Kerja Projek Matematik Tambahan
• Published on
30-Dec-2014
• View
785
• Download
35
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Sambungan bagi bahagian II (d) ada dalam excel. sukar untuk saya menggunakan words apabila ingin membuat persamaan matematik. oleh itu, saya pisahkan beberapa bahagian kerja projek ini kepada words dan excel.
Transcript
SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN NAMBAYAN, TAMBUNANKERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN
NAMA: ABBERLITA JISON KELAS : 5 VAIO TAJUK : PEMAKANAN SIHAT
ISI KANDUNGANTajuk Surat Bahagian 1 Soalan ( i ) 1 - Soalan ( ii) Bahagian 2 Soalan (a) 3-5 - Soalan (b) Bahagian 3 Soalan (a) 9 - Soalan (b) - Soalan (c) - Soalan (d) - Soalan (e) - Soalan (f) Penerokaan Lanjut 14-16 Refleksi 17 9-10 9-10 11 12 13 6-8 2 Muka
BAHAGIAN 1 (i) Sejarah berkaitan statistik
Jawapan : Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisian data tersebut. Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada perkataan state yang memberi makna sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya oleh pemerintah untuk mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk di bawah pemerintahnya. Maklumat seperti bilangan penduduk, jumalah anak dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah dapat menggunakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan menguruskan pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar mengikut pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh disajikan dalm bentuk jadual, cerita atau graf supaya mudah difahami umum. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data. Statistik pentadbiran menggunakan data untuk membuat anggaran, keputusan, ramalan, ujian hipotesis dan sebagainya. Bahagian statistik ini memerlukan pengetahuan matematik yang agak kukuh. Contoh pencapaian pelajar boleh dikumpul untuk beberapa tahun dan analisis dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan hasil bagi membuat keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar. Keputusan yang diperoleh mungkin boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan atau mengubah syarat kemasukan pelajar ke universiti. Dua ahli statistik yang banyak menyumbang dalam perkembangan awal bidang ini ialah Karl Pearson (1857-1936) dan Ronald Fisher (1890-1962).
BAHAGIAN I
( ii )
Aplikasi statistik dalam kehidupan seharian.
Jawapan : Statistik banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat tentang kemalangan jalan raya. Ia dipecahkan kepada beberapa kategori seperti maut, cedera parah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan Kaji Cuaca, misalnya, memberikan statistik hujan atau ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan statistik pencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu dalam peperiksaan SPM. Mereka yang menjalankan kajian pula akan menggunakan statistic sebagai kaedah untuk menganalisis data kajian. Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi sebagai contoh, statistik boleh diguna untuk menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkan dengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram atau carta pai. Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan statistik jika ingin melihat hubungan antara dua pembolehubah. Seterusnya, penyelidik memerlukan pengetahuan statistik untuk merekabentuk sesuatu penyelidikan seperti merekabentuk eksperimen dan menentukan kaedah analisis data yang sesuai untuk sesuatu rekabentuk. Pengetahuan statistik juga dapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk empirikal. Dalam bidang pengukuran pula, kaedah statistik digunakan untuk mengira indeks kebolehpercayaan, indeks keesahan atau indeks keesahan ramalan. Terdapat dua jenis statistik yang digunakan dalam bidang pendidikan, iaitu statistik deskriptif yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu ukuran (seperti min dan bidang sisihan piawai); dan statistik inferensi yang digunakan untuk menguji hipotesis. Pernyataan statistik boleh digunakan sekurang-kurangnya dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh digunakan untuk pengukuran inferensi yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi.
BAHAGIAN II
BAHAGIAN 2 Data Jisim 50 Orang PelajarJisim 53 55 55 55 39 56 58 55 55 39 50 54 45 56 49 62 48 52 43 43 32 43 39 44 43 Tinggi 157 165 150 157 144 150 170 164 151 149 165 164 165 166 154 167 159 164 152 151 145 152 147 152 157 Jisim 56 59 52 62 45 54 26 57 53 45 45 44 49 48 50 57 52 51 55 40 45 42 42 59 51 Tinggi 159 161 159 165 157 168 105 161 162 157 158 152 162 165 162 170 163 158 153 159 152 149 157 153 152
Jisim badan pelajar (kg) 26 - 32 33 - 39 40 - 46 47 -53 54 - 60 61 - 67
Gundalan
II III IIII IIII IIII IIII IIII III IIII IIII IIII I II Jadual 1
Kekerap an 2 3 14 13 16 2
(a) Lukis sebuah histogram berdasarkan Jadual 1 di atas dan cari mod jisimnya.
Jawapan: Jisim badan Kekerap Sempadan Sempadan pelajar (kg) an bawah atas 2 26 - 32 25.5 32.5 3 33 - 39 32.5 39.5 40 - 46 14 39.5 46.5 47 - 53 13 46.5 53.5 54 - 60 16 53.5 60.5 61 - 67 2 60.5 67.5 Jadual kekerapan bagi jisim pelajar.
Rujuk graf di muka surat sebelah. Mod jisim = 54.9
(b)Seterusnya, lukiskan lagi dua buah histogram dengan menggunakan selang kelas yang lebih kecil dengan menambahkan bilangan kelasnya. Jawapan: 1. Histogram Pertama (Histogram 1) Rujuk graf di muka surat sebelah.Jisim badan pelajar (kg) 26 - 31 32 - 37 38 - 43 44 - 49 50 - 55 56 - 61 62 - 67 72 - 77 Kekerapa n Sempadan bawah 25.5 31.5 37.5 43.5 49.5 55.5 61.5 67.5 Sempadan atas 31.5 37.5 43.5 49.5 55.5 61.5 67.5 77.5
1 110 11 17 8 2 0
Jadual Kekerapan Bagi Jisim Pelajar 2. Histogram Kedua (Histogram 2) Rujuk graf di muka surat sebelah.Jisim badan pelajar (kg) 26 - 30 31 - 35 36 - 40 41 - 45 46 - 50 51 - 55 56 - 60 61 - 65 66 - 70 Kekerapa n Sempadan bawah 25.5 30.5 35.5 40.5 45.5 50.5 55.5 60.5 65.5 Sempadan atas 30.5 35.5 40.5 45.5 50.5 55.5 60.5 65.5 70.5
1 14 13 6 15 8 2 0
Jadual Kekerapan Bagi Jisim Pelajar i) Jelaskan apakah yang anda dapati taburan data apabila saiz kelas berkurangan dan bilangan kelas bertambah?
Jawapan: Apabila saiz kelas berkurang dan bilangan kelas bertambah, mod kelas menjadi besar.
ii)
Cari mod bagi setiap histogram yang dilukis dan tafsirkan dapatan anda.
Jawapan: Histogram 2 mempunyai mod yang lebih besar. Mod histogram 1 = 51.9 Mod histogram 2 = 53.25
BAHAGIAN III
BAHAGIAN 3 a) Dengan menggunakan data dari Jadual 1, lengkapkan Jadual 2 di bawah. Jawapan:Jisim badan pelajar (kg) 26 - 33 34 - 41 42 - 49 50 - 57 58 - 65 Sempadan atas Kekerapan 2 4 17 22 5 Kekerapan Longgokan 2 6 23 45 50
33.5 41.549.5 57.5 65.5
Jadual 2
b) Seterusnya, lukiskan sebuah ogif berdasarkan data tersebut. Jawapan: Lihat muka surat sebelah. c) Daripada ogif yang dilukis, cari median, kuartil pertama, kuartil ketiga dan julat antara kuartil. Jawapan: Daripada ogif, Median = 49.9 Kuartil pertama dibaca pada nilai ke-12.5 dan kuartil ketiga dibaca pada nilai ke-37.5 Q1 = 45.5 dan Q3 = 53.5 Maka, julat antara kuartil = Q3 Q1 = 53.5 45.5 =8
e) Nyatakan julat dan julat antara kuartil. Terangkan apakah perbezaan julat dan julat antara kuartil. Julat = (titik tengah kelas tertinggi) (titik tengah kelas terendah) Titik tengah kelas tertinggi
= = 61.5 Titik tengah kelas terendah
= = 29.5 Maka, julat = 61.5 29.5 = 32 Julat antara kuartil = 54.773 - 44.559 = 10.214 Julat suatu set data menerangkan tahap terserak nilai nilai dalam set data itu. Julat yang besar bermaksud nilai nilai dalam set data itu terserak pada julat nilai yang lebih besar. Julat antara kuartil juga memberi gambaran berapa besar nilai nilai terserak dalam suatu set data. Berbanding dengan julat, julat antara kuartil memberi gambaran serakan yang lebih konsisten kerana julat antara kuartil tidak dipengaruhi oleh nilai ekstrim.
PENEROKAAN LANJUTANPENEROKAAN LANJUTAN i) Kira BMI bagi setiap pelajar dalam kajian anda dan kelaskan mengikut kategori di atas. Seterusnya, kirakan peratus bagi setiap kategori.Kategori BMI Tinggi (m) 1.45 1.59 1.65 1.57 1.57 Jisim (kg) 32 40 45 42 43 BMI 15.2 15.8 16.5 17 17.4
Kurang Berat Badan
Normal
1.49 1.65 1.47 1.58 1.57 1.57 1.52 1.52 1.65 1.62 1.44 1.49 1.51 1.52 1.52 1.59 1.68 1.62 1.64 1.52 1.63 1.7 1.7 1.64 1.65 1.62 1.66 1.64 1.58 1.59 1.54 1.57 1.61 1.52 1.67 1.59 1.57 1.61 1.65 1.53 1.05 1.51
39 48 39 45 45 45 43 43 50 49 39 42 43 44 44 48 54 50 52 45 52 57 58 54 55 53 56 55 51 52 49 53 57 51 62 56 55 59 62 55 26 55
17.6 17.6 18 18 18.3 18.3 18.6 18.6 18.7 18.7 18.8 18.9 18.9 19 19 19 19.1 19.1 19.3 19.5 19.6 19.7 20.1 20.1 20.2 20.2 20.3 20.4 20.4 20.6 20.7 21.5 22 22.1 22.2 22.2 22.3 22.8 22.8 23.5 23.5 24.1
1.5 1.5 Berisiko Berat Berlebihan 1.53
55 56 59
24.4 24.9 25.2
Jadual Kategori BMI Pelajar
Kategori BMI Kurang Berat Badan Normal Berisiko Berat Berlebihan Obes
Peratus 22% 76% 2% 0%
Jadual Peratus Kategori BMI Pelajar
iii)
Orang yang dalam kategori obes lebih mudah mendapat penyakit seperti kencing manis, strok, dan serangan jantung. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini. Cadangkan langkah langkah dan strategi yang boleh dilakukan untuk mencapai jisim badan yang ideal dan kehidupan yang lebih sihat.
Pada pendapat saya, pernyataan tersebut adalah benar. Kegemukan boleh membawa penyakit seperti kencing manis, strok dan boleh membawa maut. Kerajaan telah banyak menyiarkan di televisyen tentang bahaya penyakit obes dan juga telah diajar di sekolah tentang kesan kesan penyakit ini. Jika pemakanan kita tidak seimbang, tentunya kita akan mengalami penyakit obes. Oleh itu, kita harus menjaga badan kita agar kesihatan kita sentiasa terjamin.
Pertama sekali, makan buah-buahan berwarna-warni dan sayursayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah asas diet yang sihat. Mereka adalah rendah kalori dan bernutrisi, bermaksud penuh dengan vitamin, mineral, antioksidan, dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayursayuran setiap hari dalam setiap hidangan yang sihat. Seterusnya cuba hadkan gula dan garam. Gula menyebabkan naik turun tenaga dan boleh menambah kepada masalah kesihatan dan berat badan. Jumlah besar gula ditambah boleh terkandung di dalam makanan seperti roti, sup dan sayursayuran dalam tin, marjerin, makanan segera, kicap, dan sos. Jadi, beberapa tips yang kita boleh amalkansetiap hari adalah cuba untuk elakkan minuman bergula. Satu 12-oz soda mempunyai kira-kira 10 sudu teh gula di dalamnya, lebih daripada had harian yang disyorkan. Cuba air dengan lemon atau percikan jus buah-buahan. Kami juga mencadangkan untuk makan makanan semulajadi yang manis seperti buah-buahan, lada atau mentega kacang asli untuk memenuhi selera kita. Akhir sekali, kita mesti bersenam selalu dalam setiap minggu. Beberapa kaedah pemanasan badan dan strecthing boleh mengurangkan stresss dengan cara yang betul dan juga menggalakkan pergerakan usus. Senaman asas yang boleh kita lakukan setiap hari adalah seperti berjalan dan senam robik. Langkah ini boleh menghalang dan juga melambatkan kerosakan tulang dan melancarkan aliran darah dalam kapilari darah dengan memberi tekanan yang sesuai dalam kapilari darah.
REFLEKSI
REFLEKSI Ketika melakukan kerja projek ini, saya telah mempelajari bagaimana menggunakan Microsoft Excel. Sebelum ini, saya hanya tahu membuat jadual menggunakan Microsoft Excel. Semasa membuat kerja projek ini, saya mempelajari bahawa ia juga boleh digunakan untuk membuat persamaan matematik.
Saya juga telah mempelajari nilai kesabaran kerana semasa ingin membuat persamaan menggunakan Microsoft Excel, saya terpaksa mencari dalam internet dan telah membuang banyak masa hanya untuk mencarinya. Namun, akhirnya saya berjaya juga membuat persamaan matematik dalam Excel walaupun sudah berjam-jam masa dibuang. Setelah menyiapkan projek ini, saya ingin berterima kasih kepada rakan saya, Rofella kerana sentiasa membantu saya menyelesaikan beberapa masalah yang timbul dalam pengiraan saya. Begitu juga dengan guru Matematik Tambahan, Cikgu Khairiah kerana memberi peluang untuk saya menyiapkan kerja projek ini.