kAjiAn kAmi

• Published on
02-Jul-2015

• View
1.255

• Download
20

Embed Size (px)

Transcript

SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMANAN UDARA : KAJIAN KES DI BANGUNAN TABUNG HAJI KUALA LUMPUR

NAMA 1. MUHD FAIZ BIN ZULKIFLY 2. ZAID FADIL BIN SAJULI 3. MOHAMMAD RAFIE BIN ZAIDI MUSSHADAD

NO.PENDAFTARAN 15DPB09F2029 15DPB09F2031 15DPB09F2036

KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN JABATAN KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

SESI DISEMBER 2010

SISTEM PENGUDARAAN DAN PENYAMANAN UDARA : KAJIAN KES DI BANGUNAN TABUNG HAJI KUALA LUMPUR

NAMA 1. MUHD FAIZ BIN ZULKIFLY 2. ZAID FADIL BIN SAJULI 3. MOHAMMAD RAFIE BIN ZAIDI MUSSHADAD

NO.PENDAFTARAN 15DPB09F2029 15DPB09F2031 15DPB09F2036

PENGESAHAN LAPORAN

Laporan kajian bertajuk Sistem Pengudaraan dan Penyamanan Udara : Kajian Kes di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur ini telah dikemukakan, disemak serta disahkan sebagai memenuhi syarat dan keperluan penulisan seperti yang telah ditetapkan.

Disemak oleh : Nama Penyelia Tandatangan Penyelia Tarikh : : :

Disahkan oleh : Nama Penyelaras Tandatangan Penyelaras Tarikh : : :

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya telah kami jelaskan sumbernya

1. Tandatangan Nama No.Pendaftaran Tarikh

2. Tandatangan Nama No.Pendaftaran Tarikh

3. Tandatangan Nama No.Pendaftaran Tarikh

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. terima kasih diucapkan kepada penyelia iaitu Pn Nurul Izza Bt. Abdul Ghani, dan rakan-rakan, serta kakitangan Tabung Haji yang telah membantu dalam menyiapkan kajian kes yang dijalankan untuk modul Kajian Integrasi (C 3365). Di dalam kajian integrasi ini, pihak penyelia telah menugaskan untuk mengkaji Sistem Pengudaraan Dan Penyamanan Udara di sesebuah bangunan. Dengan sokongan dan dorongan oleh penyelia dan rakan-rakan serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian kes ini.

Penyelia Penyelia t,pt kajian

Lecturer Rakan2

ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti Sistem Pengudaraan Dan Penyamanan Udara yang digunapakai di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur. Skop kajian yang dijalankan di Bangunan Tabung Haji ialah di bahagian pejabat zon bawah iaitu bermula dari aras 12 sehingga aras 19. Kajian ini dijalankan menerusi temuramah bersama ketua unit penyelenggaraan Tabung Haji, pengumpulan data melalui internet dan juga melalui sumber buku-buku rujukan.

ABSTRACT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) atau secara ringkasnya Tabung Haji berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan utama pejabat tabung haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur iaitu di tempat kami menjalankan kajian kes. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Malaysia ke Makkah. Seterusnya, Bangunan Tabung Haji di Kuala Lumpur berketinggian 152 meter. (500 kaki). Bangunan Tabung Haji mempunyai 39 tingkat. Ia terdiri daripada 27 lantai pejabat, tujuh lantai tempat letak kenderaan, dua lantai jentera, satu lantai bawah (jalan masuk utama), satu lantai untuk bank dan kedai, dan satu lantai untuk dewan serbaguna dan kedai. Bangunan tabung haji berbentuk bulat (circular) dengan profil melengkung (curved profile). Setiap tingkat Bangunan Tabung Haji mempunyai saiz yang berlainan.

HURAIAN LOGO TABUNG HAJI

Pembaharuan dan peralihan dunia korporat ke alam global telah mengajak TH untuk turut sama mara ke arah globalisasi perkhidmatan yang berkesan. Setelah dikuatkuasakan akta baru dalam tahun 1995 yang menyediakan ruang dan peluang untuk memberikan perkhidmatan secara global, maka pada 28 Ogos 1997, TH telah melancarkan logo korporatnya yang baru yang lebih bersifat semasa dan terkini dengan ciri-ciri tersendiri. i. Logo TH yang condong ke sebelah kanan menggambarkan bahawa TH tidak statik malah sentiasa positif dalam usaha-usaha ke arah pencapaian segala misi dan cita-citanya. la sentiasa selari dan seiring dengan perkembanganperkembangan sistem dalam pengurusan haji, kepelbagaian kegiatan pelaburan dan perisian teknologi. ii. Huruf ( ta ha) adalah kependekan perkataan-perkataan Tabung Haji di dalam bahasa Arab. iii. Huruf dan TH ditimbulkan bagi melambangkan huruf-huruf identiti Tabung Haji. Bentuk segi empat logo ini melambangkan Ka'abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan sembahyang seluruh umat Islam di dunia. Dalam hal ini, TH akan terus menyeru dan menggalakkan orang di Malaysia untuk melawat Ka'abah bagi tujuan haji dan umrah.

iv.

Sementara itu, perkataan 'Tabung Haji' diletakkan bersebelahan dengan logo ini pada bahagian kanan yang turut disertai di bawahnya dengan kalimah Arab, 'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju kejayaan).

v.

Warna hitam menunjukkan warna kaabah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswa.

vi. vii.

Warna hijau menunjukkan warna korporat bagi Tabung Haji. Warna putih melambangkan kebersihan dalam Islam dan ia menjadi asas dalam segala aktiviti Tabung Haji.

HURAIAN VISI DAN MISI

Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi Islam yang dinamik dan prihatin dalam pengurusan dan pengendalian haji dan umrah yang sempurna serta mengukuhkan ekonomi ummah, beriltizam melaksanakan dan mencapai wawasan ini dengan : i. ii. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan. Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah, profesional, produktif dan berhemah tinggi. iii. iv. Beriktikad memberikan pulangan yang tinggi dan setanding dengan pasaran. Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.

1.2

Ojektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut :

i.

Mengenalpasti jenis sistem operasi yang terdapat di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.

ii.

Mengetahui masalah yang sering berlaku dan jalan penyelesaian yang dilakukan pada sistem pengudaraan dan penyamanan udara di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur .

iii.

Mengenalpasti penyelenggaraan sistem pengudaraan dan penyamanan udara yang terdapat di bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.

1.3

Skop Kajian

Menjalankan kajian mengenai sistem Pengudaraan Dan Penyamann Udara di bahagian pejabat zon bawah, bermula dari aras 12 sehingga aras 19 di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan,tetapi ia meliputi pemanasan, mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara untuk mencapai kehendak tempat yang dinyamankan. Di dalam sistem penyamanan udara, haba hendaklah di keluarkan dari tempat yang hendak dinyamankan, haba kemudiannya hendaklah dibuang ke udara luar. Ianya dibuat melalui sifat pergerakan haba itu sendiri iaitu bergerak dari satu kawasan yang panas ke satu kawasan yang sejuk.

Proses Penyamanan Udara

Sistem penyamanan udara terbahagi kepada dua bahagian: i. Bahagian bertekanan tinggi (kawasan 1). ii. Bahagian bertekanan rendah (kawasan 2).

Komponen Utama Dalam Penyamanan Udara Pemampat (Compressor) a) Merupakan jantung kepada system penyamanan udara. b) Ia bertanggungjawab untuk memampat dan menghantar gas refrigerant ke condenser. Pemeluwap (Condensor) a) Memindahkan haba yang diambil oleh refrigerant di dalam gelung penyejuk. b) Ianya memeluwapkan wap refrigerant kepada cecair refrigerant. Haba dipindahkan dan proses pemeluwapan mengambil alih dalam dua cara :a) Secara proses penyejukkan air. Jika air digunakan bagi memindahkan haba. Wap refrigerant dilalukan melalui satu gelung yang tenggelam di dalam bekas yang penuh air. Suhu iar yang dibekalkan ketakungan adalah lebih rendah lagi dari suhu refrigerant itu sendiri. Haba dipindahkan dari refrigerant ke air melalui dinding gelung. Air kemudian yang membuat haba dialirkan ke aliran. b) Bagi proses penyejukan udara. Jika udara digunakan bagi membuang haba, wap refrigerant dialirkan dalam gelung dan disejukkan dengan kipas. Kipas menghembus udara melintasi gelung dan oleh kerana udara itu sejuk dari wap refrigerant maka wap tersebut melepaskan haba ke udara melalui dinding gelung. Udara itu dihembus keluar bilik dan haba dihamburkan dalam udara kasar. Dalam proses pemelowapan, udara atau air mengambil haba dari refrigerant dalam dalam proses penyejukkan refrigerant mengambil haba dari udara bilik.

Gelung Penyejuk (Coil Evaporator) Gelung penyejuk adalah komponen yang dapat mengalirkan udara dan refrigerant. Gelung ini menyediakan permukaan yang mana udara akan mengalir menyentuh permukaannya dan pada masa yang sama refrigerant mengalir di dalam gelung tersebut. Aliran udara panas melalui gelung penyejuk menyebabkan udara menjadi sejuk sementara refrigerant menjadi panas. Sebenarnya suhu refrigerant tidak berubah tetapi perubahan cecair ke wap menyebabkan refrigerant menjadi panas. Dalam membekalkan permukaan sejuk untuk udara, gelung penyejuk menyediakan alat perpindahan haba. Haba akan berpindah daripada udara kepada permukaan gelung dan seterusnya ke refrigerant yang berada di dalam gelung. Kesannya haba akan berpindah dari udara ke refrigerant melalui permukaan gelung.

Injap Pengembangan (Restriction Valve) Injap pengembangan merendahkan tekanan cecair refrigerant dan sekaligus menyejukkan cecair tersebut. Refrigerant masuk ke injap di bawah tekanan. Apabila ia melalui liang injap kecil mka ia memasuki kawasan tekanan rendah daripada gelung penyejuk. Liang injap bertindak sebagai alat perjangkaan diantara kawasan tekanan tinggi dan kawasan tekanan rendah. Selepas cecair refrigerant melalui liang injap dalam injap pengembangan, ia mula berwap kerana ianya berada dalam kawasan tekanan rendah.

2.2 Jenis-Jenis Sistem Penyaman Udara Sistem penyaman udara mempunyai 2 jenis iaitu sistem unit dan sistem loji. Sistem unit terbahagi kepada 3 bahagian iaitu unit tingkap, unit kemas siap, dan unit pisah. Manakala sistem loji terbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem loji pusat dan sistem air disejukkan.

2.2.1 Sistem Unit Sistem ini digunakan untuk pendinginan kecil ke sederhana yang melibatkan beban penyejukan dalam lingkungan 15 Tan refrigeration (360 000 BTUH) dengan keupayaan pengendalian udara sebanyak 6 000 CFM kebawah. Ia selalunya digunakan untuk mendinginkan satu atau beberapa ruang kecil yang berdekatan secara serentak. Berikut adalah beberapa jenis-jenis sistem unit : i. ii. Unit Tingkap Unit Kemas Siap a) Keseluruhan b) Penyejukan Udara c) Penyejukan Air iii. Unit Pisah a) Sistem Pisah Tanpa Udara Luar b) Sistem Pisah Dengan Udara Luar

2.3 Unit Tingkap Kesemua komponen-komponen asasnya dibina dalam satu unit yang padat, lengkap dan kecil. Unit-unit tingkap dipasang dengan sebelah permukaanya diluar dinding ruang yang ingin didinginkan dan sebelah lagi didalam ruang, sekurang-kurangnya 1000mm dari aras lantai.

2.4 Unit Pisah Digunakan untuk pendinginan satu hingga ketiga buah ruang/bilik kecil yang boleh dikendalikan secara berasingan. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu unit pisah tanpa udara luar dan unit pisah dengan udara luar. (i) Unit Pisah Tanpa Udara Luar a. Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang untuk disejukkan dan tidak mengambil udara luar untuk disejukkan dan tidak mengambil udara luar untuk memperbaharui udara (pengudaraan) sedia ada. b. Sistem ini tidak begitu sesuai untuk digunakan pada ruang-ruang yang memerlukan pergantian udara yang banyak.

(ii) Unit Pisah Dengan Udara Luar a. Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang, sistem ini juga mengambil udara luar untuk tujuan pengudaraan. Keupayaannya lebih besar berbanding dengan sistem unit pisah tanpa udara luar. Udara bersih diambil secara terus dari luar atau dibekalkan melalui salur.

2.5 Unit Kemas Siap Sistem ini melibatkan pendinginan satu ruang atau beberapa ruang kecil bagi kegunaan serentak. Ciri-cirinya seakan-akan sama dengan sistem loji sepusat. Ia boleh dibahagikan kepada tiga sistem asas, iaitu: Sistem Unit Kemas Siap keseluruhan y Konsep tatatur komponen seperti Sistem Unit Tingkap tetapi keupayaannya adalah jauh lebih besar. Keseluruhan alatan ditempatkan di luar bangunan berdekatan dengan ruang-ruang yang akan didinginkan. Sambunbungan ke ruang adalah melalui salur bekal dan balik. Unit ini selalunya dipasang pada bangunan.

a) Sistem kemas siap penyejukan udara

y

Dalam sistem ini kebanyakan kompenen-kompenen asanya seperti kipas penghembus,lingkaran pengewap,injap pengembang serta alat pemanpat diletakkan dalam satu unit dalaman lengkap.Satu unit luaran dengan kipas berserta lingkaran pengental diletakkan diluar dan disambung dengan unit dalaman melalui paip-paip ulang alik yang diperbuat dari tembaga dan ditebatkan.

b) Sistem Kemas siap penyejuk air

y

Kesemua kompenen-kompenen asas kitaran penyejukan dibina atau ditempatkan didalam satu unit dalaman yang padat.Satu unit menara penyejuk (Cooling Tower) diperlukan dan selalunya diletakkan di satu tempat yang tinggi diluar bangunan.Kedua-dua unit disambung dengan paip ulang alik air sejuk.

2.6 Sistem loji sepusat Sistem ini selalu digunakan pengdinginan yang melibatkan beban penyejuk 15 Tan Refrigerant atau keupayaan kendalian udara 6000 CFM keatas.Ia dapat dibahagikan kepada dua sisten asas iaitu:

a) Sistem Loji pengendalian pusat

y

Dalam sistam ini,kebanyakan kompenen-kompenen asasnya diletak dalam satu ruang Loji Mekanikal Penyaman Udara (Mechanical aircinditioning plant room) yang mengendalikan sebahagian besar kitaran penyejukan.Sistem ini memerlukan satu unit pengental penyejukan udara atau menara penyejuk jenis ruang di dalam bangunan dimana ia boleh mendapat pengudaraan yang baik(selalunya di tempat-tempat yang tinggi dan tidak menimbulkan masalah pepeluhan haba.Udara bekal didatngkan dari Loji Pusat dan diagihkan melalui saluran dan baur ke ruang-ruang yang diinginkan.

b) Sistem Loji Pemgendalian Setempat atau Sistem Loji Air Sejuk (Central Plant With Local Handling)

y

Ciri utama sistem ini adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran penyejukan untuk menyejukkan udara.Sistem ini mengadakan media air sejuk(chilled water) di satu Loji Pendinginan dengan tujuaan diagihkan ke beberapa Unit Pengendalian Udara(Air Handling Unit).Ia mempunyai empat pusingan berasingan untuk mengendalihkan haba dari dalam ruang didinginkan ke udara luar bangunan.

2.7 PENYAMAN UDARA

Terbahagi kepada tiga sistem berlainan untuk menentukan flexibility dan penjimatan kos operasi.

Sistem Pusat untuk 27 lantai pejabat mengandungi: i) 3 X 300 tan centrifual chiller. ii) 1 X 150 tan reciprocating chiller. iii) 76 X AHU (alat pengendali udara).

2.7.1 Cooling Tower dan pam.

Operasi sistem bergantung kepada keperluan beban dengan dibantu oleh programmable logic controller (PLC), untuk menentukan operasi optima.

Pengendalian udara di ruang pejabat menggunakan sistem variable air volume (VAV) dengan bantuan kawalan pneumatic dan injap dua hala. Ini dapat menentukan bekalan udara yang berkuantiti dan suhu optima.

2.8 Sistem Package Berpenyejukan Air.

Digunakan untuk kawasan umum dan ruang yang cukup...