Kesihatan & Kesejahteraan

  • Published on
    19-Oct-2015

  • View
    710

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Modul

Transcript

Slide 1

Modul Pembelajaran PJJ UPSIDisediakan Oleh:Mohd Sani Madon (PhD)AGIHAN UNITUNIT 1: PENGENALAN KEPADA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN: Konsep-konsepasas Gaya Hidup Sihat. Menterjemahkan Konsep Kesejahteraan (Wellness); Kontinum kesejahteraan yang merangkumi pelbagai aspek dan membincang kaitan gaya hidup dan penyakit kronik.UNIT 2: ISU-ISU KESIHATAN DAN KECERGASAN SEMASA: Memberi ruang kepada pelajarmemperoleh maklumat kontemporari isu-isu kesihatan dan gejala dari kehidupan yang tidak sihat.UNIT 3: KECERGASAN FIZIKAL: Membezakan Kesihatan berteraskan kecergasan dan lakuanmotor; Mengenal pasti bagaimana tahap kecergasan dapat ditingkatkan.UNIT 4: SENAMAN DAN KECEDERAAN: Memperkenalkan Ujian-ujian kecergasan dalammengukur tahap kesihatan individu. Melihat lakuan-lakuan fizikal yang sesuai bagi mengelak kecederaan.UNIT 5: PEMAKANAN YANG MENYIHATKAN: Memperkenal makanan seimbang dan sihatdan bagaimana makanan mempengaruhi gaya hidup serta pengurusan berat badan.UNIT 6: PROGRAM LATIHAN: Memperkenal pelbagai kaedah latihan dan membina programlatihan fizikal yang mampu meningkatkan tahap kecergasan individu dan masyarakat.1[TYPE THE DOCUMENT TITLE]QGK 3013UNIT 1: PENGENALAN KEPADA KESIHATAN DANKESEJAHTERAANSenarai KandunganKANDUNGANHASIL PEMBELAJARAN31.01.11.21.3PENGENALANKESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN ADALAH MULTIDIMENSI KESEJAHTERAAN HOLISTIKPERSEKITARAN SIHAT1.3.1 Ketahui Perihal Kesihatan Sejarah Keluarga Anda1.3.2 Perubahan Gaya Hidup adalah Prioriti Kesihatan AwamKLASIFIKASI KESIHATANFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KESIHATAN INDIVIDU MANFAAT KESIHATAN DAN AKTIVITI FIZIKALPENILAIAN RISIKO KESIHATAN PEMAKANANPENGURUSAN PEMAKAN DAN AKTIVITI FIZIKAL UNTUK BADAN SIHATKESIMPULAN379111.41.51.61.71.81.91.1013151718191921LATIHANRUJUKAN22232[TYPE THE DOCUMENT TITLE]QGK 3013UNIT 1: PENGENALAN KEPADA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAANKonsep-konsep asas gaya hidup sihat. Menterjemahkan Konsep Kesejahteraan (Wellness);Kontinum kesejahteraan yang merangkumi pelbagai aspek dan membincang kaitan gaya hidup dan penyakit kronikHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: Mendefinisi konsep-konsep asas kesihatan dan kesejahteraan;Membincangkan gaya hidup individu dan masyarakat serta implikasinya terhadap keperluan pemeliharaan kesihatan dan kesejahteraan hidup yang holistik;Menghubungkan faktor nutrisi dan peranannya kepada asas kesihatan dan kesejahteraan. Menjelaskan pengaruh gaya hidup ke atas kesihatan dan kesejahteraan sertakaitan dengan penyakit kronik.UNIT 1.0 PENGENALANIstilah "kesihatan dan kesejahteraan" telah menjadi alat yang berkuasa untuk aktiviti promosidalam industri kesihatan dan kesejahteraan. Lebih ramai individu masyarakat yang semakin menaruh minat dan berubah kepada gaya hidup yang lebih mementingkan kesihatan dan gaya hidup yang lebih sihat, maka lebih ramai individu yang terlibat sebagai pembekal perkhidmatan melibatkan diri dalam industri ini., seterusnya lebih banyak syarikat mendapat menafaat. Terdapat lonjakan kepada permintaan peruncit makanan kesihatan, pengeluar peralatan senaman, dan syarikat-syarikat yang menghasilkan vitamin atau pemakanan tambahan kesan daripada perkembangan kemajuan dalam teknologi sebaran maklumat khususnya internet. Seterusnya ini telah banyak meningkatkan kesedaran kepada pengguna tentang buruk atau baiknya satu-satu produk kesihatan secara menyeluruh dan mewujudkan kelompok populasi yang dikenali sebagai individu pemilih (Individual with choice). Walaubagaimanapun kemajuan teknologi ini juga membawa cabaran besar kepada industri-industri tertentu. Di antara industri yang telah mendapat kesan sampingan secara tidak langsung dalam peningkatan kesedaran ini ialah industri tembakau, makanan segera dan alkohol. Seterusnya, syarikat-syarikat yangproduk atau perkhidmatan secara umumnya dikaitkan dengan kesihatan yang kurang baik akan3[TYPE THE DOCUMENT TITLE]QGK 3013mendapat kesan negatif kerana meningkatnya paras kebimbangan awam tentang kesihatandan kesejahteraan.Istilah dan pengtakrifan kesihatan dan kesejahteraan sering digunakan silih berganti, tetapiianya mempunyai makna yang sedikit berbeza. Kesihatan adalah lebih menjurus kepada istilah yang berkait rapat dengan perubatan dan menerangkan keadaan fizikal dan mental seseorang. Ia biasanya menandakan kekurangan penyakit atau keabnormalan. Kesejahteraan pula ditakrifkan sebagai proses keseluruhan mengekalkan keadaan umum kesihatan yang baik. Kesejahteraan melibatkan keputusan yang secara sedar pada sesaorang individu, sedangkan kesihatan hanya menggambarkan keadaan seseorang. Dalam penggunaan yang lebih dinamik dan meluas, bagaimanapun, gabungan frasa "kesihatan dan kesejahteraan" membawa pengertian konsep usaha mendapatkan kesihatan keseluruhan yang mecakupi komponen fizikal, mental, emosi dan sosial. Istilah ini sering digunakan dalam pelbagai konteks, yangsemua nya bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik.Banyak faktor yang telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam terhadapkesihatan dan kesejahteraan. Kadar penyakit jantung yang semakin tinggi, peningkatan dalam statistik kanser, pertambahan kepada populasi obes, dan pelbagai ancaman kesihatan yang lain semua telah menarik perhatian kepada keperluan untuk pilihan gaya hidup yang sihat. Selain itu, teknologi perubatan moden telah berkembang, Pengetahuan doktor dan saintis keatas tubuh manusia telah banyak berkembang, mendedahkan banyak risiko kesihatan yangsebelum ini tidak diketahui.Seratus tahun yang lalu, doktor menganggap pendedahan cahaya matahari yang berlebihansebagai berfaedah, dan pembelian heroin / kokain, boleh dilakukan di kedai-kedai secara terbuka. Kini pengetahuan umum mendapati bahawa pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu banyak boleh menyebabkan kanser kulit, merokok boleh membawa kepada peningkatan bilangan kematian yang traumatik, dan kerap memakan ais-skrim boleh meningkatkan berat badan dan membawa kepada risiko kencing manis dan penyakit jantungdan pengambilan dadah secra berlebihan boleh membawa kepada kematian.4[TYPE THE DOCUMENT TITLE]QGK 3013Walaupun pelbagai definisi serta takrif kesihatan dan kesejahteraan boleh diguna yangmerangkumi kepada dari hanya melibatkan fizikal sahaja kepada isu memenuhi keperluan rohani, ramai bersetuju bahawa kesihatan dan kesejahteraan melibatkan proses membuatkeputusan yang bersungguh-sungguh untuk memperbaikiseseorang. Komponen utama dalam penjanaankeadaankesihatankeseluruhankesihatan dan kesejahteraan adalah:Pengambilan makanan yang lebih sihat: Ini dianggap asas dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Seperti mana pepatah yang pernah kita dengar, kita adalah apa yang kita makan (We are what we eat). Ramai yang telah menerima hakikat iaitu, makanan yang kita ambil berkait rapat dengan status kesihatan kita. Oleh itu, menjaga kualiti dan kuantiti pemakanan kita merupakan batu asas kepada penjagaan dan pengekalan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik. Kecergasan Fizikal: Walaupun kita boleh kekal sihat dan sejahtera tanpa perlu berlari marathon, tetapi melakukan senaman yang memadai telah dikenalpasti sebagai bahagian yang penting dalam gaya hidup sihat.Menjauhi bahan dan tabiat yang berisiko negatif: menjauhkan diri dari mengambil bahan-bahan dan tabiaat yang mempunyairisiko kesihatan yang negatif seperti bahantembakau,alkohol,dadah,sebaliknyamengamalkan budaya dan tingkah laku yanglebih positif seperti mengekalkan budaya keluarga yang intim, penggunaan krim pelapissinaran matahari dan patuh kepadaundang-undang jalan raya boleh menjamin kesejahteraan hidup yang lebih optimum.5 .Tahu kah Anda?......Sedentary Death Syndrome, or "SeDS," is the term developed by more than 200 of the nation's leading physiologists to diagnose the growing epidemic of physical inactivity and its relationship to chronic, preventable diseases. It is estimated that 60 percent of all Americans are currently at risk for SeDS, a condition that leads to premature disability or death. Approximately 2.5 million Americans will die prematurely in the next ten years due to SeDS, a number greater than all alcohol, guns, motor vehicles, illicit drug use and sexual behavior related deaths combined. These researchers call SeDS the second largest threat to public health! (Healthy People 2010: National Health Promotion and Disease Prevention Objectives)[TYPE THE DOCUMENT TITLE]QGK 3013Data-data terkini menunjukkan bahawa kehidupan yang tidak aktif adalah satu faktor risikoutama untuk penyakit kronik. Seperti yang dicatatkan dalam perenggan terdahulu, tidak aktif merupakan ancaman terbesar kepada kesihatan awam selepas merokok (keadaan ini boleh berlaku kerana kadar merokok telah menurun pada tahun-tahun kebelakangan ini manakala kadar tidak aktif telah tidak menunjukkan sebarang perubahan).Punca utama kematian semenjak 100 tahun yang lalu telah mengalami perubahan dramatik.Penyakit berjangkit menyumbang untuk kematian lebih di awal 1900-an tetapi kini penyakit- penyakit kronik yang berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup telah menjadi ancaman yang lebih besar. Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai satu adalah keadaan kesejahteraan optimum yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Istilah ini bukan sahaja merujuk kepada ketiadaan sebarang penyakit, walaupun bebas dari penyakit adalah penting untuk kesihatan yang baik. Kesihatan yang optimum termasuk kesihatan mental, sosial, emosi, rohani, dan kesejahteraan fizikal dalam ruang lingkup sesebuah keturunan dan kemampuanperibadi.Mengikut takrifan oleh WHO, kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja. Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada ad