English Summer Camp Proposal

  • Published on
    02-Sep-2015

  • View
    236

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

English Summer Camp Proposal

Transcript

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERATONG26900 BANDAR TUN RAZAKPAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA:PROGRAM TOWARDS AN A+

ANJURAN: PANITIA BAHASA INGGERIS

19 NOVEMBER 21 NOVEMBER 2013

1.TujuanKertas kerja ini disediakan memohon kelulusan tuan pengetua bagi menjalankan program TOWARDS AN A+ anjuran Panitia Bahasa Inggeris , SMK Keratong.

2.Latar belakangPelajar yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan supaya terus mengekalkan kecemerlangan dan seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan hingga ke peringkat A+/ kelas pertama. Buat pertama kalinya, Panitia Bahasa Inggeris mengambil insiatif dengan menganjurkan program TOWARDS AN A+ ini untuk membimbing dan membantu mereka mengekalkan kecemerlangan sehingga peringkat A+ sewaktu menerima keputusan Bahasa Inggeris SPM nanti.

3.Objektif Program:Diakhir program ini diharapkan:3.1Pelajar dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan akademik sehingga tamat persekolahan3.2Pelajar memperolehi dan mengaplikasikan pengetahuan dan teknik baru dalam mengekal dan meningkatkan kecemerlangan akademik3.3SMK Keratong dapat melahirkan lebih ramai pelajar A+ yang mempunyai nilai-nilai etika dan sahsiah yang tinggi3.4SMK Keratong mampu melahirkan pelajar yang mempunyai soft skill yang tinggi

4.Butiran Program4.1Bilangan peserta3 orang pelajar cemerlang Bahasa Inggeris Tingkatan Empat. Pemilihan pelajar akan didasarkan keputusan Bahasa Inggeris peperiksaan akhir tahun 2013.4.2Tarikh cadangan19 hingga 21 November 20134.3Tempat programKolej Abdul Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia , Johor Bahru

4.4Ahli Jawatankuasa Program Penasihat:En Hamzah bin K.Mohamed Penyelaras:Cik Nor Aisyah binti Mohamed Said Panel Pemilihan: Cik Nor Aisyah binti Mohamed SaidEn. Nurul Amin bin Abdul Manan Guru Pengiring:Cik Nor Aisyah binti Mohamed Said

5.0Justifikasi mengapa pelajar perlu menghadiri program ini: Memberi pendedahan dan peluang untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian Mencetuskan kesedaran bahawa pembelajaran Bahasa Inggeris adalah menyeronokkan Mencetuskan kesedaran bahawa terdapat lebih banyak peluang kerjaya dan kejayaan apabila pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik Memenuhi target SPM 2014

6.Kewangan6.1Sumber kewangan: Panitia Bahasa Inggeris

6.2Anggaran Perbelanjaan:1Pakej penginapan+makan minum+pendaftaran+ modul pesertaRM 250 (3peserta)RM 750

2Pengangkutan pelajar pergi dan balik dari SMK Keratong ke UTM JB(berdasarkan tuntutan elaun perjalanan kenderaan Kelas A)494km (RM 0.70)RM 345.80

JUMLAHRM 1095.80

7.0Tindakan susulanPelajar yang telah mengikuti program akan mengadakan bengkel kepada pelajar target A+ SPM 2013

8.0Implikasi Jika Permohonan ditolakSekiranya pelajar-pelajar cemerlang ini tidak diberi sokongan dan peransang kemungkinan besar mereka akan lalai dan tidak dapat mengekalkan dan meningkatkan pencapaian akademik mereka dan SMK Keratong tidak dapat menambahkan bilangan pelajar yang mendapat A+

9.0PenutupDengan ini adalah dimohon Tuan Pengetua mempertimbang dan meluluskan usul cadangan Program TOWARDS AN A+ anjuran Panitia Bahasa Inggeris dapat dipertimbangkan untuk diluluskan

Disediakan oleh,

NOR AISYAH BINTI MOHAMED SAIDKetua Panitia Bahasa InggerisSMK Keratong26900 Bandar Tun Razak

Permohonan diatasDiluluskan/tidak diluluskan

.PengetuaSMK Keratong26900 Bandar Tun Razak