Kes study sem_3

  • Published on
    23-Jun-2015

  • View
    2.224

  • Download
    8

Embed Size (px)

Transcript

<ul><li> 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPenulisan Kajian Kes : Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak PintarCerdas Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaPendidikan Khas Semester 3 2010/2011Perkembangan Fizikal, Emosi, dan Murid-murid Pintar Cerdas KBC 30233 Jam Kredit Rabiatul Adawiyah binti Abdul Ghani D20091034762 1</li></ul><p> 2. ISI KANDUNGANMS1.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdasdan Berbakat1.1 Temperamen Perilaku dan Persekitaran31.2Perkembangan Fizikal 41.3 Perkembangan Emosi dan Sosial 51.3.1 Perfectionist 51.3.2 Super-Sensitivity 61.3.3 Kesukaran Memilih Kawan 62.0 Maklumat Respondent 72.1 Perkembangan Fizikal82.2 Perkembangan Emosi82.2.1 Super-sensitivity 82.2.2 Bersikap Dominan dalam Semua Perkara92.2.3 Perfectionist 92.3 Perkembangan Sosial 103.0 Model yang Digunakan : Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas &amp; Berbakat 104.0 Memahami Kanak-Kanak Pintar Cerdas dari Luar dan Dalam124.1 Kaunseling124.2 Intervensi 1 : Memulihkan dan Mengurangkan Masalah yang Responden Hadapi 134.2.1 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak 134.2.2 Aktiviti untuk Mengurangkan perasaan Perfectionist pada kanak-kanak14-164.2.3 Aktiviti untuk menggalakkan komunikasi dan sosial dengan kanak-kanaksebaya16-21Rujukan 22Lampiran 23-242 3. 1.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Persekitaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas danBerbakatTahun-tahun awal kehidupan seseorang anak akan memperlihatkan suatu keunikanuntuk menggalakkan perkembangan yang sihat, dan kajian telah menegaskan kepentinganlima tahun pertama yang dialami oleh kanak-kanak termasuklah perkara positif mahupunnegatif dalam membentuk perkembangan kognitif, tingkah laku, sosial dan emosi. Penyataanini sudah cukup menerangkan risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam emosi, sosial,perilaku masalah serta desakan untuk mendapat kelayakan, memberi sumbangan danpengguanaan perhidmatan.1.1 Temperamen Perilaku dan PersekitaranWalaupun temperamen perilaku adalah peting untuk dikenalpasti dan bagaimana ia memberikesan kepada kepada tingkah laku dan sikap terhadap kehidupan dan pembelajaran,teperamen perilaku kanak-kanak tidak semestinya akan menentukan personalitinya.Namun, ciri-ciri awal ini memberi kesan kepada perhubungan dan ia akan menjejaskanperhubungan bagi kedua-dua pihak bukan kepada satu pihak sahaja. Seorang bayi seringkalibelajar untuk menilai bagaimana orang lain memberi tindak balas dan membina gambaranmengenai diri mereka sendiri. Perkara ini merupakan perkembangan pertama dalam konsepdan keyakinan diri.1.1.1 Konsep Kendiri dan Keyakinan DiriKebanyakan pengamal bersetuju bahawa membina konsep kendiri bagi setiap kanak-kanakmerupakan kunci utama dalam proses pembelajaran kerana apabila kanak-kanak berkeyakinanterhadap diri mereka, mereka akan mudah mendapat kawan, menerangkan kepada orang yangdipercayai mengenai keinginan mereka dan bersemangat untuk mempelajari perkara-perkarabaru.Konsep kendiriKonsep kendiri merujuk kepada pandangan sesorang tentang dirinya sendiri. Ia jugamerangkumi tentang apa yang orang lain fikirkan tentang dirinya. Konsep kendiri bolehmenjadi positif atau negatif. Oleh itu, ibu bapa dan guru harus peka dan berusaha gigih untukmembentuk konsep kendiri yang baik dalam kalangan kanak-kanak. 3 4. Keyakinan DiriKanak-kanak akan membaca reaksi yang diberikan orang lain dan akan cubamengklasifikannya sebagai positif atau negatif. Perkara ini akan memberi pandanganautomatik kepada diri mereka sendiri iaitu Apa yang saya fikirkan tentang diri sayabergantung apa yang orang lain fikirkan tentang diri saya!. Sekali lagi, penilaian kanak-kanak tidak akan tepat. Tetapi disebabkan oleh apa yang mereka lihat adalah betul sepertipengaruh terhadap pandangan tentang diri sendiri dan juga perilaku yng dihasilkan, pengamalakan bekerja keras untuk berinteraksi dengan setiap kanak-kanak di dalam cara yang positif.1.2 Perkembangan FizikalContrasting MilestoneNormal30% maju(bulan)Perkembangan FizikalMengangkat dagu sambil berbaring di lantai1 0.7Berguling 3 2.1Duduk dengan bantuan4 2.8Duduk dengan sendiri7 4.9Berdiri dengan bantuan8 5.6Berdiri dengan sendiri 11 7.7Berjalan sendiri12.58.7Merangkak menaiki tangga 1510.5Berjalan menaiki tangga1812.6Berjalan dengan baik 2416.8Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah)3021.0Menaiki basikal tiga roda menggunakan pedal3625.2Melempar bola4833.6Melompat alternatif kaki 6042.0Perkembangan Motorik HalusBermain dengan permainan3 2.1Memegang objek di antara ibu jari dan jari9 6.3Coretan spontan13 9.1Melukis orang dengan dua bahagian badan4833.6Melukis orang yang dikenali dengan badan 60 42Melukis orang dengan leher, tangan dan baju7250.4 (Christine Macintyre 2008).4 5. 1.3 Perkembangan Emosi dan Sosial1.3.1 PerfectionistDi antara pendidik yang berbakat, hubungan antara bakat dan perfeksionisme jelas ditetapkan.Kecenderungan ke arah kesempurnaan umumnya muncul sebagai item pada skala penilaiandan senarai semak digunakan oleh orang tua dan guru untuk mencalonkan pelajar berpotensidan berbakat. Artikel pada keperluan kaunseling bagi indvidu pintar cerdas dan berbakat secara rutinmenyebutkan kesempurnaan sebagai risiko bagi pelajar berbakat. Ada dua kebimbanganutama tentang kesempurnaan untuk pelajar berbakat: kemunduran dan gejolak emosional.Kecenderungan perfeksionis membuat beberapa pelajar berbakat terdedah kepada bahayayang dihadapi kerana mereka tidak akan menyerahkan kerja kecuali sekiranya kerja merekaitu sempurna.Berikut merupakan tanda-tanda Kesempurnaan yang ditunjukkan oleh individu pintar cerdasdan berbakat : Berasa malu dengan kesalahan yang dilakukan Marah apabila dirinya dikritik oleh orang lain Cemas apabila menyatakan pendapatnya kepada orang lain Risau secara keterlaluan mengenai semua perkara Berasa marah apabila rutinnya terganggu Berdebar-debar apabila semua di sekelilingnya kotor Takut dan cemas pada setiap masa Kepenatan dan tidak mampu untuk berehat Terganggu dengan kebencian yang ada dalam diri Takut akan menjadi individu yang tidak dapat bersaing Takut ditolak oleh sesuatu Malu apabila mempunyai rasa takut Hilang semangat Berasa bersalah jika membuatkan orang lain kecewa dengan dirinya(Thomas S. Greenspon 2002). 5 6. 1.3.2 Super SensitivityKebanyakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat sangat sensitif. Mereka tampaknyamengambil segala sesuatu ke dalam hati dan menjadi sangat marah dengan kata-kata danperbuatan yang kanak-kanak lain boleh mengabaikan atau melupakannya lebih cepat. Kanak-kanak pintar cerdas sering mengalami konflik batin yang terdedah, seringmengutuk diri sendiri, kegelisahan dan perasaan rendah diri. Para doktor dalam perubatansering melihat konflik ini sebagai gejala dan label neurotik orang pintar cerdas dan berbakat.Mereka juga memunyai sistem saraf yang amat sensitif yang membuat mereka mudah membritindakbalas kepada diskriminasi daripada rangsanagn luar serta lebih analitis dan kritisterhadap diri mereka sendiri dan juga orang lain.1.3.3 Kesukaran Memilih KawanSemua orang memerlukan kawan untuk dijadikan teman ketika keluar, bergembira dan tempatkita meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Bukanlah mudah untuk kanak-kanak pintarcerdas dan berbakat bagi mencari kawan yang sesuai dan boleh menerima kelebihan yangmereka ada. Fromm (1957), Sullivan (1953), Erickson (1963) dan Selman (1981) telahmenerangkan beberapa fungsi persahabatan iaitu teman, stimulasi, sokongan fizikal dan ego,kasih sayang, keintiman dan perbandingan sosial. Oleh itu, Judy Galbaraith 1999 telah menggariskan Tiga Petua Persahabatan yangboleh dicuba untuk menggalakkan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat mendapat kawanyang mereka inginkan. Petua pertama ialah mintalah ibu bapa untuk membantu kanak-kanakberhubung dengan kanak-kanak pintar cerdas yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas mungkinboleh berkata kepada guru atau kepada guru program pintar cerdas di sekolah lain. Merekajuga boleh memasuki National Association of Gifted Children (NAGC) ataupun organisasipersekutuan yang lain untuk membantu kanak-kanak ini. Petua kedua ialah carilah rakan menulis surat dan bertukar maklumat. Kanak-kanakboleh mencari alamat dengan menyertai kumpulan rakan menulis surat kebangsaan di dalaminternet. Petua ketiga pula ialah dapatkanlah seorang mentor bagi setiap kanak-kanak pintarcerdas dan berbakat. Mentor mestilah merupakan orang dewasa yang akan memberi panduandan menggalakkan kamu dan bersama kamu untuk menerokai minat kamu.6 7. 2.0 Maklumat RespondenNama:Ayin (bukan nama sebenar)Umur:7 tahunAlamat:Negeri Sembilan.Jantina :PerempuanBangsa:MelayuAgama :IslamStatus Pekerjaan:MuridTangan Dominan:KananSebab-sebab Pemilihan :Pintar Cerdas dalam AkademikKonsep Kendiri:Konsep kendiri merupakan nama yang diberi oleh kanak-kanak kepada gambar yang merekalukis mengenai diri mereka sendiri. Oleh itu, pemerhatian yang saya lakukan kepadaresponden seperti , Saya seorang kanak-kanak perempuan yang cantik dan kecantikan yangsaya miliki semulajadi daripada bayi; saya bersaiz kecil seperti anak patung walaupun telahberumur tujuh tahun; saya suka menonton kartun; saya mampu mendapat markah tertinggidalam ujian; dan sebagainya merujuk kepada konsep kendiri bagi responden.Keyakinan Diri:Sekali pandang, ramai orang akan mengetahui responden merupakan kanak-kanak pintarcerdas dan berbakat yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Responden menghargaikelebihan yang dia perolehi dan tidak menganggap kelebihan itu sebagai sesuatu yangmembuat dia berbeza daripada orang lain. Oleh tu, Ayin mengambil langkah untukmenyerlahkan kelebihannya kerana Ayin gemar dipuji. 7 8. 2.1 Perkembangan Fizikal PerkembanganResponden (bulan)Perkembangan Fizikal 0.9Mengangkat dagu sambil berbaring di lantai3Berguling 4Duduk dengan bantuan6Duduk dengan sendiri7Berdiri dengan bantuan10Berdiri dengan sendiri11Berjalan sendiri13Merangkak menaiki tangga16Berjalan menaiki tangga 20Berjalan dengan baik 28.5Melompat-lompat (2 kaki daripada tanah) 32Menaiki basikal tiga roda menggunakan pedal 41Melempar bola 58Melompat alternatif kaki30Perkembangan Motorik Halus 11.5Bermain dengan permainan47Memegang objek di antar ibu jari dan jari 50Coretan spontan 692.2 Perkembangan Emosi2.2.1 Super sensitivityAyin suka menangis dan merajuk sekiranya apa yang dikehendakinya tidak dapat diperolehi.Bagi Ayin, apa yang dikehendakinya mesti dipenuhi jikalau tidak Ayin akan menangissepanjang hari. Ayin merupakan seorang kanak-kanak yang mementingkan kecantikan merangkumipakaian, kebersihan diri serta kekemasan rambut. Ayin berasa gembira jika keluarga, sanak-saudara mahupun rakan-rakan memuji kecantikannya dan hal ini telah memberi semangatkepada Ayin untuk memelihara kecantikan semulajadinya. Sekiranya Ayin lalu di kedai baju8 9. dan dia menginginkan baju tersebut, dia akan merengek-rengek kepada ibunya agarkehendaknya dipenuhi. Sekiranya tidak diperoleh, Ayin akan menangis di kedai itusehinggalah Ayin dapat apa yang diinginkan. Ayin juga mudah kecil hati sekiranya ibunya tidak memenuhi janji untuk meluangkanmasa bersamanya. Misalnya, ibu Ayin telah berjanji akan pulang terus ke rumah selepas kerjauntuk bermain congkak dengannya. Namun, disebabkan beberapa hal yang penting ibunyaterpaksa membantu ayah Ayin selama sejam di kedai runcit milik keluarga. Ayin akanmerajuk jika ibu tidak pulang mengikut waktu yang dijanji dan masa yang lama diambil untukmemujuk Ayin sehinggalah perasaan kecil hatinya beransur-ansur hilang.2.2.2 Bersikap dominan dalam semua perkaraAyin sering menjadi ketua dalam kalangan rakan sebaya. Dia selalu mengetuai perbincangandan permainan secara berkumpulan kecil yang dilakukan guru. Selain itu, Ayin juga bersikapdominan dengan adik-beradik di rumahnya.2.2.3 PerfectionistPerfektionis boleh dikenalpasti melalui cara seseorang kanak-kanak pintar cerdas danberbakat itu berfikir. Responden akan berasa malu dengan kesalahan yang dia lakukan danmementingkan kesempurnaan . Respondent yang manja dengan panggilannya di rumah iaituAyin gemar melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Oleh itu, ibubapanya telahmenyediakan kelengkapan melukis dan mewarna lengkap untuk dirinya. Setiap kali Ayinmelukis, dia akan pastikan lukisannya sempurna mengikut daya kreatif yang dia kehendaki.Sekiranya lukisannya comot dan tidak memenuhi kepuasan hatinya, Ayin akan marah lalumengoyak-ngoyakkan kertas lukisan tersebut. Namun, dia tidak akan berputus asa dan akanterus mencuba sehinggalah berjaya memenuhi impiannya. Selain itu, Ayin akan memasang impian yang tinggi untuk mendapat markah terbaik didalam kelas terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu. Sekiranya Ayin tidak berjaya mendapatmarkah tertinggi di dalam kelas, dia akan balik ke rumah dan menunjukkan mimik muka yangsedih dalam beberapa tempoh. Ayin berkata kepada ibunya Ayin tidak pandai sebab itu Ayintidak dapat markah tertinggi di dalam kelas. Ayin merasakan itu sebagai suatu kegagalanwalaupun markah yang diperolehinya juga tinggi. 9 10. 2.3 Perkembangan SosialResponden menghadapi kesukaran dalam mencari rakan yang sesuai. Kebanyakan rakan yangdipilih adalah lebih tua dari dirinya. Responden berminat untuk bermain dan berkongsiaktiviti dengan rakan sebaya mahupun rakan-rakan lain dimana umur bukanlah faktor utamayang responden tetapkan. Bagi dirinya, minat yang sama serta kematangan dalam berbicaraadalah lebih penting. Responden akan mencari rakanrakan yang menghargai dan memahamikelebihannya. Disamping itu, responden akan berperwatakan peramah sekiranya personaliti rakanbaru yang dijumpai bersesuaian dengan dirinya. Pada pertemuan yang pertama, Ayin akanmemerhati responden daripada jauh dan jika peribadai orang yanag baru dikenali bolehditerima, responden akan datang untuk menegur rakan baru itu.3.0 Model yang Digunakan : Model Pembentukan Identiti Pintar Cerdas dan BerbakatModel Pembentukan Identiti Pintar Cerdas dan Berbakat ini merupakan panduan dalammemahami kerumitan dan perbezaan halus yang terdapat pada golongan pintar cerdas danberbakat. Model ini menyediakan rangka kaunseling yang membantu individu pintar cerdasdan berbakat berwaspada dan memahami kesan pintar cerdas yang mereka miliki terhadapperkembangan kehidupan. Kaunselor menggunakan model ini untuk mentaksir kerumitanpersekitaran individu pintar cerdas dan bagaimana pintar cerdas ini tergolong dalamperkembangan sihat ataupun tidak sihat kepada individu. Model ini berperanan sebagai panduan untuk mencipta intervensi, latihan atau strategiuntuk memudahkan proses memberi kaunseling. Model ini tidak bermakna digunakan sebagaiskala kriteria untuk kesihatan mental ataupun untuk membandingkan perkembangan individu.Ia mempunyai tiga tujuan kecil dalam menyediakan kaunseling iaitu sebagai alat kajian,membantu dalam perkembangan intervensi kaunseling dan sebagai panduan dalam proseskaunseling. Model ini turut menyediakan sebuah konteks untuk memahami pintar cerdas sebagaisebahagian sifat manusia yang berterusan. Ia membenarkan pintar cerdas ditempatkan didalam konteks perkembangan positif daripada di...</p>