Karangan Alam Sekitar

• Published on
18-Oct-2015

• View
74

• Download
0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Karangan SPM

Transcript

1

TAJUK ESEI : HARGA KEHIJAUAN DUNIA KITAJUMLAH MUKA SURAT : 20 HALAMANJUMLAH PATAH PERKATAAN : 4200 PATAH PERKATAAN

HARGA KEHIJAUAN DUNIA KITA"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Alam sekitar dapat ditakrifkan sebagai Satu ruang yang terangkum di antara dasar lautan paling dalam dengan atmosfera angkasa sehingga mencecah ketinggian 15 kilometer dari aras bumi yang dihuni oleh segala makhluk bernyawa. Litupan ruang inilah yang biasa dirujuki sebagai biosfera, dianggap alam sekitar bagi manusia. Namun begitu, sebagai warga satu-satu negara, alam sekitar ialah alam sekeliling yang dekat dengan diri kita. Contohnya kawasan kediaman, tasik, sungai, dan padang permainan. Sebagai warganegara yang prihatin, mereka perlu sepanjang masa menjaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling.Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktivitiluardan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita. Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari olehvector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu,airmerupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran. Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara. Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.Walaubagaimanapun, akibat daripada sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab, berlakunya banyak pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikanheterogenimpak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpulghalibnyaakan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebihruwetlagi, pencemaran air memberikan kesan yangeksplisitterhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan sifatnafsidan mulalah menjaga alam sekitar.

Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.

Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara yangizhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif danpragmatisagar pencemaran tersebut dapat dikekang.Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan alam sekitar, kita haruslah memikirkanmangkin yang efektifagarpidanaini tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan menahan tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan secara progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran mereka bahawa alam sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka harus dihukum.

Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut.Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara.Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu, pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran.

Selain itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam.

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu, televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalanya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sungai dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Merekayang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga geraimakan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakanpelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramaidan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendakimendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari.Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa...