Kesihatan & pencemaran

  • Published on
    02-Aug-2015

  • View
    237

  • Download
    3

Embed Size (px)

Transcript

ISI KANDUNGAN1.0 Pendidikan Kesihatan 1.1 Pameran Kesihatan 1.2 Perkhidmatan Sokongan 1.3 Ceramah Kepentingan Penjagaan Kesihatan 1.4 Pertandingan 3K 1.5 Lawatan ke Pusat Kesihatan 1.6 Rumusan 2 3 4 5 6 7 8

2.0 Pencemaran 2.1 Pencemaran Udara 2.2 Pencemaran Air 2.3 Pencemaran Kimia 2.4 Pencemaran Radiasi 2.5 Pencemaran Bunyi 2.6 Rumusan

9 10 12 14 16 17 19

3.0 Lampiran 4.0 Bibliografi

21 26

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Soalan 1Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan medium boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan kesihatan di dalam kehidupan. Berdasarkan kenyataan ini, bincangkan aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Nyatakan juga contoh-contoh yang sesuai.

1.0 PENDIDIKAN KESIHATAN Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja. Manakala menurut Anspaugh dan Enzell pada tahun 1995, mereka mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. Pendidikan kesihatan dalam bukan sahaja tertumpu kepada murid dan pelajar di sekolah sahaja, malah masyarakat juga perlu melibatkan diri. Ia bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip kesihatan yang betul dan seterusnya mengamalkannya di dalam aspek kehidupan seharian. Pendidikan kesihatan dalam masyarakat dijalankan melalui aktiviti kementerian kesihatan, agensi kesihatan sukarela, sekolah, organisasi remaja dan kumpulan masyarakat yang lain. Objektif utama pendidikan kesihatan adalah untuk menumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan melalui penanaman minat dikalangan masyarakat 2

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka. Ia juga untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan. Selain itu, ia juga untuk menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan. Terdapat pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah pameran kesihatan, perkhidmatan sokongan, ceramah kesihatan, pertandingan 3K, kempen kesihatan dan juga lawatan ke pusat-pusat kesihatan. 1.1 Pameran Kesihatan Aktiviti pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan pameran kesihatan. Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan kepentingan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam, hospital dan sebagainya. Pameran ini boleh merangkumi isu-isu kesihatan, sebab-sebab berlakunya sesuatu penyakit, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan penularan penyakit merbahaya dikalangan manusia. Medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan tentang pameran kesihatan ini adalah dengan menggunakan media massa seperti siaran iklan di saluran televisyen dan menggunakan khidmat stesen radio untuk menghebahkan tentang pameran kesihatan ini. Selain itu, surat khabar atau majalah juga boleh dijadikan medium untuk penyebaran maklumat dengan mencetak iklan yang berkaitan dengan pameran kesihatan yang akan dilaksanakan. Penggunaan perkhidmatan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia juga mampu menyebarkan maklumat kepada orang awam.

3

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pameran bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Brosur dan poster boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipamerkan. Contoh brosur yang boleh dipamerkan adalah seperti brosur mengenai Kesan Akibat Merokok, poster yang bertajuk Langkah Mencapai Berat Badan Unggul dan sebagainya. Selain itu, pita video dan slaid yang berkenaan dengan penjagaan kesihatan juga boleh ditayangkan. Kebanyakan vcd dan dvd ini dihasilkan oleh hospital, klinik dan agensiagensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan. Ini akan membantu masyarakat untuk lebih memahami tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat bukan sahaja untuk mengambil berat tentang kesihatan diri mereka malah juga kesihatan masyarakat sekeliling mereka.

1.2 Perkhidmatan Sokongan Aktiviti kedua yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan perkhidmatan sokongan di tempat-tempat kerja. Perkhidmatan sokongan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penilaian kesihatan, penyaringan kesihatan, rujukan kesihatan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan dan juga perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan sokongan ini memberikan banyak manfaat kepada semua pekerja sekiranya ia dilaksanakan dengan konsisten dan berkala. Setiap ketua jabatan perlu memainkan peranan untuk memastikan perkhidmatan sokongan ini mendapat sambutan. Medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan sokongan ini adalah dengan pihak atasan sesebuah syarikat mengeluarkan surat pemberitahuan kepada setiap kakitangannya. Mesyuarat khas dan taklimat ringkas juga boleh dibuat untuk menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan ini. Bukan itu sahaja, pengedaran buku dan buletin kepada kakitangan syarikat juga boleh dilaksanakan. Ia berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan kepada masyarakat secara amnya. Buku-buku ini kebanyakannnya diterbitkan sendiri oleh pihak Kementerian Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan.

4

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan penilaian kesihatan kepada setiap kakitangan tidak kira dari peringkat bawahan mahupun dari peringkat atasan. Setiap masalah kesihatan yang dialami oleh setiap kakitangan perlulah dirujuk kepada doktor panel yang dilantik oleh syarikat untuk dibuat rujukan kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan kaunseling juga merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan. Ia boleh dibuat secara kaunseling kelompok atau kaunseling individu. Perkhidmatan kaunseling ini akan dapat membantu kakitangan yang bermasalah untuk menangani masalah yang dihadapi dengan lebih efisyen. Perkhidmatan sokongan yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan di dalam diri mereka.

1.3 Ceramah Kepentingan Penjagaan Kesihatan Aktiviti ketiga yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan ceramah khas tentang kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pekerja awam mahupun swasta. Pihak sekolah atau pihak sektor-sektor awam atau swasta boleh menjemput doktor-doktor pakar untuk memberikan ceramah tentang kepentingan penjagaan kesihatan kepada pelajar dan kakitangan mereka. Ceramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan premis dan kawasan mereka sendiri atau menggunakan dewan majlis perbandaran. Medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang ceramah ini ialah dengan mengedarkan pamplet atau brocur. Pengumuman melalui radio sekolah juga boleh dibuat untuk menyebarkan maklumat tentang ceramah tersebut. Manakala pihak penyiaran televisyen seperti RTM, NTV7, TV3, Astro dan sebagainya juga boleh membantu menyebarkan maklumat tentang ceramah yang akan diadakan ini melalui penyiaran iklan di rangkaian mereka. Kain rentang atau banner juga boleh digantung untuk memberitahu kepada masyarakat tentang ceramah yang akan diadakan. Penyebaran maklumat menggunakan internet seperti blog, facebook dan twitter juga boleh dibuat.

5

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Antara contoh laman web yang menyediakan maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti mysenam.com. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah ceramah berkaitan kesihatan. Pengisian ceramah itu perlulah berkaitan dengan kepentingan penjagaan kesihatan, punca terjadinya penyakit dan langkah mengatasinya. Selain ceramah, demonstrasi tentang penjagaan kesihatan, kesan pengabaian terhadap kesihatan dan punca sesuatau penyakit juga boleh dibuat. Secara tidak langsung, demonstrasi yang dibuat akan memberikan gambaran kepada peserta ceramah tentang akibat daripada pengabaian kesihatan. Disamping memberikan ceramah, pameran mini tentang penyakit berbahaya juga boleh dibuat. Ini akan membantu memberikan maklumat tambahan kepada peserta ceramah tersebut. Kuiz kesihatan juga boleh dibuat oleh pihak penganjur untuk membantu menambahkan kefahaman peserta tentang penjagaan kesihatan.

1.4 Pertandingan 3K Aktiviti keempat yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan pertandingan 3K. Pertandingan 3K bermaksud pertandingan tentang kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Pertandingan ini sesuai diadakan di dalam kawasan sekolah dengan penglibatan bukan sahaja oleh guru dan pelajar malah penglibatan ibu bapa. Pengisian pertand

Recommended

View more >