isu alam sekitar

  • View
    2.661

  • Download
    12

Embed Size (px)

Transcript

Pencemaran alam telah menjadi satu isu global yang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsabangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yang ketara kepada manusia terutama di Malaysia. Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya. Pencemaran alam memang telah menjadi satu ancaman utama dalam pembangunan manusia sejagat. Tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengakui berlakunya perubahan cuaca dunia akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia telah membuktikan masalah ini semakin kronik. Pencemaran alam memang disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri sehingga menyebabkan banyak impak negatif yang timbul. Agaknya manusia tidak serik melihat kemusnahan yang mereka lakukan selama ini? Bencana alam semakin menjadi-jadi terutama di Kuala Lumpur. Kawasan tanah runtuh di Ampang dan Puchong suatu ketika dahulu begitu menakutkan masyarakat di sini. Banjir kilat yang pasti berlaku sebaik sahaja hujan turun menyebabkan masyarakat berjaga-jaga setiap kali musim hujan menjelang. Keadaan ini menyebabkan kehidupan masyarakat dalam risiko dan menimbulkan rasa takut dalam perasaan mereka. Sekali hujan, sekali banjir, sekali Kuala Lumpur berubah. Tambahan pula, kejadian tanah runtuh dan

banjir serta jerebu membawa keadaan kesihatan masyarakat yang kurang baik.Kejadian demam, batuk dan wabak penyakit yang merebak menyebabkan kos rawatan perubatan masyarakat kita terus meningkat. Keadaan ini sudah pasti membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa memikirkan keseinambungan hidup selain mendapatkan rawatan penyakit mereka. Jadi,pencemaran alam memang memberi impak yang ketara dalam kehidupan kita. Lantaran itu, masyarakat kita terutama generasi muda yang dilahirkan ialah generasi yang sudah terdedah dengan pencemaran alam. Generasi muda kita ialah generasi yang sudah sakit. Jadi, tidaklah kita terkejut apabila kita sering mendapat khabar tentang golongan belia yang tidak mampu untuk mengharungi cabaran alam yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Generasi muda mudah berasa penat dan tidak mampu menyelesaikan masalah fizikal yang mereka tempuhi. Mungkin juga generasi muda kita kekurangan kemahiran mendengar atau mempunyai penyakit lelah sejak kecil. Imej negara sudah pasti akan terjejas terutama pada mata masyarakat antarabangsa. Pada mereka sikap masyarakat negara ini yang tidak peka yang menyebabkan alam kita tercemar begitu teruk. Kita dipandang sebagai masyarakat materialistik kerana terlalu ghairah memusnahkan alam semata-mata untuk mengaut keuntungan kebendaan. Kehadiran

pelancong turut berkurangan bukan sahaja imej negara tetapi kurangnya kawasan untuk dilawati akibat pencemaran alam ini. Mungkin langkah yang terpenting dalam menangani isu ini ialah kerajaan menguatkuasakan akta yang lebih tegas dan berat hukumannya. Kerajaan hendaklah berani mengambil tindakan bersama-sama menghukum pesalah pencemaran alam ini tanpa rasa segan silu. Kerajaan perlulah mempamerkan sikap yang telus dalam memastikan alam kita terus terbela. Kerajaan merupakan benteng pertama negara dalam menentang pencemaran alam. Kesimpulannya, semua pihak harus menjadikan alam sebagai fokus perjuangan mereka. Alam bukanlah hak kita tetapi alam warisan yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang. Jadi, alam bukan satu anugerah tetapi satu tanggung jawab yang memerlukan pengorbanan masyarakat untuk memastikan alam terus menerus diwarisi oleh manusia sejagat. Mungkin kali ini kita akan berjaya menangani kemelut yang semakin mencengkam ini.

Kesan pencemaran industri kepada alam sekitar Pengenalan

Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita........ Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang. Apa dia pencemaran? Apa2 perubahan langsung atau tidak lansung kepada sifat2 fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana2 bhgn alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan2 hingga menjejaskan apa2 kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan2 liar, hidupan akuatik atau tumbuhan2. Masalah pencemaran air, tanah dan udara sentiasa menghantui manusia tetapi ada antaranya yang hanya memejam sebelah mata. Antara punca penyebab pencemaran adalah daripada kegiatan perindustrian. Pencemaran yang dilakukan oleh aktiviti industri dapat dibahagikan kepada 3 jenis:a) b) c) Pencemaran kepada udara Pencemaran kepada air Pencemaran kepada tanih

Pencemaran Air

Seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor power plant.

Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di power plant ini akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti N,P dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua2nya ini akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri. air merupakan kebutuhan mutlak yang dibutuhkan oleh semua makhluk hidup faktor yang mempengaruhi kualiti air o o o o o oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen) Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) zat padat terlarut pH suhu

pencemaran fisika o o ditentukan oleh perubahan warna, suhu, kekeruhan disebabkan oleh senyawa basa,, sampah dan daun-daun yang merupakan polutan terapung maupun polutan tersuspensi seperti tanah, kotoran manusia dan hewan

pencemaran kimiawi o o disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak disebabkan oleh senyawa organoklor pada insektisida, fungisida dan herbisida o disebabkan oleh buangan industri yang mengandung garam beracun dan tumpahan minyak di laut

pencemaran fisiologis

o o

bau dan rasa tidak enak disebabkan senyawa amina, fluol dan merkaptan

pencemaran biologi o disebabkan oleh bakteri patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin

Pencemaran Udara Merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarahan yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera. Bila memfokus kepada kigiatan indusrti secara jelas kita dapat perhatikan pelepasan asap2 kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong-cerobong asap kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi antaranya PM10, CO, Nitrogen Oksida dan sebagainya yang mana ia merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan2 pencemar yang dilepaskan ke udara ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang kepada hujan asid, pemanasan bumi dan juga jerebu. penyebab pencemaran udara adalah adanya zat kimia di udara yang melampaui ambang batas sumber pencemaran udara antara lain: o o o o o kendaraan bermotor kegiatan industri sampah padat penggunaan berbagai bahan kimia kebakaran hutan, letusan gunung berapi

karbon monoksida dihasilkan oleh pembakaran yang tidak sempurna, konsentrasi CO lebih dari 32 ppm (parts per million, bagian per juta) dapat mengganggu pernapasan

karbon dioksida dihasilkan oleh pembakaran BBM, hasil fermentasi letusan vulkanik, pernapasan makhluk hidup

oksida nitrogen (NO dan NO2)

berasal dari pembakaran kendaraan bermotor dan industri pembangkit listrik bersifat beracun dan katalis pembangkit kabut oksida belerang o berasal dari pembakaran biji oksida, batu bara yang mengandung belerang o gas SO2 bersifat racun menyebabkan mata pedih dan radang pada alat pernapasan o dengan uap air akan membentuk asam sulfat yang mengakibatkan hujan asam Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang . Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan oleh kegiatan manusia .