kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

• Published on
30-Jul-2015

• View
207

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

GEOGRAFI TINGKATAN 31.0 Penghargaan

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah inayah-Nya, memberikan saya kekuatan dan semangat untuk melaksanakan kerja khusus subjek Geografi yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar . Tanpa kekuatan dan semangat yang tinggi tidak mungkin saya dapat menyelesaikan kerja khusus ini dengan jayanya. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang menghalangi langkahan saya sepanjang melaksanakan kerja khusus ini, Namun semua itu menjadi kenangan serta pengalaman yang teramat indah yang tiada nilainya buat saya. Saya pasti akan menyematkan kenangan ini di hati sanubari agar segala kenangan ini tidak hilang ditelan zaman. Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Shamsuri bin Dollah yang memberi peluang untuk saya

menjalankan kajian Geografi ini. Ucapan jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Puan Norulaini bt Mat Nor selaku guru Geografi Tingkatan 3 yang tidak lekang dengan kata-kata semangat serta dorongan yang menjadi bekalan berguna buat saya dalam memastikan kerja khusus ini dapat disiapkan dalam tempoh yang di tetapkan. Ucapan ribuan terima kasih juga tidak lupa kepada ayahanda dan bonda, Tuan Sulaiman bin Long Deraman dan Meriam binti Ismail yang memberikan banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini. Jasa mereka tidak dapat saya lupakan. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menjayakan kajian ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terimaPENCEMARAN ALAM SEKITAR 1

GEOGRAFI TINGKATAN 3kasih kepada responden-responden yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan kajian ini dengan meluangkan masa dan ruang bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar. Sekian, terima kasih.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2

GEOGRAFI TINGKATAN 32.0 Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Batu Mengkebang. Saya memilih tajuk pencemaran alam sekitar di kawasan Kampung Batu Mengkebang kerana lokasi ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Di kampung ini terdapat banyak kawasan petempatan yang begitu padat dan kedudukan yang strategik dimana ia mempunyai bentuk muka bumi yang subur serta mempunyai jaringan perhubungan yang baik untuk memudahkan kajian terhadap pencemaran alam sekitar dapat dijalankan. Pemilihan kawasan Kampung Batu Mengkebang juga kerana terdapat banyak aspek-aspek pencemaran alam sekitar yang dapat dikaji oleh saya dalam menyiapkan kajian pencemaran alam sekitar ini. Bagi melengkapkan kajian ini kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan sepanjang masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini iaitu dari bulan Februari hingga Julai supaya tidak mengganggu jadual pembelajaran. Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

3

GEOGRAFI TINGKATAN 33.0 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dikenalpasti serta perlu dipenuhi oleh pengkaji ialah: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas. Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 3.6 Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

4

GEOGRAFI TINGKATAN 34.0 Kawasan Kajian Saya tinggal di Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan. Kampung Batu Mengkebang terletak di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR) yang terletak lebih kurang 76 kilometer dari bandar Kota Bharu dan 15 kilometer dari bandar terdekat iaitu Kuala Krai. Di kawasan kajian, terdapat banyak aspek pencemaran yang boleh dijadikan sebagai bahan kajian untuk menyiapkan kerja khusus ini. Sejarah awal kawasan kajian ini bermula apabila generasi awal kampung telah datang ke kawasan ini sekitar tahun 1960-an. Pada asalnya, kawasan ini dipenuhi dengan hutan tebal yang belum diterokai serta dibangunkan oleh mana-mana pihak. Namun setelah kewujudan KESEDAR barulah kawasan ini dibangunkan untuk dijadikan petempatan dan juga kawasan pertanian. Setelah lebih daripada separuh abad dibangunkan, kawasan ini mula terdedah kepada pecemaran udara, air, tanih dan sebagainya kesan daripada aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perkilangan, penyahhutanan dan sebagainya. Bentuk muka bumi kawasan kajian terdiri daripada kawasan berbukit-bukau dan beralun. Sebahagian kawasan kampung ini juga masih lagi dikelilingi oleh kawasan hutan.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

5

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Peta 1: Kedudukan kawasan kajian Kg. Batu Mengkebang.

Petunjuk

U

Bank Masjid Sek. Petempatan Jambatan Pokok kelapaPENCEMARAN ALAM SEKITAR

Getah Sungai Denai Pengkalan pasir Jalan raya

6

GEOGRAFI TINGKATAN 35.0 Kaedah Kajian Dalam menjalankan kajian, kaedah kajian yang telah digunakan untuk memastikan bahawa segalanya berjalan ialah kaedah pemerhatian, temuramah, soal selidik, mengakses laman sesawang dan kaedah rujukan. 5.1 Pemerhatian Pemerhatian dilakukan sejak dari bermulanya kajian ini hinggalah tamat bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai kajian. Melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan, peserta telah terlibat secara langsung dan sepenuhnya terhadap kajian yang dilakukan. Oleh itu, secara praktikalnya pengkaji akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan terperinci di samping pengkaji akan memperoleh manfaat dan pengalaman yang berguna. Kami telah melakukan kaedah kajian pemerhatian di kawasan-kawasan petempat di Kampung Batu Mengkebang dengan melihat jenis, punca dan kesan pencemaran alam sekitar di kampung ini. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunakan. 5.2 Temuramah Kaedah temuramah yang dijalankan membolehkan saya mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kajian yang dilakukan kerana pengkaji dapat berkomunikasi dan memperoleh maklumat secara langsung daripada pemberi maklumat. Melalui kaedah temuramah ini, maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan kajian ini dapat diperolehi dengan lebih cepat dan lebih efisien. Oleh yang demikian, segala bentuk soalan yang telah disediakan adalah menjurus kepada objektif kajian supaya soalan-soalan yang diajukan ini lebih jelas danPENCEMARAN ALAM SEKITAR 7

GEOGRAFI TINGKATAN 3mudah difahami responden serta jawapannya menepati kehendak kajian ini. Kami telah menemu bual 3 orang responden yang terdiri daripada penduduk kampung ini. Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pecemaran alam sekitar. Temu bual kebanyakan ditujukan kepada penduduk yang telah lama menetap di kampung ini kerana mereka lebih arif tentang selok belok kawasan yang dikaji.

5.3

Soal selidik Kaedah soal selidik yang digunakan akan diajukan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada orang ramai. Melalui kaedah ini, borang soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada orang ramai. Selepas borang dikutip, pengkaji akan menganalisis data-data yang diperlukan. Pengkaji telah mengedarkan soalan soal selidik kepada 35 orang responden untuk mendapatkan maklumat. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A untuk latar belakang responden dan bahagian B terdiri daripada soalan berkaitan kajian.

5.4

Rujukan Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di perpustakaan sekolah dan juga melayari laman web yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Pengkaji telah melakukan tinjauan awal berkaitan tajuk yang ingin dikaji. Pengkaji mengakses laman sesawang untuk mendapatkan maklumat. Kaedah yang digunakan ini sememangnya membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis, punca dan kesan pencemaran. Buku, surat khabar dan jurnal yang berkaitan juga dijadikan sebagai

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

8

GEOGRAFI TINGKATAN 3wadah untuk mendapatkan maklumat. Banyak artikel berkaitan pencemaran dikeluarkan dalam medium tersebut yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

9

GEOGRAFI TINGKATAN 36.0 Dapatan Kajian 6.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang

menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Menurut Mohd Zuhdi Marsuku (2002), perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut environment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. A. Bullock & O.Stallybrass (1997), alam sekitar lebih kepada kefahaman environmentalisme. Alam sekitar merupakan satu istilah geografi tentang doktrin

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

10

GEOGRAFI TINGKATAN 3falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

11

GEOGRAFI TINGKATAN 36.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar 6.2.1 Udara

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan penduduk Kampung Batu Mengkebang. Bahan-bahan tersebut seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan plumbum daripada aktiviti penduduk kampung seperti pembakaran dan kilang akan terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salursalur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia kepada penduduk. Pencemaran

udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, kilang papan, pembakaran di tempat pertanian dan pembakaran hutan oleh penduduk kampung.

6.2.2

Air

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan kepada penduduk apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air berlaku di kawasan kajian iaitu Kampung Batu Mengkebang. Pencemaran ini lebih kepada bahanPENCEMARAN ALAM SEKITAR 12

GEOGRAFI TINGKATAN 3pencemar dari sisa pertanian yang dibuang ke sungai dan aktiviti

penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian, petempatan dan pengorekan pasir menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya

mengakibatkan mendakan berlaku akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

6.2.3

Tanih

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal dari aktiviti penduduk Kampung Batu Mengkebang seperti sisa domestik, perniagaan dan juga pertanian. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizikal. Seriusnya pencemaran tanah berkait rapat dengan kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu. Bahan buangan seperti habuk kayu, air getah dan juga sisa pertanian (dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah) dan aktiviti masyarakat seperti pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

13

GEOGRAFI TINGKATAN 36.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar

Sektor pertanian hari ini menghadapi cabaran serius untuk meningkatkan hasil bagi memenuhi keperluan makanan selaras dengan populasi penduduk Malaysia seramai 27 juta orang. Hasil pertanian perlu sentiasa ditingkatkan kerana keperluan makanan sentiasa meningkat saban tahun. Peningkatan kegiatan pengeluaran pertanian seperti yang diamalkan di kebanyakan negara di dunia mahupun Malaysia menimbulkan ancamanancaman kepada sebahagian besar sistem ekologi semula jadi. Racun rumpai biasanya digunakan di kawasan pertanian di Kampung Batu Mengkebang dengan tujuan mengawal ancaman rumpai yang boleh mengurangkan produktiviti tanaman penduduk dan sebagai perumah kepada serangga perosak. Selain itu, racun rumpai juga digunakan di kawasan bukan pertanian untuk mengawal rumpai di tepi-tepi tebing sungai, tepi jalan dan tidak kurang juga digunakan di halaman rumah di kampung ini. Penggunaannya boleh membahayakan kesihatan manusia jika terdedah terutama jika disalahgunakan terutama racun rumpai glisofat. Glisofat biasanya diformulasikan sebagai garam isopropilamin yang dijual di pasaran seperti ROUNDUP. SPARK. SURPASS dan RAIDER. Glisofat berkesan mengawal rumpai kumpulan saka, rumpai berdaun lebar, rumput serta rumpai yang mempunyai sistem perakaran yang dalam. Kebanyakan racun serangga mempunyai kesan buruk terhadap biodiversiti kerana sisa racun serangga boleh mengganggu hidupan dalam air seperti ikan dan udang kerana setiap tahun negara membelanjakan kira-kira RM 300 juta setahun untuk racun serangga. Petani di Kampung Batu Mengkebang menggunakan racun rumpai (rujuk gambar 1) untuk mengawal seranggga dari memakan tumbuhan seperti labu, anak getah, tembikai dan juga mengawal rumput di tepi jalan. Penggunaan racun rumpai dalam pertanian di Kampung Batu Mengkebang sememangnyaPENCEMARAN ALAM SEKITAR 14

GEOGRAFI TINGKATAN 3tinggi sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran alam terutamanya pencemaran tanah dan air.

Punca kedua pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Mengkebang ialah penebangan pokok sama ada sekitar kawasan kampung mahu pun di kawasan bukit berhampiran (rujuk gambar 2). Kajian yang dijalankan P...