FORUM MATEMATIK - MATEMATIK Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H formatik@utm.my

• Published on
12-Mar-2018

• View
220

• Download
4

Embed Size (px)

Transcript

FORUM MATEMATIK Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H formatik@utm.my FM15.04

Shazirawati (Ketua Editor) Anati Norazlina Tok Itam Zarina Mohamed Mohd Fauzi Md Arif

BERITA

Cahayamata. Dr. Shazirawati Mohd Puzi telah selamat melahirkan bayi

lelaki pada 25 April 2015 di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Alhamdulil-

lah dan tahniah diucapkan.

Staf Menghadiri Kursus.

1. Kursus Advanced in e-learning, 21 April 2015, bertempat di Makmal

Komputer CTL, UTM Johor Bahru. Staf terlibat: Dr. Norazlina Ismail dan

Dr. Zarina Mohd Khalid.

2. Kursus Interactive Online and Media Sharing, 30 April 2015, bertempat di

Makmal Komputer CTL, UTM Johor Bahru. Staf terlibat: Dr. Fuaada Mohd

Siam, Dr. Norazlina Ismail dan Dr. Syarifah Zyurina Nordin.

Majlis Konvokesyen ke-54 UTM, 2526 April 2015. Seramai 36 orang

graduan Jabatan Sains Matematik telah menerima ijazah masing-masing

pada majlis konvokesyen ini. Mereka terdiri daripada 7 graduan Ijazah Sar-

jana Muda (Matematik Industri), 15 graduan Ijazah Sarjana (Matematik), 3

graduan Ijazah Sarjana (Matematik Kejuruteraan) dan 11 graduan Ijazah

Doktor Falsafah (Matematik). Tahniah diucapkan.

Mathematics Postgraduate Promotional Talk telah diadakan pada 30

April 2015 di Dewan Kuliah 2, Fakulti Sains.

Hari Keluarga Jabatan Sains Matematik. Seramai 15 orang staf Jabatan

Sains Matematik telah menyertai Hari Keluarga Jabatan Sains Matematik

pada 24 Mei 2015 bertempat di Twin Beach Resort, Pulau Sibu Besar.

Bengkel Penulisan Book Chapter 2015 diadakan di Makmal Komputer 3

pada hari Selasa, 19 Mei 2015, 2.155 petang.

Perkara

Tarikh

Pelajar mengisi borang progress report secara

online

121 Mei 2015

Pelajar menghantar Spiral Binding (Projek

Sarjana Muda)

8 Jun 2015

Pembentangan Disertasi dan Penilaian

Tahap 1

89 Jun 2015

Pembentangan Projek Sarjana Muda 2223 Jun 2015

TARIKH-TARIKH PENTING

PENGHANTARAN ABSTRAK PROJEK SARJANA MUDA SESI 2014/15 SEM 2

Pelajar-pelajar PSM 2 adalah dikehendaki untuk menghantar 1 salinan Abstrak (tidak melebihi 250

perkataan) dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada staf di Makmal Staf (Makmal Mate-

matik 1), C22-314-02 mulai 31 Mei 2015 (Ahad) sehingga selewat-lewatnya pada 2 Jun 2015

(Selasa).

Nota:

Salinan hard copy perlu disahkan oleh Penyelia.

Salinan soft copy perlu dimasukkan ke dalam komputer yang disediakan di bilik Makmal Staf

tersebut.

PENGUMUMAN

1. K.K.Viswanathan, A.A. Zainal, Saira Javed, Y. Yacoob and Papuji

Pullepu, Free vibration of symmetric angle-ply truncated conical

shells under different boundary conditions using spline method,

Journal of Mechanical Science and Technology, Vol. 29(5),

pp.2073-2080, 2015. (IF 0.703).

2. Bhuvaneswari, Poo Balan Ganesan, S. Sivasankaran and K.K.

Viswanathan, Effect of variable fluid properties on Natural Con-

vection of Nanofluids in a Cavity with linearly varying wall tem-

perature, Mathematical Problems in Engineering, 2015, Vol. 2015,

pp. 1-13, (IF 1.082).4th International Workshop on Computer

Science and Engineering-Winter, 2014, Vol.1, pp.1-6. (Scopus).

PENERBITAN

Mengajar mungkin adalah seni terhebat

kerana medianya adalah jiwa dan akal

manusia.

~ John Steinback ~

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Guru!!!

mailto:formatik@utm.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelajar : Thank you very much Doc for entertaining my questions

TI : You are very welcomed

Itulah ucapan terima kasih seorang pelajar PhD dari luar negara yang menemui Tok Itam untuk mendapat penerangan

mengenai matematik statistik dalam satu artikel ilmiah yang dibacanya. Beliau menambah

Pelajar : You know Doc,before I see you, I was kind of scared to meet you

TI : Really? Why is that?

Pelajar : You are mathematician

Terkejut juga Tok Itam mendengar jawapan pelajar matang ini tetapi Tok Itam tak tertanya pulak kenapa beliau gerun dengan ahli matematik. Sudahlah

matematik digeruni, ahli matematik pun digeruni. Kalau rata-ratanya guru dan pensyarah matematik itu garang dan bengis, fahamlah Tok Itam kenapa

ahli matematik digeruni. Dan kalaulah guru dan pensyarah matematik itu memakai pakaian seragam seperti askar, fahamlah Tok Itam kenapa ahli mate-

matik digeruni.

Seingat Tok Itam, dalam soal selidik yang Tok Itam pernah lakukan terhadap pelajar jurusan Matematik tentang kenapa mereka memilih untuk major

Matematik; ramai yang menjawab kerana faktor guru. Ramai yang mengatakan guru matematik mereka lawak dan pandai mengambil hati pelajar.

Kalau seseorang itu lawak dan pandai mengambil hati takkanlah beliau digeruni. Dalam JSM ini pun Tok Itam perhatikan ramai pensyarahnya memang

lawak dan melucukan dalam perbicaraannya. Inilah beberapa contoh:

Semasa menjaga peperiksaan di dewan peperiksaan ramai pelajar enggan duduk di meja-meja hadapan dewan. Lalu pensyarah matematik bertugas ber-

kata kepada pelajar:

Duduklah di depan. Soalan di depan senang. Soalan di belakang susah

Ini pula adalah cadangan pensyarah lama JSM apabila diberitakan beberapa kejadian kereta MyVi dirosakkan atau dibakar selepas kejadian nahas maut

perlumbaan MyVi di KL:

Tukar jenama MyVi jadi UrVi

Ini pula adalah jawapan yang diberikan oleh AJK sarapan pagi mingguan JSM apabila Tok Itam bertanya bila penaja sarapan perlu menjelaskan

bayaran:

Selepas kejadian

Lawak kan pensyarah matematik?

FM15.04 Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H

TOK

ITAM

Pada 23 - 24 April yang lepas, JK Pembangunan Pelajar Jabatan Sains Matematik mengajurkan program Educational Trip yang membawa

pelajar-pelajar tahun 3 ke universiti dan industri. Objektif Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana penyelidikan

dan alam pekerjaan di industri kepada pelajar-pelajar. Ini kerana pelajar-pelajar tahun 3 ini akan menjalani latihan industri (LI) bagi pelajar 3 SSCM

dan latihan penyelidikan (LP) bagi pelajar 3 SSCE. Program ini juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang masih belum mendapat tempat

untuk LI atau LP untuk memohon tempat berkenaan. Program ini juga merupakan salah satu Key Amal Indicator (KAI) JSM serta memberi ruang dan

peluang bagi JSM menjalinkan hubungan industri dan seterusnya LOI dengan industri. InsyaAllah.

Seramai 32 orang pelajar 3 SSCE dan 32 orang pelajar 3 SSCM

mengikuti trip ini. Pengiring bagi program ini adalah Tn Hj Hamisan Rahmat,

Dr Syarifah Zyurina Nordin serta dibantu oleh pelajar PhD JSM, Cik Norati-

kah Abu. Lawatan ini bermula pada 23 April 2015 jam 3.45 petang di tempat

letak kereta FAB. 2 buah bas UTM telah digunakan untuk membawa pelajar-

pelajar ini. Destinasi pertama kami ialah Kolej Pendeta Zaba, Universiti Ke-

bangsaan Malaysia iaitu tempat penginapan kami pada hari tersebut. Kami tiba

lebih kurang jam 8.30 malam. Setelah mengambil kunci daripada felo yang

bertugas serta menikmati hidangan makan malam, kami naik ke kolej pengina-

pan untuk berehat.

Pada keesokan harinya seawal jam 7 pagi kami memulakan per-

jalanan kami ke Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra

Malaysia. Sasaran khusus kami ke UPM adalah untuk memberi pendedahan

kepada pelajar tahun 3 SSCE yang akan menjalankan latihan penyelidikan pada bulan 6 akan datang ini.

sambungan di mukasurat berikutnya

EDUCATIONAL TRIP TAHUN 3 SSCE DAN 3 SSCM KE UPM DAN IDXA Dr. Syarifah Zyurina Nordin

Forum Matematik diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM JB

sambungan

Dengan berbekalkan nasi lemak daripada UKM, kami bersarapan dahulu

setibanya di UPM. Lebih kurang jam 8.45 pagi kami disambut baik oleh pihak

INSPEM untuk ke Dewan Al-Farabi. Kami disajikan dengan sesi pengenalan

tentang sejarah INSPEM oleh Pengarah INSPEM sendiri, Prof Dato Dr Kamel

Ariffin Mohd Atan. Kemudian diikuti oleh sesi ucapan ringkas daripada JSM

UTM yang diwakili oleh Tn Hj Hamisan Rahmat. Seterusnya sesi taklimat

mengenai pengajian siswazah dan latihan industri/penyelidikan di INSPEM oleh

Timbalan Pengarah INSPEM, Prof Madya Dr Hishamuddin Zainuddin. Sebelum

memulakan sesi seterusnya daripada setiap Ketua Laboratori di INSPEM, kami

dijamu minum pagi serta sesi fotografi beramai-ramai di hadapan bangunan

INSPEM sebagai kenang-kenangan. Kemudian program bersambung dengan

ceramah ilmu Kriptografi, Statistik, Analisis Berangka serta Etnomatematik

masing-masing oleh ketua bidang PM Dr Muhammad Rezal Kamel Ariffin, PM

Dr Mohd Bakri Adam, Prof Dr Zanariah Abdul Majid dan PM Dr Mat Rofa

Ismail. Sebelum program bersama UPM berakhir, majlis penutup diadakan iaitu

penyampaian cenderahati oleh pihak INPSPEM kepada JSM dan pihak JSM

kepada pihak INSPEM. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Bagi meneruskan program kami ini, lebih kurang

12.45 tengahari kami bertolak ke Technology Park, Bukit Jalil.

Kami berehat dan solat di sana sambil menunggu jam 3 ptg.

Tepat jam 3 petang kami di sambut oleh CEO syarikat PULSAR

UAV dan Independence-X Aerospace (IDXA), Mr Izmir Yamin,

seorang jurutera aeroangkasa. Kami dibawa ke auditorium untuk

diberi taklimat. Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra

kecil yang sedang membangun dan berjiwa besar. Syarikat ini

dipilih adalah supaya memberi pendedahan kepada pelajar tahun

3 SSCM yang akan menjalani latihan industri untuk mengaitkan

ilmu matematik mereka dalam bidang kejuruteraan. Slot di

auditurium ini adalah bersama En. Izmir, En. Leu (software

engineers) dan 2 orang pelajar intership daripada UNITEN.

Sepanjang slot bersama mereka, kami dapat lihat kesungguhan

mereka dalam menyampaikan betapa Matematik sangat rapat

dengan industri dan mereka yang berada dalam industri sangat

mengalu-alukan ahli matematik untuk membantu mereka dalam

menyelesaikan masalah. Antara kata-kata yang masih kami ingat ialah Engineering right now is out of mathematician, Engineering waits for the

tool to come. The tool is mathematics and Engineers need mathematicians to bring them forward from where they are now. Setelah sesi di

auditorium, kami dijamu ringkas minum petang sebelum ke makmal IDXA. Makmal mereka adalah tempat mereka melakukan pengiraan serta

membangunkan drone mereka sendiri. Sesi ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi fotografi beramai. Kami ada juga menyuarakan hasrat

untuk berkolaborasi dan mengadakan LOI dengan pihak IDXA. En. Izmir sangat mengalu-alukan dan tiada masalah dengan perkara ini.Tepat jam 6.30

petang, bas bergerak pulang dari Bukit Jalil ke UTM. Kami tiba lebih kurang jam 11.00 malam.

Jangan suka-suka sangat kat sana nanti, Jangan pandai-pandai main jauh dari pantai, Abah risau adik nak naik bot, Mak tengok cuaca

sejak dua menjak ni hujan, laut bergelora. Inilah cabaran yang aku hadapi sebagai anak bongsu yang masih bujang. Aku amat teruja mengikuti hari

keluarga jabatan, untuk pertama kalinya ini. Ironinya, aku bukan lagi ahli keluarga Jabatan Sains Matematik selepas meletak jawatan sebagai tutor

tahun lepas.

Hari pertama: Perjalanan ke Jeti Tanjung Leman yang memakan masa 2 jam itu, diserikan dengan penyertaan Orang Besar Jabatan bersama

kami dalam Vios hitam milik Kakak Kekwat. Cuaca terik, langit yang bersih dan

kesesakan jeti menyambut ketibaan kami. Di jeti, susuk tubuh yang paling sibuk sekali

mestilah Tuan Pengarah Program. Berpeluh-peluh dia dengan topi cowboynya

menguruskan perjalanan kami menuju ke Pulau Sibu. Ke hulu ke hilir dengan kertas

yang aku yakin penuh dengan nama-nama peserta. Ummu, kau naik trip bot yang

kedua okay?, tidak sampai 5 minit kemudian, Ummu, kau boleh naik trip bot yang

pertama. Begitulah huru-haranya Tuan Pengarah menguruskan kami supaya semuanya

berjalan lancar.

Award Keluarga Terbesar dimenangi oleh Keluarga Bos Besar Fakulti. Baju

biru tua kami yang terdiri daripada 15 keluarga mewarnai kelompok manusia di jeti.

Goodie bag yang warnanya menarik perhatianku untuk melihat kandungannya,

diagihkan. Lantas kucapai beg yang tertera nama Kakak Kekwat. Maggi cup, minuman

3in1, keropok, kek pandan, Mentos, biskut Oreo dan Tiger, sememangnya mengundang

senyuman.

Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H FM15.04

Forum Matematik diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM JB

CORETAN HARI KELUARGA JSM 2015 uth86

Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H FM15.04

Di saat menjejakkan kaki di Jeti Pulau Sibu, Akak, kita mesti cuba semuanya, snorkeling, banana boat, island hopping, entah semangat apa

yang merasuk tubuh ini, hilang segala pesanan emak dan abah daripada ingatan. Chalet yang disediakan cukup menggembirakan aku. Wah, bestnya

ada aircond, komen pertama Kakak Kekwat. Sebagai pengembara tegar (kebiasaannya dengan ongkos yang terhad), aku cukup berpuas hati dengan

kondisi chalet ini. Terasa janggal sekali bilamana aku terputus terus dengan dunia Whatsapp, Facebook, Viber dan Gmail. Ohh, macam ni rupanya

chalet, penyataan selamba anak-anak Puan Penyelaras Pasca Siswazah. Masak daripada hati, itu pendapatku untuk makanan yang disediakan di

resort ini. Masakan yang boleh kuterima dengan penuh berselera sekali. Selesai makan tengahari, tiba-tiba, Ibu, bila kita nak mandi sungai?, Hadif

bertanya. Aku mengusik, Kenapa nak mandi sungai? Laut kan ada, tetapi disambut bela oleh Ibu Hadif, Semua yang berair dia panggil sungai,

Ummu.

Aku kira semuanya tertidur keletihan sehingga dikejutkan oleh kilat berdentum-dentam awal petang itu. Takut yang terbit kusembunyikan,

tiba-tiba TAP!!! lampu di chalet yang kukongsi berdua dengan Kakak Kekwat terpadam. Berbekalkan ilmu elektrik yang sedikit, kami memeriksa suis

utama tetapi tiada apa yang mampu kami lakukan. Tidak dapat ku bayangkan suasana malam tanpa elektrik. Ketika menikmati bubur kacang sebagai

santapan petang, berita ketiadaan elektrik tersebar, semua chalet mengalami nasib yang sama. Fuh, lega... Maka, marilah bergelap bersama. Aktiviti

sukaneka dimulakan walaupun hujan yang masih renyai. Riuh rendah, masing-masing bersemangat memastikan anak-anak tidak pulang hampa dengan

tangan kosong. Kakak sebenarnya umur berapa? pertanyaan ikhlas anak-anak dara Bendahari Program tidak melemahkan semangatku untuk

bergembira bersama. Ku pulang ke chalet keletihan tetapi disambut mesra oleh kedinginan aircond yang sudah berfungsi semula wuuuhuuu!!!

Malam itu kami berBBQ bersama-sama. Pembetulan, kami makan BBQ bersama,

tetapi upacara membakar ayam, kambing, udang, cencaru, sosej diusahakan oleh pekerja

resort. Ketika aku mengambil kepak ayam kedua ke pinggan, Setiap jenis ambil satu je

kak, ucap pelayan. Sungguh ke?, aku terpinga-pinga. Ketika meratah ikan bakar dengan

sambal kicap, pelayan yang sama menghampiri meja, Sekarang, kalau nak tambah dah

boleh, nak tapau bawak balik pun boleh. Eh, dia perli ak...