ada betulnya kerana perlakuan tersebut secara umumnya dilihat sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid. Namun sebaliknya, ia mengganggu kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berlangsung. Murid yang mempunyai perasaan ingin tahu yang keterlaluan boleh menyebabkan gangguan terhadap rakan-rakan yang lain serta mengganggu guru untuk menjelaskan topik dengan lebih lanjut. Soalan yang ditanya serta jawapan yang dijawab akan menyebabkan murid-murid yang lain merasa bingung. Lebih teruk sekiranya murid-murid lain langsung tidak dapat menguasai topik kerana mendengar soalan yang tidak sepatutnya ditanya ataupun keluar daripada topik. Manakala, murid yang cepat belajar pula memberi masalah kerana memberi tekanan kepada rakan-rakannya yang kurang cepat berbanding murid tersebut. Selain itu, rakan-rakan yang lain merasa rendah diri. Lagipun, dengan adanya murid sebegini, ia pasti menyusahkan murid tersebut kerana guru hendaklah membuat perancangan dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan majoriti. Ini menyebabkan murid yang cepat belajar tersebut menjadi cepat bosan.

Bagi murid yang pintar cerdas pula, keadaan bilik darjah menjadi tidak seimbang kerana murid tersebut sudah pun menguasai topik yang diajar. Bagi murid ini, tiada gunanya untuk pergi ke sekolah kerana perkara yang diajar adalah perkara yang sudah lama diketahui.

2.2

TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

Tingkah laku bermasalah negatif boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif serta tingkah laku distruktif. Tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak membahayakan pelajar lain. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku bergantung ialah kebimbangan. Murid yang mengalami kebimbangan tidak dapat memberi perhatian semasa dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, murid juga merasa rendah diri serta kurang berkeyakinan. Selain daripada itu, pergantungan berlebihan juga merupakan salah satu kelakuan yang merumitkan keadaan di dalam bilik darjah. Contohnya, murid terlalu mengharapkan nota daripada guru dan tidak berusaha dalam pembelajaran. Murid sebegini tidak mempunyai keyakinan diri ataupun memang tidak mempunyai keinginan untuk belajar sendiri. Biasanya, murid sebegini sangat inginkan perhatian daripada guru. Seterusnya, kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku bergantung ialah pengasingan diri iaitu murid tidak mahu terlibat dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Murid lebih suka duduk di sudut dan berkhayal serta tidak mempunyai hubungan yang bagus dengan rakan sekelas. Tingkah laku disruptif merupakan kelakuan yang boleh menyebabkan gangguan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, di mana sebuah kelas susah untuk berjalan dengan lancar jika pelajar-pelajar ini gagal dikawal. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku disruptif ialah hiperaktif. Murid yang hiperaktif akan mengganggu rakan-rakan sekelas yang lain seperti berlari di dalam kelas, mengganggu rakan dan sebagainya. Selain itu, bising juga termasuk dalam tingkah laku disruptif di mana murid tidak menumpukan perhatian malah membuat bising semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Kelakuan agresif secara lisan atau fizikal juga termasuk dalam tingkah laku disruptif. Contohnya, murid menggunakan perkataan kesat bagi kelakuan agresif secara lisan. Akhir sekali ialah tingkah laku distruktif iaitu tingkah laku yang paling serius dalam ketiga-tiga tingkah laki bermasalah ini. Perkataan distruktif dipinjamkan dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu destructive yang bermaksud membinasakan atau merosakkan. Tingkah laku ini

bukan sahaja merosakkan diri, rakan malah masyarakat serta sekolah. Perkara ini merupakan perkara yang boleh menggugat keharmonian di sekolah. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku ini ialah permusuhan yang nyata. Ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan yang boleh menyebabkan kecederaan. Paling teruk, murid yang terlibat boleh disabitkan kesalahan di bawah jenayah juvana. Selain itu, vandalisme juga merupakan kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku distruktif. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, vandalisme bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Sekiranya murid membuat vandalisme, ia akan melibatkan sekolah mendapat rugi serta banyak kemudahan tidak boleh digunakan dengan sempurna. Seterusnya, murid yang mempunyai klik, geng dan kumpulan liar tertentu di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah juga merupakan antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku distruktif. Adanya kumpulan liar, geng dan klik boleh menyebabkan permusuhan di antara satu sama lain mengikut kumpulan atau geng masing-masing. Selain itu, perkara sebegini juga punca berleluasanya kes buli di kalangan murid. Ini menyebabkan murid-murid lain tidak berminat untuk turun ke sekolah dan sekolah bukan lagi tempat yang selamat.

3.0

CONTOH-CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

Terdapat pelbagai contoh tingkah laku bermasalah termasuk murid berkomunikasi di antara satu sama lain di bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Cara murid berkomunikasi tidak semestinya secara lisan. Contohnya, murid menghantar nota bertulis kepada rakan yang lain dan rakan tersebut membalas nota yang diberikan. Seterusnya, antara tingkah laku bermasalah ialah murid tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang telah diberikan oleh guru. Biasanya, mereka akan memberikan alasan bagi menjelaskan keadaan tersebut berlaku. Kadang-kadang, alasan yang diberikan tidak kurang wajar dan tidak boleh diterima. Selain itu, murid yang lupa membawa buku juga merupakan contoh tingkah laku bermasalah seperti lupa membawa buku latihan, buku teks atau buku kerja. Apabila berkongsi buku teks dengan rakan, sudah pasti ia akan mengganggu rakannya tersebut. Jika terlupa untuk membawa buku latihan atau buku kerja, sudah tentu murid tidak membuat latihan yang diberikan di dalam kelas.

Malas membuat latihan kelas juga merupakan tingkah laku bermasalah. Murid ini lebih gemar berbual-bual antara satu sama lain. Selain itu, murid ini juga akan mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja yang diberikan. Ada sesetengah murid gemar menggunakan bahasa yang kesat di depan rakan-rakan. Selalunya, murid yang menggunakan bahasa kesat tersebut ialah murid lelaki dan sengaja menyebutnya di depan murid-murid perempuan. Tingkah laku sedemikian dianggap kurang sopan dan tidak menghormati guru dan rakan-rakan.

4.0

PUNCA-PUNCA TINGKAH LAKU BERMASALAH Di peringkat sekolah, punca-punca utama salah laku dikenal pasti, kebanyakannya

disebabkan oleh pelajar sendiri. Sebilangan kecilnya berlaku kerana masalah keluarga, pengaruh persekitaran dan kecuaian sekolah. Pada umumnya pelajar sering melakukan sesuatu yang dianggap baru dan menyebabkan berlakunya tingkah laku negetif. Perlakuan negatif pelajar adalah berpunca daripada sikap ingin tahu yang telah disalahgunakan oleh pelajar untuk belajar perkara-perkara yang lain. Pelajar juga sering melakukan sesuatu tindakan negatif kerana inginkan perhatian daripada guru dan pelajar lain. Kegagalan pelajar untuk melawan sikap ini telah mengundang pelbagai masalah kepada guru dan pelajar lain. Secara umumnya seseorang individu akan memberontak apabila keperluan kendiri dan kasih sayangnya tidak dipenuhi. Perkara ini terdapat dalah heriaki Keperluan Marslow dimana keperluan individu harus dipenuhi untuk memastikan individu berada dalam ruang yang selesa. Punca kedua iaitu masalah keluarga juga merupakan perkara yang amat penting ini kerana pelajar menghabiskan separuh masa mereka dirumah, iaitu masa mereka berada diluar peraturan dan undang-undang sekolah. Jika ibu bapa pelajar sibuk dan mengabaikan anak mereka terutamanya yang berada disekolah rendah ini akan membentuk satu peribadi yang bebas didalam diri mereka. Peribadi tersebut akan merosak nilai yang telah diterapkan sewaktu disekolah. Ini disebabkan pelajar kurang mendapat contoh yang nyata untuk sesuatu nilai itu diterima dalam logik akal mereka. Sebagai contoh jika guru mengajar merokok merupakan perkara yang tidak elok dan membahayakan kesihatan tetapi bapa pelajar itu merokok dihadapnya pada setiap masa dirumah maka pengajaran yang diberikan oleh guru itu akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan tutur kata sopan dan sebagainya, ini kerana ibu bapa boleh

dikatan guru kedua kepada pelajar dan merupakan orang yang terdekat yang dapat memberikan contoh maujud kepada mereka. Persekitaran tempat tinggal dan sekolah juga memainkan peranan dalam tingkah laku bermasalah negetif ini. Kecenderungan pelajar untuk mencontohi segala perbuatan dan percakapan telah dibuktika melalui teori Albert Bandura iaitu teori Peniruan. Percakapan lucah sering kali diperlajari oleh pelajar melalui peniruan dan ini menyebabkan mereka tidak takut untuk mentuturkannya apabila berada disekolah. Pelajar yang mentah dalam penilaian mengenai kebaikan dan keburukan akan mudah terpengaruh dengan satu perbuatan yang dianggap seronok berbanding perbuatan yang menuju kearah kebaikan. Punca ini menjadi semakin teruk apabila pelajar dibesarkan dalam keadaan persekitaran yang tidak sihat atau dalam masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran. Kecuaian pihak sekolah juga menjadi punca tingkah laku negetif, ini berlaku sekiranya pihak sekolah gagal membimbing pelajar bermasalah ini dan kurangnya perhatian daripada guru-guru. Padangan negetif guru-guru terhadap murid bermasalah seharusnya diubah dan bimbingan harus diberikan jika pelajar menunjukkan sikap luar biasa di kelas ataupun dipersekitaran sekolah. Selain itu secara terperinci terdapat juga beberapa punca yang lain yang menyebabkan wujudnya masalah salah laku disekolah iaitu. Penggunaan Pendekatan dan Strategi mengajar yang kurang sesuai. Ini berlaku apabila murid merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah didalam bilik darjah. Perkara ini merupakan kelemahan guru dalam mewujudkan suatu suasana pengajaran yang kondusif dan ceria. Keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa. Contohnya kerusi meja terlalu sesak, tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan tempat kurang bersih dan sebagainya. Keadaan fizikal yang kurang selesa ini akan menjadikan murid-murid gelisah. Perasaan murid yang kurang selesa merupakan punca masalah disiplin yang berlaku. Hubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra. Misalnya, guru mengamalkan kepimpinan bercorak autokratik dan mengawal disiplin murid secara kuku besi. Dibawah kepimpinan jenis ini, interaksi dua hala di antara guru dan murid tidak dapat diwujudkan, sebaliknya keadaan ini mewujudkan suasana sosioemosi yang kurang sihat. Muridmurid sentiasa merasa bimbang, gelisah dan takut pada guru. Perasaan yang kurang sihat ini merupakan salah satu punca yang menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah.

Sahsiah guru yang kurang meyakinan. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal akan sering menimbulkan masalah disiplin dengan tujuan membuli guru yang kurang tegas. Kesihatan murid yang kurang baik. Murid-murid yang kurang sihat dan tidak mendapat masa rehat yang mencukupi akan menghadapi kesulitan untuk menumpukan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini sering mengantuk dan tidak cergas mengikuti pelajaran dan akibatnya tidak berupaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, murid-murid ini terpaksa meniru kerja murid yang lain atau tidak langsung membuat tugasan. Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi. Pihak sekolah yang amat menekankan pencapaian dan prestasi akademik akan menggalakkan murid-muri...