EKONOMI KELAPA SAWIT

  • Published on
    25-Jun-2015

  • View
    4.096

  • Download
    12

Embed Size (px)

Transcript

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

1.0

PENGENALAN Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan

sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import. Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru. Untuk mencapai matlamatmatlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. Industri yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dan seterusnya memberi hasilan yang memberansangkan adalah perindustrian Minyak Sawit.

1

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

2.0

SOALAN 1 Berdasarkan artikel yang diberi, analisiskan sekurang-kurangnya LIMA faktor yang

telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia.

Faktor pertama yang dilihat sebagai mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia ialah keseimbangan ekonomi dunia. Sebelum ini hampir kebanyakan negara-negara maju mengalami kemelesetan ekonomi (recession) yang mengakibatkan negara-negara tersebut mengurang atau memberhentikan pembelian minyak sawit. Di akhir tahun 2009, terdapat beberapa negara yang menggunakan minyak sawit ini telah mengalami sedikit pemulihan daripada krisis ekonomi global tersebut, seterusnya telah menyebabkan peningkatan kadar penawaran minyak sawit di pasaran dunia. Menurut laporan BERNAMA pada 03 Jun 2010, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, eksport minyak sawit Malaysia ke China dijangka meningkat tahun ini, didorong oleh permintaan semakin bertambah, selain tanda positif ekonomi negara itu. Beliau berpendapat permintaan untuk minyak sawit akan datangnya dari negara yang mencatat kadar pertumbuhan tinggi seperti China dan India. Semua orang adalah positif terhadap pertumbuhan ekonomi China.

Tahun lalu, Malaysia mengeksport 4.03 juta tan minyak sawit bernilai AS$2.81 bilion (RM9.28 bilion) ke China. Tan Sri Bernard Dompok juga berkata, minyak sawit kini menyumbang 60 peratus daripada jumlah minyak dan lelemak yang diimport China, dan penggunaannya dijangka lebih baik tahun ini. Minyak sawit Malaysia mendapat perakuan dan penerimaan daripada pengguna China sejak pertama kali diperkenalkan tahun 80-an. Sejak itu, penggunaan minyak sawit di China telah meningkat secara mendadak kepada paras semasa sebanyak 6.08 juta tan setahun.

2

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Beliau turut menegaskan, penggunaan minyak sawit mempunyai potensi besar untuk ditingkatkan untuk tujuan makanan dan bukan makanan, dengan mengambil kira daya saingnya dari segi kos berbanding minyak saingannya. Sementara itu, Pengerusi firma perunding perniagaan pertanian antarabangsa, LMC International Ltd, Dr James Fry, berkata harga minyak sawit mentah (CPO) dijangkakan diniagakan antara RM2,500 dan RM2,600 setan dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika harga minyak mentah berada pada pada paras AS$70 setong. Faktor yang kedua pula ialah, peningkatan permintaan makanan sihat (better food diets) dari negara-negara membangun seperti China dan India juga dilihat telah memberi kesan ke atas pemintaan minyak sawit negara. Harga sawit juga telah menunjukan peningkatan sebanyak 15% dari RM1,630 setan pada 31 Disember 2008 kepada sekitar RM2,500 setan sekarang. Mengenai industri minyak dan lelemak, isu asid lemak trans merupakan antara isu penting yang mempengaruhi perdagangan dalam dekad semasa. Asid lemak trans, masalah berkaitan kesihatan dan keperluan untuk menghapuskannya daripada rangkaian makanan manusia merupakan isu utama. Penghapusan asid lemak trans, telah menjadi perkara penting di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kini mahu seiring dengan rantau lain. Minyak sawit menjadi alternatif yang paling berdaya maju. Tindakan kerajaan adalah menjadi faktor ketiga di mana kerajaan telah menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara sebanyak RM7 billion dan juga Pakej Rangsangan oleh Kerajaan Amerika Syarikat dilihat telah membantu meningkatkan permintaan minyak sawit negara. Unjuran MPOB menunjukkan harga MSM dan BTS sehingga 2020 dijangka akan berlaku peningkatan harga untuk tempoh beberapa tahun mendatang. Pengeluaran minyak sawit juga dijangka akan terus meningkat dari tahun 2009 sehingga tahun 2020. Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), telah mewujudkan rangkaian bernilai dalam beberapa wilayah strategik dan pihak MPOC juga dalam kedudukan yang baik untuk membantu industri melalui pejabat serantaunya bagi meningkatkan eksport minyak sawit dan produk minyak sawit

3

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Menurut laporan Bernama pada 17 Januari, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan bahawa harga minyak sawit dijangka terus melambung tahun ini berikutan permintaan yang tinggi dan kepelbagaian kegunaan komoditi itu. Chin juga berkata dengan menghasilkan biodiesel daripada minyak sawit, Malaysia memenuhi permintaan dunia bagi bahan api alternatif. Seterusnya pernyataan ini menyokong fakktor keempat yang telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia. Sementara itu, Ketua Bahagian Teknologi Makanan dan Pemakanan MPOB, Dr Nor Aini Idris, pegawai yang bertanggungjawab bagi pembangunan produk dan khidmat nasihat, berkata, MPOB bekerja rapat dengan peserta industri bagi merangka formula dan produk yang dapat memenuhi keperluan. Jika ada permintaan daripada industri, MPOB akan bekerja dengan mereka untuk membangunkan produk itu bersama-sama. Dengan cara ini, MPOB akan dapat memastikan produk itu berkualiti dan diterima pengguna. (Bernama)

Faktor kelima pula ialah, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Pengerusinya Datuk Lee Yeow Chor dalam ucapannya pada satu seminar mengenai cabaran dan peluang dalam industri tersebut menyatakan, industri minyak sawit Malaysia akan terus menyaksikan peningkatan dalam jumlah eksport ke beberapa pasaran tradisional tahun 2010. Ini disebabkan oleh kesan pertumbuhan yang hebat pengimport penting minyak sawit iaitu China, India bersama-sama dengan destinasi utama yang lain, Pakistan, Bangladesh, Timur Tengah dan Afrika, terus mencatatkan permintaan yang tinggi untuk minyak sawit. Datuk Lee Yeow Chor juga menyatakan bahawa Majlis Minyak Sawit Malaysia telah mewujudkan rangkaian bernilai dalam beberapa wilayah strategik dan MPOC juga berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu industri melalui pejabat serantau kami bagi meningkatkan eksport minyak sawit dan produk minyak sawit. (Bernama: 2 Feb 2010) Beliau menyatakan lagi bahawa, bagi membolehkan industri dapat bersaing dengan berkesan pada 2010 dan seterusnya, semua kaedah perdagangan diperlukan, termasuk mengumpulkan maklumat penting dan bernilai mengenai apa yang dilakukan pesaing.

4

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Tambahan pula, peserta tempatan perlu mengunjur dan memahami isu baru melangkaui hadnya yang boleh menjadi halangan bagi industri dalam jangka pendek, sederhana atau panjang. MPOB dan Majlis Minyak Sawit Malaysia bekerja rapat dalam meningkatkan lagi eksport minyak sawit di rantau ini, termasuk bekerjasama mengadakan Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit Malaysia-UAE. Minyak olein sawit Malaysia digunakan secara meluas dalam industri masakan serta restoran, selain kegunaan domestik. Pengekport Malaysia kini mempelbagaikan produk minyak sawit supaya pengguna mendapat pelbagai jenis produk dan sekaligus meningkatkan lagi eksport minyak sawit.

5

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

3.0

SOALAN 2 Buktikan melalui gambarajah perubahan eksport minyak sawit negara pada bulan

januari lalu.

JADUAL PERUBAHAN EKSPORT MINYAK SAWIT MALAYSIA JANUARI 2010 BERBANDING DISEMBER 2009

PERBEZAAN DISEMBER JANUARI KUANTITI PENGELUARAN MINYAK SAWIT MENTAH P. MALAYSIA SABAH SARAWAK JUMLAH ISIRONG SAWIT MINYAK ISIRONG SAWIT MENTAH DEDAK ISIRONG STOK MINYAK SAWIT MENTAH P. MALAYSIA 558,847 518,018 (40,829) (7.31) 792,444 545,835 181,784 1,520,063 391,814 193,501 213,027 693,322 470,755 157,227 (99,122) (75,080) (24,557) (12.51) (13.76) (13.51) (13.08) (12.42) (10.72) (10.53) (%)

1,321,304 (198,759) 343,160 172,758 190,587 (48,654) (20,743) (22,440)

6

PERKEMBANGAN EKONOM