Kewujudan Gejala Sosial

• Published on
23-Nov-2015

• View
17

• Download
4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

presentation

Transcript

Kewujudan Gejala Sosial

Kewujudan Gejala SosialPengenalanBerbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana.Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%).

Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini

PuncaPunca masalah sosial umumMasyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris British. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas.Pengaruh budaya asingMenurut Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor dalam kertas kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 di UTM Skudai bertajuk Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga: Isu Dan Cabaran, mereka mengelaskan pengaruh budaya asing kepada beberapa jenis. Antaranya ialah pengaruh dari barat, skinhead, punk dan juga black metal.Faktor KeluargaMenurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara faktor yang menjadi pemangkin kepada kepincangan sosial dalam masyarakat ialah faktor keadaan keluarga dari pelbagai aspek. Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.

Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Perasaan Ingin TahuMenurut Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor dalam kertas kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 di UTM Skudai bertajuk Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga: Isu Dan Cabaran, mereka menerangkan bahawa remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Ancaman Media MassaMenurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya yang bertajuk Punca-punca Dan Cara-cara Mengatasi Masalah Disiplin mengatakan kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pemuda amnya dan pelajar khasnya.

Kebanyakan masalah sosial dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, gejala sosial mempunyai kaitan rapat dengan kejadian pelanggaran norma sosial oleh pemuda dikala ini.

ImpakGuruProses pdp menjadi terganggu akibat masalah yang wujud oleh murid.

Tekanan terhadap guru dari segi beban kerja dan masalah emosi.

Guru menghadapi masalah dalam menguwujudkan perhubungan rappot.

Guru sukar mewujudkan suasana pelajaran yang kondusif.MuridTahap pendidikan murid menjadi merosot.

Mewujudkan individu yang kurang bermoral dan etika hidup.

Cenderung untuk melakukan jenayah.

Mewujudkan hubungan yang kurang mesra antara murid dengan keluarga, masyarakat dan komuniti.TindakanGuru berusaha memahami jiwa dan kehendak murid.

Guru hendaklah bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah tersebut.

Melakukan kajian tindakan dalam usaha memperbaiki amalan pengajaran guru.

Membina hubungan yang baik antara murid, guru dan keluarga.