kata adjektif sifatan

• Published on
04-Jul-2015

• View
87

• Download
3

Embed Size (px)

Transcript

Konsep Kata Adjektif Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. ~ Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 225 untuk keterangan lanjut.

Konsep Kata Adjektif Kata Adjektif dikenal sebagai kata sifat, ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. (Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Asraf : 2007)

Konsep Kata Adjektif Sifatan Memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama, iaitu: * Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat * Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang ) * Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda * Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak

Contoh Kata Adjektif Sifatanbaik, gopoh, takut, tegas, marah, jahat, pandai, berani, nakal, buas, cerdik, lembut, sihat, tenang, tegang, rajin, segar, gelora, kecewa, lemah, kuat, pintar, keras, bijak, cergas

Contoh Ayat Budak nakal selalu kena marah. Dia lemah dalam matematik. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. Anak Pak Kamar bijak sekali. Peserta itu berdiri dengan cergas. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita. Budak baik selalu dipuji. Murid baharu itu amat pintar. Pegawai tentera itu sungguh berani. Aini tidak takut dengan kegelapan.