Kertas Kerja China (China '10)

  • Published on
    14-Jul-2015

  • View
    148

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

CHINA 10

RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA Nama Program Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA Aktiviti yang melibatkan: Lawatan akademik ke beberapa universiti sekitar Beijing Lawatan industri ke kilang-kilang Program pertukaran budaya

Jenis Program

Matlamat dan Objektif Program

Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university ) Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global. Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul dengan institusi-institusi teknologi di negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Anjuran Tarikh Tempat Jumlah Peserta Anggaran kos

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. 24 Mei 2010 hingga 30 Mei 2010 China 25 orang mahasiswa FSKSM UTM. RM 76,650.00

KERTAS KERJA 1

CHINA 10

DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA 2010 ________________________________________________________________ 1.0 NAMA FAKULTI Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia. 2.0 TUJUAN KERTAS KERJA 2.1 Untuk mendapatkan kelulusan program dan kutipan penajaan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. 2.2 Untuk mendapatkan peruntukan Global Outreach dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). 2.3 Untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan badan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program. 2.4 Untuk memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat. 3.0 PENGENALAN Mahasiswa seharusnya peka terhadap perkembangan semasa, dalam dan luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dalam dunia tanpa sempadan (era globalisasi). Mahasiswa perlulah bergerak lebih jauh dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia adalah ilmu yang penting untuk mahasiswa mendalaminya di dalam membentuk mahasiswa yang lebih berfikiran terbuka dan matang. Selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, mahasiswa juga sentiasa disarankan agar melengkapkan diri dengan sikap-sikap positif ke arah membentuk peribadi, personaliti dan pemikiran yang cemerlang. Di dalam dunia serba canggih ini, mahasiswa tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut cabaran universiti untuk terus meningkatkan diri melalui program yang

2

CHINA 10

melibatkan jalinan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat ini, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor telah memikirkan dan merancang satu program yang dapat menonjolkan kualiti diri serta bakat kepimpinan pelajar dan juga memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan dunia luar. Di samping itu, program ini diharapkan dapat mencapai matlamat universiti ke arah pengiktirafan Universiti Bertaraf Antarabangsa (World Class University). Sehubungan dengan itu, Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China (CHINA 10) ini dirangka untuk mewujudkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat direalisasikan dan menjadi pencetus kematangan kepada generasi muda di Malaysia. 4.0 NAMA PROGRAM Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China / Delegation To China For Academic And Technology Review (CHINA10)

5.0 MATLAMAT PROGRAM Berusaha melahirkan mahasiswa glokal yang peka dengan perubahan global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha menjadikan Graduan Universiti Teknologi Malaysia sebagai teknokrat yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi, dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian kepada Tuhan.

3

CHINA 10

6.0 OBJEKTIF PROGRAM Pihak penganjur menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai : 6.1 Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya ke arah mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university). 6.2 Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global. 6.3 Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul di Malaysia dengan institusi-institusi teknologi di negara maju terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. 6.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi, berkaliber, dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual. 7.0 TEMA ILMU TANPA SEMPADAN

8.0 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh Fakulti sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

4

CHINA 10

9.0 KERJASAMA Jawatankuasa program akan memohon kerjasama dan bantuan dari segi kewangan dan kemudahan daripada agensi-agensi berikut: 9.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 9.2 Kementerian Luar Negeri 9.3 Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia 9.4 Kementerian Belia Dan Sukan 9.5 Kedutaan Malaysia di China 9.6 Kedutaan China di Malaysia 9.7 Kerajaan-Kerajaan Negeri 9.8 Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia 9.9 Syarikat-syarikat swasta

10.0

TARIKH PROGRAM 24 Mei 2010 30 Mei 2010

11.0

TEMPOH PROGRAM 7 hari

12.0

TEMPAT China

13.0

ANGGARAN PERBELANJAAN RM 76,650.00

14.0

PENYERTAAN 5

CHINA 10

25 orang mahasiswa jurusan Sains Komputer UTM 2 orang pegawai pengiring

15.0

BENTUK PROGRAM Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut: 15.1 Lawatan ke T. Tsinghua University, Beijing T.Tsinghua University , Beijing merupakan universiti terulung di negara China. Menyokong antara kombinasi Sains dan Teknologi , pengajaran dengan penyelidikan dan teori dengan latihan menjadi universiti China yang paling terulung ketika ini. Lawatan ke T.Tsinghua meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara perkara positf yang di laksanakan oleh T.Tsinghua. 15.2 Lawatan Industri ke Kingsoft Company Negara China merupakan negara yang paling pantas

membangunkan teknologi ICT mereka.Sebagai antara salah sebuah syarikat pembanggunan perisian yang terbesar di negara China. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang amat berguna kepada mahasiswa apabila dapat melihat sendiri production line penghasilan sesebuah perisian.

15.3 China

Lawatan Akademik ke University of Science and Technology of

6

CHINA 10

University of Science and Technology of China (USTC) merupakan salah satu universiti yang berprestij di China. Dengan pengkhususan yang serius dalam bidang sains dan teknologi, ini telah menjadikan USTC antara universiti di China yang paling banyak mendapat anugerah di peringkat antarabangsa. Lawatan ke USTC meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara perkara positf yang di laksanakan oleh USTC. 15.4 Lawatan ke Niujie Mosque Masjid Niujie merupakan yang tertua dan yang terbesar daripada semua masjid yang terdapat di Beijing. Masjid itu dibina dengan menggabungkan reka bentuk seni bina tradisional China dan seni bina bangunan timur tengah. Masjid ini terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu yang mempunyai penduduk Islam seramai 10,000 orang. Lawatan ke Masjid Nuijie adalah bertujuan untuk melihat tinggalan sejarah kerana Masjid Nuijie merupakan salah sebuah daripada khazanah kebudayaan Islam di China. 15.5 Lawatan Akademik ke Beijing University of Technology Beijing University of Technology merupakan salah sebuah 100 universiti yang terbaik di dunia. Lawatan ke universiti ini bertujuan untuk mengadakan perrbincangan dua hala dengan pelajar dari fakulti Sains Komputer mereka mengenai isu pembangunan ICT di Asia.

15.6

Majlis Ramah Mesra bersama Duta Malaysia di China

7

CHINA 10

Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia ke China, Yang Berhormat Dato Abdul Majid Ahmad Khan diadakan sebagai memperkenalkan Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China, (CHINA 10). Ia akan disertai oleh semua peserta CHINA 10 dan pegawai pengiring serta pegawai-pegawai yang bertugas di Kedutaan Malaysia di China. 15.7 Lawatan Industri ke Kilang Sutera Negara China merupakan negara yang terkenal dengan

penghasilan sutera yang bermutu tinggi di dunia. Kain sutera banyak dihasilkan di daerah Suzhou iaitu di sebelah selatan China. Lawatan ke kilang sutera adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dengan melihat sendiri bagaimana kain sutera di proses dan dihasilkan. 16.0 AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1 17.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 2 18.0 19.0 BELANJAWAN PROGRAM Rujuk Lampiran 3 PENAJAAN DAN PENGIKLANAN Rujuk Lampiran 4

20.0

RUJUKAN 8

CHINA 10

Saudara Zulkarnain bin Azham Pengarah Program Delegasi Akademik dan Teknologi Ke Beijing (CHINA 09) Tel : 013 - 2224189 E-mail : utm.beijing@gmail.com

21.0

PENUTUP Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas

mengenai ma