diksi & metafora

  • Published on
    11-Aug-2015

  • View
    33

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahasa Melayu IPG

Transcript

GAYA BAHASA, DIKSI & METAFORA

Disediakan oleh:AMIRA SHAHIRAH BT LOKMAN ALEXANDRA JOACHIM ABDUL WAFI BIN ABD. HALIM

APAKAH ITU GAYA BAHASA?Gaya bahasa merupakan ungkapan kata-kata yang melibatkan pengolahan idea. -Ismail AhmadGaya bahasa ialah penggunaan bahasa seseorang dalam pertuturan atau penulisan dengan penggunaan ragam tertentu dalam bahasa tulisan secara sengaja untuk menimbulkan kesan tertentu atau ciri penggunaan bahasa sekelompok penulis. -Kamus Linguistik

FUNGSI GAYA BAHASA

Digunakan dalam penulisan. Contoh; penulisan kreatif. Menghasilkan keindahan bunyi perkataan atau ungkapan atau frasa dalam karya dan menimbulkan kesegaran dan keberkesanan karya kepada pembaca atau pendengar. - Maniyamin Hj Ibrahim

Digunakan dalam komunikasi(Gaya Bahasa Percakapan)

CIRI-CIRI PENGGUNAAN GAYA BAHASA YANG EFEKTIF

Jelas dalam struktur ayat dan bahasa. Selaras dengan fakta yang diungkapkan melalui kata-kata atau ayat tadi; Jelas dalam pengolahan idea secara logik; Jelas dalam penggunaan kiasan dan perbandingan.

DIKSI

Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea secara lisan dan bertulis. Nilai diksi yang baik terletak pada ketepatan pemilihan perkataan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Setiap perkataan yang dipilih juga hendaklah dapat memberikan gambaran peristiwa yang berlaku dengan jelas dan berkesan.

Pemilihan Perkataan pemilihan perkataan selalunya terbahagi kepada dua iaitu:konkrit: minum, sepak, jahit, dan lompat abstrak: sayang, rindu, benci, geram, marah Dalam penciptaan puisi, pemilihan perkataan yang baik akan menghasilkan bait-bait puisi yang puitis.

Diksi kebiasaannya digunakan dalam puisi, cerpen, esei dan artikel.

Contoh Perkataan Diksi dan Penggunaannya

Sinonim: cantik = menawan Contoh ayat: Anak gadis Pak Rahman sangat cantik dan menawan. Antonim: panjang dan pendek Contoh ayat: Aisyah mempunyai dua ekor kucing bernama Miko dan Melo. Miko mempunyai ekor yang panjang manakala Melo mempunyai ekor yang pendek. Kata Ganda: kitab-kitab, ulama-ulama Contoh ayat: ..sebahagian kecil daripada senarai panjang ulama-ulama yang banyak mewariskan ilmunya berupa kitab-kitab yang ditulis tanpa..

Kata Penegas: juga, jua, lagi, sekalipun Contoh ayat: ..mereka ini sekalipun tidak mendapat pendidikan formal.. Kata Pinjaman: mujahadah Contoh ayat: adanya kesungguhan dan mujahadah dari ulama-ulama itu sendiri. Kata Arkaik (penggunaan perkataan klasik untuk mengindahkan penulisan): maka, alkisah, hatta Contoh ayat: Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu..

Perkataan yang bersesuaian dengan konteks ayat dan maksud yang hendak disampaikan. i. Contoh ayat: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera) Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapan platun itu.ii. Contoh ayat: (Katakan cerita tentang keagamaan) Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit bibit nur menjelma di jiwanya.

METAFORA

Perkataan metafora dikatakan berasal dari perkataan Greek, iaitu meta yang bermaksud atas manakala pherein bermakna diangkat. Oleh itu, metafora merujuk kepada sesetengah karakteristik sesuatu subjek diangkat ke atas atau dipindahkan kepada objek lain. Metafora bermaksud perbandingan sesuatu dengan yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya. Umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang menggambarkan imaginasi puitis.

CONTOH PENGGUNAAN METAFORA DALAM AYAT Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali. Suaranya lantang guruh sambut menyambut. Merah darah mengalir di tubuhku. Sang ratu malam telah muncul di ufuk timur. Jantung hatinya menghilang tanpa berita.

CONTOH PENGGUNAAN METAFORA DALAM PUISI Bumi ini perempuan jalang, Yang menarik laki-laki jantan dan pertapa. Perahu itu menggergaji ombak, Mobilnya batuk-batuk sejak tadi pagi, Pemuda-pemudi adalah bunga bangsa.

SEKIAN, TERIMA KASIH.