ibnu sinar

• Published on
04-Nov-2015

• View
9

• Download
0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ibnu sinar

Transcript

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn SinaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Cendekiawan IslamZaman Kegemilangan Islam

Nama:Ab 'Al al-usayn ibn 'Abd Allh ibn Sn

Gelaran:Ibnu Sina, Avicenna, Bapa Perubatan Islam

Lahir:sekitar980M atau 370 H , Afshana berdekatanBukhara(ibukotaSamanid Empire), nama sekarangUzbekistan

Wafat:1037M atau 428 H

Mazhab:Ismaili

Etnik:Tajik

Rantau:Parsi

Bidang:Perubatan,Astronomi,Etika,Logik,Matematik,Metafizik,Falsafah,Fizik,Sains,teologi

Karya:Alqanun fi altibb,Kitab al-Shifa,Al Najat

Pengaruh:Omar Khayym,Ibnu Rushd,Thomas Aquinas,Albertus Magnus

Diilhami:Aristotle,Al-Farabi

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arab: Ibn Sn), atau dikenali sebagaiIbnu Sinaatau "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.Isi kandungan[sorokkan] 1Sejarah dan latar belakang 2Sumbangan 3Penulisan lain 3.1Teori perubatan 3.2Falsafah 4Pautan luarSejarah dan latar belakang[sunting|sunting sumber]Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan980M. Pengajian peringkat awalnya bermula diBukharadalam bidangbahasadansastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri,logik,matematik,sains,fiqah, danperubatan.Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaranal-Syeikh al-Rais(Mahaguru Pertama).Sumbangan[sunting|sunting sumber]Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negaraIslam. BukunyaAl Qanun fi al-Tibb("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalambahasa Inggerisdengan judulPrecepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universitiItalidanPerancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judulal-Adwiyat al-Qalbiyyah("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa),syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudulKitab al-Syifa(Bahasa Arab: ) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakangAristotledanal-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.Penulisan lain[sunting|sunting sumber]

Ibnu SinaPerkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahlifalsafahyang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudulal-Najahyang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatanYunanikhususnyaHippocrates.Teori perubatan[sunting|sunting sumber]Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakanhumoriaitudarah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitutanah,air,apidanangin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.Falsafah[sunting|sunting sumber]Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, makaImam al-Ghazalitelah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam babHimah Ilahiyyahdalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudulTahafat al'Falasifah("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan disyurgaatauneraka.Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaituAbu Al-Nasr Al-Farabi(al-Farabi). LihatSenarai Saintis Islam

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-RaziDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Cendekiawan IslamZaman Kegemilangan Islam

Nama:Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi

Gelaran:al-Razi

Lahir:865

Wafat:925

Etnik:Parsi

Rantau:Parsi

Bidang:Kimia,Perubatan,Biologi,Sains

TokohAbu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi( ) atau dikenali sebagaiRhazesdi dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafahIranyang hidup antara tahun 865 AD - 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.Menurutal-Birunial-Razi dilahirkan diRayy,Iranpada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H).Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpaiasid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpaiethanoldan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

al-Razi merawat pesakit, dalam "Recueil des traits de medecine" olehGerard dari CremonaRazi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik (power of reason); dia dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prajudis he was widely regarded by his contemporaries and biographers as liberal and free from any kind of prejudice, amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Dia percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya diBaghdaddi mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam Perubatan dia menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan tegas bagi berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin.InstituteRazihari ini diTehran,Irandinamakan sempena namanya, dan 'Hari Razi' ('Hari Farmasi') disambut di Iran setiap27 Ogos.Isi kandungan[sorokkan] 1Riwayat hidup 2Guru Al-Razi dan Penentangnya 3Sumbangannya kepada perubatan 3.1Cacar lawan campak 4Buku kimia karangannya 4.1Buku pada alkimia 5Rujukan dan bacaan lanjut 6Bibliografi 6.1Sumber Silam 6.2Kajian Moden 7Edisi karya falsafah 8Pautan luarRiwayat hidup[sunting|sunting sumber]Dalambahasa Parsi,Razimembawa erti "daribandar Ray(juga dieja RAY, REY, atau RAI, Parsi silam RAGHA, Latin RHAGAE) dahulunya salah satu bandar besar di Dunia)", bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiranTehran,Iran. Di bandar ini (sepertiIbnu Sina) dia membuat kebanyakan pencapaian hasil kerjanya.Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas (Baihaqi), pengurup wang (Cf.Ibn abi Usaibi'ah) tetapi lebih besar kemungkinannya sebagai pemain seruling yang menukar minatnya dalam muzik kepada alkhemi (cf. ibn Juljul, Sa'id,ibn Khallikan, Usaibi'ah, al-Safadi). Pada usia tiga puluh (menurut Safadi empat puluh) dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana ujikajinya menyebabkan penyakit mata (Cf. al-Biruni), memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. Al-Birflni, Baihaqi dan yang lain, menyatakan bahawa ini adalah sebab mengapa dia memulakan kajian perubatannya. Dia amat kuat belajar setiap hari dan malam. Gurunya adalah 'Ali ibn Rabban al-Tabari (Cf.al-Qifti, Usaibi'ah), seorang pakar perubatan dan ahli falsafah yang lahir di Merv sekitar 192/808 (meninggal. sekitar. 240/855).Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang falsafah dengan ibn Rabban al-Tabari. Selepas itu minatnya dalam falsafah kerohanian boleh dikesan dari gurunya ini, yang merupakan anak kepada seorang Rabbai yang mahir dalam kitab keagamaan (Scriptures). Menurut Prof.Hamed Abdel-reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo (Cf. the Alchemy Website): " (...) Al-Razi mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya keBaghdad, apabila dia berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl (Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang terkenal. Dia menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan dia dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia turut mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak termasuk alkhemi),ilmu hisab dan astronomi (...)."Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan. Dia menjadi Pengarah (Direktor) hospital Rayy (Cf.ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua. Razi menujukan kitab perubatannyaal-Tibb al-'Mansurikepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad , yang disahkan dalam manuskrip tulis tangan dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn abi Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma'il yang meninggal pada 365/975. al-Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muktafi (sekitar.289/901-295/907) di mana dia sekali lagi menjawat jawatan Ketua Pengarah (Chief Director) hospital.Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi dikatakan kembali ke Rayy di mana dia mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana diterangkan olehIbn al-NadimdalamFihrist, al-Razi ketika itu adalahSheikh(gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a big head similar to a sack", dikelilingi oleh beberapa surrounded by several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai dengan soalan saintifik, soalan ini disampaikan kepada pelajar 'bulatan pertama'. Sekiranya mereka tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan kepada 'bulatan kedua'... dan seterusnya, sehingga pada akhirnya, apabila kesemua yang lain telah gagal memberikan jawapan, ia akhirnya sampai kepada al-Razi sendiri. Kita tahu bahawa salah seorang daripada pelajarnya menjadi pakar perubatan. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya sehingga menyebabkan dia menjadi buta pada kedua belah matanya. Sesetengah mengatakan bahawa punca dia buta disebabkan dia makan terlalu banyak kacang (broad beans) (baqilah). Penyakit matanya bermula dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyebut dia enggan dirawat bagi katarak, mendakwa bahawa dia...