Kepentingan Psv Dalam TMK

  • Published on
    16-Jan-2016

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

share

Transcript

PowerPoint Presentation

Kepentingan PSV dalam TMK

Odelia anak KassimM4 (6/2/15)Apakah itu PSV?Pendidikan Seni bermaksud seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Ia bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.Edmund Burke Feldman dalam bukunyaVarieties Of Visual ExperienceFourth Edition(1992) menjelaskan bahawa seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang masih berkembang seiring dengan kemajuan manusia beserta zamannya.Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Inovasi teknologi merangkumi tiga tahap yang penting. Gabungan tersebut ialahidea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat.

Berfikiran kritis dan kreatifmenurut Torrance (1966) ialah mengaplikasikan pengetahuan seni, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu kreativiti.

Apakah itu TMK / ICT?

Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Secara umum ICT:Dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun Berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Perkaitan TMK/ICT dalam PSVApabila memperkatakan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ia tidak dipisahkan dengan rekaan seni grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik atau seni visual melalui komputer dapat dibahagikan kepada beberapa kriteria dan bahagian;

- Untuk produksi video dan filem.- Pembinaan objek 3 dimensi secara maya.- Penghasilan dan penciptaan seni persekitaran- Cakera optik atau video.- Informasi dan telekomunikasiMemetik pandangan Penston (2006) yang menyatakan bahawa pembangunan perisian komputer berasaskan reka bentuk grafik seperti:Illustrator,PhotoshopIn-DesignFlash Dibangunkan oleh Adobe Systems Inc dapat memperkembangkan daya kreativiti penggunanya disamping menjimatkan banyak masa berbanding pendekatan reka bentuk grafik secara tradisional (manual and paste up technique).Kepentingan PSV dalam TMK/ICTAntara kepentingan PSV dalam TMK adalah dapat menghasilkan seni konversional yang kreatif dan inovatif dengan mengaplikasikan pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan dalam seni.Seni konversional sebagai asas dan teknologi hanyalah sebagai tool atau alat bagi menambah baikkan lagi sesuatu rekaan.Antara seni-seni baru yang muncul adalah :- Reka bentuk grafik berkomputer.- Animasi 2D dan 3D bagi filem dan permainan video/PC.- Fotografi secara digital.

1. Produksi video atau filemDalam produksi dan filem, antara unsur dan prinsip rekaan dalam seni yang diaplikasikan ialah warna,kontra,penegasan,imbangan dan irama dan pergerakan.Video dan filem mempunyai fungsi yang penting sebagai hiburan dan kaedah menyampaikan maklumat secara berkesan dengan adanya pelakon, aksi dan grafik text yang jelas serta bermakna.

Rujukan

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/03/kepentingan-teknologi-maklumat-ict.html#sthash.lnExSqWE.dpufhttp://flow-sharul.blogspot.com/2009/07/cabaran-antara-pendidikan-seni-visual.html