KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Published on
13-Jun-2015

• View
19.985

• Download
8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penilaian PTK DG 48

Transcript

No. Kad Pengenalan Ringkasan Eksekutif

660610-04-5243

IPGM bertanggungjawab menyediakan latihan keguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara dengan menjamin bahawa guru pemulaan yang dihasilkan berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar [Datuk Hishammudin Tun Hussein, 2008]. Ini merupakan satu cabaran yang perlu digalas oleh semua tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk memastikan guru berkualiti kekal berkualiti di sepanjang perkhidmatannya. Persoalannya, bagaimana? Sesungguhnya, saya yakin bahawa amalan terbaik guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui pengajaran dan pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai pensyarah yang melatih guru permulaan, saya sentiasa melaksanakan perancangan yang sesuai, spesifik dan releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Sesungguhnya, pengurusan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran melibatkan pemilihan, penyusunan, pemanipulasian sumber untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang saya sandarkan kepada Model Learning Pyramid dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Kemahiran ini sepatutnya dikuasai oleh setiap guru dalam perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya pembelajaran, berkesan penglibatan meliputi aktif kesesuaian penilaian bahan pengajaran, sumber dan murid, prestasi, pengukuran

penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintergrasikan TMK. Disamping itu guru perlu proaktif untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Inovasi. Dalam konteks ini, guru perlu meningkatkan kualiti diri melalui kursus, seminar dan forum. IPGM kini diperkenalkan kepada Standard Guru Malaysia sebagai mekanisma jaminan kualiti. Ini menjadi pemangkin kepada transformasi guru berkualiti kekal berkualiti. Usaha mewujudkan jaringan seprofesion dan kolaborasi dengan Institusi pendidikan lain juga, pastinya melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf dunia.

1

No. Kad Pengenalan 1.0 PENGENALAN

660610-04-5243

kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capaiDato Sri Abdulah Ahmad Badawi PIPP2006-2010 m.s 38

Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara[Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988].

Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajarnya mengenal tulis baca. Bagi menjayakan wawasan ini, guru perlu profesional dan kompeten disamping mempunyai intergriti dan kredibiliti yang tinggi. Guru yang kompeten mampu mengabungjalinkan sumber pengetahuan dan

kemahirannya untuk mendidik pelajarnya supaya menjadi insan yang seimbang dan bersepadu. Justeru, guru juga hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan menguasai kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudah cara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar.

Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyidin Yasin, 2009). Dapatkah guru merealisasikan peranan ini? Meneliti cabaran ini, guru perlu kreatif dan inovatif dalam sistem penyampaian P&P supaya menjadi menarik dan menyeronokan. Hal ini berupaya meningkatkan keberkesanan proses P&P yang dilaksanakan. Sesungguhnya guru perlu berusaha ke arah pembentukan warga negara yang tinggi nilai profesionalisme, taat setia, bertanggungjawab, berakhlak dan berketrampilan.

2

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Agenda ini hanya dapat dicapai melalui proses P&P yang berkesan. Sesungguhnya P&P berkesan lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu), [Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, 1999]

2.0

Definisi Konsep Pengajaran Berkesan

"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global,"(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001); hlm.24)

P&P berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999) menyatakan P&P berkualiti lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Merujuk kepada Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut digariskan. Antaranya ialah:beberapa prinsip yang

3

No. Kad Pengenalan a.

660610-04-5243

pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif;

b.

berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

c.

penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

3.0

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005 petikan daripada PIPP 2006-2010, KPM 2007, hal. 106)

Proses P&P diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan formal di Malaysia. Hal ini sinonim dengan P&P dalam bilik darjah yang menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif dalam menyampaikan isi pelajaran mengikut sukatan yang dikeluarkan. Mohd Azhar, (2001) menyatakan proses P&P di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan pelajar. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Manakala, menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan satu corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan pemeringkatan isi pelajaran. Selain itu, pengajaran guru juga lebih 4

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

memusatkan kepada pelajarnya sehingga mereka tertarik untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Justeru, pembentukan proses pengajaran yang berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza antara seorang guru dengan guru lain, namun masih bermatlamatkan kepada keberkesanan pembelajaran.

Sebagai seorang pensyarah yang bertanggung jawab melatih guru-guru permulaan, maka saya akan membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan seperti yang digariskan mengikut sistem yang diguna pakai oleh IPGM, Kampus Gaya. Sebagai seorang pensyarah Sains, saya sentiasa mengoptimumkan sumber bahan dan teknik pengajaran bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kepuasan pelanggan. Kepelbagaian kaedah penyampaian seperti kuliah, tutorial dan amali dipraktikkan sepenuhnya bagi membuka minda guru permulaan. Adalah menjadi cabaran besar kepada saya untuk menjadikan mata pelajaran ini diminati serta memberi kesan positif ke dalam diri pelajar. Atas kesedaran bahawa mereka bakal menjadi guru dan mendidik puluhan ribu anak murid di sekolah, saya melakukan yang terbaik bagi memastikan keberkesanan proses perkongsian ilmu. Tambahan pula, hal ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t. dengan firmannya yang bermaksud sesungguhnya kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang untuk memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh. (Surah Al-azab :72).

Bagi membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan bagi mata pelajaran yang saya ajar, model Learning Pyramid (National Traning Laboratoris, 2002); Teoriteori Pembelajaran dan Teori Kecerdasan Pelbagai (Gadners, 1999) digunakan sebagai asas perbincangan. Dalam menghasilkan P&P berkesan, saya percaya dan yakin bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan berbeza. Justeru, dengan 5

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

mempraktikan Teori Kecerdasan Pelbagai, saya dapat memberi peluang kepada setiap pelajar memahami hasil pembelajaran yang dihasratkan mengikut kebolehan mereka. Menurut teori kecerdasan pelbagai, setiap individu mempunyai kecerdasan berbeza (Gadners, 1999). Justeru, saya perlu lebih kreatif dan berupaya untuk mensintesis pengetahuan serta kemahiran dengan mengintegrasikan 9 jenis kecerdasan ini bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan adil untuk semua. Maka, saya mengabungjalinkan teori pelbagai kecedasan dengan Model Learning Pyramid bagi meningkatkan kualiti P&P seperti pada Rajah 1 di bawah.5%

Pasif

Auditori Visual

10%Mendengar

20%Membaca

30%Audio Visual

50%Demontrasi

KinestatikPerbincangan

75%

Purata memanggil semula ingatan selepas 24 jam

Aktif

90%Amalan melalui latihan Mengajar rakan sebaya

Sumber: http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009

Rajah 1: Model Learning Pyramid

4.0

ELEMEN-ELEMEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEMBENTUK MODAL INSAN CEMERLANG

Guru selain memainkan peranan utama dalam mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotism, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan Hari Guru 2009)

6

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Bertitik tolak daripada penyataan ini, guru perlu meningkatkan kompetensinya dalam P&P di bilik darjah. Hal ini adalah penting kerana guru perlu memiliki kemahiran dan kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi pelajaran dengan agenda nasional negara. Maka, dalam proses P&P, selain saya perlu kreatif dan

inovatif dalam pengurusan bilik darjah, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa elemen bagi membolehkan P&P yang saya laksanakan berkesan dan berkualiti.

4.1

Kesesuaian Bahan Pengajaran & Pembelajaran guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan

menguasai kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)

Peranan guru kini telah beralih dari seorang penyampai maklumat kepada seorang pemudahcara dalam proses P&P. Justeru, saranan agar guru terus mengemaskini ilmu pengetahuannya adalah wajar terutamanya dalam bidang kepakarannya. Dalam usaha menangani cabaran ini, guru harus bersikap keterbukaan untuk membolehkan perubahan dan penyesuaian berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 1993). Maka, sebagai seorang pensyarah, saya perlu peka dengan keperluan bahan pembelajaran yang akan menyokong proses pembelajaran yang akan dilaksanakan. Antara pertimbangan yang perlu dibuat adalah:

4.1.1 Kesesuaian bahan pengajaran dengan perubahan zaman Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik serta pembacaan melalui buku dan jurnal penyelidikan, saya mendapati bahan pengajaran yang digunakan perlulah mudah dibawa, fleksibel serta selfteaching. Bahan yang saya gunakan perlu tepat bagi membantu saya berkongsi maklumat dengan berkesan di samping 7

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

membolehkan saya mempraktikan gaya pembelajaran teach other seperti yang diutarakan melalui model Learning Pyramid di atas. Rashidi dan Abdul Razak (1998), mendapati penggunaan bahan bantu mengajar dapat merangsang minat dan tumpuan pelajar dan menjamin pemerolehan pengetahuan serta kemahiran. Penggunaan bahan pembelajaran maujud mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan dunia pendidikan masa kini. Ledakan teknologi menuntut saya untuk lebih peka dalam menyediakan bahan pembelajaran. Dalam hal ini, saya telah memperkenalkan satu konsep bahan bantu mengajar berasaskan TMK bagi memperluaskan jaringan komunikasi tanpa batasan. Menyedari kekangan masa yang dihadapi oleh pensyarah, saya membangunkan Claroline.com, iaitu satu laman perbincangan atas talian yang membolehkan interaksi maya berlaku tanpa sempadan seperti pada Rajah 2 di bawah.

Mata pelajaran

Alamat yang dilayari Laman perbincangan INOVASI DALAM KAEDAH PERBINCANGAN KKBI JABATAN SAINS 2009 Kelas yang terlibat

Pensyarah

Aktiviti perbincangan yang disediakan

Rajah 2 : Laman perbincangan Claroline.com bagi Jabatan Sains

Kaedah ini telah banyak membantu saya berkongsi maklumat dengan pelajar dan merangsang minat mereka untuk terus menerokai ilmu. Perkara ini boleh diperhatikan melalui penilaian pelajar di akhir semester yang memberikan penilaian yang baik (min = 3.96, Lam-PT 09-03). Saya percaya, pemilihan bahan pengajaran 8

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

yang ses...