Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal

  • Published on
    06-Sep-2015

  • View
    254

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kitar semula

Transcript

  • DERAF

    GARIS PANDUAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN DI TAPAK BINA

    PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

    MAC 2013

  • Cetakan Pertama 2013

    Hakcipta

    Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan AwamKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Hakcipta Terpelihara

    Mana mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara

    elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

    Diterbitkan di MalaysiaOleh

    Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan AwamKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Tel : 03-2245 9292 Fax : 03-22459394

  • Pemberitahuan

    Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama sama undang undang seperti Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), peraturan peraturan, dasar Persekutuan dan Negeri, rancangan pemajuan serta mana mana garis panduan yang melibatkan keperluan pelbagai agensi

    teknikal berkaitan.

    Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

  • ISI KANDUNGAN

    1.0 TUJUAN 1

    2.0 LATAR BELAKANG 12.1 Prinsip Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan 2

    2.2 Amalan Terbaik Di Dalam Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan 2

    2.2.1 Pencegahan dan Pengurangan Sisa (Avoidance and Minimization of Waste) 3 2.2.2 Guna Semula Sisa (Reuse of Waste) 4 2.2.3 Kitar Semula Sisa & Pemerolehan Semula Sisa (Recycle of Waste and Waste Recovery)

    6

    2.2.4 Pelupusan Sisa (Disposal of Waste) 72.3 Jenis Jenis Sisa Pepejal Yang Terhasil Daripada Aktiviti Pembinaan 8

    3.0 DEFINISI 10

    4.0 SKOP 12

    5.0 PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL PEMBINAAN (PPSB)

    13

    5.1 Tujuan Penyediaan PPSB 135.2 Jenis Dan Kriteria Penyediaan PPSB 135.3 Kaedah Menganggar Kuantiti Janaan Sisa Pepejal Pembinaan 14 5.3.1 Formula Anggaran Janaan Sisa Pepejal Pembinaan 14 5.3.2 Kuantiti Janaan Sisa Pepejal Pembinaan Bagi Pembinaan Bangunan

    Kediaman Dan Bangunan Komersial Dan Institusi

    15

    5.3.3 Kuantiti Janaan Sisa Pepejal Pembinaan Bagi Projek Kejuruteraan Awam Atau

    Pembinaan Infrastruktur

    15

    5.3.4 Faktor Pengubah 165.4 Mekanisma Pemantauan Terhadap Pelaksanaan PPSB 17

    6.0 PENYEDIAAN TEMPAT PENGASINGAN DAN PENGUMPULAN, TEMPAT PEMUNGUTAN DAN TONG UNTUK SISA PEPEJAL PEMBINAAN DI TAPAK BINA

    18

    6.1 Menyediakan Tempat Pengasingan Dan Pengumpulan 186.2 Menyediakan Tempat Pemungutan 19

    i

  • 6.3 Menyediakan Tong Untuk Pemungutan Sisa Pepejal 22 6.3.1 Tong untuk Sisa Pepejal Pembinaan 22 6.3.2 Tong untuk Sisa Baki (Sisa makanan dari kantin dan rumah pekerja) 22 6.3.3 Keperluan Tong Kitar Semula di Pejabat Tapak 236.4 Melantik Kontraktor Pemungutan Sisa Pepejal Berlesen (KPSB) 24

    7.0 PENUTUP 24

    ii

  • SENARAI JADUAL

    Jadual 1 : Contoh Sisa pepejal pembinaan yang boleh dijana mengikut kategori pembangunan

    dan fasa fasa pembinaan.

    8

    Jadual 2 : Komposisi sisa pepejal pembinaan 9

    Jadual 3 : Peratus anggaran janaan Sisa Pepejal Pembinaan mengikut jenis sisa dan kategori

    bangunan

    15

    Jadual 4 : Jadual faktor pengubah (Conversion Factor) Mengikut Jenis Sisa Pepejal Pembinaan 16

    Jadual 5 : Bilangan dan kapasiti tong MGB untuk sisa pepejal baki yang diperlukan mengikut

    bilangan pekerja yang tinggal di tapak bina dan tidak tinggal di tapak bina

    23

    SENARAI RAJAH

    Rajah 1 : Hirarki pengurusan sisa pepejal 2

    Rajah 2 : Contoh tempat pengasingan dan pengumpulan sisa yang lengkap dengan label

    mengikut jenis sisa

    19

    Rajah 3 : Contoh lokasi dan ciri -ciri keselamatan tong di tempat pemungutan di laluan orang

    ramai

    20

    Rajah 4 : Contoh lokasi dan ciri -ciri keselamatan tempat pemungutan di dalam kawasan tapak

    bina

    21

    Rajah 5 : Contoh pelan susunatur tapak yang terancang dari aspek pengurusan sisa pepejal

    pembinaan

    21

    iii

  • SENARAI FOTO

    Foto 1 : Masalah pembuangan sisa pepejal pembinaan secara haram 2

    Foto 2 : (a) Contoh penyimpanan bahan pembinaan yang kemas dan sistematik

    (b) Contoh penyimpanan bahan pembinaan yang tidak teratur

    3

    Foto 3 : a) & b) Contoh pengasingan sisa pepejal pembinaan di tapak bina 4

    Foto 4 : a) Contoh kayu formwork untuk acuan kerja kerja konkrit diguna semula seoptimum

    mungkin sebelum dilupuskan

    (b) sisa konkrit diguna semula sebagai bahan tambakan untuk pembinaan jalan.

    5

    Foto 5 : a) Contoh kaedah deconstruction - Kekuda bumbung di tanggalkan

    (b) Kayu- kayu ditanggal dan disusun di tapak sebelum digunakan semula.

    6

    Foto 6 : Contoh sisa logam dan sisa konkrit dikitar semula kepada produk yang lebih bernilai

    tinggi.

    7

    Foto 7 : Contoh Sisa Baki Pembinaan 7

    Foto 8 : Projek pengubahsuaian, pembinaan baru, perobohan dan pembinaan infrastruktur 12

    Foto 9 : a) Tong RORO diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan termasuk di laluan siar kaki.

    b) Lokasi perletakan Tong RORO yang betul

    19

    Foto 10 : (a) Contoh Tong Roll-On Roll-Off (RORO)

    (b) Contoh tong jenis Mobile Garbage Bin (MGB)

    22

    Foto 11 : Contoh tong kitar semula 23

    iv

  • SENARAI LAMPIRAN

    Lampiran 1 : Senarai sisa pepejal pembinaan yang boleh diguna dan dikitar semula

    Lampiran 2 : (A) Contoh Format dokumen Perancangan Pengurusan Sisa Pepejal (A)

    (B) Contoh Format dokumen Perancangan Pengurusan Sisa Pepejal (B)

    Lampiran 3 : (A) Contoh dokumen Perancangan Pengurusan Sisa Pepejal (A) yang lengkap diisi

    (B) Contoh dokumen Perancangan Pengurusan Sisa Pepejal (B) yang lengkap diisi

    Lampiran 4 : Contoh pengiraan kuantiti janaan sisa pepejal pembinaan

    v

  • 1.0 TUJUAN

    Garis panduan ini disediakan bagi membantu pemaju dalam membuat perancangan pengurusan sisa

    pepejal pembinaan yang memfokuskan kepada keperluan penyediaan dokumen perancangan

    pengurusan sisa pepejal pembinaan (PPSB), pemilihan lokasi dan kaedah penyediaan tempat

    pengasingan dan pengumpulan sisa pepejal, penyediaan tempat pemungutan sisa pepejal dan

    penyediaan tong. Garis panduan ini juga dilengkapi dengan panduan kiraan anggaran penjanaan sisa

    pepejal pembinaan dan juga contoh - contoh lukisan bagi memberikan panduan yang lebih jelas dan

    lengkap.

    Selain itu juga, garis panduan ini akan digunakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

    Pembersihan Awam (PPSPPA) untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa

    Tempatan (PBT) dan agensi agensi teknikal yang lain dalam mempertimbangkan keperluan

    pengurusan sisa pepejal pembinaan bagi sesuatu pembangunan yang dicadangkan untuk

    mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal pembinaan yang menyeluruh, mesra alam dan tidak

    mencemarkan alam sekitar

    2.0 LATAR BELAKANG

    Sektor pembinaan merupakan salah satu industri yang paling aktif di Malaysia. Secara purata,

    bilangan projek pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia adalah berjumlah purata hampir 6000

    projek setahun dan ia menyumbang kira-kira 4.9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

    negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah memperuntukkan dana berjumlah hampir

    RM230 billion bagi perbelanjaan pembangunan yang meliputi pelbagai projek pembangunan

    infrastruktur fizikal yang meliputi kerja-kerja seperti pengubahsuaian dan penyelenggaraan aset

    kerajaan, kemudahan awam dan sebagainya. Namun, dari satu sudut yang lain pula, pembangunan

    pesat tersebut boleh memberikan impak yang serius kepada alam sekitar jika sisa yang dihasilkan

    untuk aktiviti-aktiviti tersebut tidak diuruskan dengan baik dan peningkatan penjanaan sisa yang

    semakin meningkat dari tahun ke tahun tidak dikawal. Sebagai contoh. di bandaraya Kuala Lumpur

    sahaja, sebanyak hampir 400 lokasi longgokkan sampah haram telah dikenalpasti dari tahun 2008

    hingga 2010 dan 80% daripadanya dikesan berpunca daripada pembuangan sisa pepejal pembinaan.

    Masalah tersebut kini menjadi suatu isu nasional yang menyumbang kepada pelbagai masalah alam

    sekitar serta menjadi antara punca masalah penularan penyakit epidemik termasuk denggi.

    1

    1

  • Foto 1: Masalah pembuangan sisa pepejal pembinaan secara haram

    2.1 Prinsip Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan

    Secara amnya, pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan hendaklah selaras dan merujuk kepada Dasar

    Pengurusan Sisa Pepejal Negara (DPSPN). DPSPN diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan

    suatu sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang

    dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan

    awam. Selain itu, terdapat beberapa dasar sedia ada yang berkait rapat dengan pemeliharaan dan

    pemuliharaan alam sekitar ke arah pembangunan yang lestari termasuk Pelan Strategik Pengurusan

    Sisa Pepejal Kebangsaan 2005 dan Pelan Induk Industri Pembinaan (CIMP) oleh CIDB.

    2.2 Amalan Terbaik di Dalam Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan

    Dalam pengurusan sisa pepejal pembinaan,

    perancangan yang teliti dan pengawalan sumber yang

    cekap merupakan faktor untuk mencapai pengurusan

    sisa

Recommended

View more >