Faktor Kegemilangan Dan Kejatuhan

  • Published on
    30-May-2018

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

  • 8/14/2019 Faktor Kegemilangan Dan Kejatuhan

    1/3

    FAKTOR KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN

    1. Kegemilangan kerajaan abbasiyah

    Sistem pentadbiran :

    i. Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematikdan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah

    ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa

    iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran

    negara

    Ekonomi :

    i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan

    perdagangan.

    ii. Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap

    memberi hasil kepada negara dan rakyat

    iii. Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital,

    sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dll

    Pertahanan

    i. Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang

    bukan arab menyertai pasukan ketenteraan

    ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada

    perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam

    2. Faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah

    Kestabilan politik

    - Dengan memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakandan perbalahan puak

    Dasar politik kerajaan abbasiyah

    - Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa

    dan keturunan

    - Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar

    Kedudukan baghdad yang strategik

    - Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat

    - Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur

    dan barat

    Perpaduan antara kaum- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan

    arab

    - Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara

    - Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak

    mengkhianati kerajaan islam dengan cara bebas mengamalkan ajaran

    agama masing-masing

    Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

    - Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat

    menurut islam

    - Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari

    cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islamdalam konsep muamalat

  • 8/14/2019 Faktor Kegemilangan Dan Kejatuhan

    2/3

    3. Faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah

    Kelemahan pemerintah

    - Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang

    pembaharuan.

    - Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk

    mentadbir negara

    - Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan

    cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa

    campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi

    - Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi

    begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

    Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah

    - Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi

    - Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir

    - Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah

    Perebutan kuasa

    - Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan

    kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah

    Kegawatan ekonomi

    - Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman

    kegemilangan abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi

    kerajaan abbasiyah

    - Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan danayang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan

    yang dikeluarkan

    Perselisihan aliran fahaman keagamaan

    - Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu

    pentadbiran kerajaan abbasiyah

    - Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang

    oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja

    - Keadaan ini mengganggu keamanan negara

    Serangan dari luar

    - Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dariutara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan

    monggol )

    - Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh

    dengan kejam semasa serangan ini.

    - Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari

    jajahan abbasiyah

    - Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan

    serangan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang

    terkorban.

  • 8/14/2019 Faktor Kegemilangan Dan Kejatuhan

    3/3

    4. Iktibar sejarah kegemilangan kerajaan abbasiyah

    Banyak kemajuan sains dan teknologi eropah di ambil

    dari zaman kegemilangan abbasiyah melalui tenterasalib

    Ciri-ciri kubu pertahanan dan ketenteraan eropah

    banyak diambil oleh orang eropah

    5. Iktibar sejarah kemerosotan kerajaan abbasiyah

    Pentingnya nilai perpaduan

    Peranan khalifah semasa mentadbir negara perlu

    ditingkatkan dan bukan berharap kepada orang

    bawahan semata-mata.