Duit-duit Di Mana Kau Duit

• Published on
11-Jul-2016

• View
223

• Download
10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jom

Transcript

DUIT-DUIT DI MANA KAU DUIT

.. DUIT-DUIT DI MANA KAU DUIT ..

Objektif 1. Merapatkan hubungan silaturrahim di antara para peserta

2. Membolehkan para peserta saling mengenali antara satu sama lain sebelum dipecahkan kepada kumpulan yang tetap.

3. Memberi kesedaran kepada peserta agar bersedia menghadapi apa jua perubahan dalam hidup

Sasaran Peserta

Pelajar UPSR dan sekolah menengah

Saiz Kumpulan

Besar

Anggaran Masa

45 minit

Peralatan

Cebisan kertas kecil

Pelaksanaan 1. Setiap peserta diletakkan nilai yang tertentu, misalnya 10sen, 20sen, 50sen, RM1 dan RM2.

2. Fasilitator akan mengarahkan para peserta membuat kumpulan berdasarkan jumlah nilai wang yang ditetapkan; contohnya RM3.50.

3. Setelah peserta-peserta membentuk kumpulan masing-masing, akan ada beberapa orang peserta yang tidak mendapat kumpulan dan tersingkir.

4. Seterusnya peserta-peserta yang telah membentuk kumpulan tadi akan kumpulan lain dengan nilai wang yang lain pula; RM2.50.

5. Langkah 4 berterusan beberapa kali, bermula dengan nilai yang tinggi kepada nilai yang rendah, kemudian kepada nilai yang rendah dan akhir sekali tinggi semula.

Analisis Peserta yang telah mendapat kumpulan pada peringkat yang pertama akan menarik peserta yang tersingkir tadi untuk membolehkannya membentuk kumpulan baru yang menepati nilai wang yang ditetapkan.

Rasional

1. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

2. Setiap orang saling memerlukan antara satu sama lain bagi menampung kekurangan yang ada.

3. Jangan amalkan habis madu sepah dibuat.

4. Perlu bersedia menghadapi apa jua perubahan dalam hidup.

5. Perlu sesuaikan diri dalam apa jua situasi dan keadaan.

6. Dalam berkawan, tidak boleh terlalu memilih untuk menjaga kepentingan sendiri.

Kesimpulan

Sifat pentingkan diri sendiri haruslah dijauhi kerana fitrah setiap insan saling memerlukan antara satu sama lain