hijrah ke habsyah

  • View
    210

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

HIJRAH KE HABSYAHNUR AIN FATIHAH BINTI JUSOF

PENGHIJRAHAN KE HABSYAH

HIJRAH KE HABSYAH

FAKTOR PENGHIJRAHAN DAN SAHABAT YANG TERLIBAT

PENGAJARAN

PENGHIJRAHAN KE HABSYAH

Setelah Rasulullah meihat penyiksaan puak Quraisy terhadapnya dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka baginda sendiri mengemukakan pendangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) Rasulullah itu lalu mereka pun berhijrah beramai-ramai untuk melindungi diri di sana

Apabila puak Quraisy melihat kejadian ini mereka mengirimkan perutusan ke hadapan Najasyi maharaja Habsyah (Abdullah bin Abi Rabiah dan Amru bin A1Ash) Perutusan ini membawa cenderamata yang banyak kepada maharaja dengan harapan yang Najasyi akan menghalau semua orang Islam, dari Habsyah menyerah kembali orang Islam kepada seteru Islam iaitu puak Quraisy. Tetapi Najasyi enggan menyerah sesiapapun melainkan sesudah bersoal jawab tentang agama baru yang mereka anuti itu.

Jafar bin Abi Talib pun bangun dan berucap dan menceritakan keistimewaan Islam dan peribadi Rasulullah Setelah Najasyi mendengarnya beliau menangis sehingga airmata mengalir membasahi pipi dan janggutnya dan kemudian beliau berkata: Sesungguhnya apa yang kau baca tadi dengan apa yang dibawa oleh Isa alaihissalam adalah dan sumber yang sama Al-Najasyi menyerah kesemua kembali hadiah yang dipersembahkan kepadanya dan bertambah mesra dengan orang-orang Islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka. Utusan Quraisy itu pulang diburu kegagalan.

Sungguhpun yang demikian mereka terpaksa masuk ke Makkah secara sulit dan bersembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh pihak Quraisy sebahagian yang lain pula memasuki kota Makkah dengan meminta perlindungan dan beberapa pembesar Quraisy ( Uthman bin Mazun di bawah perlindungan Al-Walid bin Al-Mughirah dan Abu Salamah) di bawah jagaan dan perlindungan Abu Talib. jumlah yang pulang ke Makkah masa itu tiga puluh tiga orang.

FAKTOR PENGHIJRAHAN

Penyiksaan puak Quraisy terhadap Rasulullah dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka maka baginda sendiri untuk berhijrah ke Habsyah. Rajanya (al-Najasyi) pada masa itu tidak kejam. Mereka dianjurkan tinggal di sana buat sementara waktu.

SAHABAT YANG TERLIBAT Uthman bin Affan isterinya Ruqaiyah puteri RasuluLlah Abu Huzaifah dan isterinya Al Zubair bin Al-Awwam Musab bin Umair Abdul Rahman bin Auf. Jafar bin Abi Talib Saudah binti Zamah Ummu Salamah Ummu Habibah binti Abi Sufian Jumlah keseluruhan orang Islam (80) lapan puluh orang

PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA HIJRAH

1. Berpegang teguh dengan agama serta menegakkan rukunnya merupakan asas segalakekuatan dan perisai yang wajib untuk mempertahankan hak seseorang Sekiranya agama dapat mengambil tempatnya dalam tiap hati sanubari manusia, suruhannya dapat dipraktikkan 2. Menunjukkan titik percantuman dan intergrasi di antara dua agama iaitu, agama yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu alaihi Wasallam dan agama yang dibawa oleh Isa alaihissalam. Najasyi yang menjadi maharaja Habsyah negeri tempat orang-orang Islam berhijrah dan tumpang berlindung adalah pemeluk agama Nasrani

3. Bila keadaan memaksa maka diharuskan kepada Islam tumpang bernaung dan berlindung diri samada penaung itu ahli kitab seperti Najasyi maharaja Habsyah. Perlindungan boleh didapati dan orang-orang kafir sepertimana yang dilakukan oleh setengah-setengah orang Islam ketika mereka pulang dan Habsyah dan Taif jika keadaan memaksa. Perkara ini dibolehkan asalkan ia tidak menjejaskan dawah Islamiyyah atau tergadai dan hukum-hukum Islam

4.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tidak bersikap buntu atau mengalah. Jika kita menghadapi sesuatu halangan dalam beragama atau berdakwah, jangan bersikap buntu atau mengalah. Sebaliknya hendaklah aktif memikir jalan keluar yang membolehkan kita tetap berpegang kepada agama yang dicintai ini dan terus melaksanakan dakwah.

5. Baginda peka kepada suasana antarabangsa dan tahu kepada negara manakah, kepada pemimpin manakah, baginda hendak menghantar umat Islam bagi mendapatkan perlindungan. Pengetahuan tentang ini adalah penting supaya seandainya ada umat Islam yang ditindas, kita dapat menghulurkan bantuan dan mendoakan mereka. Suasana umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya memerlukan perhatian kita.

6. Tetap Berdakwah Sekali Pun Dalam Suasana Terhimpit. baginda ingin mengembangkan dakwah Islam kepada Habsyah dan kepada Najasyinya. Kejayaan dakwah Islam di benua Afrika akan membolehkan Islam memiliki pusat yang baru selain Semenanjung Arab. 7. Solat Jenazah Ghaib Najasyi Ashama bin Bahr meninggal dunia pada tahun sembilan hijrah. Sekali pun Rasulullah dan para sahabatnya berada di Madinah pada saat itu, mereka melaksanakan solat jenazah kepada Najasyi Ashama bin Bahr yang mayatnya berada di Habsyah. Solat jenazah dilakukan seperti biasa, hanya tidak ada jenazah yang diletakkan di hadapan imam. Ini dikenali sebagai solat jenazah ghaib.

8. Tidak Perlu Merebut Mayat Jika Suasana Tidak Mengizinkan. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengetahui jika direbut mayat Najasyi Ashama dari Habsyah, ia akan menimbulkan mudarat yang besar berbanding manfaat. Majoriti rakyat Habsyah ketika itu beragama Kristian dan baginda masih mengharapkan usaha dakwah Islam berjaya di sana. Harapan ini akan musnah jika masyarakat Habsyah memiliki pandangan buruk terhadap Islam yang telah merebut mayat Najasyi mereka.

9... Hukum Pemimpin Yang Tidak Mampu Melaksanakan Syari`at Islam beliau memeluk Islam sebelum tahun lima hijrah sebagaimana peristiwa keislaman beliau tidak melaksanakan syari`at Islam kerana penentangan daripada rakyatnya, adalah hebat Hakikat ini tidak menyebabkan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menghukum beliau sebagai kafir. Bahkan apabila beliau meninggal dunia, Rasulullah tetap melaksanakan solat jenazah secara ghaib

RUJUKA N http://www.al-azim.com/masjid/rejab/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrah http://www.faizalr.com/2005/10/habsyah- negara pertama-hijrah-sebelum.html http://fauzanibrahim.multiply.com/journal/item/28