kesihatan diri

• Published on
07-Dec-2015

• View
216

• Download
2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jenis penyakit

Transcript

LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001HBHE2103

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

HBHE 2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SEMESTER MEI 2015

Name: LENNY GAN GEAK SIEW

Matric number: 861128296256001

NRIC: 861128296256

E-mail address: lennygan86@gmail.com

Learning Centre: KELANTAN LEARNING CENTRE

Isi Kandunganisi kandunganmuka surat

1.0Tugasan (a):Empat kes yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar:

1.1 120 Murid Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah 3 - 7

1.2 Murid Didakwa Dijangkiti H1N1 Di Melaka Meninggal Dunia8 - 12

1.3 14 Murid Sekolah di Gelang Patah Disahkan Menghidap Penyakit HFMD13 15

1.4 Seorang Pelajar Sekolah Maut Akibat Denggi Sejak Jan16 - 18

2.0Tugasan (b):Empat aktiviti dijalankan pihak sekolah untuk menangani masalah ini.

2.1 Masalah Keracunan Makanan

19 23

2.2 Masalah H1N1

24 26

2.3 Masalah HFMD

26 28

2.4 Masalah Demam Denggi

29 31

3.0Rujukan32

Tugasan (a):1.0 Empat kes yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar:1.1 Kes 1: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/01/30/120-murid-keracunan-makanan-di-kantin-sekolah/ 120 Murid Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AMPunca-Punca Berlakunya Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah:Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.Punca utama keracunan makanan di sekolah adalah disebabkan oleh sikap pemilik atau pengusaha kantin yang kurang bertanggungjawab. Terutamanya dalam aspek kebersihan semasa menyediakan makanan.

Penyediaan makanan dalam keadaan yang menjijikan.Majoriti daripada mereka lebih cenderung kepada mengaut keuntungan semata-mata dan kurang menitikberatkan kualiti makanan yang disediakan. Malah tidak pedulikan sama ada makanan tersebut masih sesuai untuk dijual kepada pelajar. Sebagai contoh, mereka tidak mencuci bahan mentah dengan sempurna sebelum digunakan untuk memasak sesuatu hidangan. Walaupun situasi sebegini juga sering berlaku di restoran di luar sana, namun ia memang patut dielakkan. Kantin atau dewan makan yang mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan di mana makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat sehingga mengakibatkan keracunan makanan.

Makanan sepatutnya ditutup berasingan dengan tudung dan tidak harus dibiarkan terbuka sebegini.Selain daripada itu, kemungkinan besar bahan mentah yang digunakan telah tercemar. Seperti ikan dan ayam sudah tidak segar atau busuk, namun ia masih dimasak dan dijadikan hidangan kepada murid sekolah. Kebanyakan sekolah telahpun melarang pengusaha kantin daripada menjual makanan ringan yang mengandungi bahan kimia secara berlebihan atas sebab ia akan menjejaskan kesihatan.

Makanan ringan yang nampak menawan, namun ia langsung tidak berkhasiat dan membebankan.

Bagaimana Ia Merebak: Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam). Ini menambah risiko makanan tersebut menjadi basi ataupun dihinggap kuman atau mikro-organisma yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sebagai contoh, pengusaha kantin menyediakan makanan terlalu awal sebelum waktu rehat pelajar. Makanan tidak dimasak dengan sempurna membawa kuman dan makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak. Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih. Oleh itu, pengambilan pekerja kantin juga perlu diberi perhatian. Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan. Usaha untuk membuat pemeriksaan badan harus dikuatkuasakan untuk kesemua pekerja kantin.

Kadar berlakunya kes keracunan makanan yang membimbangkan.Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan: Pihak pengurusan kantin seharusnya sentiasa menjaga kebersihan: Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan. Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga, makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain. Asingkan makanan mentah dari yang telah dimasak: Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di dalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah. Pelajar juga perlu mengutamakan kebersihan diri. Sentiasa bersihkan tangan sebelum makan mengikut langkah mencuci tangan yang betul.

1.2 Kes 2:http://mynewshub.cc/2015/04/15/murid-didakwa-dijangkiti-h1n1-di-melaka-meninggal-dunia/Murid Didakwa Dijangkiti H1N1 Di Melaka Meninggal Dunia

Kelihatan beberapa orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck untuk melakukan pemeriksaan berikutan seorang pelajar sekolah tersebut disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) dan masih dalam siasatan di sini hari ini. Apr 15, 2015

Punca-Punca Berlakunya Jangkitan H1N1:Seorang murid Tahun Lima dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck telah meninggal dunia akibat jangkitan virus Influenza A atau lebih dikenali sebagai H1N1. Maka di sini akan dibincangkan tentang punca serta akal umbi masalah jangkitan tersebut yang juga ada kaitan dengan alam sekitar mereka.Demam Virus Influenza A (H1N1) merupakan penyakit sistem pernafasan yang lazimnya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya hanya terdapat dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Proses penyebaran virus H1N1.Antara punca merebaknya wabak ini ialah:i. kurang peka dalam menjaga kebersihan diri terutamanya selepas melakukan aktiviti. ii. kurang kesedaran betapa pentingnya penggunaan sabun antibakteria.iii. Pemakaian topeng muka juga kurang dititikberatkan oleh sesetengah pihak yang dijangkiti batuk dan selesema kerana mereka berpendapat bahawa pemakaian topeng menyusahkan.

Virus disebarkan dari pesakit kepada umum.iv. Sesetengah pihak enggan berjumpa doktor apabila mengalami simptom-simptom Influenza A. Lanjutan daripada itu, mereka yang sudah berjumpa dengan doktor pula tidak mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor. v. Elakkan berada di tempat yang sesak seperti di pasar malam atau kompleks beli belah. vi. Virus ini juga merebak disebabkan faktor perubahan cuaca yang tidak menentu. Fakta ini diakui sendiri oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu wabak ini menular berkali-kali ganda pada musim hujan. Keadaan lembap dan kering yang bersilih ganti menyebabkan ramai penduduk menghidap selesema dan batuk. Bagaimana Ia Merebak:Virus jenis A (H1N1) selsema babi ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari individu ke individu yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka. Kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti. Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Anak-anak kecil merupakan golongan yang peling berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Proses penyebaran virus H1N1

CARA PENCEGAHAN H1N1

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu semasa bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah yang bertudung selepas menggunakannya.

Basuh tangan dengan sabun dan air secara kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga berkesan. Mengelakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut disebabkan kuman boleh merebak melalui cara ini.

Jika sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya tidak ke sekolah, di samping mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

1.3 Kes 3:http://utusanmalaysian.blogspot.com/2014/10/14-murid-sekolah-di-gelang-patah.html14 Murid Sekolah di Gelang Patah Disahkan Menghidap Penyakit HFMD

Isnin, Oktober 13, 2014Punca-Punca Berlakunya Penyakit HFMD:Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD- Hand, foot and mouth disease) yang disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

Tanda dijangkiti penyakit HFMDHFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.Bagaimana Ia Merebak:HFMD merupakan penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada haiwan.Mencegah HFMD: Elakkan bersentuh dengan lelehan hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti. Jangan berkongsi perkakasan makanan. Pastikan alat permainan, buku, perkakas makan, tuala dan pakaian bersih. Elakkan berhubung rapat seperti memeluk atau mencium. Bersih dan membasmi mainan dan peralatan dengan teliti jika digunakan sebelum ini oleh seseorang yang dijangkiti HFMD. Basuh tangan dengan kerap dan memastikan langkah-langkah kebersihan.

7 langkah membasuh tangan yang betul.1.4 Kes 4:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/seorang-pelajar-sekolah-maut-akibat-denggi-sejak-jan-31314Seorang Pelajar Sekolah Maut Akibat Denggi Sejak Jan

Punca-Punca Berlakunya Penyakit Denggi:Kes demam denggi yang melibatkan pelajar sekolah dilaporkan tinggi dan mengakibatkan satu kematian di Wilayah Persekutuan. Harus dipandang serius tentang penyakit yang merunsingkan ini. Namun, adakah kita tahu punca sebenarnya? Yang boleh dikenalpasti sekarang adalah ia tentu berkaitan dengan keadaan alam sekeliling kita.Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Keseua serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berlainan. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tersebut akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 - 5 hari pada tahap awal penyakit.Bagaimana Ia Merebak:Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi, ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Tanda-tanda demam denggi.Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan juga luar bandar. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit. Mencegah Penyakit Deman Denggi:Perlindungan dari gigitan nyamuk.Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Tugasan (b):2.0 Empat aktiviti dijalankan pihak sekolah untuk menangani masalah ini:2.1 Masalah Keracunan Makanan:Aktiviti:Ceramah dan Pameran Peringkat SekolahTarikh:Tertakluk kepada perubahan.Tempat:Dewan Serbaguna SekolahKumpulan Sasaran:Seluruh pelajar dan kakitangan sekolah.Penceramah:Diaturkan oleh pihak Consumers' Association of Penang (CAP).Anjuran Bersama:Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, Consumers' Association of Penang (CAP), Persatuan Ibu Bapa dan Guru.Polisi:Menganjurkan ceramah dan pameran berkaitan dengan keracunan makanan agar meningkatkan kesedaran pelajar tentang masalah keracunan makanan.Topik:Kenali Keracunan Makanan, Perangi Berhabis-Habisan.Objektif:i. Mencegah daripada berlaku keracunan, dan mengambil tindakan betul jika berlaku keracunan di sekolah.ii. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan.iii. Mengenalpasti ciri-ciri atau tanda makanan yang telah rosak.iv. Melaporkan kepada pihak tertentu sekiranya mendapati makanan yang dibeli telahpun melepasi tarikh luput ataupun rosak.Isi Kandungan Ceramah dan Pameran:Dibahagikan kepada lima bahagian utama, iaitu:a. Keracunan Makanan dan Langkah Mencegahnya.b. Penyebab Keracunan Makanan Dan Tindakan Sekiranya Mengalami Keracunan Makanan.

c. Kepentingan Dan Langkah Membasuh Tangan Yang Betul.d. Percayakan Deria Anda Semasa Mamilih Makanan.

e. Kepentingan Membaca Label Pada Makanan.

Aktiviti Tambahan Semasa Pameran:Kuiz berkaitan dengan maklumat ataupun input yang diperolehi oleh pelajar. Setiap pelajar layak untuk menyertai kuiz tersebut dengan menjawab soalan dan mengisi borang penyertaan dan hantar. Kenali Keracunan Makanan, Perangi Berhabis-Habisan.Borang Penyertaan KuizNama: ________________________Kelas: ________________________

S1: Nyatakan 2 tanda keracunan makanan. (a) _________________________ (b) _________________________S2: Susun kaedah membasuh tangan mengikut urutan yang betul.

S3: 3 deria utama digunakan untuk mengenalpasti makanan yang telah rosak atau basi. (a) _________________________ (b) ___________...