Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam

• Published on
24-Dec-2015

• View
5.470

• Download
6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

inovasi

Transcript

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMATEMATIK1.0TAJUK :Operasi Bahagi Menggunakan Kaedah Palang Oh Palang2.0PENGENALANSejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 4 Bestari di SK Mohd Shah untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran oparasi bahagi yang dianggap sukar dan membosankan.

3.0OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.2. Membentuk minat belajar matematik menggunakan kaedah yang baru .3. Meningkatkan penguasaan murid tahun 4 dalam operasi bahagi.4. Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menggunakan kaedah pembelajaran di luar kebiasaan.

4.0RASIONALMatlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

5.0SASARANMurid Tahun 4 Bestari, di SK Mohd Shah, terutamanya yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran operasi bahagi.

6.0PERNYATAAN MASALAHOperasi bahagi merupakan operasi yang paling sukar diselesaikan oleh murid berbanding tiga operasi yang lain. Hal ini disokong oleh Robinson (2006). Menurut beliau dalam penulisannya iaitu A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion on Multiplication/ Division Inversion Problem, pengajaran bagi topik darab dan bahagi adalah lebih lambat jika dibandingkan dengan tambah dan tolak (Robinson, 2006). Selain itu juga, bahagi merupakan operasi yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan operasi tambah tolak dan darab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rich dan Schmidt dalam buku Review of Elementary Mathematics pada tahun 1997 iaitu pendaraban boleh didefinasikan sebagai penambahan berulang, dan operasi bahagi boleh ditakrifkan sebagai penolakan secara berulang (Parkes A., 2008). Selain itu, operasi bahagi ini juga menjadi masalah kepada murid kerana operasi ini tidak mempunyai algoritma iaitu bentuk lazim seperti operasi yang lain. Hal ini juga turut dinyatakan oleh (John Back, 2007), algoritma pembahagian tidak sama seperti algoritma penambahan, penolakan dan pendaraban di mana operasi bagi algoritma ini diselesaikan dari kanan ke kiri, manakala algoritma pembahagian diselesaikan dari kiri ke kanan dan memerlukan proses penurunan. Hal ini menunjukkan operasi bahagi kelihatan sangat-sangat berbeza berbanding operasi lain. Oleh yang demikian, murid kurang mempraktikkan operasi ini dan menyebabkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah berkaitan operasi ini menjadi lemah.Sememangnya tidak dapat dinafikan soalan yang melibatkan operasi bahagi nombor 5-digit dengan 1-digit dan 2-digit menimbulkan masalah yang agak serius dalam kalangan murid-murid saya. Saya telah mengenalpasti beberapa kecuaian dan kesilapan yang dilakukan oleh mereka semasa menjalankan Ujian Diagnostik. Antara kecuaian atau kesilapan yang dilakukan adalah seperti di bawah :

Rajah 6.0 : Contoh Jawapan MuridKesukaran yang sering dihadapi oleh murid apabila nombor yang dibahagi adalah besar iaitu nombor lima digit seperti soalan dalam Rajah 6.0. Saya dapati kebanyakan murid tidak menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul dan hal ini menyebabkan pembahagian digit seterusnya adalah salah, seterusnya jawapan yang diperolehi juga adalah salah.Kesukaran ini berlaku kerana kurangnya penguasaan sifir dan tidak mengikut langkah-langkah yang betul dalam pengiraan bentuk lazim bagi operasi bahagi tersebut. Murid telah melakukan kesilapan dengan menurunkan 2 setelah digit 5 dibahagi 2, sepatutnya murid menurunkan 4 dibawah digit 5. Apabila langkah permulaan dengan menurunkan nombor yang salah, maka langkah-langkah seterusnya juga adalah salah. Sikap sambil lewa dalam kalangan murid saya dan penguasaan sifir yang lemah antara punca kegagalan mereka dalam menjawab soalan-soalan melibatkan operasi bahagi yang saya berikan dalam ujian diagnostik dan latihan harian.

Rajah 6.1 : Contoh jawapan muridDalam Rajah 6.1 pula, murid saya telah melakukan kesilapan dalam menulis hasil bahagi. Murid saya menulis 5 sebagai hasil bahagi digit 5 dengan 5, di mana sepatutnya murid menulis 1 sebagai hasil bahagi dan ditulis atas garisan, atas digit 5. Kesilapan pertama yang dilakukan menyebabkan langkah-langkah pengiraan seterusnya juga adalah salah dan akhirnya jawapan yang diberikan juga salah. Pengetahuan dan pemahaman mengenai prosedur menjalankan operasi bahagi bentuk lazim juga menjadi isu permasalahan dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Bestari.7.0SKOP DAN LIMITASI PROJEKBerdasarkan fokus saya untuk meningkatkan penguasaan operasi bahagi murid Tahun 4 Bestari, saya telah menetapkan skop bagi projek saya ini iaitu menumpukan perhatian terhadap meningkatkan penguasaan dalam operasi bahagi nombor lima digit dengan satu digit. Kemahiran menyoal yang saya laksanakan semasa pengajaran adalah dalam kawalan saya bagi melaksanakan projek inovasi ini. Dalam menentukan skop projek yang sesuai, saya telah menjadikan soalan-soalan di bawah sebagai panduan dan penanda aras :i.Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan penyelidikan dan inovasi? Ya. Masalah operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit wujud dalam amalan penyelidikan. Hanya bergantung kepada guru untuk mengambil cakna akan masalah ini atau pun hanya mengabaikannya.ii.Bolehkah penyelidik atau guru melakukan sesuatu terhadap situasi atau masalah tersebut bagi penambahbaikannya?Boleh. Saya menggunakan Kaedah Palang Oh Palang di mana ia paling sesuai dan mudah difahami oleh murid-murid saya dalam melakukan pengiraan operasi bahagi, di samping dapat mengelakkan kesilapan menurunkan nombor yang dibahagi dan menulis hasil bahagi. iii.Adakah penyelidik atau guru terlalu bergantung kepada orang lain apabila hendak melakukan sesuatu perubahan terhadap situasi atau masalah tersebut? Tidak. Kaedah Palang Oh Palang adalah sangat fleksibel digunakan dalam bilik darjah tanpa perlu membawa murid ke luar bilik darjah. Kaedah ini juga tidak memerlukan alatan bantu mengajar yang canggih sebaliknya hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang asas seperti pensel dan kertas. Oleh itu saya tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak sama ada pihak sekolah atau pun ibu bapa untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah ini boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

8.0KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEKHasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan peperiksaan Matematik Tahun 4 tahun-tahun lepas, saya dapati bahawa item berkaitan topik operasi bahagi merupakan item wajib dan perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka mempelajari topik-topik lain seperti wang dan sukatan. Kelemahan murid-murid dalam topik bahagi boleh menyebabkan pembelajaran mereka dalam topik-topik lain seperti pecahan, perpuluhan, wang dan sukatan menjadi sukar, kerana dalam setiap topik berkenaan ada pengiraan melibatkan operasi bahagi. Jika murid dapat menguasai kemahiran asas bahagi, kemungkinan besar mereka akan berpeluang memperolehi sekurang-kurangnya lulus dalam ujian atau peperiksaan matematik yang dijalankan.Kesilapan utama yang dihadapi oleh murid Tahun 4 Bestari dalam operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit ialah menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul. Didapati hampir semua murid menurunkan nombor yang salah setelah pembahagian digit pertama dibuat ketika melakukan operasi bahagi 5 digit dengan 1 digit. Apabila ditanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak dapat melakukan operasi bahagi dalam bentuk lazim mengikut prosedur yang betul, mereka menjawab bahawa mereka tidak dapat memahami bagaimana prosedur tersebut dilakukan. Hasil semakan lembaran kerja yang diberikan juga menunjukkan murid-murid tidak mengetahui nombor apakah yang sepatutnya diletakkan di tempat hasil bahagi walaupun sifir yang mereka bina adalah betul. Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah merasakan bahawa satu kaedah diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat melakukan operasi bahagi dengan betul agar dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam akademik khususnya dalam matapelajaran matematik agar tidak ketinggalan berbanding dengan murid-murid lain. Saya juga yakin jika saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik, sikap negatif murid-murid akan berubah dan pencapaian mereka dalam matapelajaran matematik dapat diperbaiki. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, saya berpendapat dengan penggunaan Kaedah Palang Oh Palang yang juga merupakan bahan bantu belajar dapat membantu murid-murid saya menguasai kemahiran dalam operasi bahagi nombor lima digit dengan satu digit atau dua digit.

9.0ANGGARAN KOS PROJEKJadual 9.0 menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini.Jadual 9.0 : Kos KajianBILJENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A43 X RM 9 = RM 27RM 27

2Printer Cartridge4 X RM 5 = RM 20RM 20

3Potostat Bahan Dan Laporan ProjekRM 20RM 20

4Fail3 X RM 4.90 = RM14.70 RM 14.70

5Kertas Warna10 X 0.10 = RM 1RM 1

6Buku CatatanRM 2RM 2

JUMLAHRM 84.70

10.0TINJAUAN DAN KAJIANBeberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal operasi bahagi menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep yang betul diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat bersama murid. Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang terasing, apabila dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid mengira begini iaitu dua dua , tiga tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku membuat murid mengingat tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran yang formal tentang aspek-aspek bahagi.Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan menyelesaikan masalah bahagi.Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya.Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Matematik dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam kelas. Ia juga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk yang akan datang. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam peperiksaan. Melalui projek inovasi ini juga diharapkan guru-guru Matematik dapat berkongsi pendapat bagi membantu murid-murid yang lemah. Kaedah ini juga diharapkan dapat membantu murid Tahun 4 Bestari melakukan pengiraan dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan murid. Ia juga akan memudahkan guru mengesan kesilapan murid menyelesaikan operasi bahagi 5 digit dengan satu digit atau dua digit.

11.0KAEDAH PENILAIANSaya akan menggunakan empat cara untuk membuat penilaian ke atas projek inovasi ini.. Jadual 11.0 dibawah ditunjukkan kaitan soalan kajian dengan cara pengumpulan data untuk penilaian projek.

Jadual 11.0 : Soalan Kajian , Pengumpulan Data Dan AnalisisSOALAN KAJIANCARA MENGUMPUL DATAANALISIS

1. Adakah penggunaan kaedah Palang Oh Palang dapat membantu murid Tahun 4 Bestari menguasai kemahiran operasi bahagi 5-digit dengan 1-digit?

-Ujian Pra-Ujian Pasca-Analisis Dokumen : i) Lembaran kerjaii) PemerhatianPeratusPeratus

PeratusKoding

2. Adakah penggunaan kaedah Palang Oh Palang dapat mengatasi masalah memahami prosedur menyelesaikan masalah pembahagian nombor 5-digit dengan 1-digit?-Analisis Dokumen :i) Lembaran kerjaii) PemerhatianPeratusKoding

3. Adakah penggunaan kaedah Palang Oh Palang dapat menarik minat murid Tahun 4 Bestari untuk melakukan operasi pembahagian nombor 5-digit dengan 1-digit?-Pemerhatian-Soal selidik

KodingPeratus

11.1Huraian Kaedah Pengumpulan Datai)Ujian Pra Dan Ujian PascaDi dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kedua-dua ujian ini akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi penggunaan kaedah Palang Oh Palang dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor lima digit dengan satu digit. Ujian Pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran kaedah Palang Oh Palang diperkenalkan manakala Ujian Pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan kepada kumpulan sasaran. Soalan Ujian Pra dan soalan Ujian Pasca adalah sama ( Lampiran B dan Lampiran C), hanya diubahsuai dari segi kedudukan soalan sahaja. Soalan ujian yang diberikan berupa soalan berbentuk struktur. Soalan yang dibina hanya terhad kepada topik bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit sahaja untuk memudahkan saya membuat penilaian yang lebih terperinci. Tempoh masa selama 10 minit diberikan untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan terdiri daripada 5 soalan subjektif yang perlu dijawab secara individu. Markah bagi setiap soalan ialah 20 markah dan jika jawapan diberikan adalah salah atau hanya dibiarkan kosong, maka tiada markah akan diberikan. Setiap jawapan murid akan dinilai dan diberi markah. Markah murid seterusnya dianalisis menggunakan perbezaan peratusan markah. Analisis data juga akan dilakukan dengan membandingkan skor markah murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Skor maksimum markah bagi setiap ujian ialah 100 peratus. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah.ii)Soal SelidikPengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi send...