January - April 2015

  • Published on
    15-Dec-2016

  • View
    218

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

  • 1

    Banjir besar yang melanda Terengganu tahun 2014 baru baru ini, merupakan ujian yang sangat besar kepada seluruh rakyat Terengganu. Pelbagai bentuk bantuan dari wang ringgit, bahan makanan dan tenaga dikerah bagi membantu

    masyarakat setempat. Ini termasuklah, Misi Pasca Banjir yang melibatkan staf UiTM

    Services Sdn. Bhd (UTSSB) yang tersalah lokasi bantuan, sehingga terjumpa sebuah

    sekolah kampung di Mukim Pasir Raja, dengan jarak 96 km dari bandar Dungun.

    Keadaan sekolah berkenaan agak teruk disebabkan banjir lumpur dengan kerosakan

    hampir semua peralatan sekolah. Keesokan harinya, 6 Jan 2015, sekali lagi UTSSB

    mengumpulkan tenaga keringat untuk bersama-sama menjayakan misi bantuan

    ini, dengan kerjasama dari pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

    (KePAH).

    Faculty of Hotel and Tourism Management

    January - April 2015

    PROGRAM KEPAH & HaRUMOleh: Noraida Abd Karim

    Kehadiran ramai sukarelawan pada hari tersebut sedikit sebanyak melegakan pihak sekolah, memandangkan sesi persekolahan hanya berbaki seminggu sahaja lagi. Turut hadir sama adalah pelbagai NGO dan agensi luar yang bergabung tenaga membersih, mengangkat barang dan mengeringkan peralatan sekolah yang masih boleh digunapakai. Kami meninggalkan kawasan sekolah hampir jam 5 petang dengan perasaan

    hiba dan sedih bercampur baur. Syukur, anak-anak kita masih bersekolah di sekolah yang selesa, bagaimanakah adik adik Kampung Shukur bakal

    menempuh sesi persekolahan nanti?.

    Kisah Manik Urai dilanda banjir teruk di dada surat khabar, televisiyen, dan segenap talian maya memanggil saya untuk membuat sesuatu untuk komuniti di sana. Kenderaan bertali arus biar pun terpaksa meredah selut yang agak tebal.

    Mereka tenggelam dalam kelu sambil merakam kesan bah besar yang tidak pernah

    disaksi sebelum ini. Orang tua yang meniti usia lebih 80 tahun di Kampung Chatang

    memberitahu tidak pernah melihat lagi bah besar seperti yang berlaku baru-baru

    ini. Bah merah yang dikatakan paling besar dalam sejarah pun tidak sebesar bah

    yang berlaku kali ini. Dahulu bah merah air lambat surut, sekarang banjir surut

    lebih cepat, kata Zakaria Ibrahim, 57.

    Ini adalah beberapa ayat yang sungguh menyayat hati untuk kita yang tidak merasa keadaan sebenar bah di Manik Urai. Rumahnya ranap dilanggar bah, manakala di malam dan awal pagi terpaksa berdepan dengan suhu sejuk anggaran

    dari 19 22c. Atas keprihatinan saudara kita di sana, kami mengumpulkan selimut

    dan baju sejuk terpakai dalam masa tiga hari untuk dibawa bekalan buat saudara

    di Manik Urai. Kerjasama ini melibatkan sumbangan orang ramai dan kerjasama bersama Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara

    Malaysia (HaRUM). Semoga usaha kecil ini dapat membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, musibah yang melanda pantai timur tahun lepas telah membuka ruang dan peluang saudara sesama Islam kembali berukhwah.

    MISI PASCA BANJIR: PROJEK KG SHUKOR - JAN 6, 2015

    MISI PASCA BANJIR 2: PROJEK SELIMUT UNTUK

    MANIK URAI - JAN 20, 2015

  • Pada 24 Februari 2015, jam 8.30 malam bertempat di restoran Bayu Grill, telah diadakan majlis makan malam sempena penyerahan duit hasil kutipan sumbangan yang akan disalurkan ke Tabung Bencana Banjir FPHP. Hasil sumbangan ini telah berjaya dikumpulkan melalui program Forum Zero to Hero anjuran pelajar-pelajar semester 3 Diploma Pengurusan Pelancongan (HM1113B) yang telah diadakan di Dewan Aspirasi UiTM Terengganu pada 15 Februari 2015 yang lalu. Selain hasil kutipan sumbangan daripada program ini, Kelab D Hoteliers UiTM Terengganu juga turut menyalurkan hasil kutipan sumbangan mereka untuk tabung berkenaan. Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh barisan ahli jawatankuasa program Forum Zero to Hero iaitu seramai 15 orang berserta Puan Norazlina Rahmat selaku Penasihat Program. Selain itu, majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Encik Harnizam Zahari dan Koordinator (Ijazah) Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan iaitu En Mushaireen Musa serta dua orang wakil daripada Kelab D Hoteliers iaitu saudara Ahmad Nazri dan Irfan.

    Saudara Muhammad Ridzwan bin Ramli selaku ketua projek Forum Zero to Hero telah menyerahkan hasil kutipan sumbangan yang berjumlah RM4383.80, manakala wakil daripada kelab D Hoteliers, saudara Ahmad Nazri telah menyerahkan hasil kutipan sumbangan sebanyak RM1558.00. Kedua-dua sumbangan ini akan disalurkan kepada Tabung Bencana Banjir FPHP bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Dengan adanya bantuan bencana seperti ini diharapkan ianya dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat dalam musibah banjir.

    MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYERAHAN

    SUMBANGAN KEPADA TABUNG BENCANA BANJIR,

    FPHP UiTM TERENGGANUOleh: Maizatul Asyikin Amat Jupri & Norazlina Rahmat

    2

    HotNewz Bulletin Editorial

    CHIEF EDITOR

    Wan Nazriah Wan Nawawi

    EDITORS

    Azlina Samsudin

    Haslina Che Ngah

    Malissasahila Abdul Manap

    LAyOUT & GRAPHIC

    Azahar Adzmy

    PATRONS

    ybhg. Assoc. Prof. Dr. Abdol Samad Nawi

    Assoc. Prof. Dr. Azemi Che Hamid

    ADvISOR

    Harnizam Zahari

    All articles should be sent to: hotnews@tganu.uitm.edu.my

    REvIEWER

    Rahman Abdullah

    Sekolah Rendah Kampung Nyiur yang terletak di Tebing Tembah, Paka merupakan sebuah sekolah pendidikan khas yang menempatkan

    pelajar-pelajar istimewa tahap 1 & 2. Beberapa

    siri amal telah kami jalankan yang melibatkan

    sekolah ini dengan menyumbang duit poket dan

    barangan sekolah seperti bag sekolah, stokin,

    buku akaun bank, alat tulis dan peralatan diri

    bagi kegunaan pelajar-pelajar ini. Projek amal

    ini melibatkan kelab Pensyarah Hotel (KePAH)

    dan wakil NGO luar dikenali sebagai Pertubuhan

    Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara

    Malaysia (HaRUM). KePAH terlibat dalam

    pencarian penyumbang, manakala HaRUM

    hadir menyantuni adik adik istimewa yang

    terlibat dengan membawakan kumpulan musik

    LASKAR pada hari tersebut. Alhamdulilah, ramai

    individu dan pihak-pihak tertentu yang datang

    menyumbang dan membantu projek ini.

    Terima kasih kepada semua penyumbang, moga usaha kecil ini dan sumbangan yang diberi mendapat syafaat dan diberkati Allah

    hendaknya.

    MISI PASCA BANJIR 2: PROJEK

    BACK-2-SCHOOL SEKOLAH KG NyIUR

    JAN 18, 2015

  • PROGRAM : NUTRITION DAYOleh : Fatimah Abd Ghani

    3

    Pada hari Khamis bersamaan 5hb Mac 2015, bertempat di Dewan Cemara UiTM Terengganu, telah berlangsung program Nutrition Talk. Ia merupakan agenda wajib setiap semester bagi memenuhi keperluan kod kursus HTF275 (Nutrition and Health). Program ini telah dianjurkan oleh para pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan penglibatan daripada semua kumpulan pelajar yang mengambil kursus ini.

    Antara objektif program ini adalah:

    Menambah ilmu pengetahuan tentang nutrisi pemakanan 1. dan kesihatan manusia.

    Memperolehi pendedahan dan maklumat yang lebih 2. mendalam tentang pemakanan dan diet yang seimbang daripada pakar dietetik dan sains pemakanan.

    Mengenal pasti cara-cara pemakanan seharian yang betul.3.

    Memperoleh pengetahuan tentang isu-isu kesihatan yang 4. berkaitan dengan terapeutik diet.

    Menimba ilmu dan pengetahuan dalam menguruskan 5. program di peringkat fakulti dan Universiti.

    Acara bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang terlibat. Ceramah yang pertama bertajuk Therapeutic Diet telah disampaikan oleh En. Teo Hao Zi, Pegawai

    Dietitik daripada Hospital Dungun. Ceramah yang seterusnya pula disampaikan oleh Puan Salihah Brahim, Pegawai Sains Pemakanan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Dungun bertajuk Basic Requirements in Healthy Eating for students. Penceramah jemputan juga telah menjadi panel kepada forum yang mendebatkan topik hangat di kalangan pelajar iaitu Consuming Collagen: How effective is it? Pada masa yang sama pameran kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Dungun juga turut diadakan di Dataran Sura untuk tontonan awam.

    Melalui Nutrition Day yang telah diadakan, para pelajar dapat memahami dengan lebih lanjut dan terperinci tentang pemakanan dan kesihatan manusia dengan berinteraksi terus bersama pakar jemputan.

    On Sunday 8th February 2015, students from Diploma in Tourism Management (HM1114B) had organized one event called Table and Dining Etiquette as part of our assessment which contributes about 10% for the Business Etiquette and Communication Skills subject. Madam Haslina Che Ngah has been invited to be our Guest Speaker for the event. During the event, she has taught us various ways on proper dining etiquette which are very crucial to the hospitality industry. The event starts at 8.30pm and end about two hours later. Most of the students are very happy with the valuable information and tips that they received from the speaker and hopefully they can implement it for their daily life interaction.

    Table and Dining Etiquette By: Intan Syahiirah Dol Ramli & Norazlina Rahmat

  • 4

    MESyUARAT SEMI TAHUNAN KELAB DHOTELIERS

    Pada 10 Dis 2014, kelab DHoteliers sekali lagi telah mengadakan Mesyuarat Semi Tahunan Kelab DHoteliers bersama semua pelajar fakulti. Aktiviti yang bertujuan untuk memperkenalkan kelab kepada seluruh warga Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan kali ini telah diadakan di Dewan Pingpong, Stadium Gemilang. Aktiviti yang bermula dengan ketibaan para pelajar bermula jam 7.45 malam seterusnya ketibaan para pensyarah fakulti telah berlangsung dengan jayanya. Agenda utama pada malam tersebut ada