Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kegemilangan Melaka

• Published on
14-Nov-2015

• View
70

• Download
20

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kegemilngan

Transcript

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGEMILANGAN MELAKA

Sejauh manakah faktor perdagangan memberi sumbangan kepada kegemilangan Melaka:Faktor yang memberi kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan adalah melalui peranan syahbandar. Peranan Syahbandar telah melicinkan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Sistem pentadbiran yang telah diasaskan oleh Parameswara yang cekap, baik, adil melalui Majlis tertinggi yang diketuai olehnya. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. Antara tugas-tugas syahbandar ialah menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan gudang, menguruskan pasar, menjaga kebajikan pedagang, menjaga keselamatan pedagang serta menjadi hakim di pelabuhan. Tugas-tugas syahbandar dikelaskan kepada empat bahagian. Antaranya ialah syahbandar yang pertama, menguruskan pedagang dari Gujerat, Syahbandar kedua menjaga pedagang dari China, Champa, Dan Ryukyu. Syahbandar yang ketiga pula menguruskan pedagang dari Kalinga, Pegu, Benggala dan yang terakhir menguruskan pedagang daripada Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Berneo, Pasar dan Filipina. Hal ini menunjukkan sistem pentadbiran melalui tugas syahbandar melicinkan perjalanan perdagangan di Melaka yang menjadikan pedagang selesa untuk berdagang dan dijamin keselamatan mereka di Melaka. Oleh sebab itu, perdagangan di Melaka terkenal kerana sistem pentadbirannya yang sistematik memberi banyak kemudahan kepada pedagang dan hal itu yang menyumbangkan kepada kegemilangan Melaka pada masa itu.

Cukai Perdagangan: Cukai perdagangan merupakan salah satu faktor ekonomi yang menyumbang kepada kegemilangan Melaka. Ianya merupakan salah satu sumber ekonomi Melaka yang menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal sekaligus kegemilangannya dapat dipertahankan. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi (duti import) atau panduan dan cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar. Contoh hadiah yang dimaksudkan seperti membuat persembahan. Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapatkan surat kebenaran berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga yang bertujuan untuk memastikan urusan perdagangan berjalan lancar dan menjadi salah satu sumber pendapatan kerajaan. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%, pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan sebagai hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar dan pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.

Faktor penggunaan sistem mata wang:Penggunaan sistem mata wang merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegemilangan negeri Melaka. Penggunaan sistem mata wang membuatkan Melaka menjadi salah satu tarikan para pedagang asing kerana urusan niaga pada ketika itu dijalankan melalui sistem barter atau sistem tukar barang. Penggunaan sistem mata wang ini telah meluaskan lagi aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh para pedagang. Contoh mata wang yang digunakan ialah wang logam, emas, perak dan timah. Mata wang logam diperbuat daripada Timah yang dipanggil calains. Manakala penggunaan mata wang emas, dan timah dan perak dibawa dari Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat. Mata wang ini digunakan ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing. Apabila sistem mata wang digunakan secara meluas, maka, secara tidak langsung wujudlah pelabuhan-pelabuhan entrepot yang berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melayu. Ekoran itu, ramai pedagang asing dari China, Arab dan India datang berdagang di Melaka.

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca. Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca juga menyumbang kepada kegemilangan Melaka. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama dan pendidikan.

Pusat kegiatan ilmu.Pusat kegiatan ilmu turut dipertingkatkan, peranan istana sebagai pusat kegiatan Intelektual dan jurutulis pengarang dan ulama di Istana. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya. Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulama di istana. Tugas jurutulis ialah mengarang surat rasmi untuk raja, menggubal perjanjian dan menjadi guru kepada anak-anak raja. Tugas pengarang ialah menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu, menterjemah karya-karya asing- Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu, mencatat diari istana dan menyusun salasilah raja-raja. Tugas ulama ialah menulis kitab agama Islam dan menterjemah Kitab agama.Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara karya sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran pula ialah Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafat dan Hikayat Nabi Yusof. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telah dihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut Melaka telah digubal. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula.Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golongan alim ulama mengenai agama. Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek ketuhanan. Kitab ini akan dibincangkan dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Tulisan jawi juga telah digunakan. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca.

MELAKA SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN ISLAM.CARA KEDATANGAN ISLAMKedatangan agama Islam dapat dilihat menerusi beberapa buah tempat bermula pada Abad ke-9, dimana Kedah telah menerima agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah. Islam kemudiannya muncul pada Abad ke-13 iaitu pada masa ini Islam telah bertapak pula di Terengganu. Bukti yang dapat dinyatakan di sini adalah dengan penemuan batu bersurat di Kuala Berang. Menjelang Abad ke-15, akhirnya agama Islam bertapak di Melaka. Agama Islam ini muncul ataupun wujud di Melaka apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam secara rasminya.Kedatangan Agama Islam ke Melaka dikatakan berlaku sebaik sahaja berlakunya perkahwinan antara Megat Iskandar Shah dengan puteri raja Pasai yang telah memeluk agama Islam. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Islam muncul di Melaka berdasarkan perkahwinan tersebut. Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, agama Islam disebarkan ke Melaka melalui mubaligh Arab iaitu Syeikh Abdul Aziz yang berasal dari Mekah. Beliau telah mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Para pedagang Islam dari Arab dan India berniaga dan berdakwah di Melaka. Dalam erti kata lain, pedagang Islam ini bukan sahaja berniaga malah mereka turut berdakwah menyebarkan ajaran agama Islam di Melaka. Terdapat segelintir daripada mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan. Agama Islam mempunyai sifatnya yang tersendiri. Sifat yang dimaksudkan ialah toleransi, adil dan rasional serta merangkumi semua aspek kehidupan yang telah menarik minat golongan istana dan juga rakyat untuk menganuti agama Islam.

FAKTOR-FAKTOR MELAKA MENJADI PUSAT PENYEBARAN DAN PENGAJARAN AGAMA ISLAM.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam. Faktor yang utama berpunca daripada pertemuan ulama dari Arab dan Pasai. Ulama pada ketika itu berperanan sebagai guru yang mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat. Kedatangan para ulama ke Melaka telah melahirkan pendakwah di Melaka. Pendakwah tempatan keluar dari Melaka untuk menyebarkan Islam ke tempat lain. Para pendakwah yang berdakwah ke tempat lain disediakan tempat tinggal untuk mereka.Faktor lain yang boleh dinyatakan ialah disebabkan faktor penerimaan sultan itu sendiri. Pada zaman kegemilangan Melaka, sultan telah menerima secara baik akan agama Islam. Hal ini berturutan dengan penerimaan oleh golongan pembesar dan turut diikuti oleh rakyat jelata. Kita boleh lihat betapa agama Islam itu diterima baik di Melaka dan sultan menunjukkan minat mendalam terhadap agama Islam apabila peristiwa Sultan Mansor Shah telah menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai bagi urusan bertanyakan berkaitan hal-hal keagamaan. Kita juga boleh lihat agama Islam itu mula berkembang pesat di Melaka apabila Sultan Muzaffar Shah membina atau mewujudkan masjid, madrasah dan surau.Tambahan lagi, tempat pusat pengajian ilmu tasawuf juga turut diwujudkan. Ahli tasawuf yang terkenal pada ketika itu iaitu Abdul Karim al-Jili telah mengarang sebuah kitab yang berjudul Insan al-Kamil. Pada zaman penerimaan agama Islam di Melaka ini, Istana Melaka telah dijadikan sebagai tempat menterjemah, tempat simpanan kitab agama dan juga sebagai perpustakaan. Contoh yang boleh dikaitkan dengan kitab terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanapiah. Sultan Melaka telah menerapkan musyawarah dalam urusan pentadbiran.

CARA MELAKA SEBARKAN AGAMA ISLAMAspek penyebaran agama Islam merupakan elemen penting dalam usaha untuk memperluaskan lagi ajaran agama Islam. Jika kita lihat pada zaman kegemilangan Melaka, terdapat banyak pedagang asing yang datang berlabuh ke Melaka dan kebanyakan daripada mereka ini telah mula memeluk agama Islam. Penyebaran agama Islam berlaku apabila pedagang-pedagang ini berangkat pulang ke tempat asal dan mereka mula menyebarkan ajaran agama Islam.Tentera upahan yang berasal dari Jawa telah memeluk agama Islam dan mereka ini mula menyebarkan Islam di tempat asal mereka. Melaka turut menjalankan usaha penyebaran agama Islam melalui penyebaran agama Islam ke wilayah jajahan takluknya. Dalam konteks ini, raja negeri jajahan telah memeluk agama Islam. Hal ini dapat menjamin keselamatan dan juga menunjukkan rasa cinta dan taat setia kepada sultan Melaka. Kaedah lain yang digunakan oleh Melaka untuk menyebarkan ajaran agama Islam ialah dengan cara menghantar mubaligh, ulama dan ahli sufi ke Jawa, Kalimantan dan Selatan Filipina untuk menyebarkan agama Islam. Mereka yang dihantar ini mula berdakwah dengan berhemah sekali.Tambahan lagi, perkahwinan politik turut dijalankan dalam usaha untuk menyebarkan ajaran agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan berlangsungnya perkahwinan antara puteri Sultan Mansor Shah dengan putera Raja Siak. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan ajaran agama Islam tersebar ke Siak dan akhirnya objektif utama untuk menyebarkan agama Islam tercapai disamping dapat mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri Melaka pada ketika itu. Bukti lain yang dapat diberikan bagi menunjukkan penyebaran agama Islam yang dilakukan oleh kerajaan Melaka ialah apabila Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ahli agama mengajar ilmu keagamaan kepada raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri.

KESAN KEDATANGAN AGAMA ISLAMKemunculan agama Islam di Melaka telah membawa kesan yang positif kepada Melaka disamping membawa kegemilangan kepada kerajaan Melaka. Institusi sistem beraja yang selama ini diamalkan telah digantikan atau ditukarkan dengan institusi kesultanan. Konsep Devaraja turut dimansuhkan dan Raja pada ketika itu bergelar Sultan. Raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan ialah Sultan Muhammad Shah.Kedatangan Islam di Melaka turut melahirkan ulama. Tugas mereka ini adalah sebagai penasihat sultan dalam hal pemerintahan agar pemerintahan yang dijalankan oleh sultan merupakan pemerintahan yang adil dan saksama. Melihat pula pada konteks peraturan, Undang-undang fikah mempengaruhi Hukum Kanun Melaka dan juga Undang-Undang Laut. Kemunculan Islam juga telah menjadikan masjid dan madrasah sebagai pusat pengajian agama Islam. Pengajian Al-Quran menjadi asas kepada sistem pendidikan. Tambahan lagi, penggunaan bahasa Melayu turut menjadi bahasa utama ataupun sebagai bahasa lingua franca. Hal ini akan memudahkan masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih mudah dan berkesan. Tulisan jawi turut diperkenalkan dan Agama Islam mempengaruhi budaya masyarakat di negeri Melaka. Dalam erti kata lain, Islam mewujudkan sesebuah budaya yang baik dan sihat.Kemunculan Islam juga turut memberi pengaruh kepada bidang seni. Hal ini dapat dibuktikan apabila penggunaan tulisan khat dan ukiran corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran dan hadis telah digunakan dalam ukiran dan penulisan. Tambahan lagi, amalan masyarakat turut berubah dan dipengaruhi oleh unsur Islamic seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran, kenduri arwah, kenduri aqiqah dan sebagainya.

Hubungan diplomatik dengan negara serantau.

Hubungan diplomatik dengan negara serantau juga merupakan faktor yang menyebabkan Melaka terkenal sekali gus dapat mempertahankan kegemilangannya. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negara-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras, Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah .serta Kampar dan Siak-membekalkan emasHubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-t...